Bila susu drop berhenti fikir makanan apa yang boleh bantu banyakkan susu. Sebaliknya buat dulu APA yang sepatutnya anda buat kerana makanan semata-mata tak membantu anda naikkan hormon prolaktin.
Apa cara yang boleh membantu ibu dalam mengatasi masalah ini? Perkongsian dari Kaunselor Penyusuan Noorfazila Abdul Rahman ini sangat membantu. Pegang 9 cara ini saja, masalah susu drop ini tak akan berlaku lagi.
1. Susukan anak sekerapnya offer anak menyusu sejam sekali. Kejut anak menyusu 2 jam sekali waktu mlm.
2. Jika bekerja, jaga jadual pam..dekatkan jarak pam kepada 2-2.5jam atau jgn lebih dari 3 jam. Jika ada Masa ikhtiar juga dgn Power Pumping.
3. Jika anak sudah reject sepenuhnya puting ibu, check jadual pam setiap 2-3jam sekali termasuk malam konsisten atau tidak? Untuk ibu yg anak sudah tak menyusu direct (epmom), perlu pastikan sehari perah sekurang2nya 8 kali sehari..
Ads
4. Jika period lambat atau tak datang buat ujian kehamilan (UPT) kerana kemungkinan anda hamil.
5. Jika drop lps tukar pil perancang, stop dahulu pengambilan pil tersebut, bincang dgn doktor tukar kaedah pencegahan lain atau jenis pil perancang yang tak mengganggu hormon prolaktin.
6. Jika hasil pam kurang dari biasa tp lps pam breast masih berat, check sparepart pam terutama membrane atau valve, gantikan dgn yg baru.
Ads
7. Jika susu kurang dan rasa breast berketul, tuam panas dahulu, buat urutan dan susukan anak dgn breast compression kerana mungkin ada salur susu yg tersumbat buat aliran susu tak lancar dan susukan tak dpt keluar habis.
8. Jika stress, tenangkan diri..zikir dan istighfar banyak2.
9. Doa banyak2 merayu2 pada Allah swt pemberi rezeki. Belanja kawan2 atau keluarga makan, niatkan moga Allah balas dgn rezeki susu ibu utk anak.
Ads
Lagi sekali saya ingatkan, bila susu DROP berhenti asyik tanya makanan apa yang boleh banyakkan susu.
Lagi sekali saya ingatkan, bila susu DROP berhenti asyik tanya milk booster apa yg boleh bantu banyakkan susu.
SUSU ibu memang percuma, tapi ia bukan magic kononnya makan itu ini terus susu akan kembali selagi asas penyusuan yg utama seperti point no 1, 2 & 3 tak dipatuhi..
Perjalanan penyusuan setiap ibu pasti ada cabarannya. Sebab itulah ibu yang bertekad untuk menyusu bayinya perlu dapatkan ilmu seawal mungkin. Sebaik-baik sebelum hamil dah tahu serba sedikit dan ketika mengandung, ia ditambah baik lagi.
Jika persediaan ini dilakukan dengan sempurna, penyusuan selepas kelahiran pasti akan berjalan lancar. Dan lagi satu, jika ibu-ibu ada pengalaman gagal menyusukan bayi secara eksklusif anda jangan rasa sedih. Tak semestinya anak pertama atau kedua gagal, bila lahir anak seterusnya kita juga gagal.
Ikuti kisah inspirasi ibu kepada tiga orang anak yang juga berkhidmat sebagai seorang doktor iaitu Dr Nurhanis Ahmran.
“Stres sangat saya, baby saya tak pandai menyusu la Dr. Susu badan saya pun macam tak ada je!”- luah ibu muda di depan saya itu. Rasa kecewa terpamer di wajahnya.
Bayinya menggeliat dalam pelukannya. Sambil bibir mulut bergerak-gerak ke kiri. Tanda sudah mahu menyusu.
“Jangan stres, kalau awak stres nanti susu pun kurang. Kadang-kadang teknik kita yang salah..sebab tu fikir baby tak pandai menyusu.
Masa bagi susu kat baby, macamane awak pangku dia, macamane posisi badan awak dan baby, cara mulut dia hisap puting, pipi kembung ke tak semua tu akan tentukan baby dapat hisap susu dengan berjaya ke tak..” terang saya padanya.
“Entahlah Dr, tak retilah saya. Luka operate ni pun masih sakit lagi, bila pangku dia untuk menyusu lagilah saya rasa tak selesa. Last-last saya bagi susu formula je Dr”- sambung si ibu yang kecewa tadi.
Melihat kekecewaan pada wajahnya cukup membuat saya rasa hiba. Banyak memori perit dalam perjalanan menyusukan anak pertama dan kedua saya.
Dia ibarat cerminan diri saya ketika seusia dengannya dulu. Kalaulah dia tahu wanita di depannya ini juga pernah berada di tempatnya juga 7 tahun yang lalu.
Rasa baby yang tak pandai menyusu.
Rasa susu badan kurang.
Rasa susah sangat nak menyusu.
Rasa persekitaran tak membantu.
Rasa baby tak kenyang dengan susu badan.
Ramai ibu muda di luar sana yang seperti saya dan pesakit saya ini mahu sangat menjayakan penyusuan ibu. Tapi kadang-kadang, sebab kurangnya ilmu penyusuan sebelum kelahiran anak yang menyebabkan proses penyusuan itu tidak berjaya selain persekitaran yang tidak membantu.
Anak pertama dan kedua saya lahir semasa saya sedang menjalani latihan housemanship.
Waktu yang sangat mencabar untuk saya menjayakan penyusuan susu ibu kerana kekangan waktu yang ada, ditambah pula anak sulung saya waktu itu dijaga oleh ibu bapa saya di kampung kerana saya dan suami masing-masing dalam tempoh latihan.
Suami sedang mengikuti latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), yang memerlukan beliau tinggal sepenuhnya di sana sepanjang tempoh 1 tahun tempoh latihan. Kekangan keadaan kerjaya kami berdua waktu itu menyukarkan kami untuk menjaga anak sulung kami ditambah dengan jadual kerja saya yang sangat tidak menentu.
Seawal 4.30 pagi sudah keluar kerja. Kalau giliran jaga wad,alamatnya dekat pukul 11 malam baru sampai rumah.
Apapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang banyak membantu sepanjang tempoh sukar tersebut.
Dulu, kalau nak pam susu sekejap pun terpaksa curi-curi waktu. Sebabnya kerja tak pernah habis. Pernah juga langsung tidak ada masa untuk pam susu seharian kecuali selepas balik rumah jam 10 malam.
Hasilnya demam bengkak susu 2 3 hari. Tapi tetap perlu kerja macam biasa. Maklumlah waktu houseman ini hanya yang melalui sahaja merasai.
Dulu, setiap 2 minggu saya akan pulang ke kampung bersendirian membawa sekotak ‘coolbox’ berisi EBM beku untuk dihantar kepada anak tercinta dengan menaiki bas. Perjalanan selama 8 jam dari Kuala Lumpur ke Kelantan itu pada saya sangat lama dan saya sentiasa risau takut EBM yang dibawa itu cair dan rosak.
Ketika usia anak sulung saya hampir 6 bulan, dia sudah pandai menolak stok EBM. Hanya mahu susu fresh sahaja. Jadi sampai di situ sahaja perjalanan penyusuan saya untuk anak pertama.
Perkara sama berlaku untuk anak kedua saya. Terhenti pada usianya 4 bulan. Selepas kelahiran anak ketiga, saya jadi agak fobia untuk menyusu badan kerana mengenangkan pengalaman semasa anak pertama dan kedua. Tapi Allah itu Maha Adil. Walaupun anak ketiga melalui proses kelahiran secara pembedahan, dia sangat pandai menyusu dan saya juga tidak kekok walaupun ada luka di perut. Sehinggalah kini usianya sudah 18 bulan dan masih setia menyusu badan.
Jadi saya menyeru kepada kaum ibu, sekiranya anda merasa gagal dan putus asa dalam perjalanan penyusuan ini janganlah terlalu kecewa dan memaksa diri. Dapatkan ilmu penyusuan seawal sebelum kelahiran lagi.
Sekiranya tidak berjaya menyusukan anak secara penuh walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, janganlah merasa tertekan dan rendah diri. Rezeki setiap anak itu berbeza dan anda tetap seorang ibu yang hebat kerana setiap ibu sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anaknya yang dikasihi.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lompat, panjat sana sini dan jatuh itu lumrah anak kecil yang sedang lasak bermain. Dalam pada membiarkan anak aktif, namun berhati-hatilah. Anggota tubuh yang perlu dikisahkan ibu bapa di rumah adalah kepala kerana banyak bahayanya.
Aktif macam mana pun, sebaiknya elakkan anak bermain hingga boleh mengundang bahaya pada bahagian kepala. Ada banyak kerisauan yang perlu mak ayah berikan perhatian. Perkongsian dari Pn Wawa Shauqi ini mak ayah perlu lebih peka.
Ingat tak bulan lepas? Anak saya muntah-muntah & dan tak bermaya lepas jatuh. Jatuh kepala dulu. 3 kali di tempat yang sama pernah jahit. Haih! Taknak jadi dah.
Waktu tu, dah lah hospital jauh. Sepanjang perjalanan saya menangis bila nampak anak yang tadinya aktif, tiba-tiba lemah, pucat dan muntah-muntah.
Sebelum ni, dah beberapa kali terjatuh. Almaklumlah, anak jantan. Aktif dia tak boleh bawak bincang. Bawak bincang, bertahan 10 saat, lepas tu melompat balik. Cuai seminit, macam-macam boleh jadi.
Tapi hikmahnya, waktu di hospital, banyak benda yang saya dapat belajar dari doktor yang merawat. Ada beberapa kemungkinan yang jadi pada anak bila mereka jatuh kepala dulu:
* Berlaku kecederaan pada kulit, atau trauma melibatkan tengkorak dan paling serius, sehingga menjejaskan bahagian otak. Baca pun dah ngilu.
* Benjol disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia boleh hilang dengan sendiri. Cuma memakan masa.
Kalau lebamnya kecil di dahi, nampak warak sikit. Kalau besar, redholah sekejap anak nampak macam flowerhorn.
* Berlaku hentakan pada tengkorak. Bila ada keretakan, anak berdepan dengan risiko jangkitan kuman.
Jom kenal pasti apa tanda-tanda kemungkinan berlaku pendarahan dalaman : * Pengsan * Hilang ingatan * Muntah-muntah * Mengadu sakit kepala * Tak dapat bercakap dengan betul * Berlaku perubahan perangai * Mata hitam tak sama saiz * Telinga dan hidung keluar darah.
Ini baru bab jatuh di kepala. Ada banyak lagi risiko kecederaan yang anak kita hadapi. Patah tulang, dihimpap tv, dipatuk ular, disengat sernagga, dihimpap perabut, terkena air panas, sawan, sesak nafas dan banyak lagi.
Tak semua orang rumah dekat dengan hospital. Sebeb itu perlunya semua mak ayah ada ilmu bantuan kecemasan. Bantuan kecemasan awal dapat menyelamatkan nyawa anak kita.
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah individu yang kurang peka dengan kekurangan orang lain.
Sheila menerusi posting di Facebook (FB) berkata, sesetengah individu adakalanya tidak tahu menggunakan masa yang sesuai untuk bertanya tentang anak bongsunya, Nur Amna Quxandra.
Tambahan lagi apabila bertemu empat mata dengan Nur Amna Quxandra atau lebih mesra dipanggil Baby Xandra itu.
“Hi aunties & uncles, ya sayalah Baby Xandra yang klef tu. Alhamdulillah saya membesar dengan sihat dan ceria.
“Cuma, kalau aunty uncle jumpa saya depan-depan tak payahlah cakap, “inilah anak Lan yang SUMBING tu kan?”
“Sebab saya baru nak masuk dua tahun hujung bulan nie. Jadi, saya sendiri tak tahu apa jadi kat saya.
“Mungkin bagi aunty uncle tu soalan biasa, tapi bagi saya yang makin membesar ni, saya kena bersedia dengan sekeliling saya.
“Its okay untuk bertanya, tapi harap-harap aunty uncle bertanyalah pada tempat sesuai dan kene pada masa.
“I’m still young dear uncle aunty.. izinkan saya membesar sama macam anak aunty dan uncle ye,” tulisnya.
Baby Xandra dilahirkan pada 24 Februari 2018 dan menjalani pembedahan sumbing pada bibir Mei tahun lalu.
Selain Baby Xandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut diserikan dengan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5.
Daftar haji guna KWSP kini lebih mudah tanpa deposit RM1,300. Ketahui syarat, langkah lengkap dan kelebihan menggunakan Akaun 1 KWSP untuk pendaftaran haji.