Penyanyi, Tajul Ariff yang selamat menimang anak ketiga pada 5 Mei lalu mencuri perhatian peminat dan warganet apabila berkongsi momen menyentuh hati mentahnik sendiri anak lelaki bongsunya.
Menerusi perkongsian video di TikTok milik isterinya, Nurul Shamieza Eddie, pasangan ini berkongsi detik istimewa yang penuh makna dalam kehidupan mereka.
Menurut Shamieza, inilah kali pertama Tajul sendiri melaksanakan amalan tahnik terhadap cahaya mata mereka tanpa meminta bantuan orang lain.
“Pengalaman kali pertama tahnik anak sendiri, rasa sebak pun ada,” tulis Shamieza ringkas namun penuh emosi.
Ads
Menerusi perkongsian video itu, Tajul dilihat melakukan tahnik itu sendiri sebagai sunnah selepas kelahiran anak ketiganya itu.
Dalam kapsyen yang menyentuh hati, Shamieza turut menitipkan doa agar anak bongsunya itu sentiasa berada dalam lindungan Allah dan dijauhkan daripada segala keburukan.
“Allahumma faqihhu fiddin wa’allimhu fit ta’wil. Semoga anak bongsu mommy ini sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan-Nya. Hanya yang baik-baik untukmu,” luahnya penuh kasih.
Ads
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada para peminat yang memuji keberanian dan kesungguhan Tajul menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.
Ads
@icaaeddie2Allahuma faqihhu fiddin waalimhu fit takwil ✨ First time daddy dia tahnik anak sendiri ❤️ semoga anak bongsu mommy sorg ni, sentiasa dibawah lindungan Allah & semoga yg baik2 sahaja untukmu 😘💋♬ Bukan Yang Pertama – Arie & The Project
Untuk makluman, Tajul dan Shamieza telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan tiga cahaya mata, Adriana Carissa, Adrian Rifqy dan bayi lelaki bongsu yang masih belum didedahkan namanya kepada umum.
Sumber: TikTok @NurulShamiezaEddie
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya dalam perhubungan suami isteri, komunikasi yang baik dan bagi perhatian pada pasangan jadi asas utama dalam keharmonian rumah tangga. Jika berpegang pada wang ringgit sahaja ia tak ke mana jika pasangan rasa seperti tak dihargai.
Percayalah jika hubungan ini disulami dengan kejujuran, sikap tolak ansur dan gurau senda anak, rumah tangga anda akan terus bahagia walau dalam apa keadaan sekalipun. Tapi sebagai ketua keluarga, adakah anda perasan isteri akan rasa dihargai bila suami dapat bagi perhatian apa yang nak diluahkannya.
Berdasarkan perkongsian dari Najmi Nawawi, 15 minit pertama, masa wajib bagi perhatian pada isteri. Ini ialah cara untuk buat isteri rasa dihargai. Contohnya, baru ambil isteri dari tempat kerja, atau baru balik kerja, maka gunakan 15 minit pertama di awal pertemuan untuk fokus 100% pada isteri.
Dengar cerita dan tunjukkan minat kepada cerita yang disampaikan isteri. Walaupun kita sibuk dengan kerja, mahu buat panggilan, mahu fikir tentang kerja dan sebagainya. Tetapi hanya untuk 15 minit pertama ini, tolong lupakan semua itu sebentar.
Bagi 15 minit pertama ini untuk bagi perhatian dan senyuman. Sorok tepi muka stress dan penat itu untuk 15 minit yang istimewa ini. Cipta ruang penghargaan bagi membuatkan pasangan rasa dilindungi dan dicintai.
p/s : 15 minit pertama ialah minimum, kalau boleh bagi lagi lama, lagi bagus. Barulah isteri itu rasa puas dan dihargai. Nanti kau pula yang akan dihargai kembali.
Janganlah baru jumpa isteri, tetapi buat tidak peduli dan buat macam isteri itu tidak wujud. Tangki emosi dan buku cerita dia tengah penuh tu, lebih baik beri dia peluang curah dan bacakan pada kau dulu.
Sepasang suami isteri nekad ‘menjual’ bayi yang baharu dilahirkan kepada orang lain selepas tidak dapat membayar bil hospital RM4,000 akibat kesempitan hidup kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.
Kejadian yang berlaku di Temerloh ini melibatkan pasangan dari Lombok berusia dalam lingkungan 20-an. Difahamkan pasangan ini tidak mempunyai wang mencukupi bagi membayar bil hospital kerana selain tidak mempunyai kerja, mereka turut terkesan apabila rumah sewa di Karak ditenggelami banjir tahun lalu.
Serah anak pada orang lain
Ekoran itu, mereka yang buntu dengan keadaan itu meminta satu pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak sejak berkahwin sembilan tahun lalu menyelesaikan bil tersebut sebelum menghilangkan diri.
Bagaimanapun, keadaan menjadi rumit apabila bayi itu tidak dapat didaftarkan sebagai anak angkat kerana memerlukan kehadiran ibu sebenar bagi urusan dokumentasi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mengimbau semula kejadian itu, wanita yang dikenali sebagai Hasnah, 33, berkata, dia mengetahui mengenai hasrat wanita Indonesia yang dikenali sebagai Fithiani, 25, yang mencari keluarga angkat bagi anak mereka pada 1 Januari lalu.
Katanya, dia dan suami pernah menyatakan untuk mengambil anak angkat di dalam kumpulan WhatsApp kawasan kediaman.
“Mungkin ada rakan Fithiani yang tahu mengenai hasrat kami dan menghubungi saya untuk mengambil bayi yang dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu itu sebagai anak angkat.
“Mereka menyatakan tidak mempunyai wang untuk membayar bil sebanyak RM4,000 kerana terkesan dengan Covid-19 dan ditambah pula rumah mereka di Karak ditenggelami banjir,” katanya.
Sampai sekarang tak dapat dikesan
Menurut Hasnah, gembira dengan tawaran itu kerana masih tidak mempunyai anak walaupun sudah sembilan tahun berkahwin, dia nekad membayar bil tersebut dan membawa bayi itu pulang bersama beberapa dokumen yang diberikan pihak hospital.
Bagaimanapun, tambahnya, pasangan tersebut kemudian terus menghilangkan diri dan tidak dapat lagi dihubungi, malah rumah sewanya di Karak sudah dikosongkan.
“Kami buntu untuk melakukan proses seterusnya kerana kehadiran ibu kandung amat penting bagi tujuan pendaftaran bayi sebagai anak angkat yang sah di sisi undang-undang. Ia untuk masa depan anak itu kelak,” katanya.
Ujar Hasnah, sejak bayi itu diserahkan kepada mereka, ibu bapa bayi berkenaan langsung tak datang.
“Kami sudah menguruskan segala keperluan untuk tujuan itu di JPN, suntikan pelalian dan usaha mengesan ibu kandung kepada bayi berkenaan, namun sehingga kini masih buntu,” ujarnya.
Sehubungan itu, Hasnah berharap pasangan suami isteri itu dapat menghubungi mereka dengan segera bagi meneruskan proses pendaftaran.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami tak layak untuk kata isteri yang menyusu badan ni kuat tidur. Sebab menyusu badan ni sepatutnya ada upah khusus. Tapi ramai isteri tutup mata, dan tetap gigih menyusukan. Walhal tugas lunas nafkah anak ni adalah tugas suami. Tetapi memandangkan bayi dibawah 2 tahun makanan mereka adalah susu badan, maka isteri kena bantu lunaskan.
Berikut perkongsian dari Abu Hannah kenapa isteri cepat sangat tertidur dan bukan saja-saja ya.
Dah jadi trend dan kebiasaan isteri sahaja sibuk gigih menyusukan. Dan ada yang bekerja membantu suami. Si suami cuma pandai sound isteri kuat makan, kuat tidur. Bila isteri balik kampung suami, dengan mentaati suami, si suami membuli emosi isteri dengan membuka hal-hal rumahtangga depan ahli keluarganya. Kalau boleh janganlah cakap macam ni ya.
Pengorbanan Besar Isteri
Bila menyusu badan ni, memang penat bang. Menyusukan anak ni membakar kalori bang. Bila proses pembakaran tu berlaku, maka ada la tenaga yang digunakan. Bila ada tenaga digunakan maknanya letih, lapar tu akan dirasai isteri yang menyusukan.
Tak payah bagi direct feed la bang.. Bini pam susu tu 20 minit dia orang akan letih, penat, lapar. Sebab tu dia orang kena makan banyak. Lepas pam susu kena sambung buat kerja rumah pulak. Yang kerja kena sambung bekerja pulak.
Letih. Macam pergi gym.
Suami boleh laa.. Pergi gym, balik, mandi. Makanan siap terhidang. Pastu dah makan boleh rehat. Anak melalak, nampak bini terlelap sambil susukan anak kata dia kuat tidur.
Meh sini bang…
Dalam susu badan ada 2 jenis hormon yang utama dirembeskan paling banyak.
Apa dia?
Hormon oxytocin dan prolaktin. Oxytocin ni hormon happy, tenang, riang. Bila hormon ni dirembeskan, automatik badan akan relaks. Tenang, cool. Dan susu kurang disebabkan hormon ni kurang. Hormon ni kurang sebab isteri menyusukan anak dalam keadaan tekanan, ketakutan, penat, lapar atau marah.
Sebab apa isteri rasa gitu? Sebab faktor sekeliling lah. Salah satunya sebab suami asyik sound isteri kuat tidur.
Bila hormon ni keluar badan akan rest automatik mata akan nak lelap. Sebab otak akan suruh body rest. Barulah susu banyak dan kualiti power.
Ditambah prolaktin. Hormon ni yang menguatkan bonding ikatan emak dan anak. Hormon ni yang meningkatkan rasa keibuan supaya ibu lebih tenang bila tengok anak depan mata.
Hormon-hormon ni semua dirembeskan atas satu matlamat. Untuk hasilkan susu yang banyak dan berkualiti.
Jangan Bagi Tekanan
Dan pembunuh hormon ni ada satu jer. TEKANAN.
So punca ramai ibu tak berjaya susukan sampai 2 tahun hanya disebabkan 1 benda jer. Tekanan. Kurangnya sokongan.
Dah la susukan anak tak dapat upah. Lagi ko sound dia kuat tido. Ehh.. Dah dapat jimat duit kot. Just hormat isteri sikit pun susah ker?
Bila dia tertidur masa susukan anak. Jangan kacau. Jangan kejut. Biarkan sekejap. Bagi dia rehat sebab dia penat menyusukan.
Jangan risau, direct feed anak takkan tersedak susu. Sebab Allah dah cipta satu lagi hormon CCK. Hormon ni ada pada manusia. Dia akan dirembeskan pada otak manusia supaya manusia tu merasa kenyang. Bila kenyang automatik baby akan lelap dan lepaskan puting ibunya. Hormon cck ni mcm suis off untuk had makan manusia.
Yg selalu tersedak tu sbb menyusu guna botol susu. Haa… Ni special beb directfeed.
So tolong yea.. Kita orang lelaki sepatutnya tanggungjawab kita lunas nafkah anak. Susu badan tu nafkah laa.. Sebab tu kalau isteri tak nak susukan pun, wajib suami cari ibu susuan. tak boleh paksa2 depa. Dah la upah khas tak ada.
Ni isteri bantu bagi susu free pun dah bagus. Tetiba sound dia kuat tidur. Tu suruh belajar. Bila belajar akan faham. Tak adalah jadi isu melabel macam ni.
Siap mengata isteri mengada. Ko yang mengada. Kalo terer sangat pergi cari ibu susuan. Kalo tak ada jawab la depan Allah esok-esok. Tu nafkah tu. Susu anak bukan tanggunjawab emak. Tu tanggungjawab ayah.
Sebab tu sesetengah kebudayaan diaorang memang akan carikan ibu susuan untuk anak mereka. Supaya isteri tak teruk sangat buat seorang. Tapi zaman ni wanita kena kerja, kena bagi susu badanz suami lak tak support.
Sebab tu selepass nama anak ialah nama ayah. Sbb anak tu tanggungjawab ayah. Bukannya emak. Ayah meninggal, keluarga ayah kena handle anak tu. Pun tetap bukan tanggungjawab emak. Faham?
Coretan meruntun jiwa suami Cikgu Jamaliah yang meninggal dunia dalam kemalangan, serta janji untuk menjaga tiga anak lelaki mereka menyentuh hati ramai.