Ads

Anak Lelaki Disangka Perempuan Kerana Kulit Cerah, Ayda Jebat Tampil Jelaskan ‘Nama Dia Aali Mateen!

Anak Lelaki Disangka Perempuan Kerana Kulit Cerah, Ayda Jebat Tampil Jelaskan ‘Nama Dia Aali Mateen!

Alahai, comelnya anak Ayda Jebat! Gara-gara memiliki kulit yang cerah dan wajah yang gebu, anak kedua penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat, Aali Mateen sering disangka sebagai kanak-kanak perempuan.

Malah, ada juga warganet yang tersalah anggap Aali sebagai anak sulung Ayda, Ana Nayla, kerana memiliki wajah yang comel dan iras kakaknya.

Salah faham itu akhirnya membuatkan Ayda tampil memberikan penjelasan menerusi perkongsian di Threads, sekali gus menjelaskan bahawa anak keduanya itu sebenarnya seorang lelaki.

Anak Lelaki Disangka Perempuan Kerana Kulit Cerah, Ayda Jebat Tampil Jelaskan ‘Nama Dia Aali Mateen!’

Dah Potong Rambut Pendek, Aali Mateen Masih Disangka Anak Perempuan!

Menerusi perkongsian tersebut, Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat, 34, meluahkan rasa lucu apabila masih ada individu yang keliru dengan jantina anak keduanya.

Menurut pelantun lagu Pencuri Hati itu, dia sebelum ini sudah memotong pendek rambut Aali dengan harapan penampilan anaknya lebih mudah dikenal pasti sebagai kanak-kanak lelaki.

Namun, siapa sangka masih ada yang menyangka si kecil itu perempuan!

“Ingat bila sudah potong rambut adik orang tahu dia lelaki. Rupanya masih ada yang ingat dia perempuan.

Ads

“Nama dia Aali Mateen, anak kedua saya.

“Dia bukan Nayla atau budak perempuan, cuma dia gebu dan comel. Dia lelaki.”

Penjelasan spontan Ayda itu sekali gus memperkenalkan semula Aali kepada warganet yang mungkin masih keliru antara dua cahaya matanya.

Walaupun memiliki wajah yang lembut dan kulit cerah, penampilan Aali Mateen sebenarnya tidak sepatutnya menjadi sebab untuk orang ramai membuat andaian mengenai jantinanya.

Anak Lelaki Disangka Perempuan Kerana Kulit Cerah, Ayda Jebat Tampil Jelaskan ‘Nama Dia Aali Mateen!’
Si comel Aali Mateen

Warganet Cadang Bawa Anak Main Panas Supaya Kulit Gelap

Dalam pada itu, perhatian turut tertumpu kepada satu komen warganet yang mencadangkan agar Ayda membawa Aali bermain di bawah panas matahari supaya kulitnya menjadi sedikit gelap.

Ads

Bagaimanapun, Ayda menjelaskan bahawa anak lelakinya sememangnya memiliki kulit yang sangat cerah walaupun sudah biasa bermain di luar rumah.

“Main je panas, tapi kulit dia jenis memang putih sangat. Tetapi lelaki kan ada yang kulit putih dan gelap. Okay sahaja.

“Samalah perempuan pun, ada yang macam-macam jenis kulit. Takkan lelaki je kena gelap, perempuan kena putih.”

Anak Lelaki Disangka Perempuan Kerana Kulit Cerah, Ayda Jebat Tampil Jelaskan ‘Nama Dia Aali Mateen!

Ads

Jawapan Ayda itu turut membawa mesej bahawa warna kulit tidak sepatutnya dijadikan ukuran untuk menentukan jantina seseorang kanak-kanak.

Setiap anak mempunyai keunikan tersendiri dan warna kulit bukanlah sesuatu yang menentukan sama ada seseorang itu lelaki atau perempuan.

Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen serta Anggun Mikayla.

Baca lagi: Extra Joss Tak Sesuai Untuk Anak, Ganggu Degupan Jantung!

Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil 

Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!

Sumber: Thread

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Cuti Sekolah Deepavali 2026, Cuti Tambahan KPM, Kalendar Akademik 2026, Cuti Sekolah Malaysia, Cuti Perayaan Deepavali

Cuti Sekolah Deepavali 2026, KPM Umum Cuti Tambahan! Ibu Ayah Boleh...

Cuti sekolah Deepavali 2026 diumumkan KPM. Semak tarikh cuti tambahan 9 dan 10 November bagi Kumpulan A, Kumpulan B serta Sarawak mengikut negeri.