Kehadiran seorang anak sememangnya melengkapkan hidup seorang wanita. Dengan anaklah mampu mengajar ibu menjadi seorang yang lebih penyabar, positif dan bermotivasi. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Syakirin Husnal.
Pengacara Go Shop di Astro ini yang nyata makin bahagia sejak Vea Khadeja menjadi pelengkap dalam hidupnya dan suami. Lebih teruja lagi bila Vea kini sudah pun semakin membesar.
Baru sahaja menyambut ulang tahun pertama kelahirannya pada 18 Ogos lalu, Syakirin meluahkan rasa bahagia dan bersyukur bila mana Vea menjadi insan paling istimewa buatnya dan suami.
Melalui perkongsian Syakirin di instagramnya, dia meluahkan rasa bahagia kerana hadirnya Vea sebagai pelengkap hidupnya.
Alhamdulillah, after many years of waiting and trying, I am so happy to be able to celebrate my #babymiracle’s birthday ? .
This whole 1 year has been amazing. Walaupun banyak dugaan lain, tapi Mommy tetap bahagia. Mungkin sebab kehadiran Vea memberikan satu kekuatan yang luar biasa untuk Mommy. MasyaAllah , itulah indahnya perjalanan seorang ibu.
I pray nothing but the best for you my love. To many more years together. Allah, please keep Vea safe. Always.
Ads
Malah melalui Majalah Pa&Ma, edisi September, Syakirin turut meluahkan rasa syukurnya yang tidak tertingga kerana diberikan peluang menjadi seorang ibu.
“Semenjak menjadi ibu, saya akui perasaan saya menjadi semakin sensitif lebih-lebih lagi pada permasalahan anak-anak disekeliling saya. Hati saya mudah tersentuh membaca pelbagai kisah menghayat hati di dada akhbar. Perasaan bimbang sentiasa ada bila memikirkan Vea.
Ads
Bukan itu sahaja malah melihat perkembangan Vea setiap hari buat saya jadi lebih bermotivasi untuk tambahkan segala ilmu dan berikan yang terbaik buatnya. Bukan sahaja membaca, bahkan banyak juga info-info yang saya cuba dapatkan daripada kawan-kawan terdekat demi memberikan yang terbaik buat Vea,” katanya lagi.
Kini Vea sudahpun merangkak dan pandai memaut dari satu tempat ke satu tempat. Saya tak sabar menantikan Vea berjalan. Kini dia juga cukup suka mendengar alunan muzik. Pantang diagah, dia mudah tersenyum dan mesra dengan sesiapa sahaja.
Bab makan Vea paling seronok kerana dia cukup suka makan. Makanan kegemarannya adalah bubur nasi kosong yang saya mula perkenalkan padanya. Kemudiannya barulah saya cuba beri makan puri namun Vea tak berapa suka dan dia lebih suka bubur.
Kini saya tambahkan dengan ayam, ikan dan aneka sayuran di dalamnya,” kongsinya yang tidak sabar menantikan Vea berjalan.
Kredit Foto: @syakirinhusnal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Elfira Loy melalui perkongsian di Instagram anaknya @muhamadrayyankhalaf memaklumkan bahawa anak sulung mereka adalah kontak rapat pesakit Covid-19.
(Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI)
Dia yang kecewa dan sedih kerana tidak pernah membawa keluar anaknya kemana-mana di musim Covid-19 ini menitipkan beberapa pesanan buat ibu bapa lain.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana sistem imun kanak-kanak lebih lemah berbanding orang dewasa dan kanak-kanak sangat mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Ikuti perkongsian ini.
Its Okay Untuk Say No
Keeping it here as reminder kepada ibu-ibu . untuk keadaan sekarang its okay to strongly say no untuk orang yang nak datang rapat dengan anak kita . Especially bila kita tahu orang tu selalu keluar & jumpa dengan ramai orang.
Rayyan Tak Keluar Tapi Orang Yang Datang Rumah
Rayyan tak keluar , tapi kita taktahu orang yang datang rumah tu expose to the virus . So happened to be , he is one of the close contact. Memang nak luruh jantung , sebab el takut gila hospital , kalaulah jadi pape mesti el kena jaga dia memang takut sangat. But Alhamdulillah all is well.
Syukur Allah Lindungi Dia
Kuat Immune system anakku & syukur pada Allah kerana lindungi dia . Its amazing because he was exposed for quite a few hours but takde pape tapi yang exposed satu jam je kena jangkitan. Memang miracle.
So please take care of yourself, and keep eating vitamin C .
Walaupun kejadian tersebut berlaku 4 minggu lalu, namun kita sebagai ibu bapa tetap perlu berjaga-jaga kerana jangkitan tersebut kadang-kadang boleh terjadi melalui orang sekeliling yang rapat dengan kita.
Rata-rata warganet sebak melihat Rayyan menjalani swab test. Sedangkan orang dewasa pun terseksa inikan pula si kecil yang masih tidak memahami apa yang berlaku.
Perkara yang menyakitkan bila anak kena tanggung sakit
Ini bukan masanya! Wardina selar tindakan segelintir ibu yang mengatakan kata bertuahnya boleh jaga anak sendiri.
Seluruh negara terkesan dan hiba dengan kejadian yang meragut nyawa Allahyarham Adik Adam Rayqal. Tetapi sikap kurang sensitif para ibu di laman sosial ekoran insiden ini dengan memberikan komen betapa bertuahnya mereka tidak perlu bekerja dan boleh menjaga anak sendiri menarik perhatian Wardina.
Hal ini juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengikut Wardina. Masing-masing memberikan komen seperti berikut;
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
TAK FIKIR PERASAAN ORANG LAIN
BUKAN MASANYA UNTUK BERDEBAT
TAK ADA IBU NAK BERPISAH DENGAN ANAK, BUT THEY HAD TO
TIADA JAMINAN ANAK SELAMAT WALAU DALAM JAGAAN SENDIRI
Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan. Namun, terdapat juga komplikasi kehamilan mungkin dialami oleh mereka berbadan dua dan ia bahaya!
Sesetengah masalah kesihatan dialami sebelum kehamilan dan mengakibatkan komplikasi semasa mengandung.
Jenis komplikasi kehamilan yang sering dialami setiap wanita mengandung mempunyai risiko untuk berdepan sebarang komplikasi semasa berbadan dua.
Berikut antara jenis komplikasi yang boleh berlaku:
12. Keguguran
Kehilangan kandungan boleh berlaku pada 20 minggu pertama kehamilan. Kebanyakan berlaku pada trimester pertama – 13 minggu pertama tempoh kehamilan.
Kewujudan kromosom tidak normal atau masalah berkaitan fizikal sistem pembiakan wanita boleh menjadi punca keguguran apabila telur tidak dapat disenyawakan dengan betul.
Tanda keguguran paling biasa adalah pendarahan faraj tidak normal.
11. Kehamilan ektopik
Berlaku apabila implantasi telur di luar rahim, di tiub fallopio. Kesannya janin tidak dapat membesar dengan baik.
Kehamilan ektopik boleh menyebabkan kesakitan teruk dan kerosakan sistem pembiakan wanita serta berpotensi mengancam nyawa.
Apabila janin terus membesar, tiub fallopio boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk (hemorrhage).
10.Diabetes gestasi
Antara komplikasi kehamilan paling biasa berlaku adalah kencing manis semasa mengandung.
Majoriti wanita dengan diabetes gestasi dapat melahirkan bayi sihat, tetapi diabetes yang dialami meningkatkan risiko untuk bayi mempunyai saiz badan lebih besar.
Risiko kesihatan lain kepada bayi:
-Demam kuning
-Sindrom gangguan pernafasan
-Tahap mineral rendah dalam darah
-Hipoglikemia
-Masalah serviks
Tumbesaran bayi memberikan tekanan kepada serviks wanita mengandung. Dalam kes jarang berlaku, tekanan berlebihan mengakibatkan serviks tidak dapat mengendalikannya.
Kesannya serviks terbuka sebelum bayi bersedia untuk dilahirkan. Keadaan ini dipanggil serviks tidak kompeten dan biasanya mak buyung tidak mengalami sebarang simptom.
9.Penyakit plasenta
Gangguan berlaku apabila plasenta atau sebahagiannya terpisah daripada rahim sebelum bayi dilahirkan.
Akibatnya janin tidak dapat menerima nutrien dan oksigen dengan betul. Keadaan ini paling kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan.
Gejala paling biasa seperti pendarahan faraj, kontraksi dan sakit perut.
8.Previa plasenta
Komplikasi kehamilan yang jarang berlaku. Ia melibatkan keadaan plasenta terletak di bahagian bawah uterus, menutup sebahagian atau keseluruhan serviks.
Berlaku pada trimester kedua atau ketiga dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.
Andai tidak dirawat, pendarahan tersebut boleh mengakibatkan kematian.
7.Masalah kuantiti air ketuban
Cecair amniotik atau air ketuban berfungsi sebagai perlindungan kepada janin.
Namun jika wanita mengandung mempunyai cecair amniotik sedikit, oligohidramnios atau terlalu banyak, polihidramnios, ia boleh mengganggu fungsi normal rahim.
Jika kurang, ia boleh menjejaskan tumbesaran otot, anggota badan, paru-paru dan sistem pencernaan bayi.
Dalam kes jarang berlaku, air ketuban yang berlebihan pula boleh mengakibatkan:
6.Preeklampsia
Keadaan komplikasi kehamilan melibatkan tekanan darah tinggi dan tahap protein tinggi dalam air kencing.
Biasanya berkembang selepas tempoh 20 minggu kehamilan. Namun ada risiko untuk berlaku lebih awal atau selepas kehamilan.
Dalam kes kritikal, wanita mengandung dengan masalah preeklampsia boleh alami gejala:
-Sakit kepala teruk
-Penglihatan kabur
-Sakit perut bahagian atas
-Loya
-Muntah
-Pening
-Kuantiti air kencing berkurangan
-Kenaikan berat badan mendadak
-Bengkak pada muka dan tangan
Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika mengalami simptom sakit kepala, penglihatan kabur atau sakit abdomen yang teruk.
5.Kelahiran pramatang
Berlaku selepas minggu ke-20 atau sebelum minggu ke-37 kehamilan. Kebanyakan kes kelahiran pramatang berlaku secara spontan.
Namun ada juga proses kelahiran yang berlaku disebabkan komplikasi kepada ibu atau kandungan.
4.Trombosis vena
Merupakan gumpalan darah yang biasa berkembang pada urat kaki. Wanita mengandung terdedah kepada keadaan ini sepanjang kehamilan dan selepas bersalin.
Keadaan ini berlaku apabila tumbesaran rahim menyukarkan darah pada bahagian bawah badan untuk kembali ke jantung.
Ia jarang terjadi, namun masalah trombosis urat dalam adalah keadaan berbahaya jika ia berlaku.
3.Molar kehamilan
Antara komplikasi kehamilan yang boleh berlaku adalah melibatkan keabnormalan pada plasenta.
Terjadi apabila jisim tidak normal pada embrio terbentuk di dalam rahim selepas persenyawaan. Keadaan ini turut dikenali sebagai penyakit trofoblastik kehamilan.
Sekiranya terjadi, wanita mengandung dengan situasi ini memerlukan pelebaran (dilation) dan curettage (D&C) segera.
Rawatan lanjut yang teliti juga diperlukan kerana tisu molar boleh tumbuh semula dan berkembang menjadi barah.
2.Sindrom HELLP
Adalah hemolisis, peningkatan enzim hati dan jumlah platelet rendah (hemolysis, elevated liver enzymes, and low platelet count), keadaan disebabkan kelainan hati dan darah.
Ia boleh terjadi sendiri atau berkaitan preeklampsia. Simptom lain yang boleh berlaku:
-Loya
-Sakit gastrousus
-Sakit kepala
-Kegatalan teruk
-wanita mengandung
HELLP memerlukan proses kelahiran segera kerana terdapat risiko kesan kesihatan serius kepada wanita mengandung, seperti kerosakan kekal sistem saraf, paru-paru dan ginjal.
1. Eklampsia
Terjadi apabila preeklampsia berkembang dan menyerang sistem saraf pusat, kesannya terjadi kekejangan.
Ia komplikasi kehamilan serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan maut kepada ibu serta kandungan.
Dengan penjagaan pranatal yang betul, preeklampsia dapat dikawal dan dicegah daripada menjadi eklampsia.
Jika anda berasakan keadaan yang tidak normal pada diri sepanjang kehamilan, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor dengan segera.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.