Sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan, dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan. Selain susu ibu atau susu formula, ibu sudah boleh memperkenalkan puri buah atau sayur mahupun bubur kosong untuk melatih deria rasanya. Ketika bayi sudah melepasi usia setahun, biasanya dia sudah banyak makan tetapi masih bergantung kepada susu. Ada sesetengah anak, badannya kecil dan tidak terlalu berat.

 

Kadang-kadang jika ini berlaku, mungkin akan ada yang mencadangkan agar anak tersebut diberikan susu formula (jika selama ini hanya minum susu ibu) supaya beratnya dapat ditambah. Sebenarnya itu bukan penyelesaian yang sebenar. Ibu seharusnya tidak perlu  terlalu risau jika bayi bertubuh kecil kerana setiap perkembangan dan tumbesaran bayi adalah berbeza. Pada kebiasaan, bayi akan mengalami penurunan berat badan pada minggu pertama kelahiran.

Bayi akan mula mendapat semula berat ketika lahir pada kira-kira hari ke-10 selepas kelahiran. Pada 3 bulan pertama, berat baik sepatutnya naik secara normal iaitu kira-kira 140-210 gram seminggu.  Jika berat bayi tidak naik secara normal, teknik pelekapan bayi harus diperiksa semula.

Minum Susu Ibu, Berat Naik Sikit Tu Normal. Setiap Anak Berbeza, Usah Panik
Sumber foto: www.freepik.com

Kemungkinan bayi tidak melekap dengan betul dan susu tidak dapat dikeluarkan secara efisien. Bayi 6-12 bulan sepatutnya mengalami pertambahan berat badan sebanyak 70-91 gram seminggu. Kesimpulannya, bayi akan mengalami pertambahan berat badan 2 kali ganda dari berat ketika kelahiran pada usia 5 bulan dan 3 kali ganda setelah mencecah 1 tahun.

Tidak perlu terlalu risau dengan berat anak, pastikan teknik pelekapan adalah betul dan bayi menyusu dengan kerap. Ini adalah kerana bayi menyusu mengikut keperluan. Jika bayi aktif dan sihat, berat badan bukanlah satu masalah yang perlu dirisaukan.

Adalah penting untuk ibu mengenal pasti jika bayi melekap di payudara dengan betul atau hanya menghisap di bahagian puting ketika menyusu. Pelekapan yang betul boleh membantu bayi mendapatkan susu yang secukupnya. Ketika bayi menyusu, ibu juga boleh melakukan urutan di bahagian payudara untuk merangsang pengeluran susu yang lebih lancar.

IKLAN

Artikel Menarik: [Taktik Elak Mandi, Tidur Sambil Senyum. Gelagat Bayi Ni Cuit Hati Warganet!]

Minum Susu Ibu, Berat Naik Sikit Tu Normal. Setiap Anak Berbeza, Usah Panik
Sumber foto: www.freepik.com

Bagi bayi yang kurang berat badan, ibu boleh pam payudara selama 5-10minit sebelum bayi menyusu bagi mengeluarkan ‘fore-milk’ yang lebih cair dan kaya dengan laktosa. Apabila bayi menyusu selepas pump, bayi akan mendapat lebih ‘hind-milk’ yang lebih pekat dan kaya dengan lemak untuk membantu dalam penambahan berat badan.

Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]

Untuk bayi yang telah memulakan makanan pelengkap, ibu boleh tingkatkan pengambilan kalori seharian bayi dengan menyediakan makanan yang mengandungi kandungan kalori yang tinggi seperti keju, yogurt, kentang, telur, roti dan sebagainya. Pengambilan makanan utama iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam harus diambil setiap hari di samping penyusuan susu ibu. Penyusuan akan berkurangan dari masa ke semasa mengikut usia bayi.

IKLAN
Minum Susu Ibu, Berat Naik Sikit Tu Normal. Setiap Anak Berbeza, Usah Panik
Sumber foto: www.freepik.com

TIDAK PERLU perkenalkan bayi dengan susu formula. Lebihkan makanan yang berkalori tinggi. Setelah bayi mencapai usia 2 tahun serta tidak menyusu dengan susu ibu lagi pada ketika itu, susu segar boleh diberikan sebagai pengganti susu ibu.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN