“Mesti Pasang Zikir Kan?” Ramai Kagum Tengok Wallpaper Kaabah ‘Playroom’ Bilal, Cantik Sungguh!

Share

Lain dari yang lain. Inilah yang boleh dikatakan mengenai pemilihan dekorasi bilik permainan atau playroom anak kesayangan pasangan selebriti Neelofa dan PU Haris.

Lari dari kebiasaan, jika kita senang memilih warna-warna tema binatang, karektor kartun atau apa kesukaan anak, lain pula bagi usahawan terkenal Neelofa dan Haris yang memilih imej Kaabah sebagai kertas dinding utama di bilik mainan anak mereke, Muhammad Bilal.

Bilik yang luas, kemas dan cantik itu dikongsikan oleh Neelofa di Insta Storynya. Tentu sahaja menarik perhatian ramai. Malah kata Neelofa, ramai yang DM untuk bertanyakan mengenai hal itu.

Rupanya imej kaabah bersaiz besar yang melatari seluruh bilik untuk ditempah sendiri oleh Neelofa buat Bilal.

“Ramai yang DM tanya painting ke ni 3d wallpaper.

“Saya provide image/reference untuk custom wallpaper Bilal,” tulis Neelofa berkongsi.

Bahkan kata Neelofa, karpet gebu yang turut berada dalam bilik anaknya itu juga dibeli menerusi atas talian.

“Karpet tu pulak beli online dari UK and US. Barang-barang lain dari Amazon,” tulis Lofa berkongsi.

Apa yang menarik perhatian pastinya gambar Kaabah bersaiz besar dengan warna cukup cantik melatari tema putih menjadi pilihan Neelofa buat Bilal sepanjang anak kecil itu bermain.

Pemilihan warna-warna lembut lain seperti putih dan ‘nude’ juga turut menarik perhatian ramai malah memuji gaya dekorasi Neelofa yang ringkas.

Dalam pada itu wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi malah memuji ilham dekorasi Neelofa yang lain dari yang lain. Superb!

 

Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN