Jika ibu ayah nak bina keyakinan diri pada anak, ia sebenarnya akan menjadi pencetus anak menjadi seorang yang pandai. Sesungguhnya kejayaan anak bukan sahaja bergantung kepada kepandaian membaca dan menulis tetapi mesti ada sikap yakin diri dalam diri atau kata lain self-esteem. Sikap ini penting ada dalam diri kerana ia menjadi penanda aras dalam pergaulan anak dengan rakan sebaya. Apabila keyakinan anak rendah, ia akan menjejaskan sikap ingin tahu dalam dirinya.
Self-esteem ini terbentuk melalui pengalaman dan situasi-situasi yang telah kita lalui dan ia dapat mempengaruhi tindakan, pemikiran dan keyakinan diri seseorang. Individu yang memiliki self-esteem yang rendah selalu berasa inferior dan canggung.
Adalah penting bagi manusia untuk mempunyai harga diri yang positif. Mereka ini lebih cenderung untuk mencapai kejayaan. Jadi bagaimanakah kita sebagai ibu dan bapa dapat membantu anak-anak kita agar mereka nanti dapat membesar sebagai individu yang memiliki self-esteem yang tinggi? Tips-tips berikut mungkin dapat dijadikan panduan:
1. Berikan kasih sayang tanpa syarat
Terima anak anda seadanya dan sayangilah dia tanpa mengira apapun kelebihan, kekurangan, kebolehan mahupun kelemahannya. Selalulah memeluk dan mencium anak dan beritahu yang anda sayangkan dia. Apabila anak anda perlu dihukum, pastikan dia tahu itu adalah kerana perbuatannya bukan kerana siapa dirinya.
2. Berikan perhatian
Luangkan sedikit masa setiap hari khusus untuk anak-anak. Berinteraksilah dengan mereka tanpa sebarang gangguan lain khususnya alatan elektronik seperti tv dan handphone. Ia membuatkan mereka merasa bahawa diri mereka adalah penting dan berharga.
3. Ambil risiko
Galakkan anak-anak untuk meneroka perkara baru seperti mencuba makanan berbeza, mencari kawan baru atau belajar mengayuh basikal. Walaupun kemungkinan untuk gagal tetap ada, tanpa mengambil risiko, peluang untuk berjaya adalah sangat tipis. Jadi biarkan mereka bereksperiment tanpa campur tangan dari anda. Bina self esteem mereka dengan mengimbangkan perasaan anda untuk melindungi mereka dan kepentingan mereka untuk menguasai kemahiran baru.
4. Biarkan kesilapan terjadi
Membuat silap adalah perkara biasa dalam kehidupan. Ia boleh menjadi pengajaran berharga untuk membina keyakinan anak-anak. Apabila anak-anak berbuat kesilapan, ajar mereka untuk berfikir apa yang boleh mereka perbaiki supaya kesilapan yang sama tidak terjadi lagi. Dengan cara ini, self-esteem mereka tidak akan tergugat. Mereka juga dapat belajar menerima kesilapan dengan positif.
5. Raikan hal-hal positif
Semua orang suka apabila diberi galakan. Jadi pastikan anda berusaha untuk menyebut perkara-perkara baik yang anak-anak lakukan pada setiap hari. Ia dapat membuatkan mereka sedar akan keupayaan dan kemampuan diri sendiri.
6. Jadi pendengar yang baik
Apabila anak-anak cuba memberitahu anda sesuatu , berhenti dan dengarlah apa yang mereka katakan walau anda mungkin tidak mengerti sepenuhnya percakapan mereka. Mereka perlu tahu yang perasaan dan buah fikiran mereka adalah penting dan bermakna buat anda.
7. Jangan membanding-bandingkan
Jangan sekali-kali membandingkan anak anda dengan adik beradik mereka atau sesiapa sekalipun. . Biarkan anak tahu bahawa anda menghargai keunikan diri mereka. Ia akan membuatkan mereka juga menghargai diri sendiri.
8. Hulurkan empati
Jika anak anda berasa kecewa kerana dia tidak dapat melakukan sesuatu seperti rakan yang lain, tunjukkan empati anda. Beritahu anak anda bahawa dia masih mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Anak-anak perlu faham bahawa setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.
9. Berikan galakan
Setiap anak-anak perlukan dorongan dari orang yang mereka sayangi. Sesuatu yang memberitahu mereka ‘ Saya percayakan anda, saya melihat usaha anda. Teruskan’ . Galakan bermakna anda memperakui setiap usaha mereka, bukannya hanya apabila mereka beroleh kejayaan.
Dalam pada mendidik anak-anak, ibu bapa juga perlu berusaha untuk meningkatkan self-esteem mereka sendiri. Anak-anak merupakan pemerhati yang baik. Setiap tindakan anda dapat mempengaruhi mereka. Jadi berilah contoh yang terbaik untuk mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang memang ramai anak kecil ketagih makanan dan minuman manis akibat terlalu kerap disogokkan dengan makanan dan minuman manis setiap hari.
Akibat terlalu kerap disogokkan dengan makanan dan minuman manis setiap hari sampai mereka langsung tak boleh minum air tanpa rasa manis.
Seorang ibu yang juga doktor, berkongsi pengalamannya berhadapan dengan kes kanak-kanak tak pernah langsung minum air putih dan mengalami ketagihan makanan dan minuman manis.
Ekoran dari itu menurut Dr Mazliana Mazlan, kanak-kanak tersebut tiada selera makan.
Anak umur 5 tahun, tak pernah minum air putih kecuali setahun pertama sahaja dan sewaktu makan ubat.
Allahu.
Terkejut Ummi dengar ibunya bercerita. Sampai Ummi ulang ‘tak penah langsung?’ sampai beberapa kali.
Air yang diminum selepas umur 1 tahun, hanyalah air manis.
Di rumah, suka minum air sirap dan M***. Ke sekolah, suka bawak air teh o. Di sekolah, juga dihidangkan dengan air manis mengikut jadual harian.
Deria rasa lidahnya dah terbiasa dengan makanan minuman manis. Sehinggakan air putih tanpa rasa tidak dapat diterima oleh tekaknya.
Bukan itu sahaja, nasi juga hanya 1 – 2 mulut yang boleh ditelan. Mesti ayam goreng atau telur goreng menjadi lauk. Sayur dan buah? Juga direject.
Tidak salah Ummi katakan semua kesan ini, adalah sebab gula dan pemanis tiruan yang berlebihan telah terserap di dalam badan anak tadi.
Makanan dan minuman proses bukan saja tinggi kandungan gula, pemanis tiruan juga tidak ketinggalan. Semakin diamalkan makanan minuman proses, semakin susah untuk elakkan ketagihan makanan minuman manis pada anak.
Gantikan gula dan pemanis tiruan dalam makanan minuman proses anak, kepada makanan yang segar dengan menggunakan gula dan pemanis semulajadi yang dicipta Allah.
1. Madu
2. Daun stevia
3. Kurma
4. Puree epal
5. Gula versi lebih sihat dari gula putih – Gula tebu asli – Gula kelapa – Gula kabung – Gula mollasses
Cuba ya, kita sama-sama jaga makan minum anak-anak kita.
Sekian dari Ummi Mazliana Mazlan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ameera Zaini berkongsi tips bagaimana dia telah berjaya wean off atau menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak. Mudah rupanya tapi ibu mesti konsisten dan cekal.
Bagi ibu yang menyusukan anak, memang agak sukar untuk memutuskan penyusuan susu ibu. Ini kerana penyusuan susu ibu bukan sekadar memberikan susu tetapi ia melibatkan ikatan emosi antara ini dan anak.
Ameerai berkongsi tip di Instagram tentang caranya memutuskan penyusuan susu ibu dengan anaknya, Mateen yang kini berusia 2 tahun 2 bulan.
Sebelum ini Ameera mengakui yang dia sudah pun menggunakan pelbagai cara untuk menghentikan penyusuan kepada Mateen.
Selalunya apabila masuk ke dalam kereta Mateen akan meminta susu. Apa yang dilakukan pengacara ini ialah buat-buat menangis dan sakit. Kata nak pergi jumpa doktor. Tak lama kemudian anaknya tertidur sendiri.
Selalunya Mateen akan cuba memujuk Ameera untuk menyusu dengan perlahan, tak mahu ibunya sakit.
Berdikari perlu diajar seawal mungkin pada anak. Walaupun ramai ibu bapa lambat mengajar anak untuk berdikari atas beberapa sebab seperti kesibukan bekerja atau anak belum mampu untuk membuat semuanya ia bukanlah penghalang.
Perlu diketahui anak mempunyai pemahaman dan daya fikiran yang berbeza mengikut usia. Anak anda berusia 3 tahun? Sudah tiba masanya diajar berdikari.
Sikap bertanggungjawab perlu diajar untuk melepaskan kebergantungan anak kepada ibu bapa sekaligus bekal di kemudian hari. Apa sebenarnya yang perlu diajar?
1. Berpakaian Sendiri
Sejak kecil ibu bapa perlu melatih anak mengenakan pakaian sendiri. Tapi anak biasanya mahu memakai pakaiannya sendiri pada usia 3 tahun.
Anak usia 3 tahun seharusnya sudah boleh mengenakan pakaiannya sendiri seperti memakai seluar atau kasut.
Ajarkan anak anda berpakaian sendiri dengan memilih pakaian yang mudah dikenakan terlebih dahulu. Mungkin permulaan ia agak sukar untuk anak. Bantu dia dengan penuh kesabaran. Berpakaian adalah kemahiran yang penting dan akan dibawa hingga si anak besar.
2. Makan Sendiri
Jika anak anda minta makan sendiri, itu tandanya dia sudah bersedia. Kebanyakan anak usia 3 tahun sudah boleh makan dengan sudu atau garpu dan minum dari gelas biasa.
Jika anak anda pemilih, letak makanan dalam bekas khas dan biar dia pilih dan mengambil sendiri. Buatlah campuran makanan seperti buah dan sayur atau makanan yang menyihatkan. Beri peluang anak buat sendiri dan pasti anak akan seronol menikmati makanan yang dibuat sendiri.
3.Berteman
Anak usia 3 tahun biasanya sudah mahu berteman. Tapi ia tetap memerlukan bantuan ibu bapanya.
Buatlah jadual bermain dalam kumpulan kecil di rumah. Anak usia 3 tahun biasanya ingin bermain dengan ramai orang berbanding bermain sendiri kerana pada waktu ini mereka sudah mahu berkawan.
Jika anak bergaul secara tak langsung mereka sedang membina hubungan sosial. Bermain mengajar mereka nilai positif seperti empati dan berkongsi.
Anak usia 3 tahun biasanya tidak suka berkongsi. Tapi mereka sudah boleh merasakan apa yang orang lain rasakan. Jika mempunyai mainan atau makanan minta anak anda berkongsi dengan orang lain. Cara ini dapat melatih anak untuk tidak mementingkan diri sendiri.
4. Belajar Bahasa
Anak usia 3 tahun akan mula bercakap dan bertanya soalan. Sekurang-kurangnya si kecil sudah menguasai 300 perkataan dan sudah boleh bercakap dalam satu ayat.
Malah pada waktu ini apa yang ibu bapa cakap anak akan mudah ingat dan ikut. Ini kerana otak mereka sedang berkembang. Baik yang kita cakap akan baiklah perkataan yang akan keluar dari mulut anak. Jadi pada waktu ini jagalah setiap tutur kata kerana kemampuan bahasanya sedang berkembang.
Cara terbaik untuk mengembangkan kemampuan bahasa juga ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi. Contohnya jika anak sedang makan boleh tanya bagaimana rasa makanan tersebut dan biar anak bercerita. Dengan cara itu si anak akan belajar banyak perbendaharaan kata baru.
5. Pembersihan Rumah
Anak-anak ternyata suka membantu kerja rumah. Anak usia 3 tahun dah boleh memahami arahan mudah seperti buang sampah dalam tong sampah, baju kotor letak dalam bakul atau kemas mainan masuk dalam bekas.
Berikan si kecil tanggungjawab mengemas bilik mainannya dengan pengawasan anda. Jangan terlalu memberi tugasan yang rumit kerana boleh membuatkan anak rasa tidak seronok dan tertekan.
6. Mengurus Jadual Tidur
Memasuki usia 3 tahun, kebiasaan jadual tidur si anak berubah dari dua kali kepada satu kali tidur dalam sehari Itu tidak menjadi masalah. Anak-anak masih memerlukan tidur siang sampai usia 5 tahun.
Bersiaplah menetapkan jadual tidur anak anda yang baru. Daripada hanya fokus memperhatikan jam, biarkan sahaja si kecil tidur sendiri ketika ia keletihan. Tapi jangan sampai jadual tidurnya bertindih dengan jadual mandi atau makan.
Nak tahu lanjut apa kebaikan melatih anak dari awal berdikari, tonton rancangan Pa&Ma esok (Selasa) jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Maya HD
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
JPN menafikan dakwaan mengenai operasi khas tukar alamat MyKad. Ketahui penjelasan rasmi, tanggungjawab pemilik MyKad serta bayaran RM10 untuk pertukaran alamat.