Mudahnya Buat Sarapan Ni, Guna Pembakar Roti Je, Tak Sampai 5 Minit Toasted Rice Siap!

Share

Ada waktunya ibu mula buntu setiap kali menyediakan sarapan buat anak. Jika anda mengejar masa, cadangan resipi yang satu ini patut anda cuba. Mana tidaknya, tidak sampai lima minit roti telur untuk anak siap tersedia.

Paling menarik bukan hanya roti bahkan turut diselitkan dengan nasi putih dan isi ayam yang mengenyangkan anak. Bukan itu sahaja malah ilham ibu ini, Nurfarhana Ahmad Bakri yang menyediakannya di dalam pembakar roti memang awesome. Lebih mudah dan pantas!

Menu simple mama buatkan untuk Insyirah. Adik suka mama gembira. Mama tak ada oven jadi mama guna pembakar ini saja.

Toasted Rice Ns

• Nasi sejuk
• Tomato ceri
• Daun sup
• Daun bawang
• Lobak merah
• Isi ayam
• Lada hitam
• Telur
• Unsalt butter (isi pada pembakar)
• Serbuk ayam (optional)
• Bakar dalam 10minit (ikut pada suhu pembakar masing2)


Campurkan semua bahan dan pukul rata. Siap!


Tuangkan ke dalam pembakar roti. Tutup sekejap dan angkat.

.


Siap!

IKLAN