Dalam membesarkan anak-anak, ibu ayah memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Macam-macam karenah, pelbagai perangai yang mereka buat yang selalunya akan menguji kesabaran orang dewasa.
Tapi itu semua lumrah kehidupan dan merupakan proses untuk kita sebagai ibu bapa menjadi matang dan lebih bijak untuk menangani anak-anak sendiri.
Perkongsian daripada Ibu Rose tentang sebab kenapa kita sebagai ibu ayah susah nak sabar dengan anak-anak sedikit sebanyak dapat memberikan penjelasan mengapa hal tersebut berlaku.
Ikuti perkongsiaannya:
3 SEBAB UTAMA KENAPA SUKAR SANGAT NAK SABAR DENGAN ANAK-ANAK.
Alhamdulillah, Ibu dah share dalam Closed Group Bina Generasi Love World secara terperinci berkenaan topik ini.
InsyaAllah, buat yang tidak berpeluang berada bersama live tersebut, Ibu kongsikan serba sedikit isi penting ya. 3 sebab UTAMA kenapa sukar sangat nak sabar dengan anak-anak :
1. RISAU YANG BERLEBIHAN
Oleh kerana ikatan kasih yang sangat kuat pada anak, maka kerisauan pada anak pun jadi berlebihan. Umpamanya, bila anak susah nak memahami suatu pelajaran walaupun telah diajar berkali-kali, akhirnya ibu mudah menjadi marah, tinggi suara sebab takut anak menjadi orang yang gagal. Takut anak tak berjaya dalam exam. Takut anak gagal dalam hidup. Takut anak tak mampu hadapi cabaran pada masa hadapan.
Ads
Sedangkan ia belum pun berlaku dan tidak semestinya berlaku seperti yang difikirkan. Kerisauan dan ketakutan yang berlebihan dan tidak membina ini lah antara punca kenapa ibu bapa mudah marah pada anak.
Inilah yang kadang orang kita kata, marah sebab sayang. Sedangkan ada cara lebih baik untuk pamerkan sayang, kenapa tidak pilih cara yang lebih baik itu kan?.
2. TIDAK TERIMA REALITI, MENAFIKAN
Mungkin kerana ‘expectation’ kita terhadap anak tinggi, bila anak tak mampu capai apa yang kita jangkakan maka kita tak dapat terima. Atau mungkin bila lihat perkembangan anak berbeza atau kurang berbanding anak orang lain, atau beradik lain, maka kita lebih mudah marah padanya.
Sebagai contoh, ada juga ibu bapa yang tidak menerima yang anaknya adalah mild ADHD atau AUTISME atau juga speech delay. Ada juga yang berasa stress bila lihat anaknya yang berumur 6tahun masih belum boleh membaca, sedangkan kawan sebaya dengannya di tadika yang sama sudah lancar membaca.
Perbandingan ini benar-benar menghambat ketenangan jiwa.
Sebenarnya, apa yang seharusnya dilakukan adalah menerima apa jua yang telah Allah takdirkan dan carilah solusi yang terbaik. FOKUS pada SOLUSI dan bukan PERMASALAHAN anak itu.
Ads
Ibu yakin dan percaya semua anak adalah HEBAT dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk membebaskan kehebatannya.
Soalan yang sepatutnya ditanya adalah BAGAIMANA ANAK SAYA HEBAT. Kalau anda memiliki Audio Class Parenting Bijak Pro, di situ Ibu ada kongsikan berkenaan VAK dan MI yang bila memahami perkara ini, InsyaAllah, hati akan lebih tenang kerana sedar betapa UNIKnya MANUSIA dan ada pelbagai jenis kecerdasan.
3. TIDAK PANDAI URUS TENAGA
Yelah, bila kita balik kerja dan penat, memang akan mudah menjadi SINGA. Namun, kita ada pilihan sama ada mahu meninggalkan memori yang INDAH atau memori DUKA pada anak-anak.
Seronokkan bila pulang dari kerja anak-anak berkejar mahu memeluk kita berbanding tidak hirau atau tidak kisah. Inilah HASIL dari apa yang kita beri pada anak selama ni.
Ads
Andai tiap kali bertemu kembali, kita bermuka manis dan menceriakan mereka, InsyaAllah mereka juga akan menceriakan kita.
Kalau kita kata kita penat seharian bekerja, anak juga begitu sebenarnya. Tidakkah kita sedar yang anak juga penat di taska atau di sekolah dengan pelbagai aktiviti? Bahkan sangat merindui ibu bapanya yang terakhir bersama 10jam yang lepas. Tangki emosi mereka sedang menyusut dan perlu dipenuhi. Fikir-fikirkanlah.
Justeru sangat penting untuk ibu bapa belajar bagaimana untuk mengurus TENAGA. Paling mudah dengan 3 langkah ini BETULKAN CARA BERNAFAS (Tarik nafas dalam-dalam), perbanyakkan SELAWAT dan sering BERWUDHU’. Minta kekuatan dari Allah, InsyaAllah Allah akan bantu pulihkan tenaga kita. Buatlah semuanya untuk raih redha Allah, pasti Dia akan permudahkan.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Jangan lupa saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad 20 September jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Siapa tak mahu anak bijak dan berjaya dalam hidupnya. Malah anak yang masih kecil tapi sudah menguasai pelbagai kemahiran pastinya didambakan oleh semua ibu bapa. Namun anak yang bijak tak datang sendiri, kitalah yang harus membimbing mereka. Kita sebagai ibu bapalah berperanan lebih dalam menentukan kejayaan anak.
Contoh paling dekat adalah mencontohi Angkasawan negara kita iaitu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, figura berkarisma malah bapa kepada empat anak yang cukup penyayang. Melihat caranya mendidik anak-anaknya memang hebat. Malah beliau punya falsafahnya sendiri dalam mendidik anak.
“Start young and push your child to their limits” Begitu kata Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Bukan omongan kosong malah beliau membuktikan dua anaknya cemerlang dan mahir dalam pelbagai bidang pada usia yang cukup muda. Hebat!
Mengapa Perlu Desak Anak Lebih Awal?
Orang kata salah bila paksa anak terlalu awal. Bukan memaksa tanpa fakta tetapi ini mama papa kena tahu mengenai otak anak kecil kita. Memang superb!
Otak kanak-kanak sentiasa berhubung dan membina sambungan dari satu neuron ke satu neuron yang lain.
Dari lahir hingga usia lima tahun, otak kanak-kanak bertambah menjadi 90 peratus daripada saiz orang dewasa.
Ketika usia ini, otak anak akan cuba menghapuskan dan menyingkirkan sambungan saraf yang tidak kerap digunakan dan memberi laluan kepada sambungan saraf yang sering digunakan.
Proses yang dinamakan Synaptic Pruning ini sama seperti proses cantasan pokok dimana sebahagian dahan dicantas untuk memberi laluan cambahan lain berkembang.
Jika kanak-kanak di bawah usia 6 tahun hanya menggunakan otak mereka untuk satu bahasa sahaja, mereka akan kehilangan sambungan saraf untuk bahasa kedua. Inilah sebabnya mengapa kanak-kanak perlu mengaktifkan semula sambungan ini. Dan Kumon ada jawapannya untuk memahirkan kanak-kanak dengan Bahasa Inggeris yang pantas dan tepat.
Kerap dan sentiasa menggunakan sambungan saraf ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk mengekalkan, mengukuhkan ingatan serta minda mereka dari semasa ke semasa.
Disebabkan hal inilah, adalah penting untuk menggalakkan, mengasah dan memastikan anak-anak sentiasa mengulangi dan kerap menyemak semula apa yang telah mereka pelajari setiap hari. Ini bagi mengukuhkan maklumat dalam minda mereka.
Malah pengulangan pada satu-satu benda akan membantu memastikan pembelajaran mereka kekal dalam ingatan pada tempoh jangka panjang.
Contohi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar,
Tahukah anda bahawa otak kanak-kanak berkembang sehingga 90% semasa 6 tahun pertama dalam hidup mereka.
Otak anak kecil itu umpama span yang dapat menyerap pelbagai informasi yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar menasihatkan ibu bapa supaya buang rasa ketidakyakinan pada anak-anak kerana mereka sememangnya berkemampuan untuk memahami serta mengingati segala informasi yang diberi.
