Selain kek dan puding, muffin juga tidak ketinggalan hebatnya di hari raya. Muffin raya cute yang disediakan oleh cikgu masakan popular, Azlina Ina Fans ini paling mudah hendak disediakan.
Bukan hanya mudah bahkan muffin raya ini cukup gebu, lembut dan lembap. Lagi nikmat bila ketika makan panas-panas. Jom sediakan untuk anak-anak kita.
Bahan-bahan:
4 biji telur
esen vanila
1 cawan gula mana yg suke manis tambah lg
1 cawan butter di cair kan
1 cawan 1/2 tepung self rising + 1 sk soda bikarbonat
klau xde boleh pakai tepung gandum ek plus 1sk soda bikarbonat dan 1 sk baking powder (ayak)
1/2 cawan serbuk koko/milo
1/2 cawan tepung susu
1sk serbuk coffee
1/4 cawan air panas
Satukan telur, gula esen vanila kacau guna senduk je senang.
Ads
Tambah butter di cair kan tadi dan kacau lagi.
Tepung elok ayak dulu ek, masuk tepung kacau rata.
Last serbuk koko dan coffee pun kacau rata.
Ads
Masuk air panas dan kacau rata siap.
Ads
Isi 3/4 cup muffin yang korang suka, tabur coklat chip atau badam ikut suka. Panas kan oven, set masa 25-30 minit bakar suhu 170 api atas bawah.
Garlic bread sangat sesuai untuk dijadikan kudapan berkhasiat. Ia bagi mengelakkan anak daripada makan makanan ringan. Tak tahu nak cuba menu baru untuk anak, apa kata buat Garlic bread untuk anak.
Selain tiada apa-apa perasa tambahan semestinya ia sesuai untuk buat kudapan anak selain makan nasi atau bubur. Roti ini pun boleh dicicah dengan sup cendawan dan pasti membuka selera si kecil anda.
Bawang putih memang bagus. Kalau anak ada selesema, elok buatkan garlic bread ini. Mesti anak makan banyak sebab sedap!
Bawang putih memiliki kandungan nutrisi di dalamnya. Seulas bawang putih (3 gram) bawang putih mengandung vitamin B6, C, selenium, serat, kalsium, tembaga, kalium, fosfor, dan mangan.
Resipi puding laici yang mudah dan sedap, pasti jadi kesukaan anak-anak. Sajian puding memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Rasanya yang manis tentu mengundang selera anak-anak untuk menikmatinya.
Bagi yang ibu-ibu yang masih tercari-cari manisan untuk anak-anak, boleh cuba resipi puding laici seperti yang dikongsikan oleh Aida Sarina ini. Resipi tersebut dipelajari daripada ibunya dan digemari oleh rakan dan ahli keluarga.
Turut dikongsikan beberapa tip berguna agar ‘penampilan’ puding bukan saja sedap tapi halus mulus.
Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
Bahan B
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul.
Cara membuat:
1. Campur semua bahan A, sebatikan dan ketepikan
2. Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
3. Bila bahan B sudah larut, kecilkan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih nanti berketul, kemudian tutup api.
4. Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil.
5. Selepas itu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.
Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru sedap.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Telur sememangnya cukup digemari oleh anak-anak kecil kita yang sedang membesar. Bagi kita dewasa pula tidak sah hidangan tanpa telur goreng yang mengenakkan lagi sajian. Telur bukan hanya baik dan lengkap bahkan tinggi protein. Bagi anak yang tidak mahu makan nasi, telur adalah sajian terbaik.
Resipi yang satu ini, lengkap dengan sumber nutrisi malah paling sesuai disediakan untuk anak yang tidak mahu makan nasi. Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ini. Hebat!
Makanan ni sangai sesuai untuk anak-anak yang tak suka nasi. Sesuai jugak untuk korang yang tengah berdiet. Twins makan egg muffins tak hengat. Dua ketoi sorang.