Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung.

Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.

Stres Punca Sakit Jantung. Orang Muda Lebih Mudah Terkena Dan Menyebabkan Kematian

“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.

“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.

“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres,”

IKLAN

Bahkan menurut Dr Zubaidi, beliau sendiri pernah berdepan dengan beberapa pesakit kronik yang disebabkan oleh stres.

“Contohnya saya berdepan kes seorang lelaki yang merupakan pengajar kecergasan di gimnasium. Disebabkan dia banyak bekerja, tak banyak rehat, dia sendiri mengaku dia kena strok.

“Begitu juga dengan selebriti dan pelakon. Mereka banyak terlibat dengan penggambaran. Tidak cukup tidur. Itu menyebabkan stres pada diri dia dan mungkin ditambah dengan stres sekeliling. Anak dan isteri terpaksa tinggal. Ini menyebabkan jantung dia mengalami masalah fungsi,”.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa golongan muda pada masa kini mudah berdepan risiko serangan jantung walaupun menjalani kehidupan yang sihat.

IKLAN

Terbaru pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia pagi semalam dipercayai akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Ashraf meninggal dunia awal pagi, kira-kira jam 3.45 waktu tempatan dan berita sedih itu disahkan oleh pengurus isterinya, Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

‘Ashraf lebih sihat daripada kami’

IKLAN

Mengulas lanjut Dr Zubaidi berkata, sekiranya stres dibiarkan tanpa diubati, dalam tempoh lima hingga 10 tahun, seseorang pesakit akan berdepan dengan kesannya.

“Stres ini juga mengambil masa. Bukan hari ini kita stres dapat serangan jantung. Sebenarnya mengambil masa yang sama dengan serangan jantung. Kita tidak tahu kita ada penyakit kronik. Kalau ikut kajian, stres dalam kalangan rakyat Malaysia sudah makin tinggi. Dalam 50 peratus.

“Sebab itu saya minta, selama ini kita hanya fokus kepada obesiti, tetapi kita juga harus fokus kepada stres sebab sekarang ini ramai orang dah stres. Kita stres di jalan raya. Itu tanda-tanda dia,” katanya.

Dalam pada itu katanya, stres juga mendatangkan seperti masalah mental, kemurungan dan boleh menyebabkan pesakit mempunyai keinginan untuk membunuh diri.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI