Memang ramai yang pulang ke kampung semasa musim cuti persekolahan yang lepas sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara yang terkandas di kampung termasuklah pelakon Mon Ryanti yang ketika itu sedang hamil anak ketiganya.
Dia yang pada mulanya hanya merancang untuk pulang ke kampung pada musim cuti sekolah terkandas dek kerana PKP yang terus disambung sehingga kini. Oleh kerana itu, Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee yang juga menggelarkan dirinya Onde mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di kampung halamannya iaitu di Johor Bahru.
Menurutnya dia ada memohon kebenaran untuk merentas negeri dan balik bersalin di Kuala Lumpur, namun doktor menasihatkan dirinya supaya kekal berada di Johor Bahru dan bersalin di sana.
Akur dengan nasihat doktor, pada 7 Mei 2020 jam 11.29 malam, Mon Ryanti telah pun selamat melahirkan anak ketiganya. Bayi lelakinya itu dilahirkan dengan berat 3.3kg.
Alhamdulillah, Alhamdulillah , Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah, #BabyHH3 dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Saya pun dalam keadaan baik. Tq my lovely husband, family, in- law, doc, nurse2, kawan2 and semua yang banyak bagi sokongan dan mendoakan keselamatan dan kesihatan #babyHH3 and me •
Baby Weight = 3.30 KG
Week Born = 39 Weeks
Gender = Boy
Time = 11.29pm
DOB =
07 | 05 | 2020
bersamaan
14 Ramadan 1441AH
Actually, since MCO, Onde terkandas di JB/ JDT… TO BE CONTINUE… bg Onde rest dlu, nnt onde sambung ya
Terkandas Di Kampung
Dalam satu posting yang lain, Mon Ryanti turut bercerita tentang dirinya yang terkandas di Johor Bahru bersama anak-anak dan akhirnya bersalin di sana.
Artikel menarik: Menangis & Mengamuk, Jangan Suruh Diam. Guna Penawar Al-Fatihah, Tiup Di Ubun Anak!
TERKANDAS DI JOHOR BAHRU
Salam 19 Ramadhan.
12 May 2020 ( Sepatutnya Due rini, tapi #BabyHH3 terberanak awal 5days
SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA •
Memandangkan ramai DM and bertanya kat Onde
Macamne Onde boleh bersalin kat JB?
Masuk LR husband boleh masuk ke?
Macamne Onde since dalam LR?
Pasal Onde bersalin since MCO ni… ok, Onde ceritakan mana yg sempat ya… Masa cuti skolah 1week ritu… ceh! Konon2 anak2 nk blk uma Tok Ma, so ktorg pon decided la blk JB siang tu. Malamnya PM announced MCO diwujudkan 2weeks. So, Onde pon cm okla 2weeks. After 2weeks lanjutkan lg 2weeks plus 2weeks plus 2weeks and seterusnya.
Onde pon checkup la kat JB sbb dh missed checkup byk kali ni sbb extended. MCO makin berlanjutan, kt pon ingt nk blk KL, nk branak sane, g balai and mintak letter from doc x blh. Doc kata xnk membahayakan ibu pregnant and baby nnt, so better kat sni.
Onde pon xnk pening2, pakaian n kelengkapan baby apo adanya shj ya…REDHA… After that, time bersalin ya…
TO BE CONTINUE…
Kongsi Pengalaman Bersalin Masa PKP
Dalam hantaran yang lain pula, Mon Ryanti juga sempat berkongsi pengalaman dirinya yang bersalin ketika PKP ini. Namun masih ada sambungan yang boleh para peminat ikuti di laman Instagram milik pelakon filem Nongkrong dan Jangan Pandang Belakang Congkak ini.
GIVING BIRTH ALONE
Memandangkan rmi DM and tanya Onde lg camne giving birth during MCO ni. Ok, kt crita pe yg kt ingat ya.
7/5/2020, 14 Ramadhan 1441 AH
Jam 6 lebih, sakit2 pinggang dah. Kt rasa ni contraction! Sebab kt tiga2 anak klo skit2 download apps contraction hehe. Mintak baby hold jap jek bg Onde buka puasa ritu dlu sbb dh nk dkt buka puasa kan. Tak nak ganti puasa byk hari sgt. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dpt lepaskan buka puasa dlu. Onde puasa dari Day 1 Ramadhan ya.
Kt ni tiga2 anak tanda2 darah or bsalin xde… cuma sakit2 pinggang. Kt buka puasa, makan2, siap2 trus g hospital. Sampai jek hospital dlm kol 8lbh. Nurse kt emergency mintak buat Covid Test ya before nk masuk check CTG. Itu cm pelik ya… kt ni dh sakit2 nk terberanak. Dia kata klo (+ve), xle tahan ward. Masalahnya dia ckp result 72hours! Then, what’s for nk Covid Test… hmmm Kenapa x test awal2 lg hmmm. Katanya maybe nurse kt situ terlepas pandang Onde. WHAT!!! Kt ni dahla sakit2. Trus cm hilang jap contraction! Pic atas ni la yg buat utk Covid test
Layankan test la…lama ya tgu doc emergency tu nk test! berair2 mata and nk termuntah sebab mmg panjang ye dia masuk dlm hidung and mulut ni
TO BE CONTINUE…
Mon Ryanti mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Hasrul pada September 2014. Sebelum ini keduanya sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Tahniah diucapkan kepada Mon Ryanti dan keluarga atas kehadiran bayi lelaki yang baru. Walaupun jauh dari suami dan bersalin dalam musim PKP ni, akhirnya semuanya dipermudahkan. Semoga ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Selamat berpantang Mon Ryanti!
Sumber: Media Hiburan & IG Mon Ryanti
Artikel menarik: Paling Panjang 2 Patah Perkataan. Pilih Nama Anak, Biar Pendek Tapi Maksudnya Baik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI