Selain menonton televisyen dan belajar dengan medium asas yang lain sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk kuatkan ingatan anak-anak dengan cara yang lebih jimat dan menyeronokkan. Bukan setakat untuk anak gembira tapi boleh meningkatkan kemahiran dalam diri mereka.
Bagi sesetengah ibu bapa yang mampu mereka mungkin boleh menghantar anak-anak ke kelas tertentu untuk merangsang deria anak-anak. Namun bagi yang tak berkemampuan anda tetap boleh memberikan yang terbaik pada anak asalkan ada usaha dan rajin.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Aminah Hussain mengenai aktiviti yang dilakukan untuk membantu menguatkan ingatan anak sangat menarik dan boleh dicuba bersama anak anda.
Seorang mak whatsapp saya, bagaimana set Bacalah Anakku boleh buat anak dia pandai membaca. Dan mak ini luahkan kerisauan kerana anaknya payah nak ingat apa yang mak dia ajar.
Saya rujuk pada kawan yang memang ada lesen mengajar phonics ni. Dan dia cakap anak itu kena banyak buat aktiviti messy-play.
Ads
Main playdoh buat huruf Main water colour Menulis pada garam atau pasir
Dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh kuatkan ingatan anak.
Kebetulan saya memang nak main homemade playdoh dengan anak-anak hari ini. Saya kongsikan caranya.
Ads
Lihat gambar ya.
Cari 1 kotak besar.Buka kotak dan jadikan alas untuk messy-play. Dan bersedia untuk mop lantai. Sekali sekala nak.Gunakan bekas kuih raya hari tu. Jimat besen mak.Bahan homemade playdoh 1. tepung 2. garam halus 3. air suam 4. Minyak masak 5. Pewarna makananCawan untuk sukat1 cawan tepung Suku cawan garam halus 3/4 cawan air suam Minyak masak 1 sudu Pewarna suku sudu Gaul je semua sekali. Saya buat ni 2 cawan tepung dalam 1 bekas.Bagi anak gaul ye. Aktiviti ni boleh kuatkan otot tangan. Membantu perkembangan motor halus anakYeay dah jadi dohSiap 3 doh untuk 3 orang anak.Bagus untuk kuatkan ingatan anakCara mengajar anak membaca suku kata secara sambil mainUlat yang ilmiy buat.Mengeja namanya sendiri. Main la sampai puas. Nanti lepas anak main simpan semula doh dalam bekas kuih tadi. Boleh main selagi tak mengeras. Selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimana kita nak bantu anak kita bercakap? Kenapa anak orang lain usia 2 tahun dah petah cakap? Persoalan ini tak susah jika mak ayah sendiri yang rajin layan anak. Sesibuk mana pun dalam sehari waktu kualiti kita luang sekurang-kurangnya 30 minit pun sangat bermakna. Kalau dapat lebih lagi bagus.
Jadikan masa dengan anak waktu yang sentiasa ditunggu-tunggu dan memberi keseronokan untuk anak terus mendapat ilmu baru.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Ashikin Hashim ini sangat membantu.
1. Keraplah berbual dengan anak.
Saya memahami bahawa kebanyakan suami dan isteri masing-masing bekerja dan pulang lewat, namun ianya bukan alasan untuk tidak meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan anak.
2. Bacakan buku untuk anak.
Melalui pembacaan, anak akan mendengar lebih banyak kosa kata. Ini membantu dan merangsang anak untuk bercakap.
3. Terhadkan penggunaan gajet.
2 tahun ke bawah jangan perkenalkan langsung kepada anak. Untuk anak pra sekolah, terhadkan masa. Jangan sampai anak ketagihan gajet pada masa ini. Sangat sukar nak kawal jika kita sudah berlebihan memberi masa gajet kepada anak. Bertindak sekarang.
4. Beri anak peluang dan masa main di luar rumah.
Pergilah main di padang. Main bola. Main bubble. Main tanah dan pasir. Pelbagaikan aktiviti supaya anak banyak berkomunikasi.
Menurut sebuah kajian dalam jurnal Pediatric Dentistry, hampir separuh daripada ibu bapa dengan anak autisme menggambarkan keadaan gigi anak mereka sebagai sederhana atau teruk.
Ini tidaklah menghairankan kerana lawatan ke klinik gigi boleh menjadi sangat mencabar untuk anak autisme. Ransangan deria yang berlebihan daripada bau aneh, bunyi kuat dan alat tajam, rasa takut dengan orang dewasa yang bertopeng dan proses rawatan yang tidak diketahui apa dan bila akan berakhir; semuanya sangat menyukarkan kanak-kanak autisme bertenang. Walaupun sukar, terdapat beberapa tip yang boleh anda cuba untuk membantu membawa anak anda ke klinik gigi.
Pastikan doktor gigi yang akan anda kunjungi mempunyai pengalaman dengan anak keperluan khas. Tidak semua orang dapat menguruskan keperluan tambahan kanak-kanak autisme. Sesetengah klinik gigi mempunyai pakar gigi khusus untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Sekiranya anda tinggal di kawasan tanpa doktor gigi yang terlatih dalam keperluan khas, lakukan yang terbaik sebagai ibu bapa dengan mendidik pasukan pergigian untuk mempersiapkan mereka menghadapi anak anda.
Sebelum anda memperkenalkan anak anda kepada doktor gigi, dapatkan beberapa instrumen pergigian supaya mereka dapat melihat dan memegang instrumen tersebut. Dengan ini, anak anda akan tahu bahawa alat tersebut tidak akan menyakiti mereka. Jika anak anda mula mengambil bahagian, lakukan pemeriksan gigi olok-olok di rumah. Latih anak anda berbaring semasa mereka membuka mulut mereka.
Anda boleh meminta izin kepada klinik gigi tersebut untuk mengambil gambar atau merakam di luar bangunan dan di dalamnya. Jika boleh, ambil juga gambar doktor gigi tersebut. Semakin banyak anak ada melihat gambar dan menjadi terbiasa dengan persekitaran yang ditunjukkan, semakin mudah anak anda menyesuaikan diri. Ini membolehkan anak anda tidak merasa terancam kerana melihat klinik tersebut tanpa ransangan deria seperti bunyi atau cahaya yang asing baginya.
Cerita sosial dengan gambar daripada klinik gigi yang sebenar dapat membantu anak anda. Penerangan ringkas tentang apa yang bakal berlaku adalah cara yang baik untuk berkomunikasi dengan anak autisme yang memerlukan sokongan visual.
Anda juga boleh membawa anak anda ke klinik gigi tersebut sebelum tarikh temu janji yang ditetapkan. Sesetengah anak autisme mungkin perlu datang dahulu ke klinik tersebut, bertegur sapa dengan kakitangan klinik dan beredar setelah mendapat pengalaman positif. Anda boleh melakukan reinforcement kepada anak anda dengan cara memberikannya pelekat atas pencapaiannya.
Sesetengah keluarga mendapati bahawa membawa anak autisme mereka ketika menjalani pemeriksaan gigi membolehkan anak tersebut menjadi lebih percaya dengan proses tersebut apabila tiba gilirannya pula nanti.
Bawa bersama apa sahaja yang diperlukan oleh anak anda untuk keselesaannya. Sekiranya mereka mempunyai selimut kegemaran, mainan atau apa sahaja yang mereka sukai, bawa ia bersama-sama dan biarkan anak anda memegangnya pada setiap masa.
Anda boleh cuba menggunakan fonkepala untuk mengurangkan pendedahan anak anda kepada kebisingan atau memakaikannya kaca mata hitam untuk mengurangkan pendedahan kepada lampu pemeriksaan gigi yang sangat terang.
Anda boleh menggunakan penunjuk masa visual atau bunyi seperti jam pasir atau jam loceng untuk membantu anak anda memahami bahawa proses ini mempunyai had masa dan doktor gigi tersebut tidak akan menyeksanya untuk selama-lamanya.
Ambil rehat yang kerap. Jika anak anda memerlukan rehat dari semua pergerakan, lampu dan bunyi, minta kerjasama doktor untuk membenarkan anak anda berehat walaupun beberapa kali dalam satu sesi rawatan.
Pun begitu, dalam beberapa kes, anak autisme mungkin tidak dapat memberikan kerjasama langsung walaupun anda telah mencuba pelbagai cara untuk mempersiapkan mereka. Mereka mungkin berasa terlalu tertekan dan sangat sensitif dengan segala ransangan deria yang dirasai semasa rawatan gigi. Dalam kes tertentu seperti ini, doktor gigi anda mungkin mencadangkan sedatif atau pelali sebagai penyelesaian.
Lama tak dengar cerita Ayden Mikael atau panggilan manjanya baby Iqy yang suatu ketika dulu popular dalam drama Pujaan Hati Kanda pada 2018. Drama yang trending itu dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak.
Kini Ayden dah pun berusia 4 tahun dan makin handsome. ‘Kegebuan’nya tetap sama macam dulu-dulu cuma perwatakannya dah macam abang-abang.
Maklumlah Ayden dah naik pangkat jadi abang pada November 2021 dan dapat adik perempuan yang diberi nama Ayraa Medina.
Jika dulu ramai yang geram melihat Ayden kerana pipinya yang chubby dan kulit putih, kini mommynya pula mengusik, perut Ayden yang jadi perhatian.
Jika diimbas semula lakonan baby Iqy beberapa tahun lalu, dia sangat mudah memberikan kerjasama dan wataknya memang betul-betul real. Terasa rindu pula nak lihat lakonan Ayden kan?
Malah rata-rata peminat Ayden yang melihat gambar terkininya masing-masing anggap dia baby Iqy lagi dan tak sangka masa berlalu begitu pantas. Tak kurang juga yang geram melihat keletah Ayden yang semakin banyak akal.
“Dah besar dah baby Iqy, makin comel la.. Alhamdulillah happy for both of you..”
“Baby Iqy dah besar, geramnya..sebaya anak saya..”
“Muka tu, geramnya..comel! Sejak jadi abang long asyik serius muka.”
Kredit: IG Ayden Mikael MZ
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!