Keibubapaan

“Nak Ambil Swab Pun Comel, Steady” Tak Perlu Daddy Pegang, Anak Hanis Zalikha Raih Perhatian!

Share

Selepas sekeluarga disahkan positif Covid-19, pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kini semakin pulih bersama kedua anak mereka.

Melalui Instagramnya semalam, Hanis berkongsi gambar dua kesayangannya, Yusoff Iskandar dan Alisa Aishah yang sedang melakukan ujian swab di rumah mereka.

“Time for recovery. My strong babies ❤️,” tulis Hanis di kapsyennya.

Tidak hanya berkongsi gambar bahkan melalui Insta Storynya, Hanis berkongsi cerita di awal permulaan bila mana dia terpaksa berpisah dengan Hairul dan dua anaknya yang terpaksa menjalani kuarantin diri.

“Ni awal-awal dorang kena quarantine with Daddy. Pastu Mommy pun follow jejak, dah semua terus tak payah isolate.

“We all together now recovering,” tulisnya berkongsi.

Namun kata Hanis lagi, dia tidak terlepas melalui simptom malah mengalami demam panas dan sakit kepala.

“Couldn’t say about me. Kuat ya Covid ni. Sakit kepala berdenyut-denyut, sakit badan dan demam panas.

“Now we are all recovering so well. Alhamdulillah,” tulisnya lagi berkongsi.

“Steady betul Alisa, berani”

Dalam pada itu, tidak hanya mendoakan kesemua mereka cepat-cepat pulih, malah perkongsian gambar Alisa yang begitu berani tanpa perlu dipegang ketika melalui swab test meraih perhatian wargamaya.

Tanpa langsung dipegang bapanya, Alisa melakukan ujian itu sendirian dengan berani.

“Waktu swab pun comel tau alisaa ni. Semoga semuanya dalam lindungan Allah swt.”

“Alisa so brave.”

“Speedy recovery both of you ❤️.”

“Masyaallah adiknya steady je tu tanpa ada yang pegang. Get well soon Yusof dan Alisa”

“Alisa nak ambik swab tu comel. Geram sungguh.”

 

Menarik: Sweet & Simple, Ezzaty Abdullah Pilih Nama Ringkas Untuk Anak Kedua!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN