Muntah setiap kali selepas menyusu petanda anak yang dilahirkan normal 6 bulan lalu akhirnya disahkan menghidap Embryyonal Tumor With Multilayered Rossettes grade 4 atau bahasa mudahnya kanser otak tahap 4.
Bagi pasangan Mohd Anuar Husin, 32 dan Kamarul Ain Khosim, 29, tiada apa yang boleh diungkapkan setelah mengetahui berita yang sangat mengejutkan ini.
Anak keempat ini yang dilahirkan pada 6 Jun lalu mula disahkan menghidap kanser otak ketika berusia 4 bulan.
Menurut pasangan ini, pada usia 3 bulan setengah Atikah hanya kerap muntah saja. Namun muntahnya tak seperti biasa kerana setiap kali keluar, lajunya macam air paip.
“Setiap kali menyusu, Atikah tidak sendawa malah muntah dengan laju yang turut disertai dengan kahak.
“Bimbang melihat anak berterusan muntah kami membawanya ke klinik dan doktor maklum ia hanya virus biasa dan mungkin ada jangkitan kuman tambahan abangnya yang ketika itu batuk kerap menciumnya.
“Jawapan tersebut nyata memberi sedikit kelegaan namun ia tidak lama apabila Atikah kembali muntah,” katanya.
Disebabkan terlalu kerap muntah, mata Atikah kelihatan juling.
Susulan itu pasangan suami ini sekali lagi membawa anaknya ke klinik disebabkan muntah lebih dari 10 kali.
7 Oktober
Ads
Check up 4 bulan anak muntah kebetulan dilihat jururawat bertugas yang kemudiannya memaklumkan pada doktor dan terus merujuk kes ke Hospital berdekatan.
Selepas itu Atikah melalui prosedur Ct scan untuk mengenal pasti penyakitnya.
Doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di otak anak yang semakin membesar dan menyekat saluran air di kepala.
8 Oktober
Anak menjalani pembedahan memasukkan shunt untuk keluarkan air dalam kepala supaya senang nak lakukan pembedahan buang ketumbuhan.
15 Oktober
Pada 15 Oktober pula ketumbuhan hampir 80 peratus dibuang dan sampel ketumbuhan dihantar ke HKL.
Ads
Selepas dua hari pembedahan, air dan darah keluar menerusi jahitan sehingga menyebabkannya demam panas dan terkena sawan.
23 Oktober
Susulan itu, doktor terpaksa jahit semula luka pembedahan itu untuk mengelakkan air dan darah keluar.
Kata ibu Atikah, lebih menyedihkan selepas tiga minggu pembedahan doktor sahkan si kecil ini menghidap kanser otak tahap empat. Kanser tu berada dalam otak dan telah merebak ke saraf tunjang.
Disebabkan ada kanser, Atikah dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur dan telah menjalani satu rawatan kemoterapi. Sel kanser Atikah ni sangat ganas, terpaksa kemoterapi dilakukan selama 4 hari berturut-turut 24 jam tanpa henti.
5 Disember
Atikah sepatutnya perlu menjalani kemoterapi tetapi ditangguhkan disebabkan terdapat lubang di kepalanya.
Ads
Kamarul Ain berkata, Atikah perlu jalani pembedahan kali keempat terlebih dahulu sebelum sambung kemoterapi.
Katanya, sejak dua bulan lalu dia hanya tidur-tidur ayam namun pasrah dengan ujian berat ini buat mereka suami isteri.
Dia yang sebelum ini berniaga kuih terpaksa melupakan rutinnya bagi memberikan sepenuh perhatian kepada ank bongsu serta tiga anak lain yang masing-masing berusia 9,7 dan 3 tahun.
Katanya, mereka sekeluarga kini hanya bergantung sepenuhnya kepada gaji suami yang bertugas sebagai polis bantuan di Bandar Utama.
Susulan itu, orang ramai yang berhasrat membantu meringankan bebanan kewangan keluarga ini boleh menyalurkan terus ke akaun ibunya
NAMA IBU :-Kamarul Ain binti Khosim
NO ACC :- 114384154862
BANK :- Maybank
Semoga dengan doa dari orang ramai dapat terus memberi kekuatan kepada adik Atikah melawan penyakitnya dan dipermudahkan urusan seluruh ahli keluarganya. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan kebaikan jua.
Asal anak tak lalu makan je, mesti dah terfikir dalam kepala ibu bapa nak bagi vitamin. Tapi adakah vitamin atau suplemen ini membantu anak-anak membesar dengan normal.
Ada banyak pendapat yang diberikan oleh ibu bapa. Ada yang bersetuju dan tak kurang juga membantah. Persoalannya sekarang apakah jenis zat atau vitamin yang diperlukan oleh seorang kanak- kanak membesar?
Melalui blog Dr Zubaidi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh budak ialah:
1.Kalsium
2.Vitamin B12
3.Vitamin D
4.Asid Lemak (Omega 3)
5.Zat Besi
Ramai juga ibu bapa mempunyai anak yang kurus, tidak lalu makan atau terlalu memilih makanan sampai merunsingkan ibu yang menyediakan makanan.
Setiap kali ke klinik, si ibu pula terpaksa menghadap leteran jururawat atau doktor yang menyuruh ibu mempelbagaikan resepi supaya anak cukup makan. Kadang- kadang vitamin lysine juga diberi oleh doktor sebagai satu cara untuk meningkatkan nafsu makan anak.
Apa itu suplemen?
Suplemen sebenarnya adalah makanan tambahan selain daripada makanan asas yang berguna untuk membantu anak kita membesar dengan baik, cerdik dan cergas. Namun penggunaannya adalah perlu sederhana, tidak perlu berlebihan.
Jadi ibu bapa sendiri perlu mengetahui anaknya memerlukan suplemen atau tidak. Jika graf tumbesarannya normal, BMI juga normal maka tidak perlu vitamin untuk anak. Berlainan pula jika anak anda:
– tidak cukup berat
– kurus melidi
– kerap demam
– memilih makanan
– terlalu mudah dijangkiti selesema
– autisme
– pertuturan lambat
Maka, anda perlu mencari info bagaimana suplemen atau vitamin tambahan ini boleh membantu anda mengatasi permasalahan pada anak ini. Adalah diingatkan bahawa pengambilan vitamin perlu yang semulajadi tanpa terlalu banyak bahan pengawet.
Ada yang mencadangkan makanan sunnah yang diproses sebagai suplemen untuk anak. Bagaimanapun ada ibu-ibu yuang kurang setuju dengan mengatakan makanan sunnah ini perlu diberi secara nyata, bukan diproses. Yang diproses, zatnya dah tinggal 30% sahaja.
Sebenarnya ada baiknya pendapat ini. Makanan tambahan yang diproses mengandungi bahan pengawet yang banyak. Jadi tepuk dada tanya selera apa vitamin atau suplemen yang perlu anak anda makan.
Jika nak selamat ada baiknya beri makanan yang belum dicampurkan apa-apa seperti buah kurma, kismis, minyak ikan, badam, susu atau yang sesuai untuk perkembangan anak.
Sakit belakang selepas bersalin dan ketika menyusukan anak ialah satu kebiasaan. Ada ibu yang akan sakit belakang semasa menyusu walau pun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Apa lagi langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sakit belakang?
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar, keluhan wanita tentang sakit belakang adalah biasa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita hamil. Lazimnya, sakit beransur hilang selepas dua minggu melahirkan. Walau bagaimanapun, ia boleh kembali menyerang apabila anda mula mendukung bayi setiap hari.
BERAT ANAK SEMAKIN BERTAMBAH
Apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Berat berlebihan menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi. Jadi, sakit belakang yang anda alami mungkin bukan sepenuhnya disebabkan oleh amalan penyusuan susu ibu.
Menjaga bayi boleh memberikan tekanan kepada belakang tubuh. Asalnya, anda mungkin mengangkat atau mendukung bayi seberat 3 hingga 4kg. Apabila bayi mencecah usia setahun, beratnya dianggarkan 8kg. Kemudian, beratnya meningkat 11 hingga 13kg. Jadi, kesemua berat ini menambah tekanan kepada belakang tubuh ibu!
POSISI PENYUSUAN PERLU SEIRING DENGAN POSTUR BADAN
Kebanyakan ibu baru secara tidak sengaja menjadikan masalah sakit belakangnya lebih teruk seperti tidak mengamalkan posisi penyusuan yang baik semasa menyusu tanpa disedari.
Sebagai contoh, anda mungkin terlalu fokus untuk memastikan bayi melekap dengan betul sehingga salah duduk. Ia memberi tekanan kepada leher dan otot atas bahagian belakang tubuh sewaktu anda menunduk. Wanita yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa hamil cenderung untuk mengalami semua sakit yang sama selepas bersalin terutamanya jika sakit itu teruk atau bermula pada awal usia kehamilan.
Jika anda melahirkan bayi secara caesarean, tunggu sehingga minggu keenam kelahiran atau sehingga mendapat kebenaran doktor sebelum mula melakukan senaman. Tambahan pula, risiko sakit belakang adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda dan bagi mereka yang berat badan berlebihan. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sakit belakang:
BERHATI-HATI DENGAN POSISI DAN POSTUR TUBUH
Kedudukan tubuh ketika mendukung dan memberi bayi makan akan memberi kesan kepada apa yang bahagian belakang rasai. Sematkan dalam minda setiap hari:
Beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak.
Duduk tegak. Fikirkan tentang postur apabila menyusukan bayi. Jika anda sakit belakang bahagian bawah, gunakan ganjal bagi memastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai. Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat letak tangan dan gunakan banyak bantal sebagai sokongan tambahan kepada belakang dan lengan.
Pelajari cara untuk posisikan diri ketika menyusu dan sentiasa rapatkan bayi ke payudara dan bukan sebaliknya. Cuba pelbagai posisi penyusuan yang berbeza-beza.
Jika anda mengalami ketegangan di bahu dan bahagian atas belakang, posisi berbaring mungkin boleh memberi keselesaan.
Sentiasa bengkokkan lutut sewaktu mengangkat objek dan bayi daripada posisi berlutut bagi mengurangkan tekanan kepada bahagian belakang. Biarkan orang lain mengangkat objek berat terutamanya jika anda bersalin secara Anda tidak sepatutnya mengangkat objek yang lebih berat daripada bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh lapan minggu.
BERSENAM SECARA BERANSUR-ANSUR
Lakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan meningkatkan fleksibiliti.
Berenang membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada sendi.
Lakukansenaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang dan abdomen.
Biasakan diri melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan berat badannya kini sudah pun turun sehingga 8 kilogram (kg) selepas 15 hari berpantang.
Sarimah berkata, dia bersyukur kerana tubuhnya kini semakin sihat setelah menjalani proses berpantang dengan bertungku, berurut dan sauna.
Sarimah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya dan memuat naik foto terbaharunya.
Sementara itu, Sarimah memberitahu dia kini masih menyusukan anaknya dan akan kembali bersenam selepas berpantang.
“Masih menyusu badan, ada masa susah untuk memenuhi keperluan Sofia, so kena express banyak-banyak. Jadi perasaannya gembira, menangis, gembira, menangis (normal, hormon lah tu)
“Perut saya dah flat dan lembut. Selepas berpantang akan terus workout like crazy” katanya lagi.
Rata-rata turut memuji Sarimah kerana agak cepat menurunkan berat badannya selepas melahirkan puteri sulungnya pada 17 Julai lalu.
Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.