Kita mulalah rungsing bila saiz badan anak kecil dan rendah berbanding rakan sebayanya. Tak tinggi-tinggi, buat kita bertambah risau. Adakah anak kita terbantut?
Sebenarnya pemakananlah paling penting untuk menambah ketinggian anak dan seimbang pada usianya. Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sembilan jenis makanan ini termasuk ayam dan ikan antara yang wajib anak kita ambil.
Makanan pun penting untuk ketinggian anak. Ramai yang tanya; “Makanan apa boleh naikkan ketinggian anak?”. Ketinggian anak, bukan saja bergantung pada genetik.
Cukup keperluan mineral dan vitamin yang anak ambil setiap hari, mainkan peranan sangat penting untuk pertumbuhan badan anak, termasuk ketinggian.
Jom tengok 9 makanan yang boleh bantu anak capai ketinggian yang optimum untuk umur mereka.
Ads
1. Ikan
– Omega 3 dalam ikan, penting juga untuk kesihatan tulang dan pertumbuhan tulang anak dengan maksima.
2. Ayam
– Vitamin B12, antara vitamin utama dalam ayam untuk bantu naikkan ketinggian anak.
3. Telur
– Superfood yang anak-anak kena suka kan. Banyak sangat vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan badan anak.
Ads
4. Bijirin kekacang
– Antara sumber protein yang baik untuk anak, tinggi iron dan vitamin B.
5. Sayuran hijau
– Vitamin K dalam sayuran hijau penting untuk pertumbuhan tulang anak.
6. Yogurt
– Banyak nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan tulang, antaranya kalsium, magnesium, fosforus dan potasium.
Ads
7. Badam
– Padat dengan manganase, magnesium dan vitamin E, penting untuk pertumbuhan tulang anak.
8. Pisang
– Ada kandungan pottasium, manganase, kalsium dan vitamin B, bantu naikkan ketinggian anak.
9. Keledek
– Tinggi vitamin A, bantu perbaiki kesihatan tulang dan optimumkan pertumbuhan tulang anak.
Semua makanan ni, adalah real food kan. Real food memang penting untuk pertumbuhan anak. Nak dapatkan tulang yang sihat, anak-anak kena selalu ambil makanan sihat. Elakkan makanan tinggi proses yang tak bawa kebaikan pada anak.
Kita cuba sama-sama ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan sangka anak yang masih kecil tidak faham apa yang anda katakan padanya. Si kecil lebih mudah dididik sekiranya dilakukan sejak awal lagi.
BOLEH DIMULAKAN DARI USIA 6 BULAN
Disiplinkan anak pada usia bayi, adakah terlalu awal? Jawapannya ialah tidak. Mungkin ramai yang akan berkata terlalu awal mendisiplin anak daripada usia bayi. Bak kata pepatah, melentur buluh daripada rebungnya. Usia 15 bulan pertama boleh anda manfaatkan sebagai penekanan kepada disiplin.
Mama papa perlu tahu yang disiplin bukan dengan cara menengking, memukul atau mendenda. Disiplin ialah kebolehan diri si kecil untuk mengawal kelakuan diri dan memikirkan tentang orang lain.
Ia sangat baik untuk perkembangan dirinya dan pembentukan sahsiah diri. Lebih baik dimulakan lebih awal daripada anda membiarkan lama sehingga terpaksa mendisiplinkan anak yang sudah besar dengan cara yang keras!
Anda tidak boleh mengatakan bayi nakal pada usia enam bulan pertamanya kerana dia masih belum boleh memahami. Situasi akan berubah apabila bayi pada usia 6 hingga 12 bulan. Dia akan mula untuk memahami perkataan ‘tidak’ pada reaksi negatifnya.
Ingat bahawa ia bukan memaksa, tetapi menngajarnya. Jadi tidak perlu mengugut untuk mendisiplinkan anak pada usia ini. Perkataan asal disiplin daripada bahasa Latin discipline yang bermaksud learning atau belajar. Jadi, ia bermaksud anak perlu belajar melalui disiplin. Dia sepatutnya takut. Terangkan kepadanya dan tunjukkan cara yang betul.
Cuba cipta suasana di rumah yang membantunya mengikuti peraturan anda seperti menyediakan bakul mainan untuknya mengemas mainan, memastikan dia mendapat tidur, makan dan rehat yang cukup untuk mengelakkan amukan tantrum dan sebagainya. Ini akan membantunya untuk berkelakuan baik.
Mama papa perlu sentiasa tenang bila anak mula buat perangai tidak seperti apa yang anda tetapkan. Jika anda marah kepadanya, dia akan rasa sedih dan tidak akan belajar sesuatu daripada kesilapannya tadi. Cuba bertegas tetapi elakkan memarahi.
#2 TERANGKAN PERATURAN
Anda tahu bayi anda sebagai contohnya, berusia 9 bulan dan tidak memahami sepenuhnya apa yang anda terangkan tentang dia perlu ikut peraturan dan kenapa. Tapi mama papa teruskan sahaja, terangkan kepadanya berulang kali. Lama kelamaan dia akan memahaminya.
#3 ELAKKAN DENDA & MEMUKUL
Memukul tidak akan mendisiplin sebaliknya akan memberikan kesan jangka pendek sahaja. Memukul juga hanya akan menyebabkan anak takut kepada anda, keras hati dan sukar dibentuk.
#4 GUNAKAN PENGUATKUASAAN POSITIF
Salah satu cara berkesan yang boleh mendisiplinkan anak ialah dengan memujinya apabila dia mengikuti peraturan anda. Peluk dan ciumnya dan beritahu ia adalah kerana anda suka dia ikut peraturan dan berkelakuan baik.
#5 TEGAS TAPI FLEKSIBEL
Setiap peraturan perlu dilaksanakan dengan ketegasan. Mama dan papa jangan kena kentalkan hati. Tapi pastikan ada budi bicara dan pemerhatian. Tengok sekiranya si kecil mencebikkan muka kepada sepupunya, mungkin ia kerana dia terlalu seronok bermain atau bergurau.
MAMA PAPA KENA SIAP SEDIA
Corak didikan demokrasi yang lebih fleksibel disarankan. Selain itu, bersiap sedia menjadikan diri model tingkah laku kepada anak kerana mereka sering memerhatikan anda. Fahami keadaan semasa anak, perkembangan semasanya dan elakkan melabel!
Si kecil dalam proses belajar untuk mengikuti peraturan anda dan sedang membesar. Berikannya masa. Bayi ialah individu yang berlainan. Apa yang anda lakukan pada anak pertama mungkin kesannya tidak sama kepada anak kedua. Tapi mama dan papa jangan putus asa!
Ingatkan remeh, rupanya banyak kebaikan playground untuk perkembangan anak! Ramai ibu ayah menyangka membawa anak ke taman permainan hanyalah aktiviti rutin untuk mereka bersuka ria. Asalkan anak seronok bermain, sudah memadai.
Tetapi hakikatnya, playground ialah ruang pembelajaran semula jadi yang sangat penting untuk perkembangan sensori, motor, emosi dan sosial si kecil. Setiap permainan yang ada di taman permainan sebenarnya mempunyai fungsi khusus yang menyokong tumbesaran anak secara holistik.
Tidak dinafikan, anak-anak sangat teruja setiap kali melihat playground. Ada yang terus berlari, ada yang gelak ketawa sambil mencuba semua permainan. Kadangkala siap dapat kawan baru lagi! Namun menurut pakar terapi cara kerja bertauliah, aktiviti di playground bukan sekadar hiburan. Ia membantu merangsang sistem saraf, meningkatkan kekuatan tubuh dan memberi kestabilan emosi kepada kanak-kanak. Inilah antara kebaikan playground yang sering ibu ayah terlepas pandang.
Berpandukan perkongsian pakar terapi di TikTok (@ilyaya_), berikut ialah enam aktiviti penting di taman permainan dan bagaimana setiap satunya membantu perkembangan anak secara menyeluruh.
Gelongsor bukan hanya seronok, tetapi sangat berkesan dalam merangsang sensori vestibular yang membantu koordinasi dan keseimbangan. Ia menguatkan otot teras, meningkatkan fokus serta membantu anak mengatasi rasa gayat. Untuk bayi yang belum berjalan atau kanak-kanak yang takut melompat, gelongsor merupakan rangsangan yang sangat baik untuk melatih keberanian mereka.
Ayunan yang berirama pada buaian memberi input vestibular yang menenangkan sistem saraf anak. Ia membantu kanak-kanak yang hiperaktif, mudah cemas atau sukar fokus. Selain itu, buaian merangsang penghasilan serotonin dan dopamin yang baik untuk keseimbangan emosi, ketenangan dan tumpuan anak.
Memijak rumput atau tanah tanpa kasut membantu anak lebih peka terhadap alam sekeliling dan mengurangkan sifat terlalu sensitif (penggeli). Aktiviti grounding juga menstabilkan emosi, mengurangkan tantrum dan membantu anak tidur lebih lena. Namun mama papa perlu pastikan kawasan bebas daripada kaca atau objek tajam sebelum membenarkan anak mencabut kasut.
Aktiviti memanjat memberi rangsangan vestibular dan proprioseptif yang penting untuk rancang tindakan (motor planning). Ia meningkatkan koordinasi, kekuatan tangan dan otot teras. Menurut pakar, memanjat membantu kanak-kanak lebih fokus, mudah duduk diam serta meningkatkan kemahiran menulis dan membaca. Ini antara kebaikan playground yang sangat besar kesannya pada perkembangan akademik awal.
Walaupun ramai ibu ayah risau anak jatuh, monkey bar ialah permainan yang sangat baik untuk kekuatan tangan dan bahu. Ia membantu kemahiran motor halus yang penting bagi anak menulis, memegang pensel dan melakukan aktiviti yang memerlukan ketepatan. Monkey bar juga menguatkan otot teras supaya anak tidak cepat lenguh apabila duduk lama di sekolah.
Playground ialah tempat terbaik untuk anak belajar berkawan. Mereka belajar konsep berkongsi, menunggu giliran, berunding dan berkomunikasi. Aktiviti ini membentuk empati dan keyakinan diri dalam persekitaran sosial. Ibu ayah cuma perlu memerhati dari jauh sambil memberi ruang kepada anak untuk berinteraksi secara bebas.
Aktiviti di taman permainan memberi rangsangan lengkap kepada perkembangan sensori, emosi dan fizikal si manja. Kebaikan playground bukan sahaja membantu anak lebih sihat dan kuat, tetapi turut menyokong kestabilan emosi serta keyakinan diri dari usia kecil.
Mulai hari ini, jika anak minta pergi playground, anggaplah itu sebagai peluang keemasan untuk membina tubuh dan minda mereka. Biarkan mereka meneroka, memanjat, berlari dan mencuba perkara baharu—kerana melalui bermainlah anak membesar dengan paling sihat dan paling gembira.
Dengan kata kunci seperti kebaikan playground, perkembangan anak, aktiviti taman permainan dan sensori kanak-kanak, artikel ini turut mesra SEO dan mudah ditemui ibu ayah yang mencari maklumat tentang kepentingan bermain di playground.
Kehadiran Rina benar-benar penyeri buat Ryzal dan isterinya Maryam You Narae. Dengan gaya seperti budak besar, tiap kali bapanya bertanya, dia akan tersenyum sambil mengeluarkan suaranya seolah membalas pertanyaan Ryzal.
Melihat kecomelan Rina dengan rambut yang lebat dan bermata sepet, peminat Ryzal dan Maryam cukup geram dengannya. Makin besar, nampaknya Rina dah makin ikut muka Ryzal.
Di penghujung video tersebut, Rina seperti mengajuk suara Ryzal. Nampak gayanya bila besar nanti jenis peramah seperti mommy dia ni.
Berkerut muka tak suka bau durian
Sementara itu, dalam perkongsian di instagram mommy Rina, Maryam Younarae, gelagat Rina yang mencium buah durian seperti tak suka bau raja buah itu sangat melucukan.
Mommy tunggu makan durian dengan Rina tapi…Rina pun tak suka durian..?
Seolah-olah Rina macam tak selesa bau buah durian hingga berkerut muka setelah mommynya saja menyakat dan letak di hidung.
Ramai pengikut mommynya yang melihat gelagat Rina tergelak dan menyatakan comel je riak wajah Rina itu.
“Hahahahahhah awal-awal je nanti Rina dah besar sikit dia suka laa. Hari-hari makan durian dengan mommy..”
“Dia bau jer dah pelik..”
“Berkerut muka.. Sedap la Rinaa..”
Maryam selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 21 Oktober lalu selepas berkahwin pada Ogos 2019.
Kredit: IG duriankimchijunior & maryamyunrrr
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!