Sebenarnya banyak kebaikan mengurut yang memberi manfaat pada bayi dan ibu bapa. Rutin ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara ibu dan anak malah memberi banyak kelebihan pada sudut kesihatan fizikal dan mental si bayi.
Bayi yang sentiasa diurut, dia lebih tenang kerana hormon penenang iaitu serotonin dirembeskan dan hormon stres, iaitu kortisol disekat. Malah menurut seorang ibu ini, Puan Wan Nur Syakira, berdasarkan pengalamannya yang mempunyi tiga anak, nampak perbezaan antara dua anak sebelum ini berbanding anak ketiganya yang diberi rangsangan urutan secara konsisten.
Alhamdulillah, Sofiyyah dah masuk 7 bulan, tapi saya masih teruskan rutin urutan ini.
Selepas mandi , saya pakaikan pampers dan mula buat urutan pada anak.
Urut pada kaki, tapak kaki, tangan, perut dan bahagian belakang badan. Boleh cari video urutan di YouTube.
Sentuhanlah bahasa kita bersama anak baru lahir ni. Sambil kita urut, berikan kata-kata baik, doakan yang baik.
Ads
Dua abangnya sebelum ini saya jarang buat rutin urutan ini, berhenti setakat umur 3 bulan macam tu.
Untuk Sofiyyah, boleh nampak perbezaan juga bila kita selalu urut bayi ini.
Banyak manfaatnya! Dapat boost brain activity anak, dapat berikan keselesaan pada anak, dapat elakkan sembelit juga.
Tahu tak ?
Ads
Bayi yang mendapat sentuhan rutin menunjukkan 50% lebih banyak membuat hubungan mata dan 3 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mempunyai ekspresi positif keseluruhan berbanding bayi yang tidak mendapatnya.
Ibu ayah yang ada bayi, bolehlah amalkan rutin urutan ini. Seronok tengok anak dapat manfaatnya.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Walaupun anak tak ada gigi, tapi anak tetap minum susu dan makan kan? Selagi ada sesuatu yang masuk ke dalam perut anak, Selagi itulah anda perlu memberus gigi dan membersihkan mulut anak anda.
“Anak saya minum susu sampai tidur, sebab tu gigi dia rosak”
Betul sangat, bottle feeding boleh sebab kan gigi rosak. Breastfeeding pun boleh rosak kan gigi, sebab malam-malam ngempeng.
Ehh, anak anak Dr Izaza pun buat bende yang sama. Dah budak budak memang lah minum susu malam malam, pastu terus tertidur.
Tak salah pun sebenarnya minum susu time tidur. Dan bukan salah susu pun gigi anak rosak. Bukan juga salah botol susu dan ibu yang kasi ngempeng.
Salahnya, kat cara berus gigi tu. Cara nak bersihkan gigi dan gusi keesokkan pagi tu penting. Its OK kalau anak nyusu malam dan tak sempat berus gigi anak malam malam.
Sebab, gigi mula rosak selepas 24 jam kalau sisa susu atau sisa makanan tak dibersihkan dari mulut selepas minum atau makan.
Tapi, ada cara ya untuk berus gigi dan memang feveret spot kuman suka rosakkan gigi, sebab area tu termissed masa berus gigi.
Cara Berus Gigi Anak
“Saya siap berperang dengan anak kalau nak berus gigi, memang kena kepit tangan kaki tak bagi dia bergerak”
Berperang lah mak mak semua dengan anak. Memang awal awal kena istihar perang, lama lama anak akan penat, pastu dia redho je.
Cuma nasihat Dr Izaza, time berperang tu perang lah kat tempat selamat, jangan perang dalam toilet pulak, tak selamat, dah la licin dan basah, sempit plak kang toilet.
Jadi, time berperang nak berus gigi anak it’s okey berus gigi dalam bilik tidur, depan TV tak pun dekat Hall, cari tempat yang puas, selesa dan yang penting selamat.
Cuma sebelum berperang, kita try negotiate dengan anak kita. Paling senang, kita tunjuk je toys, sebelah tangan pegang toy sebelah tangan pegang berus gigi.
Sambil pegang toy, sambil acah acah berus gigi. Kalau starting, mak yang kena berus gigi mak depan anak anak, tak yah letak ubat gigi.
Hari hari kena praktis, yes Practice make perfect kan kan. Bukan satu hari dah settle, memang makan minggu ada berbulan ada juga yang bertahun, sabar je laa yek.
So, cuba try test negotiate dulu dengan anak, sampai anak terus suka dan rela. Untuk step ni selalunya passed untuk anak bawah 6 bulan, sebab anak masih kecik, dia rasa seronok.
Melentur buluh dari rebung kan, InsyaAllah lebih mudah bagi baby yang bawah 3 bulan juga, sebab its really really new experiences untuk baby yang baru kenal benda.
Toy yang Dr Izaza main ni, sejenis Hippo yang ada gigi dan ada bunyi. Pastu Hippo ni kalau kita press gigi dia, mulut tertutup sendiri.
Memang best toy ni, orang tua pun memang layan main Hippo nih, hehehe
Actually any toys pun okey, asalkan nampak very attractive dan interesting kat anak anak. Bila nampak best, secara tak langsung anak leka tengok toy banding fokus kena berus gigi.
Lagi best dan seronok kalau ada bunyi. Macam dalam video nih, kemain lagi Baby Zahra main dengan berus gigi, sambil ketawa happy mulut terbuka senang nak berus gusi, gigi tak de lagi.
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain. Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berumur enam bulan kerana susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan tenaga dan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi.
Di samping itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan kematian bayi yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti cirit-birit atau diarea dan radang paru-paru. Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mempercepat proses penyembuhan semasa kanak-kanak sakit dan membantu ibu menjarakkan kehamilan.
Sejak dari lahir sehingga berumur enam bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air tambahan, walaupun ketika cuaca panas.
Mengapa pemberian air bahaya kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu?
Memberi air kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu boleh membawa kemudaratan kepada mereka.
Air mengenyangkan bayi tanpa membekalkan sebarang kalori dan boleh menyebabkan bayi mengalami penurunan berat badan atau berat badan tidak meningkat dengan mencukupi. Pengambilan air atau minuman lain, walaupun sedikit, boleh memenuhkan perut bayi dan mengurangkan selera bayi untuk menyusu susu ibu yang padat dengan nutrien.
Pengambilan air boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Ini kerana, bayi yang diberi air akan kurang berminat untuk menyusu. Jika bayi tidak disusukan dengan kerap, susu ibu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan ini boleh melambatkan atau mencegah pengaliran susu. Selain itu, sekiranya bayi diberi air menggunakan botol dan puting susu, bayi akan menjadi keliru dan berkemungkinan tidak mahu menyusu terus daripada payu dara ibu.
Air meningkatkan risiko penyakit kerana ia boleh menjadi pembawa kuman. Bayi yang diberi air lebih mudah terdedah kepada organisme yang menyebabkan cirit-birit, terutama dalam persekitaran yang kurang bersih.
Air dikaitkan dengan peningkatan paras bilirubin dan keseriusan jaundis di kalangan bayi baru lahir. Bayi yang menyusu susu ibu dengan baik kurang menghadapi masalah jaundis.
Air boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil oral water intoxication. Di kalangan bayi yang berumur kurang dari lima minggu, air yang berlebihan boleh mencairkan natrium di dalam darah dan ini menyumbang kepada simptom-simptom seperti suhu badan yang rendah, kembung dan kekejangan.
Bagaimana bayi yang menyusu susu ibu mendapat air yang secukupnya?
Susu ibu mengandungi 88% air dan berupaya membekalkan kesemua cecair yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibu. Bayi yang sihat dilahirkan dengan cukup air dan keadaan ini akan terus kekal jika bayi disusukan dengan susu ibu secara eksklusif, siang dan malam, dengan kerap dan tanpa had. Pada beberapa hari pertama selepas dilahirkan, kolostrum sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan air kepada bayi.
Bagaimana dengan bayi yang tinggal di dalam iklim yang panas dan kering?
Beberapa kajian yang dijalankan di pelbagai lokasi (lembap dan kering) pada julat suhu antara 22°C – 41°C (71.6°F – 105.8°F) dan kelembapan relatif antara 9% – 96%, mengesahkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Bayi akan mendapat semua cecair yang diperlukan melalui susu ibu, sekiranya dibenarkan menyusu susu ibu mengikut keperluannya.
Haruskah bayi yang mengalami cirit-birit atau diarea diberi air?
Dalam keadaan cirit-birit atau diarea yang tidak teruk, adalah dicadangkan supaya ibu-ibu meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit atau diarea yang sederhana atau teruk, ibu-ibu perlu membawa bayi berjumpa doktor dengan serta – merta, di samping meneruskan penyusuan susu ibu seperti biasa.
Haruskah air diberi kepada bayi yang berumur enam bulan ke atas?
Pada umur enam bulan, selain daripada susu ibu, bayi harus diberi makanan pelengkap. Ini penting untuk memenuhi keperluan nutrien bayi yang semakin meningkat.
Jenis makanan yang dimakan oleh bayi mempengaruhi keperluan airnya. Secara amnya, keperluan air bagi bayi yang berumur 6 hingga 11 bulan boleh dipenuhi melalui susu ibu. Walau bagaimanapun, air yang telah dimasak boleh diberi kepada bayi selepas makan. Perlu diingatkan bahawa memberi air kosong kepada bayi adalah lebih baik berbanding jus buah-buahan. Ini kerana air kosong adalah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga dan tidak mengandungi gula, sebagaimana jus buah-buahan. Bayi juga patut diberi air menggunakan cawan dan bukannya botol. Ini kerana pemberian air menggunakan botol mendorong bayi untuk minum air secara berlebihan yang melebihi keperluannya.
Apabila memberi bayi air atau sebarang cecair lain, pastikan yang ia tidak menggantikan susu ibu. Air yang ditambah ke dalam makanan pelengkap juga boleh menggantikan atau mencairkan kandungan di dalam nutrien makanan tersebut. Oleh itu, kurangkan penambahan air ke dalam makanan pelengkap seperti bubur dan sup untuk meningkatkan kepekatan nutrien dalam makanan tersebut, yang seterusnya akan membantu meningkatkan status pemakanan bayi.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan anak masuk darjah satu, semangat nak belajar… tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih. Itu bukan sebab dia tak fokus, tapi sebab dia RABUN.
Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan. Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadangkan untuk mewajibkan saringan kesihatan mata bagi murid Tahun 1, sebagai langkah awal memastikan kesihatan mata anak-anak tidak menjejaskan pembelajaran mereka.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, seramai 55% daripada 2,008 murid Tahun 1 yang disaring tahun lalu di bawah Program Mata Hati Wilayah didapati mempunyai masalah kesihatan mata.
Daripada jumlah itu:
88% alami rabun jauh
4% alami rabun warna
8% alami masalah juling
Situasi ini menunjukkan keperluan untuk mengambil tindakan segera di peringkat sekolah rendah, terutamanya ketika minggu orientasi Tahun 1.
Apa yang lebih membimbangkan, ramai murid tidak sedar pun mereka rabun. Mereka mungkin fikir keadaan itu normal, sehinggalah prestasi akademik mereka mula terjejas.
Laporan World Report on Vision oleh WHO menunjukkan, kanak-kanak yang alami masalah penglihatan cenderung untuk:
Kurang keyakinan diri
Prestasi akademik lebih rendah
Kurang fokus dan motivasi belajar
Menurut Dr Zaliha, gangguan penglihatan juga boleh mengganggu:
Perkembangan motor
Kemahiran kognitif
Perkembangan bahasa
Sekiranya tidak dirawat dari awal, anak-anak ini mungkin mengalami kelewatan dalam perkembangan yang boleh berpanjangan sehingga dewasa.
Melalui Program Mata Hati Wilayah, murid yang dikenal pasti mempunyai masalah penglihatan menerima bantuan cermin mata. Hasilnya sangat memberangsangkan:
Sekolah yang terlibat termasuk SK Bandar Tun Hussein Onn, SK Jalan Bellamy dan SK Seri Bintang Utara.
Sebagai ibu bapa, kita adalah barisan depan dalam mengenal pasti perubahan pada anak. Tanda-tanda anak mungkin rabun termasuk:
Jika anak menunjukkan tanda-tanda ini, bawa mereka untuk pemeriksaan mata di klinik atau optometris berdaftar.
Cadangan untuk menjadikan saringan mata sebagai sebahagian daripada sesi orientasi Tahun 1 adalah langkah tepat dan sangat wajar. Ia bukan sahaja membantu mengesan masalah rabun dari awal, tetapi juga memastikan anak-anak dapat belajar dan berkembang dengan lebih baik.
Kesihatan mata adalah sebahagian daripada kejayaan anak di sekolah. Jangan pandang ringan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!