Tak hairanlah kedua-dua anak perempuannya mempunyai jadual penuh setiap hari. Kedua-duanya bersekolah Cina pada waktu pagi, membuat latihan Matematik pada waktu tengah hari sebelum pergi ke sekolah agama Islam pada waktu petang.
Malah, mereka turut menghadiri kelas renang dua kali seminggu, kelas catur, kelas ballet, kelas Al-Qur’an 3 kali seminggu, kelas piano, Taekwando, dan kelas-kelas Kumon. Jadi ini terbukti akan keupayaan otak anak kecil kita.
“Kenal pasti impian anak-anak kita. Penting untuk anak-anak kita punya impiannya sendiri. Be itDoctors, Scientists, Engineers or even Astronauts. Bantu impian mereka dengan belikan buku untuk merangsang minat mereka. Saya mahu anak-anak saya jadi seorang doktor jadi saya banyak belikan buku-buku mengenai tubuh badan manusia, eksperimen kanak-kanak dan bawa anak ke tempat kerja supaya dapat beri inspirasi pada mereka.
“Saya juga didik mereka cintakan subjek Matematik dan Sains sejak awal. English juga penting dan kami bercakap dua bahasa ini di rumah supaya anak lebih mahir. Kalau nak jadi doktor, dua perkara ini harus hebat. Paediatrician for Bella and Cardiologist for Tasha .
Inilah sebabnya mengapa saya hantar anak-anak saya ke Kumon seawal usia 3 tahun. Saya suka pembelajaran dan latihan kerjanya dan saya nampak hasilnya pada anak-anak saya. Mereka lebih berdikari dan mampu sudahkan kerja sekolah setiap hari dengan mudah tanpa merungut. Saya amat mengesyorkan Kumon jika anda mahukan anak-anak yang bijak,” kongsi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar di Instagramnya.
Kenapa Perlu Paksa?
Anak-anak sentiasa dan perlu mencabar diri mereka sendiri malah tidak takut untuk keluar dari zon selesa.
Anak-anak perlu diajar untuk melakukan perkara-perkara yang mencabar, mengasah minda dan fizikal yang teruji ketika mereka masih kecil.
Perlu didedahkan dengan pelbagai perkara malah menggalakkan mereka untuk lebih mengenal dunia dengan pelbagai jenis ilmu tanpa sempadan.
Mendedahkan mereka dengan pelbagai situasi dan perkara yang lebih berat agar lebih yakin dan matang.
Keyakinan diri anak kecil perlu bila mana mereka menghadapi masalah dikalangan mereka, kanak-kanak dapat berhadapan dengan masalah sendiri dan membuat keputusan sendiri secara matang.
Bagaimana KUMON boleh membantu anak anda mencapai potensi mereka sepenuhnya?
Kumon mengamalkan pembelajaran dengan sistem pembelajaran melalui amalan latihan berkala disamping pembelajaran yang lebih santai.
Bila kanak-kanak mula selesa dengan pembelajaran, perlahan-lahan mereka akan mula menerima dengan baik.
Satu contoh yang dapat dilihat bila mana mereka menyelesaikan kerja rumah yang diberikan, menganalisis kesilapan sendiri dan mengolah kearah yang lebih baik.
Malah Kumon menggalakkan kaedah pembelajaran sendiri yang lebih santai namun terbaik buat kanak-kanak.
Jika anda ingin jadikan KUMON sebagai alternatif pembelajaran terbaik anak-anak anda, jangan teragak-agak untuk menyertai Kelas Percubaan KUMON secara percuma selama dua minggu.
Jadikan peluang ini sebagai satu titik tolak untuk anak anda menjadi lebih mahir dan berjaya menguasai bahasa Inggeris serta bijak Matematik. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi cawangan KUMON terdekat anda sebelum 17 Mac ini atau layari www.kumonmalaysia.com atau di facebook, Kumon Malaysia untuk keterangan lanjut.
