Tak biasa dengan persekitaran yang baru. Inilah yang dilalui oleh anak-anak doktor selebriti, Dr Say Shazril yang menangis tanpa henti selepas berpindah ke rumah baharu.
Menerusi perkongsian video Dr Say di Instagramnya, hal itu tambah buruk terjadi kepada anak sulungnya yang mempunyai masalah autisme.
Tidak biasa dan sukar menerima keadaan baru itu, Ace menangis tanpa henti sehingga mengundang hiba pengikutnya di Instagram.
“Semalam merupakan hari yang pertama kami menyewa di Bangsar.
“Ace okay sepanjang hari tapi bila nak tidur baru dia sedar yang ini bukan rumah yang dia biasa tidur.
Ads
“Anak autism ada rigidity sukar nak adapt to new environment walaupun kami dah social story to Ace,” luah Dr Say bercerita.
Malah kata bapa penyayang ini lagi, hati kecilnya merasa cukup hiba saat melihat anak sulungnya itu menangis tersedu sedan.
Ads
“Terduduk saya tengok dia menangis. Bukan saya saja-saja nak pindah sini. Sekolah terapi barunya ada di sini.
“Isteri pujuk pun dia tak terima. But not for long, isteri bawa dia keluar dan pulang dengan muka Ace yang banyak senyum.
“Sehinggalah dia dapat “habuannya”. Mujur sesangat, saya dah risau kalau nak cancel. Barang nak pindah habis, sewa dah 2+1, mindset dah Bangsarian. Doakan dipermudahkan terapi Ace ya,” katanya lagi.
Kemasukan Darjah Satu tanpa ujian diagnostik diputuskan kerajaan bagi memastikan murid berusia enam tahun tidak dibebani tekanan akademik seawal usia. Langkah ini diumumkan selepas mengambil kira kesejahteraan emosi kanak-kanak serta keperluan untuk mempermudah pelaksanaan sistem pendidikan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan meniadakan ujian diagnostik kemasukan Darjah Satu itu dibuat selepas mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak termasuk pendidik, pakar pendidikan awal kanak-kanak serta kebimbangan ibu bapa.
Menurut beliau, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pemantauan perkembangan murid secara berterusan, bukannya penilaian berbentuk ujian formal ketika usia masih terlalu muda.
Dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri (MPQT) di Dewan Rakyat, Anwar menjelaskan bahawa pendekatan kemasukan Darjah Satu tanpa ujian diagnostik ini bertujuan memudahkan proses kemasukan murid ke sekolah rendah dan mengelakkan kanak-kanak daripada berdepan tekanan akademik seawal usia.
“Oleh itu, ia ditiadakan supaya dipermudahkan.
“Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab guru-guru dan ibu bapa untuk pantau kelayakan dan perkembangan anak-anak,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan memerlukan ruang untuk menyesuaikan diri dari segi emosi, sosial serta persekitaran pembelajaran, tanpa rasa takut atau tertekan kerana keperluan ujian.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pernah memaklumkan cadangan pelaksanaan ujian saringan diagnostik khas bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu seawal usia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027.
Cadangan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang bimbang anak-anak akan dibebani tekanan akademik terlalu awal, sekali gus menjejaskan minat belajar serta kesejahteraan emosi mereka.
Susulan maklum balas tersebut, kerajaan akhirnya membuat keputusan untuk meniadakan ujian berkenaan dan memilih pendekatan kemasukan Darjah Satu tanpa ujian diagnostik yang lebih fleksibel serta mesra perkembangan kanak-kanak.
Walaupun ujian diagnostik kemasukan Darjah Satu ditiadakan, Anwar menegaskan bahawa sistem pendidikan negara tetap menitikberatkan aspek penilaian murid, namun ia dilaksanakan secara berperingkat dan bersesuaian dengan tahap umur serta perkembangan kanak-kanak.
Beliau menjelaskan bahawa penilaian di peringkat Darjah Empat memberi ruang sekurang-kurangnya dua tahun untuk mengenal pasti kelemahan murid dan melakukan penambahbaikan sebelum mereka melangkah ke peringkat pendidikan menengah.
“Biasalah dalam apa juga cadangan akan mengundang sedikit kontroversi. Buat ujian Darjah Tiga salah, Darjah Empat salah, Darjah Enam pun salah. Tak buat langsung pun salah.
“Jadi kita putuskan, buat (ujian) Darjah Empat kemudian kita lihat keberkesanannya,” katanya.
Keputusan kemasukan Darjah Satu tanpa ujian diagnostik ini dilihat sebagai langkah progresif yang mengutamakan kesejahteraan emosi dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak, selari dengan falsafah pendidikan yang menekankan pembelajaran holistik.
Buat ibu bapa, pendekatan ini memberi ruang untuk anak belajar mengikut kadar perkembangan masing-masing tanpa tekanan perbandingan atau label pencapaian awal. Sokongan emosi, galakan serta persekitaran rumah yang positif kekal menjadi asas penting dalam membantu anak bersedia ke alam persekolahan.
Anak yang melangkah ke sekolah dengan rasa gembira dan yakin adalah permulaan terbaik untuk perjalanan pembelajaran jangka panjang.
Dalam posting di Instagramnya semalam Fazley bukan sahaja mengucapkan Selamat hari ibu kepada ibu dan isteri tersayangnya tetapi juga kepada ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansur.
Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya
Sebagai seorang anak, Fazley yang sememangnya dikenali sebagai seorang anak yang amat menyayangi ibunya tetap menghormati ibu mertuanya Datin Rosmah Mansur.
Walaupun hubungan mereka agak ‘tegang’ apatah lagi selepas Fazley dan isterinya Azrene membuat pendedahan tentang perbuatan Rosmah terhadap mereka selama ini di media sosial baru-baru ini namun atas dasar hormat hubungan ibu dan anak (dengan isterinya) beliau membuat perkongsian tersebut.
Manusia mana tak buat salah
Mungkin akibat terikut nafsu amarah yang sekian lama dipendam membuatkan suami isteri ini berani membuat pendedahan terbuka mengenai apa yang berlaku ke atas mereka selama 13 tahun hidup berumah tangga.
Namun bila keadaan sudah tenang, keberanian membuat kemaafan secara terbuka patut diberikan pujian. Memang tak seharusnya mereka berkongsikan segala aib dan kesalahan yang dilakukan oleh wanita bergelar ibu tersebut.
Keputusan Fazley untuk berkongsi ucapan hari ibu kepada ibu mertuanya mendapat pujian daripada segelintir netizen.
Semoga hubungan mereka sekeluarga akan kembali bertaut dan jadikan semuanya sebagai pengajaran. Pasti ada hikmah yang tersembunyi daripasa semua yang berlaku. InshaAllah.
Bagi ibu yang berasa diri tertekan, murung, trauma atau terlalu penat, banyak faktor penyumbang terhadap masalah ini. Hal rumah tangga bukan ibu seorang diri tetapi ia perlukan sokongan pasangan kerana jika semua itu dibebankan kepada si ibu, mudah jadi penat.
Seperti perkongsian seorang ibu ini, caranya meredakan stres dan penat adalah dengan meluahkan dalam surat. Kini setelah anak-anak besar, baru tahu nikmatnya ujian tersebut semasa anak masih kecil. Yang penting sentiasa positif!
MasyaaAllah.. Nampak tenang..Yes.. Ibu-ibu…saya dah lepas fasa kelam kabut.. 24 jam dengan anak-anak kecil.
Bila dah tua, benda-benda kecil macam ni sangat saya hargai. Saya akan record supaya saya sentiasa bersyukur.. Sebab bukan senang nak dapat. Dulu ini semua mimpi.
Kepada ibu-ibu yang lalui sama macam saya muda-muda dulu, 24 jam dengan anak-anak, tak sempat nak jumpa kawan, tak sempat nak mandi, tak sempat nak lap almari mop lantai, tak sempat nak lawa-lawa wangi-wangi.. It’s Ok! you are not alone. Your sacrifices are never a waste.
Dulu saya rasa alahai dulu baju kasut lawa, muka tak pernah tak ada blusher..is it worth it?.. what i choose n do now.. with the kids..After 16 yrs. Yes.. it is..
MasyaaAllah Tabarakallah. Macam mana saya kekal waras melalui semua itu dulu?
Segalanya dari Allah. Satu yang saya ingat adalah:
Saya luahkan.. saya tulis surat pada diri saya sendiri.. kemudian saya buang… saya buang sama-sama rasa letih, sedih, happy, marah saya.. saya ni manusia biasa.. bukan robot.. perasaan ini normal..
Kenapa tak cakap dengan suami.. i can.. and i did…tapi..bukan budaya kita orang Melayu jenis boleh nak sharing dengan good communication skills macam orang putih khususnya bila muda-muda ni…kekok.. rasa malu macam mengada-ngada dan rasa membebankan suami.
Sebab kan saya rasa macam ni lah saya pilih untuk didik anak-anak saya supaya boleh berkomunikasi dengan baik dari kecil..supaya mereka tidak rasa apa yang saya rasa. Budaya Melayu yang saya buang jauh-jauh dari anak-ank saya ialah..malu tak bertempat.
So..saya share sikit-sikit sahaja dengan suami..but it was never the same.. Sebab dia tiada dengan saya dari 8 pagi sampai 5 petang.. There is no way i can talk about all of it.. Tak sama.. and honestly..terlalu sibuk dan letih untuk mengadu nasib.. so..tulis surat is my way..
Ini cerita saya muda-muda dulu.. now we communicate very nicely, me and him…. dah tua.. pengalaman mematangkan diri.. dan kami semua sekeluarga berkomunikasi dengan baik.. kami belajar untuk hormat dengan pandangan masing-masing tak kira muda atau tua..
Terjumpa semula surat yang ditulis 15 tahun lalu
MasyaaAllah sangat besar kesannya antara kami dan anak-anak. MasyaaAllah..Lepas 15 tahun..masa kemas-kemas rumah pindah baru ni..saya jumpa surat-surat yang tak terbuang..saya pun dah lupa semua…
Oh.. ada surat yang ada kesan air mata… esp masa anak sakit berjemaah.. ada yang saya happy.. esp bila anak-anak buat kejutan surat cinta atau anak-anak pandai buat sesuatu yang saya ajar.. ada yang saya marah esp bila ada orang cakaap saya pemalas, bangun lambat, tak hantar anak sekolah, anak tak pandai bergaul…ada yang saya keseorangan esp bila nak keluar tapi tak ada kawan-kawan nak teman.
“Tak pernah keseorangan, Allah ada..”
Tapi setiap surat-surat tu..mesti ada.. “Allah ada.. and Allah will never leave me alone “Yes.. Allah ada… saya tak pernah keseorangan… Maha suci Allah.. Baik nya Allah, dia buat saya lupa yang saya pernah letih, pernah sedih, pernah marah, pernah kecewa masa jalankan tanggungjawab didik anak kecik-kecik dulu..
Padahal diri ini sgt lah insignificant.. 1 nyawa manusia yang kerdil yang tidak lekang dari dosa.. Allah hu.. Still..He is there..here.. along the way...tanpa kelemahan..Allah maha Esa… nikmat Allah yang mana lagi yg hendak kau dustakan…
Sekarang bila fikir balik..kalau lah Allah biarkan aku sendirian dulu.. sungguh aku sudah tidak bernyawa sekian lama.. sungguh lah ..kasih sayang dan pertolongan Allah sgt hampir dgn kita.. semoga kita menjadi orang-orang yang bersyukur..
Sesungguh nya dunia ini hanya lah persinggahan bagi manusia. Lama tak bercerita di Fb ni. Penutup posting ini, ibu-ibu jaga kesihatan mental ibu-ibu. Jangan burn out.. reach out if you do.. you are not alone walaupun kadang-kadang rasa alone sangat.. you are not..we are not.. Allah ada.. dan pertolongan Allah itu sangat-sangat hampir.. hugs.
Ramai sayang ibu-ibu.
#mamamoment
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.