Bila sudah bergelar anak selebriti popular, apa sahaja yang dilakukan mereka sudah semestinya turut mendapat perhatian.
Terkena tempias ibunya, gelagat comel Aafiyah, anak sulung Dato’ Sri Siti Nurhaliya sudah pastinya mencuri perhatian ramai.
Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh Dato’ Siti yang sedang berlatih Muay Thai, tanpa sedar disabotaj anak kesayangannya itu yang dilihat sedang mencuba untuk melakukan tutorial make up.
“MuayThai VS Makeup tutorial ghituu,” tulis Dato’ Siti di kapsyennya.
Ketika sedang asyik menonton aksi lasak Dato’ Siti yang berlatih bersama jurulatihnya, peminat dihidangkan dengan kehadiran Aafiyah yang tiba-tiba muncul dengan gincu bibir merah terang.
Ads
Gelagat Aafiyah semememangnya comel. Dengan gincu di tangan, Aafiyah lantas mengenakan ke bibir mulusnya dengan yakin di dalam video ibunya. Comel!
Tidak hanya bersolek dengan gincu merahnya bahkan Aafiyah turut lalu lalang sambil muncul beberapa kali dalam video yang dirakamkan ibunya. Memang comel.
Dalam pada itu, reaksi comel Aafiyah yang membuat cubaan tuturial make up itu sudah semestinya menarik perhatian ramai.
Seorang ibu dan isteri adalah individu terpenting dalam hidup seorang lelaki yang dah berkeluarga. Tapi sejauh mana suami memahami isterinya?
Di tambah pula bila bergelar seorang ibu, tiada lagi masa untuk berehat panjang kerana selagi hal anak-anak belum selesai, selagi itulah tak tenang dibuatnya.
Perkongsian dari Mizan Dzai memang betul-betul membuka mata suami untuk lebih menghargai isteri dan sama-sama membantu apa yang patut terutama bab menjaga anak yang masih kecil dan menguruskan rumah tangga.
Dari dulu sampai sekarang kita selalu dengar pasal isteri ambil pil perancang untuk mengawal production dia orang dari keluarkan model baru setiap tahun. Macam-macam jenis pil di telannya dan ada yang setiap bulan kena cucuk.
Kau sebagai suami kena ingat, ini adalah antara punca badan isteri naik dengan jayanya sebab hormon dia orang terganggu. Kau yang tak beragak asik nak buang kat dalam, lepas tu salahkan isteri bila badan dia naik sampai kong absorber kereta belah penumpang.
Nak melalui fasa mengandung ni bukan semudah kau urut belakang dia bila dia muntah, itu pun kalau tak jijik dan kalau rajin nak urut lah. Kau sendiri muntah pun tahu penat. Kalau kau pernah kena food poisoning kau tahu lah rasanya macam mana. Penat gila dan lagi teruk dari tu.
Macam yang baru-baru ni, kita digemparkan dengan kes seorang ibu kelar anak dia yang berusia 2 bulan. Sedih, terkejut, semuanya ada. Allahurabbi. Minta dijauhkan perkara sebegini dari kita semua. Ramai orang komen, binatang pun sayangkan anak. Ramai orang komen, ini kerja orang tak ada iman.
Cubalah untuk tidak menjadi manusia bebal yang suka menghukum tanpa usul periksa. Yes, manusia bebal. Terutamanya lelaki dan wanita bujang yang hebat mengata dan tak rasa apa dia rasakan. Kau tu pernah ke berada kat tempat dia? Ibu mana (yang bernikah) yang tak sayangkan anak?
Kau tahu tak Allah cipta wanita yang mengandung dan bersalin ni setabah dan sekuat-kuat manusia? Sakit melahirkan ni, satu benda yang kau sebagai suami takkan boleh bayangkan. Kau tu baru kena inject ambik darah dah menjerit satu kampung. Berbual lebih.
Kau tak rasa kesakitan, kegembiraan dan kenikmatan dia orang bila diberitahu yang dia mengandung, melayan mual dan morning sickness, melayan apa yang anak tekak dia nak rasa, sakitnya bila kaki bengkak dan pinggang sakit tengah malam lagi-lagi bila sakit di tempat Epidural untuk anak kedua dan seterusnya, debar dan sakitnya contraction juga kesakitan bersalin sampai terkoyak.
Bila terkoyak, lebih lagi yang terkoyak senget, alignment dia dah tak sama macam dulu. Duduk pun senget sikit sebab tak selesa atau ngilu kerana dijahit. Kau yang lelaki ada fikir? Ada jaga perasaan dia orang?
Perempuan mengandung ni emosinya tak menentu, tak stabil dan susah untuk kau jangka. Dia boleh menangis secara tiba-tiba sebab tak tahan badan sakit-sakit. Kau sebagai suami harus bagi perhatian lebih kat isteri tu. Mulut jangan main lepas je cakap perkara yang tak sepatutnya.
Jangan buat benda bodoh, jangan pentingkan diri sampai ajak isteri bersama sebelum habis pantang. Nauzubillah. Dengan luka tak kering lagi, dalaman tak sembuh sepenuhnya kau dah gasak sebab nafsu kuda kau tu. Gila.
Lagi-lagi bila kau si suami yang tak ada rezeki untuk jaga isteri, terpaksa hantar anak isteri ke rumah mertua untuk berpantang disana. Sakitnya, tabahnya wanita yang bergelar isteri tanpa suami disisi. Paling aku tersentuh, bila nak sapu ubat kat luka jahitan tu, Allahhurabbi.
Komunikasi suami isteri
Banyak sebenarnya yang kita sebagai lelaki selalu salahkan isteri. Dia orang ni sentiasa nak yang terbaik untuk kita dan keluarga. Biasalah kekadang dia tak faham, itu tugas kita untuk bagi faham, untuk membentuk dan mendidik. Jangan letakkan soal merancang anak, berpantang, kerja rumah, rumah tangga, pendidikan, dan sebagainya pada bahu isteri semata-mata. Don’t.
Cuma bab merancang, kalau kau rasa ekonomi belum cukup stabil, kalau rasa tak bersedia untuk jaga anak berderet setiap tahun, bawa berbincang dan bantu satu sama lain. Jangan kau reti buat tapi tak reti jaga. Jangan kau serah semuanya pada isteri, jangan kau buat-buat tak tahu.
Suami tolong lah apa yang patut di rumah kalau ada anak kecil lain. Tak sempurna kerja rumah macam isteri buat, tak apa la. Yang penting jangan la sampai macam tongkang pecah, mesti berkomunikasi dengan dia, dan jangan menyebabkan isteri jadi Post Partum Depression (PPD) atau dalam bahasa kita, meroyan.
Mulai sekarang, giliran kita membantu. Allah dah janji, ada rezeki pada isteri dan setiap anak. Allah dah janji, jangan ragu-ragu, jangan pentingkan diri dan tamak.
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi realiti kehidupannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ketika menguruskan anak-anak lebih-lebih pagi pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini yang bermula semalam.
Menerusi perkongsian Tya, katanya sejak awal pagi lagi dia sudah mula menguruskan pelbagai hal terutama menyiapkan anaknya sulungnya, Arif Jiwa Asyraf untuk memasuki sesi persekolahan baharu.
“Baby Aghnia menyusu, tukar lampin dan saya tidur jam 2.30pagi.
“Disebabkan hari ini, hari persekolahan yang pertama, saya mesti kena hantar Arif yang dah darjah dua.
“Realiti sebenar seorang ibu kan, tak cukup tidur, mata panda, tak sempat mekap, sarapan pun terlupa dan siapakan kelengkapan anak sekolah,” ujarnya berkongsi.
Tambah Tya dia juga begitu mengagumi ibu-ibu yang menguruskan anak sendirian tanpa pembantu. Bukan satu hal yang mudah untuk melengkapkan hari itu kata Tya.
Bercerita lanjut, Tya berkata para ibu tidak menceritakan kepenatannya namun tersimpan seribu satu rasa yang ramai tidak tahu.
“Masya-Allah semenjak ada tiga anak ni, makin besar rasa kagum pada ibu ibu yang Tya jumpa.
“Kerana, di sebalik muka mereka, mesti menyimpan sejuta penat yang tak semua tahu,” ujarnya lagi.
Untuk info, sesi akademik 2025/2026 telah bermula pada 17 Februari dan cuti sesi akhir akademik bermula pada 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
Keluar pagi wangi, bila balik bau macam-macam. Agaknya apa sebabnya anak-anak yang baru pulang dari sekolah, pasti akan ada bau yang kurang menyenangkan di badan mereka?
Mak-mak mulalah buntu memikirkan sebabnya malah tertanya-tanya dengan keadaan ini.
Menurut perkongsian dari Dr.WanShare di laman Instagramnya, sebab pertama perkara ini berlaku adalah perubahan hormon dalam tubuh anak-anak terutama ketika mereka mula meningkat remaja. Ini boleh menyebabkan kelenjar keringat mereka bekerja dengan lebih keras.
Kelenjar keringat apokrin yang terletak di kawasan berbulu seperti ketiak mula mengeluarkan lebih banyak keringat ketika mereka aktif sepanjang hari.
Keringat atau peluh ini apabila bertemu dengan bakteria di kulit, akan menghasilkan bau yang kurang nyaman!
Sebab kedua adalah, aktiviti fizikal yang berlebihan di sekolah seperti berlari, bermain dan kelas tiada pendingin hawa akan membuatkan mereka berpeluh dengan lebih banyak. Peluh yang terkumpul dan tidak segera ditukar bajunya sudah semestinya menyebabkan bau yang kurang enak.
Sebab ketiga menurut doktor adalah, diet atau pemakanan anak-anak juga menjadi faktor kenapa badan mereka berbau. Makanan tertentu terutamanya bawang putih dan rempah boleh menyumbang kepada bau badan yang dipecahkan oleh tubuh.
Selain itu, jenis kain baju sekolah yang kurang menyerap peluh pun menyebabkan bakteria mudah membiak dan seterusnya menghasilkan bau aneh pada anak-anak.
*Oleh itu jalan penyelesaianya adalah mak-mak kena pastikan anak menggunakan pewangi badan atau deodoran yang bersesuaian untuk mengurangkan masalah bau ini. Baju yang sudah digunakan pun mesti cepat-cepat basuh supaya tak bau kepam!
Ketahui punca pneumonia kanak-kanak, simptom awal, faktor risiko dan langkah pencegahan penting yang ibu bapa perlu tahu untuk melindungi anak daripada jangkitan paru-paru berbahaya.