Anak-anak yang sedang membesar sememangnya memerlukan makanan yang baik dan berkhasiat. Namun ibu bapa berdepan dengan masalah anak yang makan mengikut mood atau ada juga yang memilih pada rasa sesuatu makanan itu. Bila berdepan dengan masalah ini, ibu mula rasa rungsing.

Anak-anak yang berusia dua tahun ke atas sebenarnya sudah bijak membuat pilihan terhadap makanan mereka. Langkah paling bijak adalah memberikan pengalaman ketika memasak bersama-sama mereka. Bukan itu sahaja, memegang makanan sendiri juga dapat menarik minat anak-anak untuk makan. Finger food atau makanan jejari solusi paling sesuai bagi memudahkan anak untuk memegangnya.

Bagi Dia Pegang Baru Selera Makan, Bebola Daging Homemade, Finger Food Istimewa Buat Anak!

Resipi Bebola Daging homemade ini salah satu resipi yang boleh dicuba bersama anak-anak di rumah. Barulah anak makin timbul minat untuk makan. Resipi perkongsian Dr Nurhaya Yacob ini nampak menyelerakan. Jom cuba sekarang!

Bingung nak masak makanan jejari untuk anak? Jom cuba resipi mudah ni.

Bahan:
Daging Cincang
Telur 1 biji
Roti putih atau gandum
Lobak merah / carrot
Bawang besar merah
Batang seleri
Lada hitam
Serbuk keju parmesan
Serbuk ikan bils
Susu segar

IKLAN

Bagi Dia Pegang Baru Selera Makan, Bebola Daging Homemade, Finger Food Istimewa Buat Anak!Kisar halus batang seleri, bawang besar merah, daging dan lobak merah.

Bagi Dia Pegang Baru Selera Makan, Bebola Daging Homemade, Finger Food Istimewa Buat Anak!Rendam roti dalam susu segar. Ini akan memberi kelembutan kepada bebola daging sehingga ia mudah di gigit oleh anak.

Gaul rata semua bahan yang di kisar bersama dengan roti yang telah di rendam, berserta serbuk lada hitam dan serbuk keju parmesan.

IKLAN

Bagi Dia Pegang Baru Selera Makan, Bebola Daging Homemade, Finger Food Istimewa Buat Anak!

Akhir sekali pecahkan telur dan gaul rata bersama-sama dengan bahan-bahan yang telah di gaul awal tadi.

Bentukkan mengikut bentuk dan saiz yang ibu suka. Jangan terlalu kecil kerana nanti mudah tersedak sekiranya anak terus masukkan semuanya tanpa menggigit sedikit demi sedikit.

IKLAN

Bagi Dia Pegang Baru Selera Makan, Bebola Daging Homemade, Finger Food Istimewa Buat Anak!

Ibu boleh bakar para suhu 170 darjah selius selama 10 ke 15 minit dan kemudian alihkan untuk membakar bahagian bawahnya atau ibu boleh menggoreng di dalam minyak yang panas.

Ibu boleh deep dalam cheese spread atau mushroom spread. Memang sedap sangat-sangat!

Bagi Dia Pegang Baru Selera Makan, Bebola Daging Homemade, Finger Food Istimewa Buat Anak!

Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI