Seorang ibu dan bayinya berusia lima bulan dijumpai meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat enam Hospital Lahad Datu, semalam.
Dalam kejadian itu, ibu muda berumur 16 tahun, dan bayi perempuannya ditemui terbaring setelah terjatuh dari ketinggian kira-kira 60 meter oleh seorang pengawal keselamatan bahagian bawah hospital jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum insiden itu seorang doktor wanita telah mengarahkan oksigen pernafasan anak mangsa ditanggalkan kerana keadaan pernafasan sudah normal.
Menurutnya, mangsa kemudian kelihatan mendukung anaknya dan berlegar-legar di kawasan wad sebelum meminta izin kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu untuk masuk ke tandas.
“Lebih kurang jam 7.30 pagi, pengawal keselamatan di bahagian bawah hospital memaklumkan ada pesakit terjatuh bersama anaknya.
Ads
“Manakala pemeriksaan pengawal keselamatan di tandas pula memaklumkan mangsa telah terjatuh bersama anaknya dari tingkat enam.
“Ambulans kemudiannya telah bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan bahagian badan, kepala dan kaki,” katanya.
Ads
Bayi dirawat di hospital kerana jangkitan kuman paru-paru
Ads
Menurut Nasri, siasatan awal mendapati anak mangsa telah dirawat dalam wad akibat jangkitan kuman di paru-paru selama 11 hari.
Katanya, siasatan menunjukkan mangsa telah masuk ke tandas bersama anaknya namun disyaki terjatuh melalui tingkap tandas.
Siasatan lanjut diteruskan untuk mengetahui punca mangsa jatuh bersama dengan anaknya.
“Banyaknya duit syiling dekat rumah” kadang-kadang sampai tak tahu nak tukar dekat mana lagi duit syiling selain tukar di kedai runcit kan?
Sebenarnya anda boleh menukar duit syiling dengan menggunakan mesin deposit syiling yang di sediakan di sesetengah bank. Kalau nak tahu bagaimana cara tukar duit syiling, ikuti perkongsian ini.
Assalamualaikum! Morning! Pagi ni saya nak share tentang mesin deposit syiling. Korang ada banyak siling tak kat rumah? Dalam tabung ke, dalam bekas ke. Kalau ada, korang boleh masukkan syiling-syiling tersebut ke dalam mesin deposit syiling. Maybe ada yang tak tahu lagi kan. Mudah sangat! Ok yang ni saya share kan menggunakan Maybank ye. Bank lain saya tak cuba lagi.
Ini step-step dia:
1️⃣ Pergi ke cawangan yang ada mesin ni. Tak semua cawangan Maybank ada. Utk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.
2️⃣ Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ni intelligent utk asingkan setiap syiling. Hehe. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima tau.
3️⃣ Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
4️⃣ Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu utk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, no acc dan juga no telefon.
5️⃣ Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form utk diisi. Isi nama, no acc dan jumlah wang syiling yg dah di deposit tadi.
6️⃣ Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke acc petang nanti (kalau pergi pagi la)
Sedikit info dan peringatan :
✅ Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Kot2 tengah maintenance ke kan. Kot-kot dah takde ke kan. Buang masa je datang.
✅ Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ni ikut waktu operasi bank. Dia bukan macam cash deposit machine mcm biasa tu. Sebab resit tu kena bagi balik kat kaunter khidmat pelanggan.
✅ Resit tu valid satu hari je tau. Lepas dapat resit kat machine, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan gatal pegi esok pulak. Haha.
✅ Kira betul-betul jumlah syiling tu. Make sure jumlah sama dengan yang dikira di mesin.
Maybank Coin Deposit Machine: (list diambil dari website M2U)
🏦KL Main Branch
🏦Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
🏦Shah Alam Main Branch
🏦USJ Subang Jaya Branch
🏦Seremban Branch
🏦Jelapang Branch
🏦Melaka Main Branch
🏦Johor Bahru Main Branch
🏦Jelutong Branch
🏦Alor Star Branch
🏦Taman Tas Branch
🏦Kuala Terengganu Branch
🏦Kota Bharu Branch
🏦Wisma Satok Branch
🏦Kota Kinabalu Branch
🏦Rawang Branch
🏦Bandar Baru Selayang Branch
🏦Bandar Sunway Branch
🏦Equine Park Branch
🏦Station 18, Ipoh Branch
🏦Skudai Branch
🏦Batu Pahat Branch
🏦Prai Industrial Estate Branch
🏦Legenda Heights Branch
🏦Pulau Langkawi Branch
🏦Paka Branch
🏦Tanah Merah Branch
🏦Mutiara Damansara Branch
So jangan letak merata rata duit syiling tu. Kumpul dalam tabung, dah banyak boleh masukkan dalam mesin tadi 😊. Selamat menabung!
Tentu ramai yang mengikuti perkembangan kes pengasuh Allahyarham Adam Rayqal, lima bulan yang ditemui tidak bernyawa dalam peti sejuk pada 3 Julai lepas.
Hari ini pengasuh tersebut, Noor Aqilah Abd.Rahman di bawa ke Mahkamah Sesyen Selayang untuk didakwa atas tuduhan menganiaya dan melupuskan mayat bayi malang tersebut.
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Mengikut pertuduhan pertama, Noor Aqilah, 33, didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas Adam Raykal Mohd Sufi Naeif didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala di sebuah rumah di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves antara jam 6.20 petang dan 6.50 petang 3 Julai 2018.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu bagi pertuduhan kedua pula, wanita itu didakwa melupuskan mayat mangsa dengan niat untuk menyembunyikan kematiannya bagi menyebabkan dia terlepas hukuman di lokasi dan masa yang sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang memakai t-shirt warna ungu dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung.
Ibu tertuduh turut hadir bersama keluarganya mengikuti prosiding.
Timbalan Pendakwa Raya Sm Arunjothi membantah jaminan diberikan ke atas tertuduh atas alasan kes itu berkepentingan awam dan menarik perhatian orang awam.
Bagaimanapun peguam Dinesh Mutal memohon jaminan diberikan dengan kadar minimum memandangkan tertuduh tidak mempunyai pendapatan dan masalah ekonomi keluarga.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM18,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan supaya melapor diri di balai polis dua kali sebulan.
13 Ogos ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Setiap kali tibanya hari minggu ataupun musim cuti, ramai ibu bapa yang mengambil peluang ke pusat membeli belah untuk membawa anak-anak bermain di taman permainan tertutup(Indoor Playground). Mungkin lebih selesa kerana mempunyai penyaman udara dan tidak panas. Dalam masa yang sama memudahkan ibu bapa untuk membeli barang keperluan yang diperlukan.
Lain pula kisahnya bagi Puan Nazirah, beliau telah berkongsi pengalaman dimana kebersihan tidak diutamakan oleh pihak tertentu ditempat tersebut dan boleh membahayakan kesihatan anak-anak lain.
Kenapa Saya Sudah Tidak Memilih Tempat Ini Sebagai Lapangan Mainan Anak.
Hujung-hujung minggu macam ni, saya tengok ada mak ayah yang bawak anak-anak pergi main di mall-mall. Pesanan saya, tengoklah tempat tersebut. Takut-takut ada najis dan tak bersih.
Dulu kami suami isteri kerap bawak anak-anak pergi ke tempat-tempat mainan macam ni. Sebabnya? Anak-anak suka (budak-budak memanglah suka kan), Tempat macam ni ada dalam mall, jadi tak panas, senang kami nak tunggu, agak-agak lapar boleh terus makan di kedai-kedai berdekatan.
Tapi sejak tahun lepas kami dah tak bawak lagi. Sebabnya?
1) Kami tengok sendiri seorang kanak-kanak kencing dalam lautan bola ni. Lepas tu dia lap-lap saja telor dengan bola. Alamak, agaknya dia tak tahan kot. Suami saya bagitau ayah budak tu dia marah-marah saja anak dia. Tapi tak bagitau pekerja. Kami panggil pekerja, rupanya dia hanya mop saja kawasan yang kena kencing dan masih lagi bukak area tu. Sedangkan bola-bola banyak dah yang terkena. Walaupun kita dah cakap najis tapi tetap dibukak, jadi kami ambik keputusan keluar terus. Kami serik!
2) Ada anak yang selsema, “seh” hingus (seh ni bahasa KL hembuih kot) dan tenyeh saja hingus tu di dinding gelongsor. Which is tak bagus la. Boleh berjangkit kot.
Atas sebab tu kami dah jarang sangat bawak ke playground dalam mall. Nak main bawak ke taman. Bawak gerek. Main la puas-puas kot tepi tasik ka, mana-manalah.
Saya takmau sebut nama tempat tu, cuma hati-hatilah. Beringat sebelum kena. Kalau anak tak sihat tak payahlah bagi campur dengan orang lain. “Peduli apa anak orang, bukan anak aku, yang penting anak aku seronok” Kalau ada yang pikir macam ni, jangan marah kalau penyakit anak orang berjangkit kat anak kita satu hari nanti. Zaman sekarang Allah uji cash. Allahul musta’an. Selamat berhujung minggu.