Walaupun anak dah besar dan dah masuk ke tadika, sebenarnya tak salah jika sesekali nak suapkan anak ketika makan. Sebenarnya ini merupakan bonding paling dekat dengan anak-anak ketika di rumah.
Menariknya isteri kesayangan Johan ini bukan hanya suapkan anak makan di rumah bahkan tidak kekok suapkan anak-anaknya, tak kira kecil atau besar ketika berada di kedai makan. Pada Ozzlyn adalah cara paling mujarab untuk sentiasa dekatkan diri dengan anak-anak. Sampai ke tua nanti anak-anak akan ingat!
Suap! Sebenarnya aku ni ada satu perangai yang tak suka kelecah. Kalau budak makan sendiri, selalu main lebih, pastu tak makan. Sekalipun kat kedai makan, aku akan tetap suap anak, lantaklah apa orang nak cakap. Ariq pun aku suap.
Ads
Walaupun sebenarnya aku dah nak kawin pun mak yang suap kan. Aku tak pandai makan sendiri sebab mak selalu suapkan, so masa abah dan mak pass baton jaga aku kat suami aku, mak pesan siap dah, aku ni makan bersuap nak tidor kena korek kan telinga dulu, so suami aku gatai mulut say yes.. anything for her, mak.. haaaa..Sampai sekarang aku ungkit kalau dia mintak cuti?????? dan bila ada anak agak kekok nak suap mula-mula dan sampai sekarang masih kekok.
Ads
Tapi tak penting.. asalkan anak aku kenyang dan paling penting tak kelecah. Kalau tak nanti migrain aku.. ???? huhu tu kira zahir lah, yang batinnya aku nak anak aku sentiasa dekat dengan aku.
Ads
Biar sampai tua aku tetap akan suap dorang, air tangan ibu sangat mahal sebab tulah aku tak boleh jauh dengan mak aku. Sebab dia dah bagi “RASA” tu kat aku dari kecik sampai besar. Harap anak-anak aku pun dapat “rasa” tu dari aku..??
Melihat anak-anak menjinjit beg duit saban waktu hanya kerana ingin membeli barangan kesukaannya buat kita rasa terhibur. Namun inilah konsep menabung yang perlu kita terapkan pada anak.
Konsep tabung sedekah subuh antara yang boleh kita kongsikan dengan anak. Insyallah rezeki kita dan anak-anak tak akan putus-putus. Rezeki sentiasa dipermudahkan malah hati pun lebih tenang. Niatkan bersedekah pada yang memerlukan, insyallah Allah beri lebih rezeki untuk kita dan anak-anak.
FORMULA REZEKI INFINITI DENGAN TABUNG SEDEKAH SUBUH
1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi.
2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan kepada anak yatim, orang yang memerlukan atau kepada mereka yang sangat layak untuk menerima sumbangan. Mungkin saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan. (Nanti, ingatkan saya untuk menulis apakah kebaikan bersedekah kepada mereka yang di dalam kesusahan ini).
3. Waktu tiap kali menderma ke “Tabung Subuh” tu, lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira (elevated emotion). Kemudian, ucapkan alhamdulillah penuh kesyukuran dan keyakinan. Ingat, ALLAH Maha Mendengar.
Yakinlah bahawa ganjaran dari Allah itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka-sangka (oleh akal fikiran kita yang terbatas ini) serta dari pelbagai pintu dan arah. Yakin juga bahawa tidak ada yang sukar bagiNya. Dan Dialah Al Ghanni (Maha Kaya) dan Al Mughni (Maha Pemilik Kekayaan).
4. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau. Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau.
Dalam sebuah hadits Nabi ﷺ menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(HR Bukhary 5/270)
5. Tulis nama pada tabung
Tulis nama pada tabung ini adalah sebagai affirmation kita nak komited dengan amalan mulia ini. Supaya kita rajin dan harus buat setiap hari. Kalau boleh tabung kita tu buat cantik-cantik sikit atau guna tin atau bekas yang cantik.
Agar kita sendiri rasa seronok dan tak sabar nak menderma untuk keesokan hari pula. Anda tahu tak, bila buat begini kita juga akan secara tidak sengaja akan rajin untuk bangun solat Subuh di awal waktu.
6. Tabung subuh buat anak-anak
Kalau anak-anak kita diberikan kefahaman untuk bersedekah dan memilik Tabung Subuh masing-masing lagi baik. Mudah-mudahan ada keajaiban buat anak-anak juga Allah beri nanti.
POTONGAN AYAT AL-QURAN – Surah Ali Imran Ayat 133-134
133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Jom sahabat semua kita ringankan tangan untuk bersedekah. Sedekah Subuh, bukan bermakna waktu lain kita tidak boleh bersedekah ya. Cuma sedekah subuh ni special kan. Sebab itulah kakak masukkan hadis dan petikan Surah sebagai rujukan.
Sesungguhnya Allah Ar Razzaq Al Mughni (Maha Pemberi Rezeki & Maha Pemegang Kekayaan).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tidak bimbang dan mampu melelapkan matanya bila mana anak yang sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz turut berdepan hal yang sama bila mana anak ketiganya terpaksa dimasukkan ke hospital selepas positif jangkitan Rotavirus.
Menurut kata Mua Bellaz melalui Instagramnya, anak ketiganya, Ean Yusof, disahkan mengalami jangkitan itu selepas mengalami cirit birit dan muntah-muntah sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.
Kongsi Mua Bellaz lagi, Ean Yusof pada mulanya mengalami cirit birit empat hingga lima kali sehari dan kemudiannya turut muntah-muntah.
“Doktor mai habaq tadi lepas dah ambik sampel Yusuf. Yusuf positive ROTAVIRUS. Hmm patutlahh cirit berbau lain sampai 4-5 kali sehari beraknya.
“Lepas tu dia muntah. Penyakit ni boleh berjangkit dengan mudah dengan kanak-kanak, orang dewasa pun boleh kena. Risau semoga cepat sembuh anak mama,” katanya berkongsi.
Bahkan kata ibu anak empat ini lagi, anaknya turut mengalami demam dengan suhu yang tinggi diikuti batuk dan selesama.
Disebabkan jangkitan virus itu kata Bellaz, berat badan anak ketiganya itu yang kini berusia dua tahun juga turut terjejas.
“Tanda Rotavirus yang Ucup kena, dia cirit (berwarna kehijauan ada gelap ada hijau pudar).
“Lepas berak duk sat berak lagi, lepas tu muntah dah muntah dia tak lalu makan pastu dia berbau sangat busuk dari biasa diikuti dia selesema dan batuk.
“Tadi Dr check ada demam 39 suhu, dah boh ubat punggung. Semoga cepat sembuh hensem mama. Susut badan Yusuf, tadi timbang 11kg ja usia 2 tahun 3 bulan,” katanya lagi.
Malah ibu cantik manis ini juga turut memohon doa dari semua agar mengurangkan kesakitan yang dilalui anak kecilnya itu.
“Kalau hampa solat mintak tolong selitkan doa buat anak Bellaz, Ean Yusuf.
“Bellaz baru balik dari teman Yusuf tadi, balik-balik teringat kat dia. Kesian la tengok abang Yusuf tak larat, tak lalu makan.
“Susah hati la mama nak tidoq pun duk teringat. Dia tak selesa part tangan dia tu, pastu aiq tak masuk kena bukak balut tu cucuk pulak sebelah lagi sebab nak boh ubat antibiotics.
“Ya Allah sembuhkan anak ku ya Allah. Mintak doa Yusuf cepat sihat hampa aminn. Kesian la anak mama tak ceria. Abang Yusuf kuat,” katanya lagi.
Semoga Ean Yusof cepat-cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Susah sekalipun seorang ibu, kasih sayangnya pada anak-anak tidak pernah pudar. Betullah orang kata, demi anak ibu sanggup korbankan apa saja. Melihat anak membesar dengan sihat dan sempurna, impian semua ibu bapa.
Andai takdir yang Allah tetapkan, jika sampai ajal anak terlebih dahulu dari ibu bapa, siapa kita nak menidakkannya. Seperti perkongsian di Facebook Abam Botak yang menjalankan khidmat sukarelawan menguruskan jenazah di daerah Sandakan, pemergian anak usia 2 tahun akibat Covid benar-benar menyentuh hati.
Anak adalah anugerah Allah paling besar dalam kehidupan sebagai suami dan isteri. Meskipun susah macam mana kehidupan. Ibu bapa akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kehidupan anak-anak tidak sesusah dan sesukar kehidupan mereka.
Hari ini terdapat dua kes kematian Covid-19 dalam daerah Sandakan, salah satunya kami hantar ke daerah Ranau.
Paling menyedihkan satu lagi kematian Covid-19 kanak-kanak perempuan yang baru berusia dua tahun.
Arwah merupakan anak kedua daripada dua orang adik beradik yang sulung baru berusia lapan tahun. Kini ibunya sedang mengandung anak ketiga yang kandungannya berusia lima bulan.
Bayangkan dalam keadaan mengandung anak ketiga, anak kedua pula pergi meninggal ibu dan ayahnya. Diuji dengan kematian akibat Covid-19, sungguh sangat menyedihkan. Ayahnya hanya bekerja sebagai penombak sawit dan lebih mendukacitakan, kini si ayah sudah tidak mempunyai pekerjaan kerana dikuarantin.
Dan ayahnya juga tidak sempat melihat anaknya dikebumikan buat kali terakhir akibat dikuarantin. Selama berada di Sandakan. Ibunyalah yang sentiasa berada di hospital menanti dengan setia jika ada perkembangan baik anaknya.
Namun ajalnya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dia telah pergi meninggalkan kita semua. Bercucuran air mata sang ibu melihat anaknya diusung ke dalam kereta jenazah dan sepanjang jalan ke tanah perkuburan di Kg Paris 2, Kinabatangan. Tanpa suami dan anak sulungnya di sisi.
Ya Allah sungguh besar ujian ini. Semoga perpisahan ini ada pertemuannya semula. Semasa hendak pulang ke Sandakan, si ibu ada bertanya berapa kos bayaran. Saya katakan maaflah kak kami tidak menerima apa-apa bayaran. Biarlah Allah saja yang membayarnya.
Terus akak tu menangis. Bayangkanlah dengan suami dan dia tiada pekerjaan. Sudah tentu mereka kekurangan wang. Masa itu masih sanggupkah kita bebankan mereka lagi?
Sebelum balik saya sempat hulurkan sedikit wang untuk bekalan mereka sebulan dua. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Ya Allah saksikanlah dan permudahkan!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.