Dalam penyediaan makanan anak, kebanyakan ibu akan bertanya soalan, apa perlu prepare sebelum masak untuk anak? Ini kerana setiap anak, seleranya tak sama dan memerlukan ibu lebih kreatif dan pandai ‘tackle’.
Menerusi perkongsian Dietitian, Puan Norhafizah M.Sobri dalam E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat anjuran Pa&Ma baru-baru ini perkara penting untuk ibu tahu sebelum masak untuk anak adalah jenis makanan sesuai mengikut usia.
Contohnya fasa usia 6 hingga 8 bulan penting untuk tahu jenis makanan apa, tekstur, banyak mana, kuantitinya dan jenis resipi. Apabila meningkat usia 9 hingga 12 bulan pun sama sehinggalah anak semakin meningkat usianya.
Sebab itu ibu perlu tahu serba sedikit asas dalam penyediaan sebelum anak mula makan. Ilmu ini penting dan kita boleh nampak perbezaan ibu yang main redah tanpa ilmu dengan yang mempersiapkan dirinya dari awal.
Mungkin ada sesetengah ibu anggap menu untuk anak ini simple namun sebenarnya silap. Bila ibu ada ilmu, ibu akan tenang hadapi masa anak makan. Contoh anak tantrum, tak mahu makan dan sebagainya.
Berikut ada tiga asas utama ibu perlu tahu dalam bab penyediaan makanan iaitu menu, anak-anak dan diri ibu sendiri.
1) Menu
Dalam bab ini, ibu perlu tahu menu anak 2 tahun ke bawah sebab tempoh ini fasa pengenalan pada makanan selain susu ibu. Masa ni, kita nak tengok anak alergik apa, sama ada mereka suka atau tak makanan tu, selain untuk kenalkan buah dan sayur.
Ads
Selain itu, jangan risau kalau anak tak terima makanan masa awal-awal, sebab ada pakar jelaskan 10-15 kali perlu dikenalkan jenis makanan sama sebelum boleh lihat sejauh mana anak terima dengan baik.
Contoh lobak merah – kali pertama buat puri, selepas itu finger food, campurkan dalam bubur dan buat cucur. Sekurangnya satu jenis makanan itu, dipelbagaikan dalam bermacam resipi. Jangan fokus pada satu jenis sahaja.
Melalui cara ini, baru kita boleh nampak anak akan makan lebih berselera. Tak kira dari usianya 6 bulan sehinggalah besar. Paling penting penyediaan makanan itu mesti sihat dan seimbang.
Bukan itu sahaja, apabila anak usia 2 tahun ke atas pula, ibu boleh ajak anak sediakan makanan bersama-sama. Bila mereka buat sendiri, mereka akan cuba nak merasainya. Tak perlu beriya buat makanan yang susah penyediaannya. Ringkas pun tak apa janji lengkap nutrisi, sihat dan seimbang!
Ads
2) Anak
Apabila melibatkan anak kecil, mood memainkan peranan penting. Jika mood anak tak ok, waktu makan akan buat mereka rasa tak gembira. Masak sedap sekalipun, hias cantik-cantik, jika mood anak tak ok, tetap tak mahu makan.
Contoh waktu anak mengantuk paksa dia makan, memang tak akan habislah. Lepas tu jika anak sakit atau terjatuh, selesai masalah itu dulu. Bila anak sedih atau takut pun ia akan mempengaruhi mood.
Selain mood anak, waktu makan dan minum susu yang terlalu dekat juga boleh jadi anak dah kenyang untuk menikmati makanan. Oleh itu, ibu disarankan tidak memberi susu 2 jam sebelum makan.
Seandainya anak merengek lapar tetapi makanan belum siap, nak bagi boleh tapi kurangkan kuantiti daripada biasa. Contoh 8 auns anak minum, bagi dulu 4 auns.
Ads
Tip seterusnya juga, jangan paksa makan dengan cara memarahi anak. Anak kecil lagi kita marah, lagi memberontak dan susah makan. Kalau anak tak mahu makan lagi, letak siap-siap dalam pinggan dan cakap elok-elok pada mereka. Pasti dengan sendirinya anak lihat makanan itu, dia nak makan. Berbeza pula kalau anak leka dengan gajet, sebaiknya bagi masa dia perlu ‘stop’ sebab bila menghadap gajet, yang lapar pun boleh jadi kenyang.
3) Ibu
Emosi ibu memainkan peranan penting. Jika ibu stres, penat, mengantuk itu yang menyebabkan ibu tiada mood. Memasak ini perlukan mood yang happy. Jadi kalau ada ‘gajet’ untuk cepatkan masa memasak lagi mudah.
Nak mudah lagi, set menu untuk seminggu. Ini sesuai untuk ibu bekerja untuk jimatkan masa. Ambil masa hujung minggu untuk sediakan beberapa menu dan bekukan. Bila ada perancangan ini baru ibu ada masa rehat dan uruskan anak setelah balik kerja.
Untuk dapatkan perkongsian lanjut daripada panel jemputan mengenai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat boleh tonton video di bawah ini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu untuk bayi dan kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya; susu segar dan susu tepung.
Disebabkan itu, ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya. Jom ikuti artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu tepung!
Kandungan nutrisi susu segar dan susu tepung
Kedua-dua susu ini mengandungi nutrien yang diperlukan oleh manusia dan lebih kurang sama dalam kandungan nutrisinya.
Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.
Kelebihan susu segar
Susu segar sebenarnya mempunyai kandungan vitamin B yang lebih banyak. Satu cawan susu segar akan memberi kita 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5.
Sementara itu, satu cawan susu tepung pula mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5.
Fungsi vitamin B5 adalah membantu sel otak untuk kekal sihat dan vitamin B12 pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.
Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisme serta fungsi enzim dan tiroid.
Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus.
Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.
Paling penting, kebanyakan individu bersetuju bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu tepung.
Kelebihan susu tepung
Susu segar tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini.
Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya. Selain itu, susu tepung juga adalah tidak semahal susu segar.
Susu yang manakah paling sesuai buat anda?
Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama. Jika anda merupakan seorang individu yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.
Bagi kegunaan dapur, susu segar sebenarnya adalah pilihan yang terbaik. Namun begitu, jika dilihat dari aspek masa dan kos, susu tepung dilihat sebagai alternatif yang lebih baik.
Bagi beberapa jenis minuman seperti smoothie, susu tepung adalah lebih sesuai berbanding susu segar.
Konklusinya, kedua-dua susu ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang lebih kurang sama sahaja.
Oleh itu, ia sebenarnya terpulang kepada ibu bapa untuk memilih susu untuk bayi dan kanak-kanak yang terbaik buat si manja anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali melahirkan anak pastinya sedikit menyukarkan. Kurang pengalaman dan teknik yang betul untuk menyusukan anak membuatkan ibu makin stress. Apa lagi melihat susu yang dipam tidak mencapai jumlah yang diinginkan berbanding orang lain.
Jangan cepat mengalah dulu, usahakan untuk memperbanyakkan susu ibu dengan resipi ringkas, air rebusan ini. Air rebusan yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali di facebooknya ini boleh mama cuba sebagai usaha untuk memperbanyakkan susu ibu.
Tak perlu bahan yang banyak pun, hanya dua bahan sahaja. Amalkan. Mana tahu serasi dengan tubuh mama. Jom cuba!
ORGANIC MILKBOOSTER
Susah hati jugak bila susu ibu selalu drop kan? Susu asyik tak cukup. Pam dapat sikit je. Ni Kak Ekin share resipi banyakkan susu badan yang korang boleh buat kat rumah. Hanya guna halba dan kurma.
2. Masukkan halba dan kurma. Rebus sampa warna kekuningan macam teh.
3. Boleh dihidang dan minum 2 kali sehari.
Moga membantu ibu-ibu yang berimpian menyusu hingga anak umur 2 tahun. Semoga bermanfaat.
Punyalah senang cara nak membuatnya, hanya rebuskan sahaja dua bahan ini dan biarkan jadi pekat kekuningan dan kemudian diminum setiap hari. Lakukan sesuatu pastinya lebih baik daripada tidak mencuba. Niatkan untuk tambahkan susu untuk kenyangkan anak kita. Selamat mencuba mommies!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bercakap soalan pemakanan bayi, tekstur atau bentuk makanan bayi harus berubah mengikut keadaan umur bayi itu sendiri.
TUKAR TEKSTUR MAKANAN BAYI MENGIKUT UMUR
6-7 Bulan : Puri, Cair, Kisar Halus
– Baby belajar merasa makanan dan telan
– Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
– Transition dari susu ke makanan pelengkap
– Jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup
– Tujuan: memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu.
7-8 Bulan : Lenyek, Kisar Kasar
– Bayi perlu kuatkan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
– Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letak dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’
– Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
– Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap saja bila bayi antara-8bulan
– Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan.
8-10 Bulan : Cincang Kasar
– Tujuan: kuatkan lidah baby untuk meng’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
– Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
– Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
– Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
– Dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan.
10 -12 Bulan : Potongan Kecil/Kiub Lembut
– Tujuan: menguatkan lidah dan fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
– Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
– Kuantiti 5 – 7 sudu besar
– Memberi keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
12 Bulan Ke Atas
– Sama seperti makanan dewasa
– Anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri
– Jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita
– Sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun
Ubahlah tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak. Apa-apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku.
Contoh 3x makan puri semasa nak introduce tekstur baru. Hari pertama bagi 1x makan lenyek 2x puri. Keesokan hari 2x lenyek dan 1x puri. Seterusnya 3x lenyek. Jangan risau rumah bersepah atau lantai makan lagi banyak dari anak. Tu senang saja nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah.
Sumber : Dietitian Fizah Sobri
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.