Mudahnya nak menang hadiah kereta, simpan duit sahaja dan berpeluang untuk menang. Walaupun mudah, tetapi untuk memenangi hadiah lumayan tersebut perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN di Facebook rasmi PTPTN.

Mudahnya Nak Menang Hadiah Kereta, Simpan Duit Sahaja!
Pengacara sesi pelancaran Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021, Muhammad Jihadullah Othman ketika bersiaran secara langsung di facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Kempen yang mengajak orang ramai menyimpan duit dan menang hadiah lumayan ini julung kali diperkenalkan.

Ia adalah salah satu cara PTPTN menghargai pendeposit SSPN-i yang sentiasa menyokong perbadanan tersebut dan tetap setia membuat simpanan di PTPTN.

Menurut Ahmad Dasuki, kempen ini juga antara usaha PTPTN mengajak rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan.

Dalam masa yang sama terus mengamalkan norma baharu yng mengutamakan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran COVID-19.

Cara Nak Menang Hadiah

Mudahnya untuk menyertai kempen ini! Pelanggan hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan deposit minimum RM200 dalam tempoh promosi kempen bermula sejak 1 Jun 2021 sehingga 30 September 2021.

Mudahnya Nak Menang Hadiah Kereta, Simpan Duit Sahaja!

Pelanggan juga perlu mengekalkan jumlah simpanan tersebut selama tiga (3) bulan selepas tamat tempoh promosi iaitu bermula 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021.

IKLAN

Setiap simpanan bernilai RM50 akan melayakkan pendeposit mendapat satu (1) cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.

Terdapat tiga (3) kategori cabutan bagi kempen ini iaitu Kategori Platinum, Gold dan Silver.

Kategori Platinum

Simpanan bersih RM15,000 dan ke atas

Kategori Gold

Simpanan bersih RM8,000.00 – RM14,999.99

IKLAN

Kategori Silver

Simpanan bersih RM200.00 – RM7,999.99

Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 menawarkan hadiah lumayan bernilai hampir RM240,000 untuk 39 orang pemenang.

Peluang Menang Hadiah Kereta

Semua pendeposit yang menyertai kempen ini berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton X50 bagi Kategori Platinum.

Sebuah kereta Perodua Myvi 1.5cc untuk Kategori Gold. Manakala pemenang Kategori Silver pula akan mendapat sebuah motosikal Yamaha Y15zr.

IKLAN

Mudahnya Nak Menang Hadiah Kereta, Simpan Duit Sahaja!

Manakala untuk hadiah tempat kedua, ketiga dan saguhati juga amat berbaloi untuk dimenangi iaitu barang kemas, komputer riba dan wang tunai.

Wow! Hebat bukan? Sudah tiba masanya untuk anda sertai!

Keistimewaan Pendeposit Akaun SSPN-i

Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN-i turut berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00, dividen yang kompetitif, perlindungan takaful ringgit ke ringgit secara percuma dan pemberian Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000 kepada pendeposit yang layak.

SSPN-i juga merupakan skim simpanan patuh Syariah dan dijamin oleh Kerajaan. Jadi, ibu bapa sangat digalakkan untuk membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i pada bila-bila masa secara atas talian di www.lovesspn.com.

Ia bersesuaian dengan norma baharu kehidupan hari ini yang mengamalkan “Stay Home, Stay Safe”, iaitu walau tidak boleh kerap keluar rumah, budaya penabungan tetap boleh diamalkan dengan cara membuat simpanan melalui saluran dalam talian yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Simpan, simpan, simpan, jaminan masa depan. Simpan, simpan, simpan, peluang menang hadiah lumayan!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI