Tidak semua ibu memerlukan milkbooster. Sekiranya diperlukan sekali pun, pastikan ianya diperbuat daripada bahan yang semula jadi atau real food. Resepi milkbooster yang dikongsikan ibu ini boleh anda cuba.
Penurunan produksi susu mencemaskan sesetengah ibu. Namun setelah mencuba pelbagai cara seperti memerah kerap untuk mengosongkan payu dara, memastikan pelekapan betul, penyusuan terus yang kerap, mengurangkan tekanan/ stres, mengamalkan pemakanan seimbang dan sebagainya, opsyen terakhir yang boleh dilakukan ialah mengambil makanan atau minuman sebagai milk booster.
Puan Nad Masrom telah berkongsi tentang tentang 1 resepi milk booster yang boleh dikongsi. Ia juga boleh dijadikan dalam bentuk uncang agar proses penyediaan/ membancuh mudah. Berikut ialah perkongsian beliau;
Mak teringin nak minum air yang orang selalu cakap boleh jadi milkbooster tu.
Tapi mak saya bukan menyusu. Dia cuma suka minum air tu bila saya pernah bawa pergi hospital masa mak kena warded.
Bila saya balik kampung, saya rebuskan semua (kurma merah, kurma hitam, buah longan, gula madu, goji dan rose bud). Saya hidang panas-panas. Bukan mak je suka, ayah dengan adik ipar pun suka.
Cuma mak suka bila minum yang panas-panas. Mak tak suka yang dah sejuk. Bila rebus banyak, yang lebih tu nanti sejuk. Bila panaskan balik, rasanya dah kurang ‘segar’.
Mak request nak set ni yang dah siap packet (macam 3 in 1 tu). Tinggal tuang air panas je.
Sebab nak tunaikan permintaan mak, kami anak-beranak ni belilah semua set ni kat kedai ubat berhampiran. Mak memang dah kenal rapat dengan tuan kedai tu, Lim.
Kami pun cakap nak buat macam ni sekian-sekian. Jadi Lim pun bantu sediakan bahan-bahan.
POTONG KECIL BAHAN
Ads
Balik tu kami berjemaahlah buat. Potong kecil-kecil (kurma merah, kurma hitam, longan). Lepas tu rose bud tu kami letak dalam bekas uncang teh dan lipat je.
Gula madu kami potong guna pisau sambil diketuk dengan tukul. Gigih betul nak siapkan set 3 in 1 untuk mak. Tukul besi semua keluar (boleh je nak guna gula batu tapi kami nak buat special untuk mak).
Lepas tu kami cuba lah minum. Fuhhhhh… Sedap dan menyegarkan. Ayah pun suka. Tengah tidur siap terjaga nak minum juga.
TINGGAL TUANG AIR PANAS JE!
So bolehlah saya balik Kulai dengan tenang. Mak tinggal tuang air panas je bila-bila nak minum. Nak bawa pergi mana-mana pun dah senang.
Dengar kata mak-mak menyusu suka minum juga ya?
Ads
KOS HANYA RM30
Yang bertanya tentang uncang teh beli di mana, saya beli di kedai ubat juga. Kos pula? Semua ni RM30, saya beli setiap jenis RM5 sebungkus (boleh request nak berapa ringgit nanti mereka timbangkan).
Dan dengan kos RM30 tu saya dapat buat 40 packets 3 in 1 ni. Setiap pack tu anggaran 5g. Mungkin ada yang lebih murah, boleh survey dahulu.
Nota kaki: Mak dan ayah ialah mak mertua dan ayah mertua saya. Mak dan ayah sendiri dah lebih 10 tahun meninggal dunia. Saya tak menjual produk ni dan buat ni sebab nak gembirakan mak dan ayah mertua je. Sekian.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Gula madu
Longan
Kurma hitam
Kurma merah
Rose bud
Goji
CARA MEMBUATNYA
#1 Mula-mula rose bud diramas-ramas sebelum dimasukkan ke dalam uncang teh.
Ads
#2 Rose bud yang diramas tadi dimasukkan ke dalam beg uncang teh.
#3 Kemudian semua bahan yang telah dipotong kecil dimasukkan ke dalam uncang tadi. Puan Nad menerangkan yangtujuan bahan-bahan dipotong kecil adalah supaya ia mudah kembang dalam air panas. Kalau tak nak potong kecil pun tak apa. Tapi kena rebuslah sampai menggelegak.
#4 Ini adalah bahan untuk satu hidangan.
#5 Bahan yang digunakan dapat menghasilkan 40 paket. Mama boleh diletak di dalam balang begini untuk menjamin kesegarannya.
CARA MEMBANCUH
Cara bancuh:
1.Letak dulu potongan kurma merah, kurma hitam, longan dan goji dalam cawan. Kemudian tuang air panas.
2.Tambahkan gula madu. Kalau tak nak gula pun tak apa. Gula madu ni rasa manis-manis buah je.
3.Dah larut semua, letaklah uncang rose tadi. Siap!
Tercari-cari satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah, minta anak-anak turut serta di dapur seperti yang dikongsikan oleh ibu ini antara yang patut mak ayah lakukan.
Nak mudahkan Bubur Butir Nangka jadi lebih cepat di makan, ajaklah anak untuk sama menguli. Anak-anak pasti teruja dan berlumba-lumpa hendak menguli. Resipi ringkas bubur butir nangka tapi sedap berlemak yang dikongsikan oleh Sharla Rose ini mama wajib cuba dihujung minggu ini. Senang je nak buatnya!
Bahan semua dah ada dekat rumah. Daripada tak buat apa, baik olahkan untuk anak-anak. Tak salahkan..anak-anak pun ada aktiviti.
Bahan:-(Untuk hidangan 8 – 10 orang)
3 cawan tepung pulut
Pewarna (saya guna merah dan hijau)
2 biji kelapa -ambil santannya
*Boleh ganti dengan santan kotak untuk kurangkan kolesterol (2 kotak ye)
4 helai daun pandan (koyak memanjang dan ikat)
Gula secukup rasa
Sedikit garam
Air
Cara penyediaan butir nangka
1. Bahagi dua tepung pulut sama rata. Kalau nak pakai 2 warna, bagi 2 lah tepung tu ye.
2. Tabur secubit garam untuk setiap bahagian tepung.
3. Titiskan pewarna dalam tepung dan curahkan air sedikit demi sedikit sampai tepung boleh diuli lembut. Uli sekitar 3 minit untuk setiap warna.
4. Apa bila semua tepung telah siap diuli, didihkan air dalam periuk.
5. Gentel ulian tepung pulut tadi kecil-kecil (agak-agak bentuk biji nangka) dan terus masukkan ke dalam periuk yang dah menggelegak tadi. Gunakan api sederhana. Tunggu sampai ia timbul.
6. Sementara tu isi bekas lain dengan air sebab apabila butiran tadi timbul, kita kena kaub keluar periuk dan terus letak dalam bekas berisi air tadi. Ni supaya butiran yang dah masak tadi tak melekat antara satu sama lain.
Cara Penyediaan kuah santan:
1. Tuang santan dalam periuk dan letak daun pandan sekali. Panaskan.
2. Sentiasa kacau kuah agar tak pecah minyak.
3. Agak-agak kuah dah panas, tos butiran tepung pulut tadi dan masukkan ke dalam periuk kuah.
4. Tambah air jika rasa kuah terlalu pekat atau sikit.
5. Masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam agar rasa kuah lemak-lemak.
6. Kacau kuah sampai ke semua butiran timbul semula.
7. Apabila semua butiran dah timbul semula macam kat atas tu dan kuah pun mendidih, maknanya, bubur kita dah pun siap dan bolehlah dihidangkan.
Bosan dengan kek coklat, kek milo dan aneka kek lain, apa kata ubah selera dengan kek homemade daripada perasa oren Sunquick ini pula. Kek yang satu ini berbeza rasanya malah teramatlah sedap dan mudah disediakan. Penambahan minyak dan susu pekat manis pastinya buat kek bertambah manis dan berlemak.
Resipi perkongsian Puan Irma Sheky ini paling lengkap kerana turut disertakan dengan langkah demi langkah secara terperinci. Jadi jom cuba!
Bekalan untuk seminggu, buat 3 adunan dapatlah 9 tupperware ni. Satu kg gandum je tu pun ada lebih lagi 1 cawan ni. Dah biasa makan benda sama berminggu berbulan, ikut kudrat & rezeki sambil jimat petrol dan bajet membeli. Makan panas-panas pun sedap, sejuk dari fridge pun sedap, buat simple-simple je.
SUNQUICK MOIST CAKE
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
4 biji telur A @ 5 biji telur B
2 sb parutan kulit buah sunkist
1/2 cawan sunquick (perisa oren)
2/3 cawan gula
2/3 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak sayur @ minyak masak
1 cawan air panas
Sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, boleh juga guna kaler oren.
Boleh kurang @ lebihkan sesudu dua gula atau susu jika nak lebih @ kurang manisnya.
Satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Gaulkan sekejap dan ayak. Ketepikan. Setelah pecah telur, buangkan tali pusatnya supaya kek tak hanyir, so tak guna esen vanilla pun tak apa.
Pukul telur dan gula hingga gula hancur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati.
Jika adunan pekat atau berat untuk dipukul boleh selang selikan tepung dengan minyak ye. Buat hingga habis minyak & tepung.
Tambahkan susu, pukul kejap lepas tu tambah air panas. Pukul lagi hingga adunan kelihatan licin & tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati dan adunan pun kelihatan mula kembang naik dah jugak time ni.
Akhir sekali letakkan parutan kulit sunkist juga pewarna. Pukul sekejap hingga warna sekata dan dah boleh mula mengukus atau pun dibakar. Sukatan satu adunan di atas untuk sebiji kek bersaiz 8″x8″ atau 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2″x6 1/2″ (seperti bekas dalam gambr saya ni)
* Tip Kukus Jika guna tupperware plastik tahan panas macam gambar ni boleh terus tuang dan kukus dengan api besar lebih kurang 25 hingga 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus).
* Tip Bakar Alaskan dasar loyang dengan kertas minyak, sapukan sedikit marjerin dan tuangkan adunan. Bakar api atas bawah suhu lebih kurang 160-170°c, dalam 45 minit atau hingga masak, bergantung jenis oven. Kalau nak lebih moist dibakar, boleh alaskan tray kek dengan tray berisi air.
Cucuk dengan lidi tengah kek, jika tak melekat boleh diangkat.
Kek ni tak ada pengawet so, saya terus simpan fridge untuk tahan lebih lama ye. Tapi make sure disimpan dalam bekas tertutup supaya still moist.
Sesekali buat menu sarapan pagi atau minum petang yang lain daripada kebiasaan pun sedap juga. Jadi kali ni resipi yang dikongsikan ala-ala Itali sikit kerana ia menggunakan sos spageti carbonara.
Bagi yang pernah makan chicken pai pasti akan tahu kesedapannya. Dengan kulit yang ranggup diluar dan penuh inti ayam di dalamnya menambahkan lagi kenikmatan saat mengunyah.
Untuk yang nak mencuba, boleh buat sendiri kulit dan intinya dan nikmatilah puas-puas kerana sangat mudah dan tak renyah pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Nazri Ahmad. Paling sempoi dan sedap. Sesekali sarapan pagi ala-ala Italy. Jom pakat cuba
Carbonara Chicken Pie
Bahan untuk Doh
– 280 gram tepung gandum
– 150 gram butter
– Secubit garam
– 1 sudu teh gula halus
Air sejuk secukupnya **
Cara membuatnya:
– Masukkan semua bahan-bahan kering. Gaul sebati.
– Ramas-ramas tepung & butter.
– Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu sehingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan.
– Simpan doh dalam peti sejuk kira-kira 30 minit. Sedia untuk dicanai.
– Inti Carbonara saya guna Prego je.
– Sapukan kuning telur pada permukaan atas pie, bakar pada suhu 180’C selama 25 minit. Siap!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.