Jurusolek terkenal, MUA Bellaz, baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat dua anaknya, Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa. Majlis itu diadakan secara sederhana dan mendapat perhatian ramai apabila perkongsian mengenainya tular di media sosial.

Menurut perkongsian seorang peniaga makanan yang turut berada di lokasi, Yusuf dilihat segak mengenakan t-shirt putih manakala adiknya, Wara, kelihatan comel dengan gaun merah jambu. Menariknya, dua adik-beradik itu berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 29 Julai.

Ads

Majlis yang berlangsung di kampung halaman mereka itu turut dihadiri oleh penduduk setempat. Berdasarkan laporan OhBulan!, suasana majlis amat sederhana dan bersahaja — tiada sebarang elemen mewah seperti yang sering dilihat dalam majlis selebriti lain.

Dipuji Netizen Atas Sikap Rendah Diri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap sikap merendah diri Bellaz dan suaminya. Ramai yang memuji pasangan itu kerana meraikan hari istimewa anak-anak mereka dalam suasana kampung yang tenang dan menyenangkan.

Ads

Antara komen yang mencuri perhatian:

“Bagusnya suami isteri ni, buat majlis sederhana panggil orang-orang kampung sahaja. Ini baru betul orang kaya dengan adab.”

“Dia tahu yang sokong dia bukan dari golongan kaya, lebih baik utamakan orang-orang masjid dan orang kampung.”

“Alhamdulillah, santai makan sambil hirup udara segar… anak-anak pun membesar dalam suasana kampung.”

“Ini baru betul buat kenduri, utamakan jiran-jiran terdekat dulu.”

“Suka dengan cara mereka, buat dekat kampung tak perlu pun ke tempat-tempat mewah.”

Rata-rata bersetuju bahawa pendekatan Bellaz dan suaminya mencerminkan nilai murni dalam kehidupan berkeluarga, iaitu mementingkan kebersamaan, kesederhanaan, dan ikatan kejiranan.

Ads

Teladan Buat Selebriti Lain

Dalam era yang dipenuhi dengan paparan gaya hidup mewah, tindakan MUA Bellaz ini wajar dijadikan contoh buat selebriti dan orang awam. Ia membuktikan bahawa kegembiraan dan kenangan manis tidak semestinya memerlukan kemewahan, tetapi cukup dengan keikhlasan dan nilai kekeluargaan.

Majlis yang sederhana ini bukan sahaja menggembirakan anak-anak mereka, malah turut menceriakan penduduk kampung yang hadir bersama menikmati suasana kenduri yang penuh kemesraan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads