Siapa yang tak sayang anak kan? Gelombang varian Omicron yang sudah menular di negara kita membuatkan pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir tekad terus melindungi anak kecil mereka dari berjumpa orang ramai.

Berkongsi satu entri di Insta Storynya malam tadi, Ayda memohon maaf seandainya dia dan suami terpaksa bersikap keterlaluan kerana masih belum bersedia bertemu dengan ahli keluarga sendiri dan rakan-rakan terdekat.

“Nak Bagi Jumpa Anak, Tapi…” Ayda Jebat Masih Tak Sedia Bawa Bayi Keluar Rumah!

Semuanya demi si comel kesayangan mereka, Ana Nayla yang kini baru sahaja berusia tiga bulan.

Bimbang dengan keadaan semasa ketika ini ditambah dengan penemuan varian baru Omicron, Ayda berkata dia lebih mengutamakan keselamatan walaupun hatinya begitu rindu untuk bertemu sanak saudara.

“Nak Bagi Jumpa Anak, Tapi…” Ayda Jebat Masih Tak Sedia Bawa Bayi Keluar Rumah!

“Minta maaf kepada keluarga dan kawan-kawan kalau rasa saya dan suami keterlaluan tentang hal ini.

IKLAN

“Bukan tak nak jumpa. Hati memang dah rindu. Nak gelak ketawa bersama-sama. Nak bagi jumpa bayi kami tapi tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda kami utamakan,” katanya.

“Nak Bagi Jumpa Anak, Tapi…” Ayda Jebat Masih Tak Sedia Bawa Bayi Keluar Rumah!

Penyanyi lagu, Pencuri Hati itu juga turut memuat naik satu video sedutan sidang akhbar yang dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu.

Kata Ayda lagi, dia dan suami masih belum belum bersedia untuk bertemu orang lain serta mengucapkan terima kasih kerana memahami mereka.

IKLAN

“Nak Bagi Jumpa Anak, Tapi…” Ayda Jebat Masih Tak Sedia Bawa Bayi Keluar Rumah!

“Kami masih belum bersedia. Insya-Allah, satu hari nanti. Terima kasih kepada yang faham. Kami sayang kalian sangat dan rindu semua. Termasuk AJSCREAMER (kelab peminatnya). #StaySafeAll,” tulisnya.

Dalam pada itu, demi menjaga kesejahteraan semua, Nabil Mahir sanggup menyewa keseluruhan panggung wayang demi mengelak daripada orang ramai ketika menonton filem kegemarannya, Spiderman baru-baru ini. Semuanya demi Ana Nayla dan keluarga mereka.

IKLAN

Semoga kita semua terus dilindungi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

Menarik: Saya Masih Jaga Pantang, Belum Habis Pantang Wawa Zainal Redah Banjir Hulur Bantuan

Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.

Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI