Pelakon cantik, Tisha Shamsir berkongsi ceritanya mengalami keguguran kembar tiga beberapa bulan yang lalu. Biarpun berasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat meneruskan kandungannya itu, Tisha dan suaminya, Ady Hafize Hanaffiah, redha menerima ketentuan Allah SWT ini. Mereka menganggap masih belum ada rezeki buat mereka.
Selepas mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan kemudian disahkan hamil, sudah tentu pasangan ini gembira. Kata Tisha, dia tidak tahu akan kandungannya itu adalah kembar tiga. Selepas diberitahu doktor barulah dia dan suami tahu. Ketika pemeriksaan doktor, mereka mendapati dua dari kandungan kembarnya terletak di luar rahim.
Malangnya kantung tersebut pecah dan Tisha terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkannya. Rancangan asal, Tisha dan suami mahu mengekalkan satu kandungan di dalam rahim, malangnya ia gugur sendiri selepas pembedahan itu.
Artikel Menarik: [Jangan Kata No! Kalau Anak Nak Beli Buku Cerita. Itu Tanda Dia Tengah Berimaginasi]
Positif, Tasha mengatakan yang dia tidak putus doa dan terus berharap untuk dikurniakan zuriat. Ketika mengalami keguguran, usia kandungannya ketika itu mencecah dua bulan. Turut memberitahu, keluarga suaminya mempunyai sejarah kembar kerana kakak iparya hamil kembar empat.
Pa&Ma mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki untuk hamil semula. All the best, Tisha and Ady!
Di sini Pa&Ma kongsikan serba sedikit info berkaitan kandungan luar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy:
INFO:
*Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui tiub fallopian. di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan akan menempel di luar rahim maka terjadilah kandungan luar rahim.
*Kehamilan luar rahim boleh pecah pada bila-bila masa sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak dalam ruang perut (abdomen) si ibu. Jika tidak dirawat dan dikenalpasti awal, kesannya boleh menyebabkan kematian.
Artikel Menarik: [Ubat Anak Tak Habis Jangan Simpan Berbulan-Bulan Dalam Peti. Agak Dah Lama Buang]
*Doktor akan berbincang dengan si ibu pilihan yang ada untuk menyelamatkan nyawanya. Perbincangan mengambil kira soal usia kandungan, keadaan si ibu, paras ujian darah BetaHcg.
*Biasanya rawatan pembedahan akan ditawarkan dan ada dua jenis iaitu laparoskopi (dilakukan melalui bukaan lubang kecil pada perut dengan bantuan kamera) atau laparotomi (potongan besar pada perut jika pendarahan didapati di dalam ruang abdomen. Perlu tinggal di hospital dalam tempoh dua ke empat hari, tempoh pemulihan lebih lama)
*Paling penting, jika disahkan hamil di luar rahim, jangan memandai-mandai pula pergi berurut kerana ia tidak dapat dirawat dengan urutan.
Sumber: Astro Gempak & Tisha Shamsir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI