Sedapnya kalau minum petang atau tengah malam rasa lapar, dapat makan keropok lekor panas. Cicah pula dengan sos cili yang dibuat sendiri, memang nikmat! Selalunya kalau keropok lekor mesti diperbuat daripada ikan segar. Rupa-rupanya boleh dibuat daripada mi segera juga.

Artikel Menarik: [Hari-Hari Anak Minta Ayam Goreng, Ubah Ayam Goreng Style Mamak Pula, Anak Makan Sampai Licin!]

Farisha Sofea berkongsi resipi keropok lekor mi segera di laman Facebooknya.

IKLAN

Layan Movie Sambil Makan Keropok Lekor. Resipi Ni Tak Guna Ikan, Serius Sedap!

💓 KEROPOK LEKOR MAGGI VIRAL 💓
Bahan Bahan :

Mi segera sedap / Indomie
Tepung ubi
Tepung gandum
Telur
Garam

IKLAN
Cara Cara :
  1. Rebus maggi sampai kembang sekembang kembangnya si kumbang 😆
  2. Kisar maggi termasuk perasa kecuali kriuk kriuk bawang. Jangan gatal nak kisar sekali ea 😒
  3. Telur jangan lupa letak dan juga sedikit garam. Sedikit aja ya teman teman. Kalau banyak bisa darah tinggi lo 😆
  4. Campurkan bahan kisar tadi dengan tepung ubi serta tepung gandum jangan memandai-mandai nak pakai tepung lain pulak 😄 haa kang jadi lain tak masal je.
  5. Gaul sebati sampai menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  6. Ulikan doh menjadi silinder dan rebus. Jadi silinder je ya jangan buat bentuk lain .
    toskan dan goreng laa apa lagi 😂
  7. Siap untuk dimakan 😋 jangan makan sorang sorang pulak 😁

*Ni saya buat guna 2 paket mi segera. Anggaran tepung ubi dalam 13 – 15 sudu, anggaran tepung gandum dalam 8 – 10 sudu .
*Semuanya bergantung kepada doh ya. Andai masih melekat, tambahkan lagi tepung.

Artikel Menarik: [Guna Seekor Ayam Boleh Buat 40 Cucuk. Resipi Sate Ayam Merecik, Makan Macam Tu Je Pun Sedap!]

IKLAN

Layan Movie Sambil Makan Keropok Lekor. Resipi Ni Tak Guna Ikan, Serius Sedap!

Untuk para ibu yang mahu sediakan hidangan savuri pula untuk keluarga, dah bosan buat kuih dan kek bolehlah cuba resipi keropok lekor mi segera ni. Tidaklah susah mana untuk membuatnya tapi rasanya sedap. Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI