Menanti saat kelahiran anak adalah momen terindah dalam hidup pasangan bergelar suami isteri. Apa lagi kelahiran zuriat yang dinantikan sejak sekian lamanya. Bagi Nor Murni Jusoh, 37 tahun dan suaminya, Mohd Khairul Azman Hashim, 38 tahun, menanti tempoh 10 tahun untuk melihat wajah cahaya mata sendiri bukanlah tempoh yang singkat. Terlalu lama.

Namun penantian mereka berakhir bila mana Nurul Masyitah Mohd Khairul Azman hadir memberi cahaya dalam kehidupan mereka berdua selepas menjalani rawatan IVF.

Keduanya sepakat memilih jalan akhir setelah melalui bermacam-macam jenis rawatan. Tidak mahu menanti lebih lama akhirnya IVF menjadi pilihan mereka.

“Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak”, 10 Tahun Menanti Zuriat, Anugerah Paling Bernilai!

“ Kami berkahwin pada 2008 dan masih belum dikurniakan anak walaupun menanti lama. Masuk tahun keempat perkahwinan kami, saya dan suami mencuba rawatan IUI. Proses untuk membuat rawatan ini mengambil masa yang agak lama. Bukan satu dua tempat tetapi di beberapa tempat dan hospital yang kami telah pergi. Proses yang lama ditambah dengan pelbagai masalah lain membuatkan saya tak sempat untuk mencuba IUI dan akhirnya pasrah.

Selepas empat hingga lima tahun mencuba, masih tidak nampak hasilnya. Kami penat melalui tempoh temujanji, rawatan demi rawatan tetapi tidak nampak hasilnya.

Akhirnya kami tekad untuk cuba melalukan rawatan IVF sebagai peluang akhir untuk punya zuriat sendiri. Saya tak mampu untuk tunggu lebih lama lagi. Saya ternampak Klinik Pakar Kesuburan Kasih ini ketika hendak pergi ke Pasar Karat di Shah Alam. Ketika itulah saya cari pelbagai maklumat di internet dan saya terus telefon.

Ads

“Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak”, 10 Tahun Menanti Zuriat, Anugerah Paling Bernilai!

Alhamdulillah tahun 2017, awal Januari saya buat temujanji untuk jalani pemeriksaan. Saya nampak ada sinar dalam rawatan ini namun saya tidak terlalu berharap, saya hanya berusaha selagi terdaya”.

Jalani Pembedahan Laparoskopi
Pendidik ini juga menyifatkan pertemuannya dengan doktor pakar bakal membuahkan hasil dan meletakkan sepenuh doa dan tawakal pada Allah SWT untuk anugerah rezekinya.

“ Setelah buat pemeriksaan, doktor mulakan rawatan dengan ubat kesuburan yang dibekalkan buat saya. Namun malangkan telur saya tak berjaya dirangsang dan berkembang dengan baik walaupun selepas mengambil ubat kesuburan.

Rupanya saya mengalami masalah pada dinding rahim dan terpaksa menjalani pembedahan laparoskopi untuk mencuci rahim yang terlalu tebal akibat darah yang melekat pada dinding rahim setiap kali senggugut.

Ads

“Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak”, 10 Tahun Menanti Zuriat, Anugerah Paling Bernilai!

Selepas berehat selamat dua bulan, pada bulan April barulah saya kembali menyambung rawatan dan barulah telur saya bertindak balas untuk menjalani rawatan selanjutnya. Apabila tiba waktu subur, doktor keluarkan telur untuk disenyawakan dan bila embrio dimasukkan ke rahim saya, doktor beri saya cuti selama 14 hari.”

Syukur Allah Beri Rezeki
Debaran selama 14 hari terasa cukup hebat. Inilah yang dilalui oleh guru pendidikan Islam ini lagi. Baginya dan suami tempoh 14 hari adalah waktu yang cukup mendebarkan. Namun mereka berserah pada Allah SWT.

“ Saya tak keluar rumah langsung dalam tempoh ini kerana saya dilarang untuk buat kerja lasak dan bergerak aktif. Aktiviti saya setiap hari adalah baca Quran dan dalam tempoh itu saya sempat habiskan 30 juzuk Al Quran.

Ads

Bila doktor beritahu saya mengandung, saya rasa tak sangka, bersyukur yang tak terhingga pada Allah SWT atas kurniaannya. Antara rasa sebak, terharu dan bersyukur semuanya bercampur baur dalam hati saya. Saya tak sangka akhirnya selepas usia 36 tahun barulah saya berpeluang hamil seperti wanita lain.

Walaupun menanti pada tempoh yang cukup lama iaitu 10 tahun namun saya percaya pada rezeki Allah. Rezeki setiap orang berbeza dan saya yakin ada rezeki saya untuk punya anak. Saya bersyukur.

Saya menjalani tempoh kehamilan yang cukup indah. Macam wanita hamil lain, saya elakkan makan benda yang dilarang dan ambil makanan yang sihat sepanjang hamil. Cuma sepanjang hamil saya terpaksa berjumpa doktor pakar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rujukan kerana saya menjalani proses IVF.

Alhamdulillah selepas minggu ke 39 saya selamat melahirkan anak sulung kami, Masyitah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Rasa tak percaya ketika pertama kali melihat wajahnya. Saya bersyukur kerana saya sempat melihat wajah zuriat saya sendiri. Walaupun terpaksa bersalin secara pembedahan kerana tali pusat terbelit pada leher bayi, saya syukur kerana semuanya selamat.

Bagi saya wang boleh dicari jika dibandingkan dengan rezeki penyambung keturunan yang satu ini. Saya bersyukur,” luah guru anak kelahiran Kemaman, Terengganu ini lagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI