Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa. Namun, ada beberapa amalan tradisi yang sering dilakukan semasa raya, tetapi sebenarnya tidak wajib pun. Kalau nak buat, boleh saja, tapi kalau tak buat pun tiada masalah. Jom tengok empat amalan tradisi ini!
1. Balik Kampung Sebelum Raya
Balik kampung untuk beraya dengan keluarga memang menyeronokkan, tetapi ia bukan satu kewajipan. Ada yang terpaksa bekerja, ada juga yang menghadapi kekangan kewangan atau keadaan tertentu yang menghalang mereka pulang ke kampung. Jangan rasa bersalah kalau tak dapat balik kampung, yang penting, tetap berhubung dengan keluarga melalui panggilan video atau telefon.
2. Baju Raya Baru
Ads
Memakai baju baharu pada hari raya memang satu kebiasaan, tetapi Islam tidak mewajibkan kita membeli pakaian baru setiap kali raya. Apa yang penting ialah memakai pakaian yang bersih dan kemas. Kalau baju tahun lepas masih elok, tak perlu membazir beli yang baru. Yang penting, kita menyambut hari kemenangan dengan penuh kesyukuran.
3. Beri Duit Raya
Duit raya memang menggembirakan kanak-kanak, tetapi ia bukan satu keperluan. Tradisi ini lebih kepada adat masyarakat kita dan tidak ada paksaan untuk melakukannya. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah memberi sekadar kemampuan. Kalau tak mampu, cukuplah dengan memberi ucapan dan doa yang baik-baik.
Antara jawapan yang boleh diberikan untuk menjawab pertanyaan itu dengan berhemah adalah seperti:
Ads
“Tahun ni tak ada duit raya, insyaAllah lain kali,”. “Tahun ni bajet lari sikit. Doakan saya boleh beri tahun depan pula ya,”. “Maaflah, harap-harap tahun depan ada lah insyaAllah,”. “Biasalah, komitmen wajib kita banyak, yang itu kena setel dulu. Takut tak lepas kat akhirat nanti,”. “Diam saja dan senyum.
4.Menziarahi Kubur Pada Hari Raya
Menziarahi kubur ketika Aidilfitri bukanlah suatu kewajipan kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada hari raya sahaja. Malah, jika kita lebih kerap menziarahi pusara pada waktu lain, ia dapat menjadi peringatan tentang hakikat kehidupan dan kematian yang pasti tiba.
Ads
Sebaliknya, hari raya boleh dimanfaatkan untuk menziarahi sanak saudara yang masih ada, terutama yang sudah lama tidak ditemui. Mengeratkan silaturahim dengan keluarga yang masih hidup juga merupakan satu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam.
5. Rumah Terbuka Besar-besaran
Rumah terbuka memang seronok kerana dapat berkumpul dan menjamu tetamu, tetapi ia bukan satu kewajipan. Kalau ada bajet dan tenaga, silakan. Tapi kalau rasa penat atau mahu beraya secara sederhana bersama keluarga terdekat, itu pun tak mengapa. Raya bukan tentang kemewahan, tetapi tentang kegembiraan dan kebersamaan.
Hari Raya adalah tentang meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Jangan tertekan dengan perkara yang tidak wajib. Sambutlah raya dengan cara yang selesa dan bermakna untuk diri sendiri dan keluarga. Yang penting, jangan sampai membebankan diri atau membazir. Selamat Hari Raya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak sayu dan sedih akan kehilangan seorang anak yang begitu disayangi keluarga. Namun ibu ini, Rosniza Abdullah reda melepaskan anaknya pergi selepas berjuang lama dengan penyakit yang dihadapinya.
Anak kecil kesayangan ramai itu, allahyarhamah Afia Azlan yang baru sahaja berusia hampir lima tahun pergi selepas berjuang dengan penyakit kanser neuroblastoma stage 4 yang dihidapinya. Sayu dan sebak.
Melalui facebooknya, ibu cekal dan tabah ini berkongsi kisah perjalanan akhir anaknya yang meruntun jiwa ramai. Ikuti perjalanan akhir seperti yang dikongsikan oleh ibunya.
Perjalanan akhir Afia, anak syurga mami. Banyak sangat dm, mami tak mampu nak balas satu-satu lagi buat masa ni. Mami cerita dekat sini.
30/4/2023 Afia demam
1/5/2023 Afia masih demam dan dia mengadu sakit bawah ketiak. Waktu mandi mami perasan ada benjol baru dekat bawah ketiak. Mami tau Afia sakit. Sebab Afia jika dia sakit betul, takleh tahan baru dia bagitau mami.
5/5/2023 last daycare Hari ni hb Afia 3.7, platelet 25. Walaupun raya ke2 hari tu dah masuk 2beg darah. Tapi darah afia terlalu cepat jatuh. Mami mintak pandangan doktor. Apa patut mami buat lepas ni. Mami dah sedih lihat keadaan afia. Walaupun dia ok tak pernah merengek sakit teruk. Tapi mami tahu dalaman dia dah teruk. Doktor kata jika mami dan daddy dah sedia, lebih baik lepaskan saja afia pergi. Biar dia habiskan masa dekat rumah dan dekat dengan keluarga. Doktor bekalkan morphine dan ajar cara guna.
Balik dari daycare dia memang sihat, makan minum dengan baik. Sebab dah tranfus darah kan. Masa ni mami masih cakap nanti nak pegi bawa afia masuk darah lagi next week. Sebab nurse daycare masih cakap kalau mami nak datang, datang je. Mami tau doktor kesian kat kami ulang alik jauh untuk afia dari kelantan ke sjmc. Tapi kami tak rasa penat pun untuk afia. Asal afia ok, kami ok.
10/5/2023 ikut daddy pergi ambik alya balik school. Afia cakap nak beli toy. Mami bawa dia pilih toy dekat mr. Toy dalam tesco. Pastu pegi giant, seronok dia tengok ada troly macam dekat lion mall. Bawak pusing dalam tu. Pastu afia mintak nasi yellow. Singgah beli , banyak afia makan, lebih separuh. Tu last afia makan banyak sebelum pergi🥹. Malam pun dia masih mintak roti cicah milo. Afia sangat sihat lepas masuk darah tu. Mami pun rasa macam ajaib.
11/5/2023 hari ni balik ambik alya daddy beli nasi yellow. Afia seronok tapi dia makan 2sudu je. Dia dah mula taklalu makan. tapi masih minum. Roti pun sikit je makan, tak macam selalu.
12/5/2023 afia dah taknak makan. Mami risau dia sakit. Mami bagi morphine 1ml je. Tapi mami tau tak sedap. Lepas masuk je dia muntah. Dah hari ni dia byk muntah. Afia asyik ulang ayat
“Ubat white tak sedap” “Tengok afia dah wekk” “Mami salah” “Ubat white tak boleh” “Siannn afia wekk”
Lepas muntah afia marah mami dengan ayat ni. Lepas tu mami cakap yela mami tak suap dah ubat white. Mami takut afia sakit. Afia cakap dia tak sakit. Dan mami janji mami tak suap dah ubat white. Mami cakap kat daddy kalau nampak afia macam sakit sangat baru mami akan bagi. Daddy memang menyokong je apa mami nak buat.
13/5/2023 afia masih tak nak makan. Bila mami suruh makan. “Afia dah kenyang” “Afia tak hungry”
Itulah ayat dia tiap kali mami suruh makan. Petang tu nurse daycare tanya khabar afia. Mami cakap afia dah 2 hari tak makan. Mami dengan besar hati harap la nurse kata datang daycare masuk darah mami. Tapi harapan mami tak kesampaian. Nurse suruh mami biarkan dia, bagi afia rehat, dekat dengan keluarga. Mami menangis lepas tu. Mami takut afia akan penat terlalu lama. Mami sedih tengok afia letih tak makan macam tu. Walaupun dia letih tapi mulut dia masih bising. Tapi mami selalu cakap.
“Afia rehat ok, nanti Allah datang help afia. Nanti Allah bawak afia pegi syurga, nanti afia tak sakit dah”. Bila mami cakap macam tu dia hanya jawab “Ok”
Dia banyak tdo dah waktu waktu ni. Mami tahu afia penat. Waktu ni walaupun dia tak makan tapi dia tetap buang air besar dekat toilet. Mami tahu afia tengah nak kosongkan perut.
14/5/2023 afia bila tak makan dia selalu mintak air, epal jus, susu, susu pink. Daddy pun layang je semua. Afia mintak terus daddy pegi beli. Mami cuba tunai semua apa yang dia nak. Alhamdulillah mami lega semua dia nak mami ambik. Mengantuk macam mana pun mami bangun. Mami takut itulah permintaan terakhir dia. Cuma dia mintak nak pegi hotel leaf (dekat penang) yang ni mami tak boleh tunai. Sebab jauh, mami tau afia dah penat. Mami cakap nanti dekat syurga lagi best dari hotel leaf🥹
Tokma dan tokwan datang melawat. Dia cakap dekat tokma “hai” walaupun terbaring masih angkat tangan bagi hai dekat tokma. Hujung2 dia selalu minta mami nak “lailahaillallah”. Bila bila dia penat, nak tido,memang cakap nak “lailahaillallah”. Selalu cakap afia baby “baby afia” betul lah tu forever “baby afia”.
Malam tu dia memang nampak penat. Mami tak jemu berdoa mintak dekat Allah ambil la afia ya Allah. Mami dah tak mampu lihat afia penat macam tu. Maafkan mami sayang. Mami terlalu sayangkan afia. afia pun selalu tanya mami “bila Allah nak datang mami” “Afia dah penat”
Mami hanya mampu cakap sabar sayang mami. Nanti Allah datang, Allah suruh mami jaga afia dulu.
15/5/2023 hari terakhir afia di alam dunia. Pagi afia masih ok. Bangun mintak air macam biasa. Tapi afia lagi banyak tido. Mami biarkan sebab dia penat tak makan. Mami selalu cakap “mami sayang afia, afia tahukan”
“Afia tahu” “ i love u mami” Dia selalu cakap i love u mami sebab mami ajar selalu🥹.
