Penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui pengalaman membesarkan anaknya bersama isteri agak mencabar namun meletakkan segalanya kepada Allah SWT.
Bila melibatkan aspek kesihatan dan keselamatan anaknya, dia meletakkan segalanya pada Allah agar dijauhi dari hal yang tidak diingini.
Malah kata Azmi lagi, dia dan isteri bukanlah pasangan pertama yang membesarkan anak sendirian tanpa bantuan orang lain. Ia detik terindah buatnya dan isteri tambah lagi si comel, Khalisa kini bakal memasuki usia enam bulan.
“Antara soalan yang banyak ditanyakan pada kami tentang anak adalah siapa yang tolong jaga? Bila kami jawab kami berdua sahaja yang jaga sendiri, biasanya mereka akan terkejut. Mereka terfikir bagaimana keadaan saya dan isteri yang dua-duanya langsung tak boleh melihat menguruskan anak.
“Memang betul. Saya dan isteri jaga Khalisa berdua sahaja. Malah kami bukanlah pasangan buta pertama yang berbuat demikian. Ramai lagi kawan-kawan senasib saya buat perkara yang sama walaupun kebanyakannya salah seorang dari pasangan boleh melihat sedikit.
“Saya bersyukur dapat isteri yang memang kuat semangatnya untunk menjaga anaknya sendiri. Memang sejak awal perkahwinan kami dah sudah suarakan hal itu.
“Dia tak mahu seperti mereka yang tinggalkan anak di kampung dan ambil semula setelah pandai mengurus diri.
“Jujurnya memang ada risau juga. Terutamanya hal yang berkaitan keselamatan. Namun, kami serahkan semuanya pada Allah. Kami selalu saling mengingatkan agar baca bismillah sebelum buat apa sahaja. Mudah-mudahan Allah jauhkan dari hal yang tak dingini,” tulisnya panjang lebar.
Ads
Tambah Azmi lagi, dia paling bersyukur bila mana ada rakan-rakan terdekatnya yang sentiasa prihatin dan sudi membantu dalam banyak hal menguruskan anaknya.
“Selain itu, kami juga bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang selalu bertanya khabar. Walaupun kami boleh jaga sendiri bukan bermakna langsung tak perlukan penglihatan.
“Ada juga beberapa perkara yang kami minta orang lain untuk tolong seperti mencari semula pasangan baju dan seluar yang bercampur waktu dicuci dan tengokkan kalau-kalau ada ruam atau apa-apa pada badan Khalisa yang tak mampu dirasa dengan jari.
“Syukurnya, tak ada satu pun dari mereka yang mempersoalkan cara kami menjaga anak. Mereka hanya bantu apa yang kami perlu sahaja,” tulisnya.
Kini kata Azmi dia dan isteri semakin teruja untuk memperkenalkan makanan pejal buat Khalisa malah mengakui agak berdebar-debar melalui fasa baru itu.
Ads
“6 Mei ini Alhamdulillah genap 6 bulan umur Khalisa. Bermula fasa baru untuk dia dan kami iaitu fasa nak bagi dia makan. Agak mencabar juga. Nak sediakan makanannya, nak menyuap dalam keadaan dia belum pun kenal erti makan dan nak pastikan dia betul-betul dapat makan dengan baik.
“Selain itu, Khalisa dan Ibu juga akan belajar berpisah kerana perlu menghantar Khalisa ke rumah pengasuh. Bulan Jun Si Ibu sudah kembali bekerja. Dah berapa kali dia suarakan kesedihan bila terpaksa menghantar Khalisa pada orang lain.
“Begitulah kawan-kawan. Hidup adalah perjuangan. Kita semua ada perjuangan masing-masing. Menang atau kalah adalah bermula dari impian. Bila ada impian barulah adanya kekuatan.
“Sama-sama kita berjuang dengan cara kita sendiri. Kita ada Allah yang akan sentiasa beri yang terbaik untuk hambaNya. Selalulah bersangka baik dengan Allah. Mudah-mudahan kita selalu dalam kasih-sayangNya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Azmi dan isteri menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada 6 Mei tahun lalu selepas melalui tempoh duka pemergian anak pertama yang mengalami masalah pernafasan.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Daun kesum antara daun-daunan herba yang paling cepat layu berbanding daun herba lain dalam masakan.
Bila disimpan di dalam peti ais, daun yang cukup popular dalam pembuatan Asam Pedas dan Laksa ini lebih tidak tahan lama.
Bagaimana hendak mengembalikan semula kesegarannya? Jangan terus dibuang sebaliknya ikuti tip ini seperti yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok, @muaketom.
“Lemahhhh kan bila tengok sayur layu tak segar.”
Tak perlu membazir kita segarkan daun ini dengan mineral salt & aloe vera.
Nampak tak sayur ni mula-mula nampak layu kan.
Kita rendam je dulu dengan air sekali dengan Sunlight.
Baru sebulan bergelar bapa, hero Malaya, Remy Ishak kini mengakui sudah mula rindukan anaknya, Tuah Alam yang kini sudah pun berusia sebulan.
Remy yang dikhabarkan kini berada di Kelantan bagi menjalani penggambaran filem Munajat Kasih mula merasai perasaan terpaksa berjauhan dengan anak tersayang.
Menerusi Instagramnya, bapa kepada Tuah Alam ini meluahkan rasa rindunya pada anak dan isterinya yang terpaksa ditinggalkan atas tuntutan kerja.
“Sebelum ini selalu juga lihat kawan- kawan yang ada anak ni tak boleh berpisah.
“Sekarang baru seminggu tinggalkan Tuah dan Ezza (isteri), baru saya tahu macam mana rasa dan perasaannya bila berjauhan,” katanya.
Melalui entri itu juga, Remy turut memaklumkan anak lelaki diberi nama Tuah Alam itu berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja bersama isterinya.
“Tuah Alam sekarang dah cukup sebulan umurnya. Syukur Alhamdulillah sihat walafiat.
“Lagi sebulan ayahanda balik ya Tuah,” ujarnya.
Terdahulu, isteri Remy iaitu Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur. Putera sulung kesayangan Remy dan isteri ini diberi nama, Tuah Alam.
“Anak arwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali semasa tidur kerana terlalu rindu sebelum dia tidur semula.
“Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka,” kata Fauziah Dollah, 63.
Fauziah adalah ibu kepada Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, yang maut bersama suaminya, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30.
Mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur 8.30 pagi semalam selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang lori.
Mengulas lanjut Fauziah berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga cucunya, Muhammad Arfan Ziqri berusia 22 bulan kerana cucunya itu sangat rapat dengannya sekeluarga terutama anak bongsu, Diana, 25.
“Arfan tidak boleh bercakap, tetapi selepas kedua ibu bapanya selamat dikebumikan dia panggil ibunya beberapa kali, dia sangat rindukan ibunya kerana mereka rapat.
“Selepas kejadian itu, Arfan seperti tercari-cari ibu dan abinya serta tidak ceria.
“Dia juga kurang minum susu dan hari ini baru nampak wajahnya sedikit ceria kemungkinan gembira dengan kehadiran orang ramai di rumah kami.
“Walaupun sedih dengan nasib cucu tetapi saya reda dengan pemergian anak dan menantu dalam kemalangan itu,” katanya ditemui di Jalan Taman Sri Talang, Kadok, Kota Bharu.
Menurutnya, arwah anak dan menantu kerap pulang ke kampung apabila mereka cuti dan tiada perubahan ditunjukkan ketika mereka pulang bulan lalu.
Begitu juga ketika mereka berbual di telefon, tiada pesanan ditinggalkan anak keempat daripada lima beradik itu.
“Arwah menantu kerap menghantar isteri ke tempat kerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur dari rumah mereka di Shah Alam.
“Jika menantu kerja, arwah anak pergi dan balik kerja dengan komuter,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, keluarga anggota polis yang maut bersama isterinya di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur beberapa hari lalu terkejut apabila mengetahui isteri mangsa hamil anak kembar.
Mangsa, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 8 pagi.
Seorang warga emas menanggung kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud sejak Ogos tahun lalu.Memetik Harian Metro, Ketua...