Merangkak memberikan banyak manfaat kepada si manja. Terdapat banyak kebaikan merangkak diperolehi bayi seperti kekuatan fizikal, keseimbangan, penjajaran tulang belakang, kemahiran visual-spatial dan pembangunan sosio-emosi. Merangkak melibatkan seluruh badan bayi. Apabila bayi merangkak, dia perlu menggunakan tangan dan kakinya untuk mengangkat dirinya dari lantai serta bergerak.
Ia merupakan pencapaian besar dalam kehidupan bayi keci dan ibu bapa perlu berusaha untuk membantu anak mereka mencapainya. Walau pun nanti bila dia sudah bergerak, maka tiada apa lagi yang ‘selamat’ dan sudah boleh ditinggalkan walau pun seketika. Tapi mama dan papa perlu tahu, mereka perlu merangkak untuk perkembangan fizikal yang lebih baik.
Terdapat beberapa cara yang anda bolehdigunakan untuk menggalakkan lutut kecil itu yang bergerak dan merangkak. Antaranya ialah;
1.BERI MEREKA MASA UNTUK MENIARAP
Bayi memerlukan masa meniarap untukt mereka untuk membiasakan diri mereka dan meneroka duniayang berhadapan dengan muka! Dengan meniarap juga mereka boleh membina otot-otot yang diperlukan supaya mereka dapat menyokong berat badan mereka sendiri semasa merangkak. Ada sesetengah bayi tidak kurang gemar , jadi jangan memaksa. Perkenalkan sesi meniarap sekali-sekala dengan perlahan pada usia 3 hingga 4 bulan selama 20 hingga 30 minit. Latih sehingga bayi boleh meniarap sendiri (selalunya pada umur 5 hingga 7 bulan)
Untuk membantu bayi meniarap, anda boleh mendapatkan tikar bertekstur, yang akan memberikan sesuatu untuk bayi disentuh dan rasa semasa mereka berada di atas lantai.
Ads
2.DUDUK SAMBIL DIPEGANG
Dudukkan bayi di atas kusyen atau objek lembut sambil anda menyokong pada bahagian ketiaknya. Ini ialah senaman untuk menguatkan tubuh serta koordinasi tangan-pinggul.
3.LETAKKAN MAINAN SUPAYA MEREKA MENCAPAINYA
Berikan dorongan untuk mereka bergerak. Letakkan mainan sedikit jauh sehingga mereka berminat untuk bergerak ke arahnya. Biarkan mereka cuba untuk mendapatkannya, tapi jangan letakkan mainan terlalu jauh untuk mengelakkan mereka kecewa!
Ads
Anda boleh juga meletakkan kotak mainannya sebagai ‘umpan’. Boleh juga galakkan mereka untuk datang kepada anda juga dengan memanggil namanya. Rendahkan badan anda dan bercakaplah dengan mereka dan melambai-lambainya sehingga ke garisan penamat.
4.PERMAINAN YANG MEMBANTU BAYI MERANGKAK
Sediakan permainan yang direka untuk menggalakkan bayi merangkak seperti;
Bola dengan lampu dan butang untuk menekan
Ads
-Mainan yang bergerak apabila ditolak yang menggalakkan bayi anda mengikuti.
-Mainan berbunyi yang boleh diketuk dan dan beroda yang menyebabkan ia bergerak. Ia akan menggalakkan bayi mengejarnya.
-Kerincing yang berbunyi dan berwarna-warni yang menarik minat bayi untuk mendapatkannya.
5.MAMA PAPA JANGAN TERLALU OBSES
Kena ingat yang si kecil akan merangkak juga bila tiba masanya. Cuma jangan terlalu memaksa. Biarkan mereka membiasakan diri lebih lama meniarap akan memberikan banyak kelebihan dan peluang untuk menyesuaikan diri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ibu-ibu yang dah ada anak lelaki berderet tetap nak juga seorang anak perempuan. Begitu juga bagi pasangan yang ada semua anak perempuan teringin juga seorang anak lelaki kan? Tapi semua ni orang kata rezeki. Andai kata dapat alhamdulillah, jika memang dah tertulis rezeki dapat semua lelaki atau perempuan, tetap terima dengan berlapang dada.
Cumanya kisah yang dikongsikan oleh Puan Noor Rabi Atul Adawiyah ini mencuit hati apabila bayi yang lahir lelaki sedangkan masa scan beberapa kali doktor beritahu perempuan. Malah semua baju dan kelengkapan juga dibeli warna pink.
17.9.2020: Hari ni genap 37w 7d. Hati semakin berdebar menanti saat nak melahirkan satu nyawa. Cakap kat husband, janganlah bersalin lagi sebab 19hb & 20hb family dia nak buat makan-makan kat rumah mak. Hahah sempat lah fikir nak makan sedap sebelum bersalin. Hari ni juga Ibu makan nanas masak sebiji sebab memang nak jadikan natural inducer.
38w 2d: Berlalu tarikh 19hb & 20hb tu. Ibu dapat join family mertua makan-makan dan santai-santai kat rumah. Masa ni perut dah mula kerap mengeras dan rasa menekan dibahagian bawah tapi, Ibu masih boleh enjoy lagi, tak rasa sakit pun.
Ibu beli lagi 2 biji nanas. Potong sesiap letak dalam bekas simpan dalam peti. Seharian makan nanas sampai habis sebekas.
21.9.2020: Hari ni 38w 4d, perut mengeras semakin kuat dan kerap tapi, tak konsisten. Masih sakit biasa-biasa je.
22.9.2020: Hari ni 38w 5d. Kalau ikutkan masa Deeniy dulu waktu ni dia dah selamat melihat dunia. Siang ni perut Ibu masih mengeras macam semalam cuma tang pinggang pun dah mula rasa sakit dan rasa seperti kepala baby menolak bahagian bawah. Ibu cakap dengan husband, mungkin hari ni atau esok Ibu bersalin ni.
Ibu tanya husband “Deeniy nanti macamana? Mesti dia menangis nanti time Ibu tinggalkan dia”, sebab dia manja dengan Ibu, nak tidur mesti pegang tangan Ibu. Husband cakap jangan risau, inshaaAllah Deeniy ok nanti, mak boleh jagakan dia.
5.40pm masa Ibu nak mandi, ada lendir coklat dekat pantyliner. Masa ni husband keluar ambil Aisy balik sekolah. Ibu call just bagitahu dia, dah ada tanda ni. Cuma masa ni contraction tak kerap dan tak konsisten pun. Husband sampai rumah, dia tanya nak pergi hospital sekarang ke? Ibu cakap nanti dulu. Time ni jalan tengah sesak teruk sebab orang balik kerja kan. Plus Ibu pun tak rasa macam sakit nak bersalin pun. Sakitnya mild je. Ibu bancuh raspberry leaf tea 2 uncang sekali minum dan start guna labor blend massage kaki, tangan, pingggang, bawah perut dan sedut baunya dalam-dalam. Tenang je rasa.
8.40pm Ibu tengah kemas dapur, time nak basuh pinggan tiba-tiba Ibu rasa ada leaking. Jernih, suam dan tak ada bau. Sah air ketuban. Terus cakap dengan husband, “jom sesiap pergi hospital”. Siapkan barang anak-anak dan hantar kat rumah mak. Deeniy tak menangis masa ni sebab dia seronok nak main kat rumah mak dengan Abang Aisy. Tapi, Anaqi yang menangis. Ibu tak fikir dah pasal dorang masa ni sebab nak tenang-tenang je.
9.20pm gerak ke HTAR. Time ni pun jalan masih lagi jammed. Husband drive slow-slow je. Sepanjang drive tu dia keep tanya, “ok tak?”. Ibu ok je, memang tak ada rasa sakit contraction yang kuat dan tak rasa sakit sangat pun.
10.30pm lebih kurang sampai hospital. Register. Nurse buat saringan. Timbang berat 62kg. Ibu tukar baju pink.
11pm doctor buat VE baru 3cm. Lepas tu buat scan. Doctor cakap, “Puan kita admit ward dulu ya sebab lambat lagi nak bersalin ni mungkin lagi 1-2jam baru bersalin”. Ibu baring atas katil tunggu nurse bawa ke ward. Ibu tenang-tenang baring sambil apply labor blend tu, tunggu nurse siapkan file admission, doctor pasang branula, cucuk branula lagi sakit daripada sakit contraction. Perut Ibu mengeras makin kuat tapi, dua tiga kali je tak kerap pun dan tak sakit sangat. Sampai Ibu dok fikir mana contraction yang betul-betul sakit dan konsisten ni . Mulut tak berhenti zikir dan baca doa Nabi Yunus.
11.15pm masa tunggu nurse, tetiba Ibu rasa macam nak meneran. Ibu beritahu nurse. Nurse buat VE dah 7cm. Kelam kabut nurse tolak stretcher nak bawa terus ke labor room, tak payah admit ward.
Sampai labor room, Ibu pindah katil nak bersalin. Selesakan posisi. Ibu cakap nurse, “saya rasa nak teran ni”. Bidan cakap,”eh kejap-kejap air ketuban tak pecah lagi”. “Ok Puan saya dah pecahkan air ketuban, Puan push bila rasa nak push dan tarik nafas dalam-dalam ya.
Bila sampai rasa nak push tu Ibu tarik nafas paling dalam dan push sambil ucap “Allahuakhbar!”.
Alhamdulillah tepat 11.23 pm keluar satu nyawa yang Ibu nanti-nantikan.
Ibu dah excited nak tengok ‘baby girl’. Bidan angkat baby dan tunjuk, “Puan tengok baby, Puan nampak tak baby apa?” Ibu nampak seketul bebird. Terus Ibu cakap, “Eh, kenapa boy?”
Ya baby Puan boy ya. Ibu terus gelak, sambil skin to skin dengan baby, tangan Ibu raba-raba kemaluan baby sebab nak confirmkan betul ke boy. Ya Allah Ibu kena prank ke? Mana ‘baby girl’ Ibu.
Bidan cakap kena jahit sikit sebab baby keluar kepala sekali dengan tangan so, tersangkut sikit. 1st degree tear. Tak sabar betul tangan dia nak keluar minta tolong ya.
Bidan cakap dah bius so, tak sakit kena jahit. Embah dia! Sakit wei terasa dijahit hidup-hidup setiap lapisan tu. Terasa cangkuk jarum macam mata kail tu. Dan time tu jugalah bidan tu nak ajar sorang nurse tu cara jahit tapi, sebab Ibu asyik cakap sakit terus dia sambung jahit tak jadi nak terus ajar nurse tu. Terangkat-angkat punggung time dia menjahit tu. Sumpah sakit sangat. Contraction dan teran baby tak sakit tapi, dijahit yang sakit.
23.9.2020/2.20am baru Ibu dibawa ke wad. Ibu salin baju dan pampers baby. Serba pink uolls! Pukul 3.40 baru husband dapat iqamat kan baby tu pun dekat depan entrance ward, tak dapat jumpa Ibu. Nurse hantar semula baby kat Ibu. Nurse tanya. “Eh baby boy kan Puan? Saya ingatkan salah baby tadi sebab baby pakai warna pink”. Ibu sengih je.
Lepas bersalin tu Ibu tak dapat tidur sebab masih fikirkan jantina baby. Kenapakah? Mengapakah?
4am doktor datang cek baby. Doktor pula tanya, “eh baby boy ke girl ni?” Ibu jawab, “i kena prank dengan baby”. Doktor terus ketawa. Tak apa i faham u, kecil lagi tak apa pakai pink.
Suami dah sampai rumah, dia call Ibu. “Sayang anak kita lelaki lagi”, Ibu jawab tulah, “Ibu dah excited nak tengok princess”. Husband cakap, “tak apa, tetap anak kita kan”. Ibu rasa sebak sikit. Tapi, tetap redha dan sayang baby ni.
Doktor cakap baby kena cek darah setiap 4 jam untuk pantau gula dalam darah sebab Ibu ada GDM. Ibu pun sama kena cek. Alhamdulillah setiap kali cek bacaan gula semua normal.
Nurse suruh breastfeed baby tapi, Ibu sedih sebab susu tak keluar sikit pun. Tapi, Ibu cakap dengan nurse “tak apa saya akan cuba juga, nanti baby suck sampai susu keluar juga”. Walaupun Ibu tahu memang tak ada susu yang keluar, Ibu paksa juga baby hisap sekerap mungkin. Ibu tengok ibu-ibu lain dalam ward tu yang tengah seronok breastfeed baby, Ibu sedih. Tapi, Ibu tak give up.
5.30pm Dah boleh discharge dan 8.30pm Alhamdulillah sampai rumah. Malam tu baby kerap menangis mungkin sebab lapar susu, Ibu tetap yakin susu akan keluar. Alhamdulillah akhirnya ada susu keluar walaupun sikitttttt je. Keesokkan hari baru susu mula keluar banyak sikit.
Bermulalah episod ibu berpantang dengan pinky boy. AISY HAQQ nama diberi untuk putera keempat Ibu. Yang bermaksud KEHIDUPAN YANG BENAR.
Sekarang alhamdulillah si comel ibu ni dah pun membesar dengan sihat. Senyuman Aisy Haqq tu buat semua orang cair dan geram. Moga terus membesar menjadi anak yang soleh.
❤ AISY HAQQ BIN HASNIZAM
❤ 22 SEPT 2020 / 2323PM
❤ 3.07KG / 48CM
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu yang obses mahu memekatkan susu ibu kerana percaya susu yang pekat berupaya menjadikan si menja kenyang lebih lama. Tapi tahukah anda susu pekat atau cair bukan menjadi penentuan si kecil kekenyangan si manja. Ikuti penerangan daripada kaunselor laktasi ini.
Menurut Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang susu pekat mengenyangkan bayi lebih lama adalah sesuatu yang tidak benar.
Semua ibu mahukan susu PEKAT kerana terlalu dibayangi dgn fizikal susu formula yg biasanya mmg pekat. Ini kerana, susu lembu memang mengandungi % protein dan lemak yg jauh lebih tinggi dr susu ibu kerana anak lembu sememangnya perlukan lebih protien untuk pertumbuhan yang lebih cepat.
Kebanyakan ibu bayangkan susu yang fizikalnya pekat pasti mengandungi LEMAK yg banyak berbanding susu yg npk cair..kebanyakan ibu pikir benda yg sama dan makin tertekan dan menjadi ‘BARAH’ bile tgok iklan si polan dan si polan yg katanya mkn benda alah ni susu boleh pekat..telan benda alah ni anak akan cpt kenyang!!!
TIPU..PEMBOHONG..JANGAN NAK TEMBERANG!!!..Sebagai penjual tak kire supplement, produk, ubat apa sekali pun anda sepatutnya bertanggungjawab dan punya pengetahuan yg cukup sblm ambil kesempatan!!! Terangkan pd semua ibu perkara sebenar tentang kelainan warna susu jika mengambil vitamin tersebut.
Ianya bukan disebabkan kandungan lemak dalam susu meningkat dan jauh lebih tinggi dari ibu yg dietnya tanpa supplement sebaliknya itu semua merupakan kesan RIVOFLAVIN dalam vitamin yg mereka ambil. Kesan ini bukan hanya memberi kelainan warna pada susu tapi juga pada air kencing si ibu yg memakannya. Sebagai seorang ibu bekerjaya yg punya impian menyusukan anak dgn susu ibu, anda perlu belajar dan ambil tau tentang semua ini.
Anda sepatutnya perlu tahu dan faham tentang komponen dlm susu ibu yang terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Boleh baca berkenaannya di sini https://www.facebook.com/photo.php?fbid=318655278157923&set=a.205546426135476.50307.100000403605981&type=3&theater. Untuk pengetahuan anda kepekatan susu dan kandungan lemak dalam susu ibu dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya keperluan anak itu sendiri dan faktor iklim / cuaca.
Untuk kita yang tinggal di kawasan iklim Khatulistiwa yang agak panas sememangnya susu yang terhasil tidak sepekat ibu yang tinggal di kawasan beriklim sejuk kerana anak mereka memerlukan lemak yg lebih untuk menstabilkan suhu badan.
Sebab itu jika anda peka, susu yang dipam waktu siang jauh lebih cair dari susu di waktu malam. Kerana suhu waktu siang lebih panas dan manusia perlukan lebih air untuk menghilangkan haus. Sebab itulah, sebelum melatah melihat susu yang kurang pekat, hayatilah hikmah yang Allah swt sampaikan terlebih dahulu.
AMARAN!!!!
JANGAN SESEKALI BANDINGKAN HASIL / KUALITI DAN KUANTITI susu anda dengan ibu lain kerana ajaibnya susu ibu ALLAH cipta kandungannya tersangat sempurna dgn nisbah nutrien, lemak, antibodi, sel Limfosit, Makrofaj, Prostaglandin PGE1, PGE2, Lisozim juga mengandungi lebih dari 100 jenis ‘Oligosacharides’.
Susu ibu juga mengandungi sel-sel hidup yang mampu melawan segala jenis penyakit dan mengandungi enzim (Kolesistokinin, Kortisol, Leptin, Amilase, ) Selain itu, susu ibu juga mengandungi Lactoferin yang hebat..semua ini Allah swt cipta seimbang mengikut keperluan anak..ALLAH beri berapa banyak yang kita perlukan bukan berapa banyak yang kita mahukan..
Gambar yang saya share merupakan gambar hasil perahan saya sewaktu outstation..ini bkn satu penipuan sebaliknya kebenaran..susu sy masih nampak pekat dan syukur dengan jumlah kuantitinya walaupun TANPA SEBARANG SUPPLEMENT atau apa saja jenis UBAT..
Ini hasil kerana saya komited pam mengikut jadual, bangun tengah malam untuk mengepam kerana tiada anak di sisi..so utk ibu yang tak mampu beli supplement jgn risau lagi. Kalau saya mampu menyusukan anak selama 40 bulan tanpa SUPPLEMENT kenapa tidak anda??
Nak susu pekat mudah saja kerapkan mengepam..bile kerap pam jumlah susu cair (foremilk) menjadi sedikit membuatkan jumlah hindmilk (susu yg tinggi dgn lemak) jadi lebih banyak..barulah susu akan jadi pekat..Untuk yang mampu teruskan lah jika anda rasa memang anda perlukan makanan tambahan sepanjang anda menyusukan anak..tahap kemampuan setiap orang berbeza dan keperluan setiap orang juga berbeza..tepuk dada tanya iman!
Kejayaan dalam PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU bukanlah bergantung pada supplement, ubat-ubatan, coklat, minuman atau apa saja milk booster semata-mata. Hanya dengan komitmen, disiplin, keyakinan, sifat positif, semangat yang sentiasa membara dengan izin dr Allah swt semua ibu mampu menjayakannya. Teruskan berdoa bukan hanya untuk mendapatkan susu yang cukup tetapi berdoalah semoga perjalanan penyusuan anak anda hingga cukup tempoh yang disyariatkan dimudahkan Allah swt.
Apa saja bentuk fizikal susu ibu tidak perlu lah dipertikaikan kerana mempertikaikan kualiti SUSU IBU sama semerti mempertikaikan tugas Tuhan kerana sesungguhnya susu ibu merupakan ciptaan Tuhan yang Maha Hebat yang perlu disampaikan kepada anak anda. Ambil dan gunakanlah peluang yg diberi untuk melahir dan membesarkan anak anda dengan memberikan sepenuh khasiat susu ibu kepada mereka sepanjang 2 tahun pertama kehidupan mereka!
Masalah bayi kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku, terutama sekali bagi yang berumur 6 bulan ke bawah.
Oleh kerana ruang dalam abdomen (abdominal cavity) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
TANDA BAYI KEMBUNG PERUT
Apabila si kecil merengek dan menangis tanpa alasan yang jelas, cubalah untuk periksa bahagian perutnya. Jika perut bayi terasa agak keras, dan kerap buang angin, ini merupakan tanda bayi kembung perut.
Selain itu, kembung perut boleh diperhatikan melalui gerakan bayi. Jika bayi sering menggeliat dan melengkungkan punggungnya ke belakang, serta mengangkat kedua kakinya, ini antara petanda bahawa dia sedang merasakan ketidakselesaan akibat kembung perut.
Ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah bayi kembung perut. Antaranya:
Sekiranya bayi menangis, anda boleh cuba mendukung bayi dan melarikannya seketika daripada suasana yang bising atau meriah.
Selain mendukung, cubalah membedung bayi semasa tidur kerana ia juga salah satu cara memberi keselesaan kepada bayi. Bedungan yang baik membantu bayi bertenang kerana tangan mereka tidak akan terkapai-kapai dan terasa seperti dipeluk.
Pastikan bayi tidak meminum botol susu dengan posisi terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai boleh menyebabkan banyak udara ditelan sehingga terjadi perut kembung.
Bagi ibu yang menyusu badan, praktikkan cara lekapan yang baik dan posisi menyusu badan yang selesa. Sekiranya payudara anda terasa sakit ketika menyusu, ia bermaksud anda berada dalam posisi yang salah.
Sekiranya anda mendapati bayi sering kembung sejak anda menukar susu formula, cuba hentikannya buat sementara. Sesetengah bayi mengalami alahan terhadap susu formula tertentu dan boleh menyebabkan mereka kembung.
Sesetengah bayi yang menyusu badan mungkin turut mengalami masalah pencernaan sekiranya ibu menyusu memakan makanan tertentu.
Sebaiknya, ibu menyusu cuba elakkan makanan yang akan membentuk gas setelah dicerna seperti kubis, brokoli, bawang atau kacang. Kadangkala, makanan segera dan minuman berkafein juga boleh menjadi faktor bayi kembung perut.
Cuba beri urutan perlahan pada tubuh bayi untuk melegakan dan memberi keselesaan.
Lakukan pada bahagian perut dan belakang bayi sambil menitiskan beberapa titik minyak bayi yang selamat.
Akhir sekali, biarkan bayi bergerak aktif. Anda boleh meniarapkan bayi dari semasa ke semasa, atau membiarkannya merangkak dan bebas bergerak.
Gerakan-gerakan ini mendorong proses pencernaan supaya berfungsi lebih optimum, selain juga dapat membantu keluarnya gas melalui kentut dan sendawa.
BILA PATUT BERJUMPA DOKTOR?
Pada kebanyakan masa, kembung perut akan hilang dengan sendiri. Anda tidak perlu risau jika perut bayi kelihatan kembung sedikit, tetapi masih aktif dan pertambahan berat badannya normal.
Tanda-tanda bayi kembung perut yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.
Jika terdapat tanda-tanda ini, atau tanda-tanda lain yang luar biasa, pastikan anda segera membawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: DoktorBudak.com & zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!