Ada waktunya ibu mula buntu setiap kali menyediakan sarapan buat anak. Jika anda mengejar masa, cadangan resipi yang satu ini patut anda cuba. Mana tidaknya, tidak sampai lima minit roti telur untuk anak siap tersedia.
Paling menarik bukan hanya roti bahkan turut diselitkan dengan nasi putih dan isi ayam yang mengenyangkan anak. Bukan itu sahaja malah ilham ibu ini, Nurfarhana Ahmad Bakri yang menyediakannya di dalam pembakar roti memang awesome. Lebih mudah dan pantas!
Ads
Menu simple mama buatkan untuk Insyirah. Adik suka mama gembira. Mama tak ada oven jadi mama guna pembakar ini saja.
Toasted Rice Ns
Ads
• Nasi sejuk
• Tomato ceri
• Daun sup
• Daun bawang
• Lobak merah
• Isi ayam
• Lada hitam
• Telur
• Unsalt butter (isi pada pembakar)
• Serbuk ayam (optional)
• Bakar dalam 10minit (ikut pada suhu pembakar masing2)
Ads
Campurkan semua bahan dan pukul rata. Siap!
Tuangkan ke dalam pembakar roti. Tutup sekejap dan angkat.
.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbeza dengan bubur yang lain, Fruity Milky Candy Crush yang satu ini nampak cukup istimewa. Paling penting resipi yang dikongsikan oleh Nor Hidayah Mohamad Said ini tidak menggunakan penambahan gula sebaliknya menggunakan susu segar yang digabungkan bersama perasa asli dari buah-buahan terpilih.
Rasanya cukup segar malah sihat untuk anak-anak kita. Nak tahu rasanya? Jom cuba resipi sedap ini.
Sebenarnya diadaptasi dari “BUBUR CANDY CRUSH aka BUBUR BUTIR NANGKA”. Tapi untuk baby kena la bagi yang real food kan. Katakan tidak pada perwarna tiruan. Tak mau!.
Untuk dewasa pun tak berapa elok lagi la untuk baby kan. Ibu guna buah-buahan sebagai ganti pewarna. Yang kuning guna mangga, yang merah purple tu guna dragon fruit cuma hijau je tak ada buah yang sesuai so ibu guna pati daun pandan+susu.
*tepung pulut + sedikit tepung gandum uli bersama puree buah@air perahan
(Buah naga ibu lenyek dalam penapis je ambil air sahaja, Mangga tu pun ibu guna penapis lenyek-lenyek je, semua campur sekali dalam tepung… Hijau tu pati daun pandan+susu fullcream sebab baby full bf tak ada susu fm)
*Didihkan air dan gentel tepung masuk dalam air didihan. Biarkan sampi timbul macam kita buat buah melaka tu.. (Kalau timbul maknanya dah masak dan toskan)
Kuah dia boleh guna santan @ susu fullcream tambah sedikit tepung jagung. Kacau sebati dan masak atas dapur seketika..(masak) Tepung jangan banyak sangat, sekadar nak bagi pekat sikit je.
Sebelum nak bagi baby makan make sure ibu-ibu potong lagi dengan sudu bagi kecil-kecil ye atau lenyek sikit. Lebih selamat. Ni ibu buat kecik pun tetap akan potong lagi dengan sudu baru berani suap.
No Sugar No Salt
Selamat mencuba!
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020 INI!
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina.
Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Sekali sekali, hidangan sosej menjadi pelengkap kepada hidangan sarapan pagi ala barat yang mudah dan enak. Pun begitu ada waktunya membeli sosej dari kedai terasa sedikit meragukan. Apa kata kita hasilkan sendiri sahaja di rumah.
Air tangan Pn Nur Haziqah ini nampak cukup menyelerakan. Paling penting ia sedap, jimat dan kandungan bahannya juga selamat untuk anak-anak. Jom cuba.
Harini cuba buat sosej ayam sebab nak habiskan ayam dalam peti ais. Alhamdulillah menjadi , resepi campak-campak ja ni. Kalau ada yang nak cuba boleh lah. Yang ni saya guna plastik ais.
Dah siap blend baru perasan aluminium foil habis.
Resepi sosej ayam homemade: 200gm isi ayam 1 biji telur Carrot Daun sup Bawang holland sebelah 2 ulas bawang putih 1 sk lada hitam Garam dan gula 2 sb tepung ubi 1/4 cawan air
Blend semua bahan di atas sehingga halus.
Masukkan dalam plastik ais / aluminium foil.
Kemudian kukus/rebus dalam 15 minit.
Keluarkan dari plastik/aluminium foil dan goreng.
Siap!
* Kalau guna aluminium foil elok kukus.
Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan anak-anak dan bimbangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda negara kita, SOP lengkap dikeluarkan untuk panduan pemilik taska dan tadika.
Namun kerisauan pastinya masih tetap ada bagi semua ibu bapa. Begitu juga dengan pengusaha taska yang mengambil satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan hal ini berjalan lancar. Menurut kata Puan Liyana Nazli, pemilik Atfal Jannah Kuantan & Kemaman – Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak, membuka semula Taska bukanlah satu tindakan yang mudah.
Bukan hanya dengan SOP yang ketat bahkan ia tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak selamat di samping ibu bapa juga dapat kembali bekerja dengan tenang tanpa memikirkan anak-anak. Sebagai pengusaha Taska, ini yang dikongsikan oleh beliau demi memastikan anak-anak di Taska bebas risiko.
Done with AJ Kuantan today!
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha pusat jagaan ialah meminimakan peralatan dan perabot yang digunakan sepanjang operasi. Untuk mengurangkan risiko pencemaran serta memudahkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi harian.
Dalam SOP semua permukaan perabot dan lantai perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pertukaran sesi pagi ke petang dan sebelum pulang). Jadi semua peralatan yang sukar untuk disanitasi teacher simpan dahulu buat sementara waktu, antaranya seperti: – ball pool – karpet – floor mats
Peralatan lain yang digunakan berkala disimpan dalam almari tertutup dan berkunci. Teacher minta terapis rekod peralatan pembelajaran yang digunakan oleh individu pelajar setiap hari, sanitasi selepas digunakan dan disimpan di tempatnya semula. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan kumpulan tidak dijalankan buat sementara waktu.
Perabot pun diminimakan. Hanya yang betul-betul digunakan saja ada di ruang aktiviti dan dilabelkan dengan nama pelajar yang menggunakannya.
Ha, bukan mudah nak buka semula pusat jagaan selepas tempoh PKP… InsyaAllah moga selamat semuanya. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah!
Kebimbangan Tetap Ada
Pa&Ma sempat bertanyakan kebimbangan serta pematuhan SOP yang seharusnya dipatuhi Taska demi memastikan anak-anak terjamin keselamatan mereka. Sesungguhnya banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Taska demi memastikan semua ini berjalan dengan baik. Malah ia juga menjadi tanggungjawab bersama, baik pihak Taska begitu juga dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat.
Bagaimana kebimbangan dan kesediaan pihak taska untuk membuka semula taska?
Sebagai pihak taska memang ada rasa bimbang sebab pematuhan SOP ini melibatkan semua pihak. Bukan sahaja daripada pihak TASKA. Kami sangat berharap ibu bapa juga dapat mematuhi SOP seperti yang ditetapkan supaya keselamatan semua orang terjaga. Tetapi melihatkan SOP yang ketat dan terperinci, sepatutnya memang selamat saja untuk TASKA yang mengikuti SOP untuk menerima pelajar. Mungkin ada sesetengah TASKA yang akan menghadapi masalah untuk mematuhi kerana kekangan ruang dan tenaga kerja.
Sejauh mana Taska memastikan SOP berjalan lancar?
Dalam pematuhan SOP sebagai pemilik TASKA, perlu pastikan kakitangan faham prosedur dan mengapa langkah-langkah tersebut perlu dijalankan. Kakitangan perlu dilatih supaya segala prosedur berjalan lancar. Selain daripada itu memang perlu terangkan kepada ibu bapa mengapa setiap langkah dalam SOP itu perlu dipatuhi untuk keselamatan semua yang terlibat.
Tak boleh ambil mudah. Kedua-dua pihak kakitangan TASKA dan ibu bapa kedua-duanya perlu tandatangan borang akuan pengisytiharan kesihatan untuk declare bebas risiko Covid. Sebarang ketidaktepatan maklumat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Bagaimana meyakinkan semula ibu bapa untuk hantar anak?
Memang susah nak yakinkan ibu bapa. Jika mereka ada pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tak ada masalah. Kita tak paksa ibu bapa untuk hantar anak, malah lebih bagus sekiranya ada sebahagian daripada ibu bapa yang ada alternatif jagaan yang lain untuk memberi peluang kepada yang benar-benar memerlukan khidmat jagaan daripada TASKA. Apabila jumlah kanak-kanak berkurang, pematuhan SOP tu lebih baik.
Tambah di peringkat awal ni masing-masing baru nak biasakan diri dengan norma baru, perlukan latihan dan peringatan. Secara berperingkat, kita boleh buka operasi dengan kapasiti kanak-kanak seperti biasa apabila semuanya telah terlatih dengan norma baru. Sebagai pemilik TASKA kita kena tunjukkan komitmen kita untuk pematuhan SOP untuk meyakinkan ibu bapa.
Pesanan saya, dalam menghalang penularan wabak Covid memang tanggungjawab semua orang. Masing-masing ada peranan masing-masing, jadi perlu beri kerjasama yang sepenuhnya. InsyaAllah moga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dijauhi dari wabak Covid 19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!