Setiap kali berjalan naik kereta, bas atau apa sahaja kenderaan, mesti si kecil akan alami mabuk kereta. Tentu susah hati mommies untuk merancang sebarang percutian keluarga sebab si kecil ada masalah mabuk perjalanan.
Mabuk perjalanan, normal untuk kanak-kanak
Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan mabuk perjalanan, bukan?
Umumnya mabuk yang dialami adalah satu perkara biasa dan bukanlah didasari oleh sebarang masalah kesihatan.
Mabuk perjalanan atau motion sickness adalah satu tindak balas normal yang berlaku disebabkan pergerakan yang luar biasa tinggi dan mengambil tempoh masa yang lama. Keadaan ini juga adakalanya dipanggil sebagai mabuk kereta atau mabuk laut.
Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanya mengira peringkat usia, bahkan si kecil juga mungkin cenderung untuk mengalaminya. Walau bagaimanapun, masalah mabuk kereta kurang berlaku kepada bayi.
Berbeza pula untuk golongan kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun, mereka adalah lebih terdedah untuk mengalaminya.
Tetapi bagaimana mabuk kereta boleh berlaku?
Percampuran maklumat
Mabuk perjalanan yang melibatkan mabuk kereta atau mabuk laut berlaku apabila otak menerima maklumat bertentangan daripada telinga, mata dan saraf dalam sendi dan otot.
Sebagai contoh, bayangkan anak sedang duduk di dalam kerusi keselamatn kanak-kanak di tempat duduk belakang kenderaan. Si manja anda tidak dapat melihat keadaan di luar tingkap atau anak anda sedang leka membaca buku.
Ketika itu, bahagian telinga dalaman mereka mengesan pergerakan, tetapi tidak pada mata mahupun badan. Situasi tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut, terhasilnya peluh sejuk, kelesuan, hilang selera makan atau muntah.
Ads
Faktor lain yang boleh menyumbang kepada keadaan mabuk kereta atau mabuk laut turut bergantung kepada keadaan lain seperti laluan yang anda ambil, jarak perjalanan dan juga kedudukan anak anda ketika perjalanan berlaku.
Antara punca klasik motion sickness adalah:
kerap menukar laluan
memandu laju
melalui jalan raya berliku-liku seperti lereng bukit
memandu dalam keadaan lalu lintas yang sesak dengan terlalu banyak lampu isyarat
Tip atasi mabuk perjalanan
Apabila mengetahui kesayangan anda mengalami mabuk kereta, pastinya anda cuba mengelak daripada membawanya menaiki kereta, bukan? Sudah tentu agak menyedihkan.
Tetapi jangan risau, ada 5 tip yang boleh anda cuba untuk membantu mengurangkan masalah yang dihadapi si manja.
Menukar kedudukan
Jika sebelum ini kedudukan kerusi kesealamatn anak anda mungkin berada di belakang kerusi penumpang atau pemandu, anda boleh cuba mengubah posisi kerusi tersebut bagi mengurangkan mabuk kereta.
Penolong Profesor Perubatan Dalaman dan Pediatrik di Le Bonheur Children’s Hospital, di Memphis, Amerika Syarikat, Dr. Elisha McCoy mencadangkan untuk meletakkan kerusi keselamatan kanak-kanak pada bahagian tengah kerusi penumpang belakang.
Ads
Ia membolehkan anak untuk dapat melihat pandangan luar cermin hadapan. Pastikan si kecil menyandarkan kepala ke bahagian penyandar kepala. Manakala jika si kecil mengalami mabuk laut ketika perjalanan atas kapal atau feri, minta anak untuk memfokuskan pandangannya terus ke hadapan.
Apa yang boleh dibuat sewaktu perjalanan
Masalah mabuk perjalanan yang dialami si anak mungkin tidak akan berlaku jika mereka dapat tidur sepanjang perjalanan. Ia adalah kerana isyarat visual tidak dihantar ke otak apabila dia melelapkan mata.
Jadi antara cara yang boleh membantu untuk mengurangkan mabuk pada si kecil adalah dengan mengatur waktu perjalanan. Sebaiknya, aturkan perjalanan pada waktu tidur anak anda.
Anda boleh memilih memulakan perjalanan pada waktu malam atau pun pada awal pagi. Secara tidak langsung kedua-dua tempoh perjalanan ini dapat membantu anda mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Tidak perlu makan
Mesti ada di antara mommies yang terfikir kalau tidak memberi si manja makan, pastinya dia tidak akan muntah. Namun ia ada 1 tanggapan yang SALAH sama sekali.
“Tidak makan akan membuatkan perut anak anda lebih terdedah kepada irama yang tidak normal yang dikaitkan dengan mual.” – Pakar Psikologi daripada Siena College, di Loudonville, New York, Profesor Max Levine
Anda tidak perlu mengisi perut si kecil dengan makanan yang terlalu berat sehingga dia kenyang. Tetapi sekurang-kurangnya berikan makanan mudah dihadam dan snek sihat seperti roti disapu dengan krim coklat atau sandwic.
Pastikan juga si manja minum air dengan secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi yang boleh meningkatkan rasa loya.
Ads
Menghindari gajet
Tidak dinafikan penggunaan gajrt sememangnya dapat membantu mengurangkan kebosanan si manja, terutama ketika perjalanan jauh. Namun menurut pakar, No-No-No!
Ini kerana imej daripada filem, permainan video atau animasi – biasanya melibatkan grafik yang bergerak laju – akan menyebabkan wujudnya rangsangan visual berlebihan yang boleh mengelirukan persepsi pergerakan anak dan menyebabkan berlakunya simptom mabuk.
Manakala membaca pula boleh menyebabkan kecelaruan pada deria anak. Ini kerana mata anak ditetapkan pada buku, manakala telinga mengesan pergerakan. Jadi mungkin untuk menghilangkan kebosanan, biarkan anak mendengar sebarang audio kegemarannya.
Perhatikan simptom
Jika anda melihat anak mula berasa mabuk, cadangkan kepadanya untuk melihat ke luar tingkap. Tindakan ini dipercayai dapat mengurangkan rasa mabuk tersebut.
Namun, andai keadaannya semakin teruk, dicadangkan untuk anda memberhentikan perjalanan seketika sehingga simptomnya beransur hilang. Berikan peluang kepada anak anda untuk berehat.
Sentiasa ambil peduli tentang mabuk perjalanan
Mabuk perjalanan mungkin bukan satu masalah yang serius sehingga boleh menjejaskan keadaan kesihatan seseorang individu.
Namun mengalami masalah mabuk pastinya akan mengganggu dan merosakkan mood individu, terutamanya si kecil.
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Gemar memasak membuatkan figura ini sentiasa belajar pelbagai resipi baru untuk menambat selera anak-anak.
Dr Ezani Monoto menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga kerana boleh menambah rasa kasih sayang serta membuatkan ibu lebih bersemangat untuk memasak. Berkongsi pengalaman menyediakan masakan pertama buat anak tercinta ketika usia 6 bulan pada 8 tahun yang lalu membuatkan anak-anaknya sukakan makanan segar.
“1st baby food saya buat, something yang exciting. Tapi bila baby food memang excited nak try macam-macam. Tapi kita cuba bagi baby food yang natural macam buah-buahan. Anak saya yang 1st pun suka buah-buah sampai besar. Baby food yang mencorakkan pemakanan mereka sampai besar”
Penerima Anugerah Pa&Ma Gala, Best Mama Millennial 2023 ini juga mengakui walaupun suka memasak manisan, namun dia juga sangat mementingkan kesihatan gigi kerana kerjayanya sebagai doktor gigi .
“Sebagai doktor gigi, kita boleh nampak apa yang menyebabkan gigi anak kita rosok. Walaupun dia gosok gigi hari-hari, tapi gosok tak bersih.”
“Habit dari kecil memang start je ada gigi memang terus gosok. Masa tak ada gigi pun kita kena selalu lap gusi dia. Macam anak-anak saya, bila berus gigi kalau nampak kuning-kuning saya tunjuk pada dia. Kiranya kalau tak gosok gigi bersih-bersih apa akan jadi”
“Kita start dari pergi beli berus gigi, libatkan mereka dan bagi peluang pilih sendiri. contoh ada rabbit ke. Bagi mereka minat.”
“Kalau anak 6 bulan saya akan berus dekat atas katil dan kepit tangan dia, sambil berus tu nyanyi atau borak dengan dia. Jadi dia akan ingat untuk berus gigi”
Saksikan perkongsian penuh Juara MasterChef 2012 ini di bawah
Sebagai seorang ayah, anda perlu berwaspada dengan tingkah laku anda bila berhadapan dengan anak-anak. Anak-anak cenderung menjadikan ayahnya sebagai role model dalam hidupnya. Pernah tak dengar bila cikgu tanya anak-anak. “anda nak jadi apa besar nanti?” anak akan menjawab “Nak jadi macam papa!” Anak akan menjadikan ayahnya sebagai contoh.
5 Benda Anak Belajar Daripada Seorang Ayah
1. Anak belajar KEMAHIRAN BERUNDING
+ Dengan mak, anak anak ni boleh mintak apa apa je sebab mereka tahu mereka boleh manipulasi mak mereka lebih daripada mereka boleh manipulasi ayah.
+ Ayah ni sifatnya lebih authoritative. Mereka terpaksa gunakan cara yang lebih halus untuk tackle dan tawan hati si ayah ni. Daripada situ mereka belajar skill berunding yang mana sangat diperlukan bila anak kita dah masuk ke alam pekerjaan nanti.
2. Anak belajar IKUT ARAHAN
+ Walaupun yang biasanya membebel ni emak tapi arahan seorang ayah lebih ringkas, jelas dan tegas
+ Emak biasanya dah berpuas hati kalau 1/10 arahan mereka dipatuhi dan ditaati tapi jaga-jaga dengan arahan seorang ayah. Walau 9/10 arahan dah dipatuhi, ianya masih dikira melawan dan akan ada hukuman yang akan menanti.
3. Anak belajar KAWAL EMOSI
+ Dalam keadaan kecemasan dan tekanan, biasanya seorang ayah ni akan lebih tenang dan boleh buat keputusan
+ Daripada situ akan kita akan belajar untuk buat keputusan yang rasional dan logik walaupun sedang dikuasai emosi
4. Anak belajar KEMAHIRAN MELINDUNGI
+ Ayah ni sifat semulajadinya adalah PELINDUNG kepada keluarganya
+ Seorang ayah akan melindungi isterinya daripada semua jenis ancaman. Tak kira la ancaman penjahat luaran ataupun ancaman tekanan & kepenatan
+ Dari sini lah anak kita belajar untuk menjadi pelindung kepada keluarganya sendiri suatu hari nanti
5. Anak belajar MELAYANI PASANGAN HIDUP
+ Cara layanan ayahnya kepada emaknya sendiri akan menjadi ‘references’ ataupun sumber yang akan anak kita contohi bila dia dah dewasa nanti
+ Kalau ayahnya suka berkasar dengan emaknya, dia pun akan cenderung untuk berkasar dengan pasangan hidupnya nanti
+ Ini kerana anak kita walau nampak macam tak tahu apa-apa, mereka ni pemerhati setia.
+ Mereka pantau semua kelakuan kita dan mereka akan tiru satu persatu kelebihan dan kekurangan kita. Itulah kenapa mereka ni adalah CCTV terbaik dunia!
p/s : Tolong ajarkan benda ni pada pasangan kita juga ye. t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber: Dr Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai tertanya-tanya, kenapa rumah sendiri bil elektrik setiap bulan mahal hingga ratusan ringgit sedangkan rumah orang lain yang menggunakan alat elektrik dan penggunaan pendingin hawa pun bilnya masih terkawal.
Lagi buatkan bil melambung tinggi apabila musim panas sekarang ini kipas dan aircond boleh dikatakan pasang 24 jam.
Biasanya kebanyakan barangan elektrik yang dijual kini mempunyai fungsi jimat tenaga. Tapi jika tak dikawal penggunaannya pun bil tetap tinggi. Bagi mendapatkan tip penggunaan jimat tenaga ini, saudara Mohd Azrin Roselan kongsi tipnya.
Menurutnya walaupun mempunyai ahli keluarga yang ramai iaitu seramai 8 orang tinggal satu rumah, bil elektrik yang perlu dibayar hanya dalam lingkungan bawah RM100 sahaja.
Tip Penjimatan Elektrik Di Rumah
Nak berjimat tak susah tetapi perlu disiplin tinggi. Ini amalan saya.
1. Sejak awal lagi sudah pasang lampu energy saver. Tahu tak lampu kalimantang kuat makan api.
2. Menggosok baju sekali banyak bukan nak pakai baru nak gosok. Iron guna api yang banyak bila nak capai suhu yang diset.
3. Air cond set mod Dry dan timer. Mod Dry tidak memaksa compressor Air cond bekerja sepanjang masa. Makluman Air cond rumah bukan jenis converter. Biaser-biaser sahaja.
4. Tutup lampu selepas digunakan. Ini perlu disiplin tinggi selain ambil tanggungjawab tolong tutup kalau ada yang terlupa.
5. Tidak meletakkan peralatan elektrik pada mod standby kerana masa api digunakan walaupun kecil. Off dan cabut plug.
6. Mengenal pasti barang elektrik menggunakan api yang kuat. Vacuum elektrik, Iron, Microwave, PC high spec dan sebagainya kuat guna api.
7. Sebelum masuk tidur akan buat round periksa barangan elektrik, lampu, kipas dan sebagainya yang tidak ditutup dan cabut plug bila tidak digunakan.
Ada yang mengatakan plug tak dicabut tidak ada significant pun sebab dah Off. Terpulang pada masing-masing malas nak argue bab ini.
Amalan saya selepas guna barangan elektrik akan cabut plug. Kalau beli barangan elektrik yang mempunyai energy saver rating adalah bonus sebab harganya tak murah.
Saya sudah buktikan tanpa barangan elektrik yang mempunyai converter boleh buat penijimatan sebab tabiat dan cara pengunaan.
Semoga bermanfaat dan taraf kos kehidupan meningkat marilah berusaha buat penjimatan ikut kemampuan masing-masing. Hasil penjimatan duit api boleh kumpul beli emas.
“Alhamdulillah, Allah pinjamkan satu nyawa kecil dalam rahim isteri saya…”
Hati mana yang tak berbunga bila dapat tahu isteri hamil anak sulung? Itulah perasaan yang...