Musim anak demam, batuk dan selesema sememangnya membuatkan mak ayah mula runsing. Tambah merisaukan bila mana masalah ini dikaitkan dengan gejala virus Covid-19 yang kini mengancam dunia. Maka semakin bertambah risaulah mak ayah. Bimbang anak dijangkiti.

Namun memastikan anak terus selesa sepanjang selesema dan batuk sememangnya amat diperlukan. Jangan dibiarkan anak tanpa sebarang bekalan ubat-ubatan yang membuatkan anak terus gelisah, menangis dan sebagainya kerana tidak selesa.

Tidak hanya selesema, demam dan batuk sahaja bahkan alahan yang berlaku pada kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang mudah alah dengan habuk disekeliling, bulu-bulu dari haiwan peliharaan dan pelbagai alahan dari makanan juga membuatkan hidung dan mata anak tidak selesa hingga adakalanya tersumbat dan gatal-gatal.

Jangan dibiarkan anak terus tidak selesa dengan pelbagai alahan dan virus yang menyerang anak. Apa mak ayah perlu lakukan? Semuanya terletak di tangan mak ayah agar dapat memastikan anak sentiasa kekal sihat dengan penjagaan dan perawatan yang selesa setiap kali anak demam dan dilanda ketidakselesaan akibat alahan. Ini antara usaha yang boleh dilakukan.

Mudah Terkena Alahan & Selesema Buat Anak Susah Bernafas. Jangan Biarkan Saja, Mak Ayah Bantu Anak Selesa!

Ambil makanan seimbang

Pastikan anak makan makanan yang seimbang dan berkhasiat walaupun kurang selesa kerana demam. Tambahkan makanan yang tinggi vitamin dan zat galian dalam menu anak setiap hari. Pujuk anak untuk makan supaya cepat pulih daripada demamnya.

Namun perkara yang paling mudah adalah dengan membekalkan anak dengan makanan sihat. Selitkan makanan yang membina daya imun badan untuk anak-anak setiap hari. Berikan makanan dengan kandungan protein seperti ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi untuk anak-anak. 

* Salmon, tuna atau salmon antara ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi serta membantu kekebalan tubuh.

* Ambil sayur-sayuran dalam jumlah yang banyak setiap hari. Ubi merah, labu, tomato, lobak merah serta terung dan bawang antara sayur dengan sebatian kimia yang baik untuk tubuh.  

* Begitu juga dengan rangkaian buah-buah beri seperti strawberi, bluberi serta elderberi yang mempunyai antioksidan yang tinggi serta mampu mengawal keradangan seperti demam, selsema dan sebagainya. 

*Cendawan butang juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko selsema menjadi lebih teruk dan berpanjangan. 

* Jangan lupa selitkan badam dalam minuman atau snek sihat anak kerana badam mengandungi vitamin E yang membantu meningkatkan sistem imun badan. 

* Selain susu yang tinggi protein, kerap berikan anak yogurt rendah lemak kerana satu cawan setiap hari boleh mengurangkan risiko dijangkiti demam malah kandungan vitamin D yang tinggi juga mampu mengurangkan risiko demam selsema. Hebat!

IKLAN

* Jangan lupakan jumlah air kosong yang banyak buat anak kecil kita. 

Mudah Terkena Alahan & Selesema Buat Anak Susah Bernafas. Jangan Biarkan Saja, Mak Ayah Bantu Anak Selesa!

Periksa dan pantau simptom anak

Jangan hanya dibiarkan sahaja, keraplah memeriksa simptom-simptom anak yang membuatkan mereka tidak selesa. Sentiasalah pantau suhu anak dari semesa ke semasa, juga periksa pernafasan dan oksigen dalam badan anak. Bimbang anak sukar bernafas ketika anak selesema atau masalah hidung tersumbat dan sebagainya, bekalkanlah ubat spray hidung yang bersesuaian agar anak terus selesa. Jangan dibiarkan sahaja. 

Kenal pasti alahan anak

Ada anak-anak yang alah dengan makanan tertentu seperti kekacang, rangkaian buah beri dan sebagainya yang membuatkan mereka terkesan dari pelbagai cara. Ada yang asma hanya kerana makan buah oren dan kacang, malah ada juga yang mudah hidung tersumbat dan gatal-gatal mata selepas terkena habuk di persekitaran tanpa kita sedar.

Disinilah ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengenal pasti jenis alahan anak. Jika anak alah pada habuk, bersihkanlah rumah sebaiknya dan elakkanlah makanan tertentu disamping membekalkan ubat sampingan yang membuatkan anak segera sembuh dan terus selesa sepanjang hari. 

Mudah Terkena Alahan & Selesema Buat Anak Susah Bernafas. Jangan Biarkan Saja, Mak Ayah Bantu Anak Selesa!

ClariCare® Sebagai Pilihan

IKLAN

Demi memastikan anak kekal selesa sepanjang demam dan selesema, menjadi tanggungjawab mak ayah untuk menyediakan kelengkapan yang membantu anak selesa. Penjagaan dan kebersihan rongga hidung misalnya perlu diberikan perhatian.

Gejala biasa ketika alahan dan selesema seperti hidung berair dan gatal, bersin, gatal, mata berair, atau hidung tersumbat sudah semestinya membuatkan anak tidak selesa. Walaupun tidak mengancam nyawa, namun ia mengganggu ketidakselesaan anak kecil.

Rangkaian produk ClariCare® antara yang begitu disyorkan sebagai pilihan terbaik untuk membantu anak kekal selesa sepanjang selesema. 

Produk ClariCare® dari jenama Bayer ini cukup istimewa kerana dibawakan daripada pelbagai mineral lautan untuk membantu merawat pelbagai alahan anak secara semulajadi.

Tidak hanya disitu bahkan produk yang satu ini turut menawarkan cara semula jadi untuk melegakan gejala alahan disamping menguatkan pertahanan tubuh secara semula jadi.

2 Produk Perlu Ada

Demi memastikan keselesaan anak, Bayer memperkenalkan dua rangkaian produknya yang amat membantu anak selesa. 

Mudah Terkena Alahan & Selesema Buat Anak Susah Bernafas. Jangan Biarkan Saja, Mak Ayah Bantu Anak Selesa!

IKLAN

 

 

ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray

ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray terdiri daripada larutan garam isotonik OTC yang bertindak untuk membersihkan hidung setiap hari malah melegakan alahan dan sentisif di bahagian hidung. Bukan hanya membersih bahkan anak lebih selesa.

Mudah Terkena Alahan & Selesema Buat Anak Susah Bernafas. Jangan Biarkan Saja, Mak Ayah Bantu Anak Selesa!

ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray

Berbanding ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray, produk ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray ini paling baik untuk merawat masalah pernafasan hidung anak dengan baik. Bukan hanya membersihkan rongga hidung bahkan membantu memulihkan pernafasan hidung dengan lembut.  

ClariCare® Nasal Hygiene Spray dihasilkan daripada air laut di Teluk Saint-Malo, Perancis dan membantu penghidap alahan menguruskan alahan secara optimum dan semula jadi. 

Ia bebas dadah dan bebas daripada bahan pengawet, ia selamat digunakan bersama ubat-ubatan seperti antihistamin oral dan disyorkan sebagai sebahagian daripada rawatan rhinitis yang berkesan. 

ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray (20ml) dirumus khas untuk bayi baru lahir dari 2 minggu ke atas. Manakala ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray (100ml) pula boleh didapati di farmasi utama di seluruh negara.

Tak perlu ragu-ragu, ini perbezaan ketara yang mama boleh ketahui sebelum membeli kedua produk ini.

Mudah Terkena Alahan & Selesema Buat Anak Susah Bernafas. Jangan Biarkan Saja, Mak Ayah Bantu Anak Selesa!

  • ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray Pam bebas dadah & pengawet, bersifat ultra lembut, mempunyai pam meter yang memudahkan pemberian untuk bayi; menyediakan kawalan yang lebih baik dan saiz mudah alih untuk dibawa ke mana-mana, pada bila-bila masa. Selamat digunakan beberapa kali sehari.
  • ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray – Disebabkan aliran pamnya yang berterusan, spray jenis ini paling sesuai untuk yang gemar membersihkan hidung yang lebih dalam/kerap atau menggunakan volum yang lebih tinggi. Malah ia selamat digunakan seberapa banyak yang diperlukan (walaupun untuk wanita hamil atau ibu yang menyusukan bayi) kerana ia bebas dadah.

Jadi, jangan biarkan sahaja anak dan diri sendiri terus rasa tidak selesa, pilih sahaja rangkaian produk terbaik dari ClariCare®  ini untuk keselesaan semua.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI