Dalam usia yang baru mencecah dua tahun, seorang anak kecil terpaksa melalui detik paling perit dalam hidupnya bertahan sendirian tanpa jagaan ibu yang telah pergi. Demi kelangsungan hidup, dia hanya bergantung pada sisa makanan ringan yang ditemuinya di bilik ibunya.

Tragedi pilu ini berlaku di daerah Cangnan, Wenzhou, China. Rahsia duka itu terbongkar apabila rakan kepada si ibu, seorang wanita berusia 28 tahun dikenali sebagai Zheng, datang menjenguk selepas beberapa hari gagal dihubungi.

Meruntun Jiwa, Kanak-Kanak 2 Tahun Bertahan Hidup Di Sisi Jasad Ibu
Baru dua tahun, Kanak-kanak itu dibawa ke hospital.

Setibanya di rumah, pihak polis menemui Zheng sudah tidak bernyawa, manakala anak kecilnya, Mianmian, ditemui dalam keadaan menyedihkan  kotor, hanya berseluar lampin dan berbaju nipis.

Seorang jiran yang bersimpati segera memandikan Mianmian, memberinya makanan panas serta pakaian bersih sebelum dia dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ads
Meruntun Jiwa, Kanak-Kanak 2 Tahun Bertahan Hidup Di Sisi Jasad Ibu
Foto: Keadaan peti sejuk yang tidak terurus.

KESUKARAN HIDUP

Hidupnya tidak pernah mudah sejak kecil, penuh dengan kepayahan dan ujian. Menurut laporan media tempatan, Zheng dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan kedua ibu bapanya menghidap kecacatan intelektual dan hanya bergantung kepada bantuan kebajikan. Bersama adiknya, dia membesar di bawah jagaan nenek yang serba sederhana.

Lebih memilukan, Zheng mempunyai tiga orang anak daripada tiga hubungan berbeza. Dua anak terdahulu kini berada di bawah jagaan bapa masing-masing, manakala Mianmian ialah anak hasil perkenalannya dengan seorang lelaki melalui alam maya.

Ads

Namun, perhubungan itu tidak pernah sampai ke jinjang pelamin. Selepas kelahiran Mianmian pada Februari 2023, hubungan mereka makin dingin dan komunikasi terakhir antara pasangan itu hanyalah pada Februari lalu, sebelum Zheng memutuskan semua ikatan.

Meruntun Jiwa, Kanak-Kanak 2 Tahun Bertahan Hidup Di Sisi Jasad Ibu
Zheng ditemui meninggal dunia di rumahnya yang berselerak, meninggalkan anak kecilnya, Mianmian, terbiar sendirian selama beberapa hari.

Ahli keluarga menolak andaian bahawa Zheng sengaja meninggalkan anaknya. Mereka percaya pemergiannya disebabkan penyakit mengejut memandangkan dia pernah mengadu tekanan darah tidak stabil dan mendapatkan rawatan suntikan.

Ads

“Dia amat menyayangi anak bongsunya ini kerana tidak berpeluang menjaga dua anak sebelumnya. Malah dia pernah berkata, Mianmianlah yang akan menemaninya pada hari tua,” kata seorang saudara, Chen Lin.

Ketika ini, proses bedah siasat sedang dilakukan untuk menentukan punca sebenar kematian. Sementara itu, Mianmian kini berada dalam jagaan bapanya  seorang lelaki yang sudah pun memikul tanggungjawab membesarkan lima orang anak lain.

Sumber: Mstar & South China Morning Post

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads