Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tiada idea untuk nak ajar anak bercakap. Alasannya nanti bila cakap banyak anak tak faham lagi. Jadi cara paling mudah ibu bapa buat adalah dengan tunjukkan buku, sebut ABC, 123, bagi anak mewarna dan tunjukkan gambar-gambar.
Perkongsian dari Patologis Pertuturan, Aishah Kassim sangat membantu dan boleh membuka minda kita sebagai ibu bapa.
Ramai ibu bapa tak sedar cara yang dipraktikkan ini membataskan anak-anak untuk lebih mengembangkan lagi skil komunikasi. Bila ibu bapa hanya melabel sahaja, anak susah nak belajar buat ayat.
Ini kerana jika hanya bergantung kepada nama objek semata-mata, macam mana anak nak belajar buat ayat kan? Jadi kita kena pelbagaikan perkataan yang dicakapkan pada anak.
Ads
Macam-macam perkataan ibu bapa boleh guna dan praktikkan pada anak masa bercakap. Contoh seperti gambar di bawah. Jadi masa bercakap dengan anak tu bolehlah sebut jenis perkataan ini.
Ads
Masukkan sekali dalam ayat yang kita sebut. Contohnya masa basuh tangan
– buka paip air
– gosok tangan
– picit sabun
– sejuknya air
– letak sabun kat sinki
Ads
Apa-apa sahaja ayat yang sesuai masa tu barulah anak akan belajar banyak perkataan dan yang penting pelbagaikan.
Pastinya ibu bapa tertanya-tanya apa yang boleh buat untuk anak-anak yang sedang dalam fasa nak belajar dan memahami dirinya sendiri. Perlu ke setiap kali keluar anak minta mainan kita beli atau paksa anak belajar?
Melalui apa yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Aabidah Ab Ghani sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mantapkan keupayaan anak dari awal.
Ibu ayah, apa yang boleh kita ajarkan kepada anak-anak sekitar usia 4 tahun ke atas selain ABC, 123, dan mengenal warna?
1. PLAY
Bila bercakap tentang PLAY, biasanya, kita akan terfikir “nak beli mainan apa eh nak bagi anak main?”. Tukar. Tukar kepada “macam mana ya nak main dengan anak-anak?”. Itu lebih tepat.
Percayalah anak-anak sebenarnya tak memerlukan permainan (tapi Wajihah pun toys dia satu bilik penuh)
Bercakap dengan mereka, respon pada soalan dan perbuatan mereka, beri ekspresi muka yang bersungguh-sungguh, jauhkan handphone ketika bersama mereka, semua ini adalah curahan perhatian yang mereka perlukan.
Ajarkan mengambil giliran, ajarkan berkongsi permainan, ajarkan toleransi, ajarkan mengasihani, ajarkan memberi, ajarkan berani menghadapi ketakutan, ajarkan menyelesaikan masalah….semua ini sangat banyak dipelajari dalam bermain.
Nak main apa?
Main masak-masak,
Main kejar-kejar,
Main hide and seek,
Main lompat tikus,
Ada masa kita perlu masuk ke dunia mereka untuk fahami apa yang mereka nak sampaikan.
Rendahkan ego, tinggikan empati, banyakkan toleransi. Bukan sepanjang masa, hanya semasa bermain.
2. SELF HELP SKILL
Dah 4 tahun, lepaskan mereka untuk menguruskan diri. Cukup sekadar pandu dan awasi..
Pakai baju, buka baju, Ke tandas, Mandi, Gosok gigi (might need extra help jika masih belum boleh berus bersih..nanti gigi rosak pula jika tak bersih betul-betul kan)
Lap badan
Sikat rambut
Makan minum
Apa yang mereka akan pelajari? Body awareness Perceptual motor Problem solving…dan banyak lagi
3. FEEL GOOD
Elakkan kata-kata negatif. Elakkan memberi gambaran negatif tentang diri mereka sendiri.
“Kakak ni comotlah”
“Suka sangat tak dengar kata ni kenapa?”
“Buat lagi perangai tak senonoh ni”
Elakkan dan gantikan dengan kata-kata pembakar semangat!
“Lepas makan cepat-cepat basuh mulut, barulah comel”
“Kalau dengar kata umi, nanti masuk syurga”
Beri mereka self image yang baik supaya mereka mampu feel good about themselves. Beri mereka harapan dan kepercayaan. Bekalkan mereka kekuatan dan perlindungan. Suburkan mereka dengan kasih sayang dan perhatian. Mantapkan mereka dengan ketegasan dan keberanian. We can do it!
Aabidah Ab Ghani Occupational Therapist Wafa Therapy Centre Brain Gym Facilitator
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak pra sekolah (empat hingga enam tahun ) memang seorang yang aktif dan suka bermain dengan mainan kegemarannya berbanding belajar. Mereka ini langsung tidak menunjukkan keadaan penat pada dirinya. Mungkin sekali-sekala akan memasuki dapur untuk minuman menghilangkan dahaga dan lapar.
Bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap usia ini tidak harus dibiarkan bermain tanpa kawalan daripada ibu bapa atau guru di tadika. Ia akan menjejaskan perkembangan diri anak secara positif termasuk untuk membentuk potensi diri dan kecerdasannya. Inilah yang dikatakan bermain sambil belajar!
POTENSI DIRI DAN KECERDASAN
Potensi dalam diri kanak-kanak bukan sahaja untuk bersosial seperti bermain dengan rakan-rakan sebaya sahaja tetapi mereka ini mempunyai kebolehan untuk meneroka, berimainasi,suka mencuba sesuatu yang baru, mencabar, belajar menyelesaian masalah dan mempunyai kemahiran mengingati.
Dalam aspek pembelajaran pada usia ini, sebagai ibu bapa sudah tentu anda akan membandingkan tahap kecerdasan anak anda dengan rakan sebayanya di tadika. Namun usah ia menjadi isu kerana kecerdasan setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Begitu juga degan minat mereka. Cepat atau lambat anak ini menerima pembelajaran adalah bergantung kepada minat mereka.
Bayangkan ada kanak-kanak dengan mudah dapat melakukan pergerakan lompat dengan tali untuk aktiviti motor kasar tetapi ada kanak-kanak lain sukar untuk melakukannya. Begitu juga aktiviti kognitif seperti menggunakan ‘puzzle’ tidak semua kanak-kanak dapat menguasainya dengan cepat. Namun bagi mereka mempunyai minat yang tinggi dapat melakukan dengan mudah.
ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kematangan kanak-kanak tidak sama. Jadi hendaklah mengembangkan minat anak-anak bukannya menentukan pekara mengikut kehendak ibu bapa.
INI AKTIVITI BERMAIN YANG BOLEH RANGSANG KECERDASAN DAN POTENSI DIRI
Ibu bapa boleh cuba aktiviti rangsangan minda ini kepada anak.
Dengan barang permainannya kanak-kanak boleh melakukan imaginasi dan meneroka. Contohnya kereta mainan, dia akan membayangkan diri membawa kereta itu. Semasa bermain dengan akan meneroka bagaimana kereka itu bergerak dan kenapa tayar kereta itu bulat dan warna kenderaan itu. Aktiviti ini sesuai untuk merangsang mindanya. Jadi ibu bapa haruslah pilih aktiviti yang sesuai dengan usianya dan jelaskan aktiviti permainan itu.
Duduk bersama anak anda untuk membaca buku cerita yang disukainya. Aktiviti ini mengajar anak anda menjadi seorang yang pendengar dan belajar mengingati jalan cerita dan watak cerita itu. Ilustrasi dan warna yang ditampilkan dalam buku cerita itu akan membuatkan anak anda berimaginasi terhadap watak dalam cerita itu. Pilihlah buku cerita yang mengisahkan teladan dan mempunyai nilai moral yang tinggi.
Ibu bapa boleh mengadakan majlis hari jadi merupakan salah satu akviti sosial yang selamat untuk kanak-kanak pra sekolah. Majlis ini biasanya akan menjemput rakan-rakan sebaya di kawasan tempat tinggal dan di tadika. Situasi ini mengajar kepada anak anda mengenai erti persahabatan, setia kawan, perkongsian dan sikap tidak mementingkan diri sendiri. Cara ini mampu memberi impak kepada emosinya apabila dewasa nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membesarkan anak pada masa ini tidak semudah ketika kita sewaktu kecil dahulu. Ini kerana terdapat pelbagai ‘ancaman’ dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa. Dengan kecanggihan teknologi dan sebagainya, sedikit sebanyak mendatangkan tekanan atau stres kepada kita dan juga anak-anak kita.
Mungkin ada orang dewasa boleh mengalihkan stres yang dialami dengan pelbagai cara alternatif, tetapi kanak-kanak yang mengalami stres tidak dapat mengendalikan rasa tertekan yang dialami. Ini menyebabkan mereka mengeluarkannya menerusi kelakuan yang ditunjukkan.
Kemungkinan kanak-kanak yang terlalu kuat meragam dan buat perangai adalah kanak-kanak yang sedang mengalami stres. Adakah anak anda sedemikian? Cuba kita semak 8 ciri-ciri berikut:
Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stres adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentiasa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 malam dan tidur lena yang berkualiti kerana ia penting untuk perkembangan yang sihat dan positif.
Ada kanak-kanak tidak boleh duduk diam walau sekejap. Ada sahaja yang ingin dilakukan dan biasanya hal yang dilakukan berbahaya kepada dirinya dan sering membuatkan anda marah. Lebih teruk, kanak-kanak ini akan merosakkan barang yang dipegangnya.
Sikap pemalu berlebihan yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak kemungkinan petanda dia mengalami stres. Anda patut berasa curiga sekiranya terlalu malu dan takut apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
Ada kalangan kanak-kanak yang mudah mengamuk dan meragam jika kemahuannya tidak dituruti. Sikap suka menggigit, menendang, memukul, menumbuk, menjerit tanpa sebab juga salah satu ciri anak stres. Kesabaran anda sangat diperlukan dalam menangani situasi ini. Kemarahan dan tengkingan dari anda hanya akan meningkatkan lagi stres si anak.
Terlalu cerewet dalam bab makan, bahkan hanya akan makan makanan kegemarannya sahaja dan enggan langsung makan makanan lain.
Anak anda sudah besar tetapi kerap kencing malam di atas katil? Ini antara tanda-tanda anak stres dan kurang percaya pada diri sendiri. Dia berasa tidak tenang, Ia merasa tidak selesa dan kurang mendapat perhatian sehingga terbawa ke dalam tidur perasaan tersebut sehingga sukar mengendalikan rasa hendak buang air kecil.
Cengeng adalah gelaran yang diberikan kepada anak kecil yang kuat menangis. Kanak-kanak yang mudah menangis dan tangisannya sukar dihentikan seolah-olah satu tanda meluahkan perasaan kemungkinan juga mengalami stres.
Kanak-kanak yang stres selalu mengalami ketakutan tanpa sebab. Dia seperti kehilangan rasa tenang sehingga memerlukan lebih perhatian daripada ibu dan ayah.
Sumber: mamapeduli.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!