Mami buat kerja rumah macam biasa.afia langsung tak susahkan mami. Mami boleh masak nasi amina, boleh basuh kain, sidai kain. Tapi afia banyak panggil mami “I want mami”
Mami tanya afia nak peluk. Dia cakap “Yes, i want mami” Anak mami ni banyak cakap english sebab banyak tengok utube. Mami pun tak paham kekadang😂 tapi mami cakap melayu je dengan dia.
2.00pm daddy nak keluar pegi ambik alya.daddy keluar awal sebab nak singgal beli hadiah untuk teacher alya. Esok hari guru.
2.15 pm mami cakap dekat afia. Mami solat zohor kejap k. Afia letih dan masih tdo. Mami bangun tinggal ambik wuduk. Keluar bilik air, mami tengok dia tdo tapi seluar basah. Dalam hati mami cakap afia kencing tak panggil mami mungkin dia letih sangat. Biasa dia memang akan panggil walaupun letih. Dia tetap taknak pakai pampes. “Pampes amina je, afia tak pampes”.
Pastu mami cakap mami solat jap k. Nanti afia mandi, tukar baju. Dia diam sebab tido. Mami solat kejap. Pastu mami angkat afia pergi bilik air. Dia nampak letih. Nak tukar baju dia taknak berdiri. Biasa letih pun dia masih gagah boleh berdiri. Pastu mami buka baju sambil dia duduk. Mami cakap kita basuh kejap je k.
2.30 pm dalam bilik air. Afia memang penat sangat. Tubuh dia macam lembik. Duduk pun dia tak mampu. Mami riba sambil mandikan dia. Mami tahu afia biasa bukan macam ni. Mami dapat rasa tapi mami tak fikir sangat. Mami gagah diri handle amina tak duduk diam lagi pegi join masuk bilik air. Mami lap tubuh afia. Pakai pampes kat bilik. Mami cakap afia pakai pampes k. Afia dah penat sangat ni.
2.45pm mami rasa afia lain. Afia senyap tak bercakap. Mami panggil afia senyap. Mami call daddy. Daddy pusing balik rumah.Waktu ni tiba2 hujan turun lebat. Mami cek oksigen dah tak stabil. Kejap naik kejap turun. Mami bagitau family terdekat doakan afia. Afia dah senyap.
Mami riba afia, mami cakap “mami sayang afia tapi mami taknak afia sakit lagi, pergi lah sayang dekat sana afia tak sakit lagi”. Mami baca zikir kegemaran dia “lailahaillallah” Afia tengok je mami takde respon. Daddy pun cakap pergilah afia, daddy sayang afia, tunggu mami daddy dekat sana”
Pukul 330 jantung afia semakin perlahan. Afia seperti nak kata sesuatu, mami tahu afia sakit. Mami dapat rasa sakitnya sakaratulmaut. Afia genggam tangan mami sangat kuat.
Tepat jam 340pm nadi afia berhenti. Afia pergi tinggalkan mami. Walaupun mami sedih kehilangan afia tapi mami rasa lega afia dah tak sakit lagi. Mami sedih lihat afia makin hari makin letih. Ya Allah, baiknya Allah. Allah sayang afia.
Lepas je Afia tinggalkan mami, hujan yang turun tadi berhenti. Cuaca menjadi cerah kembali. Langit sambut kepulangan afia.
Begitulah cerita detik detik akhir afia. Nak sambung lagi tapi macam dah panjang sangat nanti orang jemu. Semua urusan lepas itu pun sangat mudah walaupun kami seperti terkejut. Doktor dekat hospital pun mudahkan urusan kami. Sebeb afia memang sakit kanser neuroblastoma stage 4 high risk. Doktor mudahkan semuanya. Penyakit afia memang dah berbahaya.
Terima kasih Allah pinjamkan anak yang baik ini. Bagi peluang mami menjaganya untuk hampir 5tahun ini. Mami rasa puas dapat jaga dia dengan baik. Walaupun ada kala afia kata “mami angry afia” kekadang mami marah jugak sebab afia jadi manja. Tapi mami langsung tak rasa susah jaga awak selama ini.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri, remaja perempuan 15 tahun maut. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim,George Town, Pulau Pinang pada awal pagi Ahad.
Terjatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri, Remaja Perempuan 15 Tahun Maut
Mayat remaja berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 1 pagi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Difahamkan, terdapat kesan kelar pada tangan kiri remaja terbabit.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, hasil siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.
Menurutnya, siasatan lanjut pihak polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
“Semakan juga mendapati mangsa merupakan anak tunggal manakala ibu bapanya sudah bercerai dan ketika kejadian ibu keluar membeli barang.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, kita minta orang ramai jangan buat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta sensitiviti keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
Swee Sake berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan siasatan kes Allahyarham adik Zara Qairina Mahathir, terkini Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.
Menurut KPM, keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.
“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut adalah keutamaan KPM pada masa ini.” kata kenyataan itu.
KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terbabit.
Terdahulu Allahyarham adik Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Jumaat lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan kubur Zara perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur remaja berkenaan digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi Ahad di tanah perkuburan sama.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.