Diuji dengan anak sakit tidak sesekali mematahkan semangat Dr Atiyah Azmi yang juga anak kepada Prof Dr Muhaya untuk terus sentiasa positif. Menganggap ujian yang Allah berikan ini tandanya Dia sayang pada hambanya sentiasa buatkan dirinya bersyukur dengan ketentuan ilahi.
Berkongsi perasaan sebagai ibu yang mempunyai seorang anak istimewa, Dr Atiyah menganggap Muhammad adalah anugerah yang tak ternilai buatnya sekeluarga.
Walaupun sejak lahir boleh dikatakan hospital adalah rumah keduanya, Dr Atiyah yakin akan ada ganjaran yang Allah nak beri padanya.
Dr Atiyah juga turut menasihati ibu-ibu yang sedang mengandung dan apabila diberitahu doktor anak dalam kandungan mungkin mengalami masalah fizikal sedangkan kita belum bersedia menerimanya jangan terus menyalahkan takdir.
Ads
Ingatlah kita kena sentiasa positif, carilah orang yang baik-baik, soleh dan solehah untuk berikan kita semangat dengan ujian yang Allah beri serta dekatilah diri dengan al-Quran dan agama.
Bagaimanapun, menerusi posting yang dimuat naik oleh Prof Muhaya, beliau memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk cucunya yang kini sedang dalam keadaan kritikal.
Ads
Ditimpa dengan ujian yang besar sekalipun, sikap positif dalam keluarga ini cukup buatkan semua kagum.
Diharapkan adik Muhammad terus kuat dan cepat sihat serta dapat terus memberi kegembiraan kepada orang disekelilingnya terutama kakak-kakak yang sangat menyayanginya.
Sumber: ig dratiyahazmi/prof muhaya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam musim anak-anak banyak yang kena selesema dan batuk ni, biasanya kita akan sapukan minyak angin atau balm kan? Barulah rasa lega sikit, kalau hidung tersumbat tu dapatlah kurangkan rasa tak selesa.
Mama kena tahu peringkat umur yang sesuai bila kita nak guna minyak angin ni. Dalam pada kita nak kurangkan rasa tak selesa, rupanya boleh mendatangkan bahaya!
Perkongsian dari Faranem Rosmadi ni sememangnya boleh kita jadikan iktibar. Ini yang terjadi bila dia sapukan minyak angin pada hidung bayinya. Biarpun sudah setahun berlalu, namun tetap berkesan di hati;
INGAT, JANGAN SAPU MINYAK ANGIN DEKAT HIDUNG BABY! HATTA BATANG HIDUNG SEKALIPUN.
Dekat setahun aku simpan kekuatan nak cerita tentang ni. Tentang pengalaman sendiri. Perit bagi aku, tapi ilmu bg korang sebagai ibubapa. Trauma sungguh aku. Ye jadi dekat aku, yg kerja misi ni.
Ayad Fayaash ni lahir dengan sangat mudah. Alhamdullilah atas rezeki. Tapi start dia umur 20 hari, pernafasan dia mcm berbunyi. Bunyi macam hidung tersumbat tu. So aku memang ade sapu beberapa jenis minyak dekat batang hidung dia. Malam, siang aku akan sapu sikit, kekadang spray sterimar, kononnyaa nak bg dia lega.
Nak jadikan cerita, aku bersalin di Kelantan, tp balik pantang kat Kuantan. Kat Balok, rumah umi abah. Ni je masanya boleh rentas negeri. Nak balik sesaja, memang tak dapat la, musim PKP ketat masa tu. Kirenya suami aku hantar n dia balik sana semula utk kerja.
Rutin biasa baby, khamis, jam 0130 petang, masa tukar pampers Ayad. Sambil tu aku pon sapu minyak telon dr 1 jenama ni. Sebelum ni aku memang tak pernah guna minyak tu. Tp kalini aku nak try, mana tahu ok. Bidan yg bagi, kata dia minyak ni bagus n sesuai utk baby. Yee aku percaya.
Muka Ayad merah, mulut berbuih..
Lepas sapu dekat hidung tu, aku pun pusing badan nak letak minyak kat tepi n masa aku paling ke Ayad, tak smpai sesaat pun, ALLAHH!!!! Aku tgk muka Ayad merah. Mulut dia berbuih. Suara dia mcm tercekik. Aku terus jeriittt panggil umi, abah smbil lari pergi sinki dekat dapor. Aku basuh muka Ayad.
Umiii. umiii. tolongg umii. Nape Ayad nii?
Umi ambil Ayad. Ayad lembikk. Suara tak keluar bunyi, muka Ayad merah. Mulut ada buih lagi. Abah ambil Ayad, tepuk2 blkg dia. Masih sama.
Ko buat apee ni kakkkk. Allahhh. lembik anakk niii.
Abah jerit pgl Kday(adik aku). Kdayy! Cepat start kereta, bawak kak pergi klinik. Cepattt. Masok dlm kereta, aku tepuk2 blkg Ayad.
Adikkk adikkk jgn mcm ni dikkk. Ibu sorryyy..
Aku masok jari kelinking dlm mulut Ayad, nak clearkan mulut dia dr air liur berbuih tu. Pusing blkg tepuk2 blkg badan, pusing kedepan semula, mulut Ayad still berbuih lg + darah.
Cepat Kday, ade darah nii. Kenapeee niii Ayad.
Teringat nak buat CPR
Tiba2 terdetik dlm hati aku, eh CPR! Aku terus buat mouth to mouth breathing. Sekali buat, aku dengar suara Ayad merengek.
Kdayyyy, mu dengar tak suaraa Ayad td. Dengar! Aku angkat Ayad, tepuk2 lagi. Ok aku buat lg sekalii, aku hembus sekali di hidung n mulut Ayad, (Cara CPR baby dan dewasa lain ye. Boleh google)
HUWAAAAA. WAAAA. Suara Ayad menangis kuat. Muka dia yg merah td, slow2 dah jd pink semula.
ALLAHUUUU ANAK AKUUUU. aku pelok Ayad kuat.
Kdayy, Ayad nngis dahhh, Ayad nangiss ni.
Lari ke ‘emergency’, Ayad tak pakai lampin
Aku? Dari awal, setitis air mata pun tak menitis. Yg aku tahu, aku nak anak aku hidup. aku yg buat salah, aku kena brtanggungjawab. 2 minit lepas tu, aku sampai di klinik Balok. Aku lari masuk kecemasan dengan Ayad yang tak sempat pakai pampers, keadaan aku pulak? Hmm aib sangat kalau nak cerita. Kata staf, selalunya kalau baby dtg mcm tu, jarang yg dpt dengar bunyi nangis. Alhamdullilah anak ibu kuat.
Ohh jarak rumah aku ke klinik Balok dlm 7 min je. Sampai kt klinik, ayad dah ok. Muka dah jd pink semula. tp doc still pasangkan oxygen incase dia ada masalah lain, so Ayad kena refer ke HTAA.
Masa ni baru aku call suami. ‘Thank you yg sbb selamatkan anak kita’.. masa ni baru aku menangis.
Kena marah dengan pakar
Ayad admit HTAA utk 3 hari. Bila org tanya ank sakit apa, segan aih nk jawab. Admit sbb hidung tersumbat tapi aku kena marah teruk dengan specialist. Mak misi tp boleh sapu minyak angin dkt hidung anak.
Awak tahu tak, BABY BAWAH DARI UMUR 3 BULAN, TIDAK BOLEH DISAPU SEBARANG MINYAK ANGIN/TELON.
Baby pd umur ni cuma bernafas dr hidung. Bila awak sapu minyak angin, minyak ni akan block saluran pernafasan dia. Sebab tu mulut dia berbuih, dia tengah berusaha sedaya upaya bernafas dgn mulut dia. Take note yee.
Lagi satu, tak semestinya minyak yg baby org lain guna, selamat untuk baby awak. Jgn jadikan baby bahan ujikaji. elakkan sebarang minyak/balm kepada baby.
Masih trauma tapi bersyukur..
Maafkan ibu, ayad. Lepas kejadian tu, lama aku trauma. Aku pantang dengar Ayad bernafas lain sikit, Ayad tercungap sbb susu banyak pun aku akan berlari cari sesapa kt rumah tu. Aku takot!
Tapi jauh dlm hati aku, aku bersyukur benda ni jadi.. Jadinya waktu petang, bukan waktu malam masa aku tengah mamai, bukan dlm bilik tidur yg lampunya malap dan bukan waktu klinik tutup. Tapi cukup lah sekali.
Kata umi, kalau ingat balik lembiknya Ayad masa dia pegang waktu tu. Boleh meremang satu badan.. dia tak dpt nak luah, dia cuma geleng kepala. ALLAHHUU
Terima kasih ALLAH sbb bg aku ilmu CPR dan terdetikkan hati aku untuk buat CPR. Terima kasih sbb bg aku peluang lagi utk terus jaga amanat ini.
Lastly: APA YANG BAGUS UNTUK BABY LAIN TAK SEMESTINYA BAGUS UNTUK BABY KITA. TAKE NOTE YA.
Buat Ayad Fayaash si bongsuku. Maafkan ibu.
Berdebar-debar bila baca kisah ibu ni. Memang cemas bila tiba-tiba muka anak berubah merah dan mulutnya berbuih. Mujurlah ibu ini pantas bertindak dan nyawa anaknya dapat diselamatkan. Perkongsian ini memberi kita ilmu baharu, bayi bawah umur tiga bulan tak sesuai kita sapukan sebarang minyak angin atau balm di hidung mereka.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan. Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula.
Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER).
Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013)
Apakah Gasteroesophageal reflux ini?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut. Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.
Sekiranya bayi mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
Sekiranya bayi mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri Fad Bocey, Syaheera Rahman yang baru menyambut kelahiran anak ketiganya baru-baru ini telah berkongsi gambar-gambar sajian pantang yang dinikmatinya.
Kebanyakan sajian telah disediakan perawat pantang yang diupah. Hidangannya kelihatan sedap dan disediakan menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat.
Jom lihat gambar berikut yang mungkin boleh memberikan anda idea untuk berpantang nanti. Dari sarapan pagi hingga ke minum petang dan makan malam.
Bukan sahaja ibu sedang berpantang, orang yang tidak berpantang pun terliur dengan hidangan pantang Syaheera.
MAKANAN PANTANG: APA YANG BOLEH DAN APA YANG TIDAK!
Tidak, ibu yang sedang berpantang tidak hanya boleh memakan ikan bakar dan ikan masin! Banyak lagi jenis makanan lain yang boleh dimakan yang tidak memudaratkan diri dan menggalakkan pemulihan diri. Berikut ialah beberapa tip yang boleh diikuti dalam penyediaan sajian pantang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!