Dah penat makan nasi impit dengan rendang raya ni tapi taknak membazir? Takpe, boleh cuba resipi nasi impit goreng. Mudah dan sedap. Cepat je nak sediakan. Tak makan masa yang lama pon.
Boleh buat untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Untuk anak bawa bekal ke sekolah pun boleh. Pasti anak- anak suka. Cepat habis makan dengan rakan- rekal. Jom lihat resipi yang dikongsika di Facebook.
Resepi ini dikongsikan oleh Siti Zubaidah Sarkawi di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESIPI NASI IMPIT GORENG
Sumber foto: Facebook Siti Zubaidah Sarkawi
Semalam anak sulung bawa balik nasi impit lebihan jamuan raya… kawan- kawan suruh buat la apa- apa dengan nasi impit tu… sayang kan dari tak termakan… pagi ni sempatkan juga buat nasi impit goreng… boleh lah makan dengan kawan- kawan dan ustazah nanti.
Ads
Ramai juga peminat Nasi Impit Goreng ni ya… saya sertakan resipi di bawah tapi sukatan ikut citarasa sendiri ya sebab saya pun main letak- letak je.
Bahan- bahan: – Bawang besar* – Bawang putih* – Cili kering* – Sedikit belacan* – Ikan bilis* – Gula – Garam – Kicap pekat – Kicap masin – Sos tiram – Fishcake – Isi ayam – Daun sup – Bawang goreng – Nasi impit
Cara- cara: 1. Kisar halus bahan yang bertanda (*). 2. Tumiskan bahan kisar halussampai pecah minyak. 3. Masukkan gula, garam, kicap pekat, kicap masin dan sos tiram. 4. Setelah sebati, masukkan fishcake dan nasi ayam. 5. Kacau sehingga sebati dan masukkan pula nasi impit yang telah dipotong dan juga daun sup. 6. Gaul rata, biarkan seketika. 7. Buat lubang di tengah kuali dan pecah telur. 8. Gaul mesra bersama nasi impit. 9. Setelah siap, boleh angkat dan hidangkan bersama bawang goreng.
Jika suka sayur atau bahan lain seperti udang boleh lah buat penambahan ya. Selamat mencuba!
Mudah sahaja resepi nasi impit goreng ni. Bahan yang digunakan juga tidak terlalu rumit dan senang untuk dicari. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makanan yang dibuat di rumah sememangnya adalah yang terbaik untuk seisi keluarga. Lebih-lebih lagi air tangan mama untuk anak-anak, mesti cepat je licin makanan yang terhidang.
Untuk sarapan atau minum petang bersama anak-anak dan keluarga, mama boleh cuba buat roti kukus cheese leleh yang sedap ni. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah untuk didapati. Langkah-langkahnya pun simple je.
Yang penting kalau makan mesti semua teruja dan tak cukup satu. Boleh juga dijadikan bekalan buat si kecil yang gemar makan roti bersama kaya dan cheese.
Perkongsian resepi oleh Amin Faiezah ini boleh dicuba, mana tahu jadi menu kegemaran semua. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
*Roti
*Cheese
*Buttercup
*Kaya
Cara-cara:
belah roti menjadi dua
2. sapukan buttercup dan lapiskan dengan kaya, lepas tu letak cheese atas roti
3. Kukus dalam 5 minit
Siap dah boleh makan!
Bak kata Amin Faiezah sedapnya roti kukus cheese leleh ni bila makan memang tak pandang dah orang sebelah. Jadi mama-mama jangan lupa untuk cuba sendiri masakan ini di rumah ya!
Resepi Daging Harimau Menangis sangatmudah disediakan dan anda boleh buat sendiri di rumah. Resepi ini lebih menumpukan pada bahan perapan dan cara masak daging tersebut. Jadi jom kita ikuti artikel penuh penyediaan Daging Harimau Menangis dengan sos ala thai ini.
RESEPI HARIMAU MENANGIS
PERAPAN DAGING
2 kilo daging yang dihiris nipis-nipis
4 ulas bawang putih yang di cincang
Nisan padi (gula kabung)
Nampla (sos ikan)
5 sudu besar sos tiram
Serbuk lada hitam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
Kicap pekat
Ajinomoto(jika perlu)
Garam (jika perlu)
Gaul semuanya dan perap semalaman. Jangan letak air supaya daging lembut dan juicy. Goreng dengan sedikit minyak sahaja sehingga masak.
Campurkan nisan padi, nampla dan jus limau, serbuk lada kering dan beras goreng. Kacau sehingga sebati masukkan bawang yg dimayang dan daun ketumbar. Perah asam limau. Siap.
Kuih ulat bulu ni bahan utama dia tepung pelut. Bila kuih guna tepung pulut, automatik rasa kuih tu kenyal-kenyal.
Resepi kuih ulat bulu yang berintikan kacang merah ni memang senang. Yang penting rasanya memang sedang sangat-sangat. Jom cuba!
Kuih simple.. Kuih ulat bulu 🐛
Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 1/4 cawan air
1 sudu air kapur makan
Sedikit garam
Pewarna ikut suka
Inti kacang merah – ready-made
Kelapa parut putih + sedikit garam
Cara penyediaan:
Satukan tepung pulut, tepung gandum, air kapur, garam & air (air jangan tuang semua..sikit-sikit dulu..doh masih keras..tambah lagi air) Gaul/uli semua sehingga sebati..jadikan doh yang tak lembik & tak keras atau melekat ditangan
(sama lebih kurang doh untuk buat buah melaka)
Jika suka yang berwarna..bahagikan doh.. warnakan ikut suka
Bulat-bulatkan doh 28g atau ikut suka kesemuanya.. leperkan atas tapak tangan & letak inti kacang merah
Kemudian tutup doh & gentel bujur memanjang.. buat sampai habis
Didihkan air kemudian masukkan doh ulat bulu tadi..dah timbul angkat toskan air seketika
Gaulkan dalam kelapa parut putih dan sedikit garam.. golek-golekkan biar kelapa melekat rata
Sedia untuk dihidang & makan 😊
P/s: jika suka boleh goreng sedikit beras pulut taburkan atas kuih ulat bulu masa hidang
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap tahun, ulang tahun kelahiran adalah momen bermakna untuk diraikan bersama insan tersayang. Bagi pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail, hari istimewa ini disambut...