Mat Dan mula dikenali selepas tular kisahnya yang merupakan warganegara United Kingdom tetapi tertarik untuk tinggal di Malaysia sejak 20029 selepas pengembaraannya di Pulau Kapas Terengganu. Sejak itu, Mat Dan mula menceburi bidang seni apabila muncul sebagai pengacara, pelakon dan penyampai radio di Molek FM.
Sumber foto: Instagram Mat Dan
Berkahwin pada tahun 2017 dengan wanita cantik bernama Nadifa Adnan, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Terbaharu, Mat Dan berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka. Tambah membahagiakan, kali ini adalah bayi perempuan!
Menerusi perkongsiannya itu, dia telah memuatnaik gambar sedang memegang puteri tersayang dan melahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan serta meberi ucapan tahniah buat dia dan famili.
Apa yang menarik perhatian adalah ucapannya itu apaila dia menyatakan isterinya yang hebat dan cantik telah melahirkan anak perempuan yang begitu indah. Tambahnya lagi, kedua-dua ibu dan bayi selamat dan telah mula berpantang.
Antara komen yang ada;
Ads
Tidak ketinggalan Mat Dan juga mengucapkan terima kepada Dr. Asmah yang telah mengendalikan proses kelahiran anak ketiganya itu. Katanya, kesemua team Dr. Asmah sangat hebat dan menjadikan pengalaman ini tak dapat dilupakan.
Ads
Tahniah, Mat Dan dan isteri! Tak sabar nak tengok wajah baby girl ni. Mesti comel seperti abang-abangnya. Semoga dipermudahkan segala urusan dan isteri dapat menjalani tempoh berpantang dengan baik.
Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.
Cara Penyediaan
ORS telah disediakan khas dalam paket-paket kecil. Untuk kegunaan, kandungan satu paket ORS haruslah dicampurkan dengan 250mls air masak.
Cara pemberian larutan ORS
Larutan ORS haruslah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak dengan menggunakan sudu atau cawan yang bersih. Ia tidak patut diberikan dengan menggunakan botol susu.
Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah, larutan ORS diberikan dengan menggunakan sudu kecil : Satu sudu kecil ORS setiap 1 – 2 minit.
Untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas ataupun orang dewasa, mereka boleh minum secara terus daripada cawan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi secara kerap.
Anak anda mungkin muntah semasa pemberian larutan ORS, lebih-lebih lagi jika diminum terlalu cepat.
Jika anak anda muntah, tunggu 5 – 10 minit sebelum memberi larutan ORS semula. Akan tetapi, beri secara lebih perlahan : satu sudu ORS setiap 2 – 3 minit.
Penyimpanan
Larutan ORS yang telah disediakan tidak patut disimpan melebihi 24 jam.
Ezzaty Abdullah selamat bersalin anak ketiga, dapat baby boy. Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos berkongsi berita gembira menimang cahaya mata ketiga. Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini selamat melahirkan bayi lelaki jam 11.29 pagi pada 26 September.
Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Ezzaty berkongsi gembira dan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu.
ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH, DENGAN MENGAMBIL BERKAT BULAN KELAHIRAN RASULULLAH, PADA 21 RABIUL AWAL 1446H BERSAMAAN 26 SEPTEMBER 2024, PADA JAM 1129 PAGI, BABY BOY KAMI TELAH SELAMAT DILAHIRKAN. BABY DAN SAYA DALAM KEADAAN SIHAT. TERIMA KASIH KEPADA YANG MENDOAKAN KAMI- TULIS EZZATY DI RUANGAN KAPSYEN.
Bila isteri mengandung lagi suamilah orang yang paling gembira. Pun begitu dalam rasa gembira, sebenarnya suamilah orang yang paling risaukan keadaan kita. Lebih-lebih lagi yang pernah berdepan dengan pembedahan caesarian setiap kali hamil.
Masuk sahaja kandungan keempat pastinya risiko besar menanti si isteri jika terpaksa melalui pembedahan sekali lagi. Siang malam memikirkan bakal berdepan dengan kelahiran sekali lagi. Bukan sahaja isteri, suami kita juga sebenarnya memikirkan perkara yang sama. Namun mereka lebih bijak menyembunyikan rasa ini daripada isteri. Buat-buat cool tapi dalam hati bergelora lain macam.
Jika hati terasa runsing ada baiknya suami fikirkan keadaan isteri terlebih dahulu. Sebelum terfikir untuk menambah anak, ada baiknya tanya kemahuan isteri terlebih dahulu. Tidak salah mencuba alat perancang keluarga, jika itu yang terbaik buat isteri kita. Jadi suami yang lebih prihatin!
Perkongsian bapa dan suami ini, Firdaus Shakirin sangat dekat dengan kita. Inilah realitinya dan inilah risiko yang terpaksa isteri hadapi saat berdepan dengan kelahiran melalui kaedah caesarian buat kali keempat. Jadi suami fikir-fikirkanlah isteri kita.
Isteri mengandung lagi…
“Kesian isteri…”
Minggu lepas, ada 2 sahabat yang datang berjumpa saya. Kedua-dua mereka bertanyakan persoalan yang sama dan nak saya tolong bagi pendapat serta nasihat.
“Isteri mengandung lagi”
Perkara yang baik kan? Tapi anak baru berusia setahun dan bersalin secara c-zer (pembedahan). Orang kampung kata, keluar ikut tingkap, bukan ikut pintu. Disebabkan saya ni ada sejarah 3 kali isteri caesar, dan diorang baru kali pertama, maka diorang datang tanya, apa yang patut diorang buat.
Yang sorang tu, anak baru setahun dan dah mengandung semula. Yang satu lagi, isteri dan 3 kali caesar dan mengandung lagi untuk kali keempat.
Siapalah kita untuk menidakkan rezeki.
Ya, tapi apa yang perlu kita faham adalah bila anak masih kecil, baru berusia setahun dua, dan isteri mengandung lagi, maka risikonya adalah sangat-sangat tinggi disebabkan luka pembedahannya belum benar-benar pulih dan dirinya belum betul-betul bersedia untuk mengandung lagi.
Boleh terjadinya pendarahan bilamana dia mengandung untuk kali kedua dan tempoh recovery dari bersalin anak yang terdahulu tu terlalu hampir.
Ada satu kisah benar, rakan sepejabat jugak, perempuan dan bersalin c-zer. Ketika dalam pantang, dia terhempas pinggulnya atas kerusi. Mula-mula rasa macam tak ada apa-apa, then sakit dan bleeding. Bawak pergi hospital, doktor cakap ada darah beku dalam badan dia asbab dia terhempas pinggulnya atas kerusi tu. Doktor bagi ubat cair darah, dan dia tak boleh menyusu anak dia selagi dia makan ubat tu.
Dan doktor juga cakap, jika dia mengandung lagi selepas ini, maka hari-hari dia kena datang hospital, cucuk ubat, nak bersalin nanti, kena tengok bila keadaan darahnya ok dan jika doktor silap buat percaturan, maka dia boleh kehilangan nyawa.
Saya tanya, apa husband dia kata…
“Tak payah mengandung lagi, cukup dengan anak yang ada, dia tak nak kehilangan isteri”
Mengandung terlalu hampir selepas bersalin czer jugak boleh menyebabkan berlakunya plasenta previa (uri dibawah) seperti kes isteri saya. Doktor kata rahim perlu dibuang sebab uri melekat pada rahim.
Kalau rahim tak ada dalam diri seorang perempuan, maka dia tak akan boleh mengandung sampai bila-bila.
Antara kesan-kesan lain ialah, sakit tulang belakang, pinggang disebabkan effect dari ubat bius, nak ketawa, batuk pun kena berpada-pada, tak boleh angkat benda-benda yang berat dan nyilu ditempat pembedahan.
Sebagai suami, ambik tahu keadaan isteri, kena ada ilmu tentang bab-bab bersalin ni supaya kita sedar apa yang kita buat. Jangan fikir pendek, jangan fikir isteri boleh tahan, mampu lalui, isteri kuat dan sebagainya tapi fikir, dia boleh kehilangan nyawa akibat kegagalan kita untuk merancang keluarga.
Jika isteri kata dia nak menjarakkan kelahiran anak, maka hormati keputusan tersebut dengan mengamalkan perancangan keluarga. Jangan menyesal di kemudian hari disebabkan kita tidak mahu mematuhi apa yang terbaik untuk isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.