Kredit: @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata anak kita tak letih belajar seharian. Pagi ke sekolah dan petangnya ke kelas petang pula. Memang memenatkan. Sudahnya anak balik ke rumah dalam keadaan tak bermaya dan letih.
Sebagai ibu selain sediakan pemakanan yang sihat untuk anak, ada cara mudah yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar untuk disediakan buat anak-anak.
BAGAIMANA NAK POWER UP OTAK ANAK?
===============================
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial?
Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka.
Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:
1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
2. Masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
4. Blend.
5. Campurkan dengan madu atau gula apong (di Sarawak sahaja) atau gula kabong.
Hidangkan. MUDAH dan CEPAT.
Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.
Jom semua, bukan ibu saja sihat, anak pun sihat dengan pegaga ni. Paling penting otak anak kembali segar.
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah untuk membawa anak kecil menunaikan umrah. Namun pasangan selebriti ini, Datin Fouziah Gous dan suaminya, Dato’ Md Zafran Md Yusof punya tip mereka sendiri ketika membawa anak mengerjakan umrah pada tahun lepas. Pasangan ini tampil sebagai pengacara program Pa&Ma TV dengan topik Travel Umrah Bersama Si Kecil. Banyak tip yang dikongsikan pasangan ini ketika sesi fotografi berlangsung.
Malah menariknya, pasangan ini juga sempat berkongsi rasa syukur mereka kerana dapat membawa anak-anak menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga tip yang dikongsikan pasangan ini dapat memberi panduan lain kepada ibu bapa.
“Bawa anak pergi menunaikan umrah adalah satu pengalaman paling hebat buat saya. Mulanya suami tak izinkan saya bawa anak-anak kerana dia bimbang akan mengganggu untuk beribadah tapi saya beriya nak bawa anak-anak bersama. Kalau boleh saya nak bawa anak-anak jejakkan kaki ke sana dan nak dia tengok sendiri berada di Tanah Haram.
Saya rujuk pada ustaz untuk lebih meyakinkan kami suami isteri. Anak kedua saya cirit birit semasa di sana tapi kami sama-sama jaga. Masa nak buat ibadah pun kami sama-sama berganti.
Gambar ketika menunaikan umrah pada tahun 2018
Satu hal lagi semasa berada di masjid, saya cuba cari ruang yang selesa buat anak-anak. Jauh sedikit daripada orang ramai tetapi selesa untuk anak-anak bergerak. Bagi saya bila bawa anak taklah susah cuma kena ada kesabaran yang tinggi.
Sepanjang berada di sana saya bawa makanan dan pek siap-siap. Di sana abang makan nasi tetapi adik pula saya pilih yang organik untuk dia dan juga yogurt. Disebabkan dia masih kecil ketika itu, saya banyak bawa puri yang tak perlu dipanaskan sepanjang berada di sana.”
Malah kongsi Dato’ Md Zafran pula, pengalaman bawa anak sedikit berbeza jika dibandingkan dibandingkan dengan pergi menunaikan umrah sendiri.
“Bawa anak taklah sesusah mana, perlu pandai mencari ruang untuk fokus beribadah. Sepanjang berada di sana kami menyewa kerusi roda untuk bergerak kerana stroller tidak dibenarkan. Antara tip yang saya boleh kongsikan adalah dulukan kelengkapan anak-anak.
Rasa nervous juga nak cuba bawak anak pergi umrah tapi dalam masa yang sama rasa teruja. Pengalamannya sangat mencabar dan sebelum pergi harus tambahkan ilmu agar persediaan nak bawak anak terkawal sepanjang berada di sana.
Persediaannya kena cukup, kelengkapan seharian dan makanan juga penting. Walaupun saya dah pernah pergi umrah sebanyak lima kali namun pengalaman bawa anak berlainan sedikit.
Ubat-ubatan wajib di bawa kerana di sana mudah terdedah dengan persekitaran kerana terlalu ramai orang. Penyediaan susu juga kerana beri lebih perhatian supaya anak dibekalkan susu dengan sebaiknya.
Saya juga ambil insurans anak awal-awal lagi, bimbang berlaku pelbagai masalah seperti anak sakit dan sebagainya. Kita tak minta tetapi perlu bersedia”.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.