Penyanyi dan pelakon kacak, Izzue Islam berkongsi rasa syukur dan gembiranya apabila memuat naik video dia dan isterinya Awin Nurin melawat rumah baharu mereka yang terletak di Bandar Puncak Alam di Instagramnya.
Menerusi perkongsian video tersebut, Izzue dan Awin memperlihatkan momen bahagia dan gembira apabila menjejakkan kaki ke rumah dua tingkat yang mereka miliki selepas selesai urusan dokumen dan menerima kunci.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut Izzue turut tumpang seronok melihat kebahagiaan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
Peminat Doakan Dikurniakan Rezeki Anak
Yang paling menyentuh hati apabila ada juga segelintir pengikutnya yang turut mendoakan agar pasangan ini dikurniakan rezeki cahaya mata pula setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Ads
Ads
Semoga ada di antara doa-doa dari pengikut Izzue yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah satu hari nanti. Semuanya jadi rahsia Allah yang tak pernah diketahui oleh manusia.
Setiap perkahwinan yang dibina menjadi bukti cinta antara pasangan suami isteri. Namun masih ramai lagi yang tak memahami satu sama lain sehingga ada je yang tak puas hati.
Kita kena faham pasangan kita bukanlah datang dari latar belakang yang sama. Masing-masing ada cara tersendiri. Jadi nak tak nak, kita mesti terima. Jika ada kekurangan, tegurlah elok-elok. Itu semua akan dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa, setiap suami dan isteri, Tuhan memberikan satu bekal untuk dia bawa sepanjang hidup berumahtangga ini.
Suami, Tuhan beri sabar.
Isteri, Tuhan beri redha.
Nak menjadi suami yang sabar, memang Tuhan hadirkan isteri bersama sikapnya yang cukup mencabar.
Nak menjadi isteri yang redha pula, memang Tuhan berikan suami yang sangat menguji iman dan jiwa.
Kalau suami mahu belajar sabar, maka jiwa dan hatinya sebagai suami akan perlahan-lahan di bina dan akhirnya dia benar menjadi suami yang paling baik buat anak isterinya.
Kalau isteri mahu belajar redha, maka perlahan-lahan jiwa dan hati seorang isteri hidup dan terus kuat menghadapi apa pun yang datang dari suami.
Itulah hasil dari mereka yang menjadi suami isteri. Bukan hanya menjadi wanita dan lelaki.
Rumah tangga adalah tempat proses untuk menghasilkan manusia yang hamba. Yang memberi lebih dari meminta.
Yang kuat dengan Tuhannya. Yang mahukan syurga. Yang menangis dengan dosa.
Bukan yang riang berlari-lari di tepian pantai dan mengira bulan bintang sahaja.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bercakap tentang hari terakhir sekolah sebelum raya baru-baru ini mesti macam-macam ragam kan?
Menerusi perkongsian daripada pelakon Nad Zainal di laman Instagramnya turut mengalami situasi yang sama seperti para ibu di luar sana sebelum raya tempoh hari.
Kongsi Nad, anak lelakinya Fahad Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Yem menunjukkan pelbagai ragam hari terakhir bersekolah sebelum menyambut Hari Raya.
“Drama last day sekolah sebelum Raya. Yem tak boleh school sebab rasa nak demam. Yem rasa kaki ni dah patah.
“Yem macam nak tengok tv lah tapi adik tak bagi. Yem nak cutilah dari 10am-12.30 pm,” tulisnya.
Dalam situasi tersebut juga, nasib sangat menyebelahi Yem kerana Nad berada dalam keadaan ‘good mood’ dan boleh melayan keranah anaknya yang mencuba untuk tidak pergi sekolah.
“Nasib baik mommy good mood today. Belum jadi Darth Vader lagi, tapi bakal bertukar kalau ada lagi alasan-alasan nak skip sekolah,” tambahnya lagi.
Sebelum ini Nad Zainal pernah dimasukkan ke hospital akibat pendarahan di paru-parunya namun kian pulih setelah mendapatkan rawatan lengkap serta rehat yang panjang pada Disember 2022.
Untuk rekod, Nad Zainal mendirikan rumah tangganya buat kali kedua bersama pelakon Ungku Ismail pada Januari 2023 selepas sah bercerai dengan bekas suaminya yang terdahulu, Muhammad Faliq Amiruddin pada tahun yang sama. Hasil perkahwinan pertamanya, Nad dikurniakan dua cahaya mata, Yem dan Som.
Dalam tahun pertama kehidupan, penglihatan bayi berkembang dengan cepat. Namun perkembangan bayi ini berbeza daripada apa yang dilihat oleh ibu bapa.
Semasa dilahirkan, bayi tidak dapat melihat seperti kanak-kanak atau individu dewasa yang lebih tua.
Keadaan ini disebabkan mata dan sistem visual mereka tidak berkembang sepenuhnya lagi.
Pun begitu, terdapat peningkatan yang ketara berlaku dalam beberapa bulan pertama kehidupan melibatkan perkembangan bayi.
Berikut adalah antara beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam aspek tumbesaran penglihatan bayi.
Seperkara penting perlu ibu bapa ingat adalah setiap anak mempunyai proses tumbesaran berbeza.
Selepas dilahirkan, penglihatan bayi dipenuhi dengan pelbagai rangsangan visual.
Secara kasarnya anda melihat bayi seakan menyasarkan fokus pandangannya kepada satu arah.
Tetapi hakikatnya mereka belum mengembangkan kemampuan untuk membezakan antara 2 sasaran atau mengalihkan pandangan di antara 2 imej gambar.
Umumnya, fokus utama mereka adalah pada objek pada jarak 8 hingga 10 inci daripada wajah mereka atau jarak ke wajah ibu bapa.
Pada bulan-bulan pertama kehidupan, mata mula bekerjasama dan penglihatan bayi akan bertambah baik.
Koordinasi mata mula berkembang ketika si manja mula mengesan objek yang bergerak.
Menjelang minggu ke-8 selepas dilahirkan, bayi akan lebih mudah memusatkan fokus mereka pada wajah ibu bapa atau individu lain yang berdekatan dengannya.
Bagi 2 bulan pertama perkembangan bayi, mata mereka tidak terkoordinasi dengan baik dan mungkin tampak meliar pandangannya.
Tiada apa yang perlu ibu bapa bimbangkan, ia perkara normal.
Namun, andainya pandangan meliar itu berterusan, pemeriksaan perlu dilakukan.
Pada sekitar usia 3 bulan, mata bayi sudah boleh mula untuk mengikuti pergerakan objek dan mencari barang.
Dalam tempoh ini, kawalan pergerakan mata dan kemahiran koordinasi mata-tubuh terus bertambah baik.
Persepsi kedalaman – kemampuan untuk menilai apakah objek berada dekat atau jauh – tidak wujud semasa bayi dilahirkan.
Ia hanya berlaku dalam perkembangan penglihatan bayi pada sekitar bulan ke-5 kehidupan si manja apabila mata mampu bekerjasama untuk membentuk pandangan 3 dimensi dunia.
Penglihatan warna bayi tidak begitu sensitif seperti individu dewasa.
Pun begitu, dipercayai bahawa bayi mempunyai penglihatan warna yang baik pada usia 5 bulan.
Kebanyakan bayi akan mula merangkak apabila usia mereka mencecah sekitar 8 bulan.
Proses merangkak ini akan membantu mengembangkan koordinasi mata-tangan-kaki-tubuh.
Namun, jika si manja kurang merangkak, mereka dikatakan tidak dapat belajar menggunakan mata mereka seperti bayi yang banyak merangkak.
Jadi ibu ayah perlu menggalakkan anak untuk banyak merangkak, okay?
Apabila bayi berusia 9 bulan, mereka akan mula menarik diri untuk berubah kepada posisi berdiri.
Mencapai usia 10 bulan, bayi biasanya sudah mampu untuk mencengkam objek menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
Si manja sudah mencecah usia 12 bulan? Kebanyakan bayi pada usia ini sudah mahir merangkak dan mula untuk berjalan.
Sebagai ibu bapa, anda tidak digalakkan untuk melangkau proses merangkak bayi.
Ini kerana ia penting untuk membantu si manja mengembangkan koordinasi mata-tangan yang lebih baik.
Dalam aspek perkembangan penglihatan bayi pula, mereka kini sudah dapat menilai jarak sesuatu objek dengan cukup baik dan berupaya membaling barang secara tepat.
Menjengah usia 2 tahun, koordinasi mata-tangan dan persepsi kedalaman mata anak harus berkembang dengan baik.
Si manja pada usia ini sangat berminat untuk meneroka persekitaran, melihat dan mendengar.
Mereka umumnya sudah mampu mengenali objek yang biasa dilihat serta gambar di dalam buku.
Anak anda juga mempunyai kemahiran untuk menconteng menggunakan krayon atau pensil warna.
Kewujudan masalah mata dan penglihatan kepada bayi jarang berlaku.
Kebanyakan bayi dapat memulakan kehidupan dengan mata sihat dan mula mengembangkan kemampuan visual yang diperlukan sepanjang hidup tanpa sebarang masalah.
Namun, dalam sesetengah kes, bayi mungkin berisiko untuk mengalami masalah mata dan penglihatan.
Berikut antara tanda yang perlu dikenal pasti oleh ibu bapa sebagai petunjuk kepada masalah mata dan penglihatan bayi:
Kewujudan mana-mana gejala di atas perlu diberikan perhatian serta pemeriksaan segera oleh pakar optometri.
Sebagai salah satu daripada 5 deria, penglihatan bayi penting dalam membantu mereka menavigasi dan mengetahui lebih banyak mengenai dunia baharu mereka.
Jangan lupa untuk melakukan rutin pemeriksaan mata anak bagi memastikan tahap kesihatan penglihatan adalah terbaik.
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...