Nak Buat Kuah Soto Jangan Bergantung Pada Rempah Je. Ini Bahan Lain Jadikan Soto Sedap

Share

Soto antara makanan tradisi dari negara jiran, indonesia yang dalamnya terdapat campuran daging ayam atau daging lembu, kacang, begedil kentang dan beberapa jenis sayur-sayuran.

Bagi yang teringin untuk menyediakan juadah ini, anda boleh ikuti respi yang dikongsi oleh Farah lome.

RESIPI SOTO CARA SAYA

Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 orang makan)

Bahan-bahan;

•lengkuas 1 inci
•halia 1 inci
•bawang merah besar 4 biji (memang Kalau banyak lagi sedap)
•bawang putih 1 ulas
•buah keras 1 biji
*blend semua bahan di atas

•Ayam potong besar sebab nak carikkan nanti
•serai 2 batang (ketuk)
•minyak untuk menumis
•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
•kiub ayam 1
•akar daun sup (potong dan cuci bersih)
•air 2 liter/ sejug

*atau kalau taknak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kadang guna rempah soto je boleh dapatkan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-semata.

Cara masak:

•tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.
•masukkan serbuk sup dan kurma/rempah soto.
•masukkan ayam. Agak-agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.
•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
•Siap!

Resipi Begedil kentang

•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan then leperkan sedikit.
•Telur 1 biji
•lada sulah
•garam secukup rasa
*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

*cara goreng begedil supaya tak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil je. Jangan penuh ok. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tak garing/kekuningan. Dah garing baru balikkan ye. Kalau balikkan awal-awal memang pecah ler.

*maaf tersalah terkurang.

Kredit: farah lome

IKLAN