Tiada apa yang diinginkan oleh seorang ibu melainkan untuk melihat anak-anak yang dilahirkannya menjadi orang yang bijak pandai. Jika kita selidik dan berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang mempunyai anak berjaya, mereka ada cara tersendiri.
Selain memberikan rangsangan positif, menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan memberi anak makanan berkhasiat yang baik untuk otak, doa pada Allah juga antara ikhtiar yang sentiasa tak putus.
Berikut adalah perkongsian melalui FB Pengiran M. Nizam Rahman. Hajat pada anak, niatkan dalam hati apa sahaja hajat ibu bapa untuk semua anak-anak kita. Doa ibu bapa adalah aura terbaik untuk pastikan anak berjaya dunia akhirat.
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Ads
Bila ditanya apa petuanya, sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Jika kita malas amalkan memang tak ke mana laa.
Caranya:
Ads
Setiap pagi bacalah ayat ke 82 surah Yasin.
“INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
Ads
*Digalakkan baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari. Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kita apa sahaja hajat untuk anak. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu tiuplah atas ubun-ubun anak. Buat setiap pagi. Insya Allah. Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, kongsilah pada ibu bapa lain juga. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan. Mungkin sukar untuk percaya, namun ilmu astrologi mengajar yang waktu lahir bayi memang memberikan pengaruh besar terhadap watak si anak. Mari lihat penjelasan lengkap dari kami untuk mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.
Waktu lahir bayi jam 5-7 pagi: Waktu Subuh
Anak yang lahir di waktu ini adalah anak yang sangat lembut, dia suka kebersihan dan juga suka berpakaian rapi. Anak yang lahir pada waktu subuh sangat peramah, dan bersikap rendah diri. Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan. Anak yang lahir waktu subuh sangat sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu orang lain.
Waktu bayi lahir jam 7-9 pagi: Waktu Pagi
Karakter bayi yang lahir di waktu pagi memiliki cita-cita tinggi, dan sedikit kurang sabar juga keras hati. Namun demikian, dia juga memiliki komitmen kuat, bersifat jujur, harga diri tinggi yang membuatnya boleh mencapai masa depan cerah berkat usahanya sendiri.
Waktu lahir anak jam 9-11 pagi: Waktu Pagi
Bayi yang lahir di waktu awal tengahari akan membesar sebagai seorang yang mementingkan penampilan. Dia juga memiliki sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan. Dia menyukai persaingan, dan sangat gembira jika boleh memenangi sesuatu dan berada di puncak. Dia juga seorang yang suka merancang secara bijak.
Waktu bayi lahir jam 11 pagi: Waktu Pagi
Jam sebelas pagi adalah masa kelahiran para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Dia juga seorang pengembara dan bersikap murah hati. Anak ini juga memiliki banyak ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya akan membuatnya menjadi seorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.
Waktu lahir anak jam 12 – 1 petang: Waktu Tengahari
Anak yang lahir di waktu siang dan pada waktu tengahari khususnya adalah anak yang aktif dan energetik. Dia penuh rasa ingin tahu dan suka bermain. Selain itu, bayi yang lahir di waktu matahari sedang tinggi memiliki kemampuan mengajar yang bagus. Dia akan menjadi orang yang bercita-cita tinggi namun penuh rasa tanggungjawab. Dia juga akan mudah bertemu jati dirinya kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini.
Bayi yang lahir pada pukul 2-5 petang: Waktu Petang
Anak yang lahir pada jam ini bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Anak ini juga sering kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir. Jika diperlakukan secara buruk oleh orang lain, dia akan melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang. Dia membenci kekerasan, namun juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.
Waktu bayi lahir jam 5-7 malam: Waktu Menjelang Maghrib
Anak yang lahir di waktu ini memiliki keperibadian terbuka, namun juga kurang sabar dan cenderung untuk melawan. Meski demikian, dia akan membesar menjadi seorang yang bijaksana, pintar, berani melakukan hal yang benar, perancang yang baik, dan juga tahu bagaimana caranya untuk bertahan dalam situasi sukar. Anak ini juga memiliki kemampuan beradaptasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mempunyai dedikasi tinggi pada pekerjaan dan juga boleh dipercayai. Selain itu, dia mudah menarik perhatian orang di sekelilingnya dengan gayanya yang suka bergurau namun tetap tegas saat diperlukan.
Waktu anak lahir jam 7-8 malam: Waktu Maghrib
Bayi lahir waktu magrib sehingga Isyak akan membesar menjadi seorang yang penuh rasa empati. Dia akan selalu tulus membantu orang lain. Dia juga memiliki pembawaan diri yang ceria dan menerima apa saja dalam hidupnya.
Waktu lahir anak jam 8-12 malam: Waktu Malam
Anak yang lahir di waktu malam memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini boleh dilihat sejak usia muda.
Waktu bayi lahir 12 malam–4 pagi: Waktu Tengahmalam Menjelang Pagi
Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi. Ia disertai dengan keperibadian yang sedikit sensitif.
