Tidak semua ibu memerlukan milkbooster. Sekiranya diperlukan sekali pun, pastikan ianya diperbuat daripada bahan yang semula jadi atau real food. Resepi milkbooster yang dikongsikan ibu ini boleh anda cuba.

Penurunan produksi susu mencemaskan sesetengah ibu. Namun setelah mencuba pelbagai cara seperti memerah kerap untuk mengosongkan payu dara, memastikan pelekapan betul, penyusuan terus yang kerap, mengurangkan tekanan/ stres, mengamalkan pemakanan seimbang dan sebagainya, opsyen terakhir yang boleh dilakukan ialah mengambil makanan atau minuman sebagai milk booster.

Puan Nad Masrom telah berkongsi tentang tentang 1 resepi milk booster yang boleh dikongsi. Ia juga boleh dijadikan dalam bentuk uncang agar proses penyediaan/ membancuh mudah. Berikut ialah perkongsian beliau;

Mak teringin nak minum air yang orang selalu cakap boleh jadi milkbooster tu.

Tapi mak saya bukan menyusu. Dia cuma suka minum air tu bila saya pernah bawa pergi hospital masa mak kena warded.

Bila saya balik kampung, saya rebuskan semua (kurma merah, kurma hitam, buah longan, gula madu, goji dan rose bud). Saya hidang panas-panas. Bukan mak je suka, ayah dengan adik ipar pun suka.

Cuma mak suka bila minum yang panas-panas. Mak tak suka yang dah sejuk. Bila rebus banyak, yang lebih tu nanti sejuk. Bila panaskan balik, rasanya dah kurang ‘segar’.

Mak request nak set ni yang dah siap packet (macam 3 in 1 tu). Tinggal tuang air panas je.

Sebab nak tunaikan permintaan mak, kami anak-beranak ni belilah semua set ni kat kedai ubat berhampiran. Mak memang dah kenal rapat dengan tuan kedai tu, Lim.

Kami pun cakap nak buat macam ni sekian-sekian. Jadi Lim pun bantu sediakan bahan-bahan.

POTONG KECIL BAHAN 

IKLAN

Balik tu kami berjemaahlah buat. Potong kecil-kecil (kurma merah, kurma hitam, longan). Lepas tu rose bud tu kami letak dalam bekas uncang teh dan lipat je.

Gula madu kami potong guna pisau sambil diketuk dengan tukul. Gigih betul nak siapkan set 3 in 1 untuk mak. Tukul besi semua keluar (boleh je nak guna gula batu tapi kami nak buat special untuk mak).

Lepas tu kami cuba lah minum. Fuhhhhh… Sedap dan menyegarkan. Ayah pun suka. Tengah tidur siap terjaga nak minum juga.

TINGGAL TUANG AIR PANAS JE!

So bolehlah saya balik Kulai dengan tenang. Mak tinggal tuang air panas je bila-bila nak minum. Nak bawa pergi mana-mana pun dah senang.

Dengar kata mak-mak menyusu suka minum juga ya?

IKLAN

KOS HANYA RM30

Yang bertanya tentang uncang teh beli di mana, saya beli di kedai ubat juga. Kos pula? Semua ni RM30, saya beli setiap jenis RM5 sebungkus (boleh request nak berapa ringgit nanti mereka timbangkan).

Dan dengan kos RM30 tu saya dapat buat 40 packets 3 in 1 ni. Setiap pack tu anggaran 5g. Mungkin ada yang lebih murah, boleh survey dahulu.

Nota kaki: Mak dan ayah ialah mak mertua dan ayah mertua saya. Mak dan ayah sendiri dah lebih 10 tahun meninggal dunia. Saya tak menjual produk ni dan buat ni sebab nak gembirakan mak dan ayah mertua je. Sekian.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Gula madu
  • Longan
  • Kurma hitam
  • Kurma merah
  • Rose bud
  • Goji

Milkbooster Dalam Uncang Hanya Tuang Air Panas, Yang Penting Boleh DIY. Semua Bahan Ialah Real Food!

CARA MEMBUATNYA

#1 Mula-mula rose bud diramas-ramas sebelum dimasukkan ke dalam uncang teh.

IKLAN

#2 Rose bud yang diramas tadi dimasukkan ke dalam beg uncang teh.

#3 Kemudian semua bahan yang telah dipotong kecil dimasukkan ke dalam uncang tadi. Puan Nad menerangkan yangtujuan bahan-bahan dipotong kecil  adalah supaya ia mudah kembang dalam air panas. Kalau tak nak potong kecil pun tak apa. Tapi kena rebuslah sampai menggelegak.

Milkbooster Dalam Uncang Hanya Tuang Air Panas, Yang Penting Boleh DIY. Semua Bahan Ialah Real Food!

#4 Ini adalah bahan untuk satu hidangan.Milkbooster Dalam Uncang Hanya Tuang Air Panas, Yang Penting Boleh DIY. Semua Bahan Ialah Real Food!

#5 Bahan yang digunakan dapat menghasilkan 40 paket. Mama boleh diletak di dalam balang begini untuk menjamin kesegarannya.

Milkbooster Dalam Uncang Hanya Tuang Air Panas, Yang Penting Boleh DIY. Semua Bahan Ialah Real Food!

CARA MEMBANCUH

Cara bancuh:

1.Letak dulu potongan kurma merah, kurma hitam, longan dan goji dalam cawan. Kemudian tuang air panas.

2.Tambahkan gula madu. Kalau tak nak gula pun tak apa. Gula madu ni rasa manis-manis buah je.

3.Dah larut semua, letaklah uncang rose tadi. Siap!

Sumber: Nad Masrom

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI