Pejam celik, pejam celik dah makin besar dan petah cakap anak kepada pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini. Walaupun baru berusia dua tahun setengah, pasangan ini bersyukur anak lelakinya Syeriv Samheizy petah bercakap dalam dua bahasa.
Syatilla menerusi akaun Instagram anaknya, Syeriv berkongsi tips bagaimana dia mengajar anaknya boleh bercakap dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.
“Sungguhpun Syeriv baru dua tahun setengah, tapi dia petah becakap dua-dua bahasa. Alhamdulilah.
Mungkin ramai ibu bapa nak tahu apa pendekatan yang Syatilla dan suami buat pada Syeriv. Tiada apa yang lain pun cuma tipnya kena rajin bercakap dengan anak seperti dia kawan kita.
Berikut tip yang dikongsikan Syatilla bagaimana dia ajar Syeriv cakap.
“1- Jangan biasa cakap dengan anak-anak bahasa budak-budak. Contoh macam ‘nak mamam? Nak nenen?’; ‘alolo omey-omey nyeee (comelnyaa)’, elakkan kalau boleh, nanti anak hampa (kamu) akan bercakap dengan kurang jelas
Ads
“2- Berbual je dengan anak-anak macam kita sembang dengan laki kita,kawan kita. Walaupun depa tak faham lagi tapi cara kita communicate tu yang penting!!
Bekas ratu cantik Russia, Rihanna Oksana Petra berkongsi berita gembira apabila anak sulungnya, Ismail Leon akhirnya dapat bertutur dengan baik.
Sebelum ini Rihana pernah menyatakan rasa risau apabila anaknya, Ismail Leon masih belum dapat bertutur.
Akhirnya! Leon mula menyebut frasa pertamanya!
Saya sangat risau dengan kelewatan Leon untuk bercakap. Walaupun saya faham dia baru berusia 2 tahun dan terlalu awal untuk risau. Tetapi saya tetap berasa risau.
Oleh itu, kami ke kelas perkembangan terapi pertuturan. Guru kami, dia juga ahli terapi pertuturan dan mengatur kelas pengembangan pertuturan. Tambah pula Leon tinggal bersama neneknya kini dan disitu nampak ada kemajuan dalam pertuturan.
Rihana mengakui selepas anaknya menghadiri kelas pertuturan, Ismail mula menunjukkan tanda positif dalam pertuturan.
Leo mula membina frasa! Ya, sebahagian besarnya hanya orang yang dekat dengannya yang dapat memahaminya, tetapi dia boleh meminta sesuatu atau menjawab sesuatu.
Dengan penuh emosi, saya menyaksikan kemarin bagaimana dia berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar rumah, bertanya “Bolehkah saya mengambilnya?” sebelum mengambil mainan orang lain .
Dia turut menasihati agar ibu bapa diluar sana mengambil tindakan pantas sekiranya melihat perkembangan anak tidak seiring usia.
Oleh itu, ibu-ibu yang dikasihi, jika anda bimbang tentang anak anda yang masih tidak boleh bercakap pada usia dua tahun, maka anda tidak seharusnya menunggu saja 🙏
Rihana Oksana Petra pernah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan perkahwinan tersebut telah berakhir pada tahun 2019.
Kredit: Rihana Petra
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anak lelaki kasar & ganas, kaunselor dedahkan ini mungkin puncanya. Selalu disekat jangan menangis dan melepaskan rasa kecewa membuatkan mereka bersikap bengis dan mudah marah.
Puan Farhan yang berpengalaman sebagai kaunselor dan ibu kepada dua anak memberikan pendapatnya punca anak lelaki menjadi kasar, kurang sopan dan boleh melakukan perkara-perkara yang ganas. Alasan ‘dia kan anak lelaki’ tidak boleh diguna pakai dalam mendidik untuk melahirkan generasi lelaki yang sopan dan berakhlak.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Anak lelaki, biasalah tu…..
Dalam masyarakat kita, anak lelaki itu harus dikenali sebagai anak yang kuat, tidak menangis dan tahan lasak. Kalau anak lelaki kasar atau ganas sikit tu, eh itu biasa.
Boys will be boys. Gitu kan.
Sementara anak perempuan pula terbalik. Anak perempuan itu harusnya lemah lembut. Anak perempuan menangis ok, kira fitrah perempuan sememangnya manja. Kalau anak perempuan kasar sikit je, biasa orang tua tua akan cakap apa tau
“Macam budak lelaki lah anak kamu ni, kasar sungguh”
Tapi kan, saya sebenarnya kurang bersetuju lah dengan idea di mana anak lelaki itu dianggap normal jika sedikit kasar dan ganas.
ANAK LELAKI PERLU DIDIDIK DENGAN BAIK
Saya kalau boleh mahu anak lelaki saya menjadi seorang lelaki yang membesar menjadi lelaki yang mempunyai jiwa yang halus, baik akhlaknya, lembut tutur kata, sopan tindakannya dan dalam masa yang sama dia tegas bertempat.
Saya tidak mahu anak lelaki saya membesar menjadi anak lelaki yang mempunyai sifat yang kasar, suka naik tangan tatkala amarahnya menggunung.
Saya juga tidak mahu anak lelaki yang bercakap dengan kata kata yang kurang manis. Dalam masyarakat kita, anak lelaki kalau mencarut tidak nampak anehnya, cuba kalau anak perempuan melakukan hal yang sama tentu saja dia akan dimarahi.
Saya juga tidak mahu anak lelaki saya itu mempunyai sifat keras, sentiasa mahu menang dan sukar untuk beralah untuk mengakui silapnya.
“ANAK LELAKI, BIASALAH TU” TIDAK BOLEH DIPAKAI LAGI
Saya cukup tidak suka dan allergic bila dengar ayat “Anak lelaki biasa lah tu…”
Hanya kerana dia membesar sebagai anak lelaki, itu tidak menjadikan alasan yang kukuh untuk mereka mempunyai sifat yang kurang baik seperti yang saya nyatakan di atas.
BERI KEBEBASAN ANAK LELAKI LEPASKAN PERASAANNYA
Saya juga mahu anak lelaki saya itu bebas melepaskan perasaanya. Kalau anak saya mahu menangis, saya tidak akan meremehkan perasaanya, hanya kerana dia lelaki. Anak lelaki saya juga berhak untuk menangis dan melepaskan perasaanya saat dia sedang kecewa ataupun bersedih.
Saya ada membaca kajian di mana, antara punca lelaki itu mempunyai sifat yang ganas adalah kerana mereka itu tidak dapat melepaskan perasaanya saat dia perlukan. Ketika sedih dan kecewa dia terpaksa menahan diri dari menangis.
Takut dipandang lemah.
Takut dipandang sinis.
Sebenarnya, itu semua akhirnya akan menjadikan itu menjadi ganas dan kasar. Jadi tak pelik lah kalau anda lihat ada lelaki yang bila orang silap sikit dengan dia, mulalah dia nak tampar dan jerkah.
BIASAKAN ANAK LELAKI DENGAN KERJA URUS RUMAH
Saya juga mahu ajar anak lelaki saya untuk melakukan kerja rumah sama seperti kakaknya. Walaupun anak saya lelaki, dia tidak ada keistimewaan untuk bersenang lenang dan bergoyang kaki. Anak lelaki juga berhak untuk belajar menguruskan rumah tangganya kelak.
Saya tidak suka dengan idea di mana anak lelaki, tidak apalah kalau tidak pandai masak pun. Yang penting perempuan wajib kena pandai masak.
Saya mahu anak lelaki saya itu menjadi anak lelaki yang tahu bahawa tanggungjawabnya sama sahaja dengan anak perempuan. Tidak ada bezanya.
ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN SAMA-SAMA ISTIMEWA
Hanya kerana anak kita lelaki, tidak bermakna dia mempunyai keistimewaan lebih dari anak perempuan.
Kalau ibu dan ayah percaya anak lelaki anda itu boleh menjadi anak yang lembut, baik tutur katanya, pandai menguruskan kerja rumah. Pada akhirnya itulah resultnya.
Tapi kalau ibu dan ayah percaya bahawa anak lelaki and itu memang dilahirkan dengan sifat kasar, keras,tidak pandai express feeling dan tidak boleh menguruskan hal rumah. Maka resultnya begitulah pada akhirnya hasilnya.
Setiap anak adalah anugerah Tuhan. Tidak kisahlah sama ada si kecil itu melalui kelahiran normal atau kelahiran bayi pramatang.
Namun, jika sudah ditakdirkan anda mempunyai anak yang lahir tidak cukup umur, ibu ayah perlu persiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya.
Tak perlu nak rasa rendah diri kerana setiap rezeki yang diberikan pada kita adalah yang terbaik dan Allah tahu kita mampu melaluinya.
Mungkin perkongsian dari Puan Ruqayyah Farhani yang pernah melalui fasa kelahiran bayi pramatang tiga tahun lalu boleh menjadi penguat semangat kepada ibu-ibu lain yang melalui pengalaman sama.
“Hitamnya anak kau”,
“Eh kenapa anak kau kecik?”
“Peliknya anak dia, mak ayah putih. Anak hitam.”
Tiga ayat ini sangat biasa kami dengari bila orang tengok anak kita. Orang pandang jijik, pelik, pandang serong. Sangat tak mudah untuk ibu ayah yang punyai “anak prem”, atau pramatang ini. Fizikal mental dan emosi takkan sama dengan ibu ayah lain yang punyai anak yang lahir-lahir sangat chubby montel comel sihat walafiat dan boleh berpantang bersama baby dengan sangat bahagia di rumah.
Situasi kita takkan pernah sama. Anak yang dilahirkan tak cukup bulan ini perlu stay dalam jagaan NICU selama berbulan-bulan di hospital. Makin pendek bilangan minggu ketika bayi dilahirkan, semakin lama lah tempoh yang perlu baby tinggal di hospital. 29 minggu Marsya dan Maryam dilahirkan dahulu dengan bacaan berat 1.2kg dan 1.3kg sahaja, cukup membuatkan hati aku tersentuh ketika pertama kali aku memasuki bilik NICU untuk melihat mereka.
Tempoh dua bulan lebih Marsya di NICU, pasti ‘terbakar’ kulitnya, menjadi hitam kerana terlalu lama berada di bawah mesin lampu. Makin ringan bayi dilahirkan, makin lama perlu ditahan. Ramai saja yang claim “anak aku prem”, 36 minggu berat 2.3kg. Tetap tidak akan sama situasinya dengan mereka yang melahirkan bayi 1.5kg ke bawah. Ada kawan aku anaknya lahir 500 gram sahaja, berkat kuasa Tuhan anaknya membesar dengan riang sehingga kini. Syukur.
Penulisan aku ini sebagai pujukan buat ibu-ibu yang sedih dan terasa dengan kata-kata orang. Bagi aku, jangan terus bersedih sebaliknya terus fahamkan mereka situasi anak pramatang ini. Betul kita tak dapat nak berpantang bersama bayi di rumah, betul kita tak dapat nak menjalani menjaga bayi kita sendiri serta tidur bersama, menyusu dan sebagainya. Tetapi kita sebenarnya hebat daripada orang lain sebab kita adalah insan yang terpilih oleh Allah untuk diuji! Ujian tanda sayang.
Tiada istilah berpantang bagi mereka yang ada anak pramatang lahir di bawah 1.8kg. Ujian kita takkan pernah sama. Tapi nikmat kesabaran terlalu indah untuk diungkapkan dalam membesarkan anak-anak ini. Kenangan bunyi mesin setiap kali menjejakkan kaki ke NICU itu masih segar sehingga kini.
Syukur, anak membesar seiring bersama anak-anak yang lain biarpun sedikit lambat dari segi perubahan warna kulit. Hanya yang merasai sahaja yang faham.
Peace no war.
Ruqayyah Farhani,
Geng ibu-ibu anak pramatang Malaysia.
1.2kg & 1.3kg. Berat sikit dari sekilo gula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!