Semua ramalan di atas adalah berdasarkan ilmu astrologi. Sama ada benar atau tidak, terpulanglah pada diri untuk percaya atau sebaliknya. Paling tidak, ia boleh menjadi panduan karakter yang harus ada pada diri setiap anak itu. Yang pastinya, jam berapa pun anak anda lahir, dia akan membesar dan mempunyai peribadi yang luar biasa jika betul cara didikan kita.
Menjaga anak bukan hanya tanggungjawab isteri malah sebenarnya menjadi tanggungjawab bersama suami dan isteri. Namun ada sesetengah pasangan meletakkan tugas menjaga anak di bahu isteri semata-mata.
Semuanya tentang anak, isteri uruskan. Dari mula lahir, sampailah anak tu dah besar panjang, semua hal terletak atas bahu isteri. Kemudian, tiba-tiba pula si suami cakap,
“Hahhh! Itulah anak tu ikut je perangai awak.”
Isteri sudah penat-penat buat sendirian, yang suami nampak perangai anak jadi kurang cerdik, nakal, memberontak dan macam kurang kasih sayang.
Terus ditudingnya jari ke isterinya sahaja.
Anak cucu dan para suami di luar sana,
Kena ingat satu hal ini. Satu jari yang kamu tuding ke isteri, ada 4 jari menuju ke arah kamu.
Maka, para suami yang bergelar bapa, kena muhasabah diri. Kena ingat bahawa anak itu tanggungjawab bersama. Jangan biar isteri urus seorang diri.
Sebenarnya, peranan ayah itu sama besar dengan seorang ibu. Dan dalam pengurusan anak perlu bergilir-gilir.
Kena selalu tukar pampers anak. Kena selalu mandikan anak. Kena selalu didik anak mengaji. Kena selalu bantu anak siapkan kerja sekolah.
Dan banyak lagi.
Semuanya kena buat silih berganti dan juga bersama-sama isteri. Anak akan lebih cemerlang, hebat sahsiah dan jati dirinya jika kedua-dua ibu bapanya ambil perhatian sepenuhnya padanya.
Memang benar, para suami sibuk cari rezeki. Dengan penat keluar bekerja dan balik pula ada yang sampai lewat malam.
Cuma kita perlu ingat, dari segi fizikal, Allah kurniakan kita para lelaki ini kekuatannya berganda. Maka gunakan baki tenaga itu juga untuk bantu isteri dan tetap fokus membesarkan anak.
Serapat mana ibu dan anak-anak, tetap juga mereka inginkan sentuhan dan didikan teristimewa dari insan yang mereka gelarkan ayah.
Moga pesan ini sampai kepada mereka yang bergelar ketua keluarga.
Bila orang membandingkan anak-anak, apa perasaan kita sebagai ibu bapa. Pasti akan rasa tersentuh hati kan? Sebab itu, bila bercakap mengenai hal anak-anak, perlu jaga tutur kata kerana setiap anak ada kelebihannya.
Seperti perkongsian ibu ini, Cik Puan Ammy, apa yang buatkannya tersentak apabila ada yang menyatakan anak lahir bulan 12 lambat sikit berbeza dengan anak yang lain.
Salahkah lahir bulan 12..? Anak saya dilahirkan awal bulan 12. Jadi saya nak tanya para pembaca, salah ke lahir bulan 12..?
Kenapa mesti ada sikap yang suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sedangkan kita sendiri maklum bahawa perkembangan bayi adalah berbeza. Saya pernah di sapa oleh seorang wanita ketika saya sedang berniaga.
Walaupun sudah hampir 4 tahun berlalu, setiap kali saya pandang anak saya, pasti akan teringatkan kata-kata makcik tersebut.
Makcik : Dah berapa bulan ni…?
Sambil tangan memilih selipar baby.
Saya : Dah nak masuk 8 bulan.
Makcik : Dah pandai apa yer…?
Saya : Owh…! Dah boleh duduk dan guling-guling.
Makcik : Lambatnyer… Cucu acik dah boleh bangun sendiri tateh-tateh dah… Dah tumbuh gigi pun 2 batang… Orang dah makan nasi nanti awk mkn bubur lagi yer syg.. Sambil cuit-cuit pipi ank saya..
Makcik : Lain kali kau jangan beranak bulan 12… lambat anak nak besor… lembabb nanti nak belajar.
Erkkkk…camtu pulak… Bisik hati saya.
Makcik : Berapa ringgit selipar ni…
Saya : 10 ringgit jer acik..
Makcik : Haisssh… Tak dapat kurang lagi ke… 8 ringgit dah la… Untuk cucu makcik baru nak ‘dapat kaki’ ni haaa …
Saya : 10 ringgit dah murah acik…
Tak jadi dia beli selipar tu.
Saya tengok mata anak saya… Tak apa lah dik… Kamu lambat jalan, mama, baba, kakak, abang-abang sentiasa ada untuk dukung kamu. Kamu lambat tumbuh gigi pun tak apa… Mama sentiasa ada untuk blender makanan untuk kamu. Yang penting kamu sihat, kuat dan cergas. Senyuman sentiasa ada bersama kamu… Sayang kamu anak mama…
Sekarang, awal bulan 12 ni dah nak masuk 4 tahun pun dia. Saya pun dah tidak berniaga di pasar malam lagi. Alhamdulillah ternyata apa yang dikatakan oleh makcik tu adalah mitos semata-mata…