Ahli perniagaan yang juga merupakan isteri kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin memuat naik foto bayinya yang kini sudah masuk usia satu bulan. Beserta foto tersebut, Tilla turut menulis kapsyen melahirkan rasa syukurnya melihat perkembangan anaknya yang baik.

Naik 1kg budak ni sepanjang 30hari tgok dunia😍 alhamdulillah moga terus tumbuh sihat sempurna anak bubu🤍

@cintaibu_hq jaga anak tilla rapi terbaik! Baby xpernah meragam, perut x kembung, happy kenyang sentiasa. Alhamdulillah terima kasih tak terhingga!😭 @cintaibu_hq

Btw soon aku akn telan budak ni😡😡 @salama_samheizy22

Dalam tempoh 30 hari, bayinya yang diberi nama Salama Samheizy itu telah naik 1kg. Si comel Salama telah dilahirkan pada 10 Mei yang lalu secara pembedahan dengan beratnya 3.05kg.

“Moga Terus Tumbuh Sihat Sempurna.” Syatilla Syukur Anak Elok Membesar

Dalam pada itu, Tilla turut mengucapkan terima kasih kepada pusat penjagaan ibu berpantang yang menguruskan dia dan Salama dengan baik. Menurut Tilla, anaknya itu tak pernah meragam atau mengalami perut kembung di bawah jagaan mereka bahkan bayinya sentiasa kenyang dan gembira saja.

IKLAN

“Moga Terus Tumbuh Sihat Sempurna.” Syatilla Syukur Anak Elok Membesar

Perkongsian Tilla kini telah mendapat lebih dari 30,000 tanda suka. Jom, lihat apa komen mereka yang melihat foto terbaharu Salama ini!

“Moga Terus Tumbuh Sihat Sempurna.” Syatilla Syukur Anak Elok Membesar

“Moga Terus Tumbuh Sihat Sempurna.” Syatilla Syukur Anak Elok Membesar

IKLAN

“Moga Terus Tumbuh Sihat Sempurna.” Syatilla Syukur Anak Elok Membesar

“Moga Terus Tumbuh Sihat Sempurna.” Syatilla Syukur Anak Elok Membesar

Berikut Pa&Ma kongsikan beberapa perkembangan bayi berusia sebulan:

1. Pada usia ini bayi dah mula buka mata dan mereka dapat melihat kepada wajah ibu atau ayah ketika didukung.

IKLAN

2. Semasa dalam kandungan bayi sudah mula mendengar tetapi mereka mula memberi respon kepada bunyi apabila semakin besar. Pada usia sebulan, biasanya bayi lebih mudah respon kepada suara si ibu.

3. Hidungnya juga dapat membezakan bau ibu atau orang lain. Sebab itulah untuk bayi yang menyusu badan, mereka mencari puting payudara dengan menghidu.

4. Untuk menguatkan otot bayi, selalulah berikan urutan lembut pada tubuhnya.

Sumber: samtilla

Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

“Moga Terus Tumbuh Sihat Sempurna.” Syatilla Syukur Anak Elok Membesar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI