Dah masuk hari raya ke lima ni ada tentu dah bosan dengan menu rendang dan kuah nasi impit setiap sejak kali Raya. Apa kata buat hidangan sup tulang. Makan panas-panas memang sedap.
Bila sebut hal sup tulang, mesti ada yang nak tahu bagaimana hendak masak sup tulang yang sedap dengan kuah yang pekat. Ini kerana, kebanyakan sup tulang mempunyai kuah cair dan tidak berapa kaw!
Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi daripada Fazniza Razali. Dia berkongsi mengenai resepi sup tulang yang sedap dan pekat dengan mencampurkan 2 bahan rahsia. Apakah bahan tersebut dan bagaimana cara penyediaannya?
Bahan-Bahan A:
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar
Kisar semua bahan A sampai halus
Bahan-Bahan B (Bahan Rahsia Kepekatan Kuah):
Ads
3 batang saderi
1 batang lobak merah
Kisar semua bahan B sampai hancur
Bahan-Bahan C:
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2 kg tulang
5 biji kentang (dibelah 2)
3 batang sadari (dihiris)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
air
Cara Penyediaan:
Ads
Panaskan minyak, tumiskan bahan A hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
Ads
Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang empuk.
Jika tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi empuk. Proses ini makan masa 1 1/2 jam juga.
Apabila sudah empuk, masukkan ubi kentang, batang sedari dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
Dah masak semua bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
Okay dah siap sup tulang kita ni! Bahan-bahan B lah yang membuatkan sup tulang jadi pekat. Rasa dia memang sedikit lain dari yang lain dan sedap! Cubalah!
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Fazniza Razali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja sambal udang, pasti ramai peminatnya. Letak sahaja hidangan di atas meja, berebut anak-anak dan suami makan. Nak jadikan sambal udang tambah power, ada caranya.
Salah satunya tip dan perkongsian Pn Nor Seri Azlina Bustani yang menggunakan cili kerinting panjang dari Indonesia. Sedapnya lain macam dan tidak terlalu pedas. Jom cuba!
Kisahnya kalau kawan-kawan datang mai rumah sis memang suka masakkan sambal udang. Sampai one of my friend cakap, awat sambal udang ko sedap lain maciamm. Sampai balik rumah aku dok teringat.
Tak dak rahsia apa pun, cuma kalau masak sambal sis suka pakai cili indo fresh yang panjang-panjang (dalam gambar). Cili ni kepedasan dia tahap sederhana, ngam-ngam pedasnya dan rasa pun memang sedap.
Harga mahal sikit la, biasa kat pasar sampai RM40 sekilo. Kadang sis kirim kat jiran yang meniaga sebab dia dapat murah sikit dalam RM30 sekilo. Lama boleh pakai sekilo tu sebab cili ni ringan, biji pun kurang . Buat sambal memang mantap 👍👍. Resepi samballado cara sis!
Bahan-bahan:
Cili
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Paste asam jawa 1/2 sudu kecil
Belacan fresh (pakai belacan kuala perlis)sedap 👍
2 sudu besar santan kotak
Garam
Gula melaka (nise)
Perasa jika suka
Blend cili, bawang merah, bawang putih, tomato, pes asam jawa dan belacan sampai sebati.
Tumiskan sampai pecah minyak.
Masukkan santan dan perasakan dengan garam, gula melaka dan perasa jika suka.
Anak selalu tidak sihat? Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil. Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja?
Makanan punca sistem pertahanan badan lemah?
Bolehkah makanan membuatkan kita sakit?
Berdasarkan kajian, pengambilan gula berlebihan boleh menekan sistem imun atau pertahanan badan. Maka apabila sistem kekebalan ini terganggu, ia akan cenderung membuatkan anda sakit.
Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana individu tanpa mengira usia, termasuklah anak anda.
Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula atau karbohidrat halus sebagai makanan harian, di mana ia akan diproses sebagai gula, berkemungkinan boleh mengurangkan keupayaan sistem pertahanan badan anak untuk melawan penyakit.
Tetapi apakah jenis makanan yang boleh melemahkan sistem imun si manja sekali gus membuatkan mereka mudah jatuh sakit?
7 jenis makanan menjejaskan sistem pertahanan badan
Diet makanan harian yang diberikan kepada anak adalah salah satu cara untuk menyokong sistem imun badan mereka.
Jadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menyediakan makanan yang terbaik serta mengelakkan makanan yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan mereka.
Berikut adalah senarai makanan yang tidak bagus dan perlu dielak daripada diberikan kepada anak untuk menjaga sistem kekebalan badan si manja.
Gula-gula
Kanak-kanak mana yang tidak gemarkannya?
Tetapi jika anda mahu menjaga sistem imun anak, kurangkan atau sebaiknya elakkan daripada memberi mereka makan gula-gula seperti coklat dan gummies yang tinggi kandungan gula.
Berdasarkan kajian tahun 2018, gula yang diproses seperti terdapat dalam gula-gula boleh meningkatkan tahap keradangan dalam badan.
Jumlah keradangan yang tinggi boleh memberi kesan negatif terhadap sistem imun anak.
Minuman soda
Ahhhh…sedapnya kalau ‘pekena’ soda dengan tambahan ais, kan? Lagi-lagi pada waktu panas.
Pun begitu, minuman manis seperti soda adalah tinggi kandungan gula dan kalori serta tiada nutrisi. Pastinya minuman tanpa gula adalah pilihan terbaik untuk membina imuniti badan si manja.
Penyelidikan pada tahun 2011 menyokong pengambilan soda mahupun sebarang minuman manis boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan obesiti.
Individu yang mengalami obesiti berisiko untuk berdepan keadaan fungsi imun yang berkurangan.
Makanan bergoreng
Makanan bergoreng seperti kentang goreng dan kepak ayam bukanlah pilihan terbaik untuk menyokong sistem imun anak kerana kandungan lemak dan minyak yang tinggi.
Makanan bergoreng cenderung berlemak tinggi dan berminyak serta boleh menekan sistem pertahanan badan anak.
Dalam kajian 2016, diet tinggi lemak memberikan kesan negatif terhadap mikrobioma usus – bakteria yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun.
Makanan segera
Kebanyakan kanak-kanak pernah mengambil makanan segera, bahkan, mungkin ada yang mengambilnya sebagai menu makanan harian.
Ya, tidak dinafikan rasanya sedap, apatah lagi saat sedang kelaparan. Tetapi sebaiknya, elak daripada membiarkan anak terus memakan burger, kentang goreng atau sebarang menu makanan segera lain.
Ini kerana makanan tersebut sangat tinggi kandungan kalori, lemak tepu, natrium dan gula yang boleh menjejaskan sistem pertahanan badan kanak-kanak.
Kajian mencadangkan diet yang tinggi lemak dan kalori, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap imuniti badan dan juga meningkatkan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.
Aiskrim
Ia berkrim, manis dan enak serta sukar untuk ditolak oleh sesiapapun terutamanya kanak-kanak.
Tetapi malangnya pencuci mulut ini penuh lemak tepu dan gula yang boleh mengakibatkan keradangan.
Umumnya, aiskrim mempunyai jumlah gula sehingga 6x ganda melebihi jumlah yang anda perlukan dalam sehari.
Dan itu belum lagi ditambah dengan pilihan condiment seperti coklat tabur atau sprinkle.
Kerepek kentang
Makanan ringan ini sangat enak dimakan saat menonton televisyen, kan? Malahan, anak mungkin leka mengunyah sehingga habis sepaket.
Namun, ia bukanlah pilihan makanan harian yang baik jika anda mahu meningkatkan sistem ketahanan badan si manja.
Ia sejenis makanan yang telah diproses dan rendah nutrien. Pengambilan dalam jumlah yang tinggi boleh menjejaskan imuniti badan si kecil.
Kek, pastri & biskut
Satu lagi pilihan makanan manis yang digemari ramai kanak-kanak. Apatah lagi jika ia dihias dengan krim yang pelbagai warna.
Namun makanan seperti ini adalah makanan harian tinggi lemak, kalori dan gula serta boleh mengakibatkan keradangan serta kenaikan berat badan pada anak.
Jangan terkejut, kek, pastri dan biskut boleh memberikan ancaman 3x ganda kepada sistem pertahanan badan.
Utamakan penjagaan kesihatan
Sekiranya, anak mungkin mahukan makanan ringan seperti di atas, tawarkan pilihan makan yang lebih baik untuk membantu menjaga sistem pertahanan badan mereka.
Kawallah pengambilan makanan yang tidak sihat atau sebaiknya elakkan terus daripada memakannya.
Gantikan dengan pilihan makanan harian yang lebih sihat seperti buah-buahan, bijirin, kekacang dan sayuran.
Jadikan amalan pemakanan sihat sebagai gaya hidup anda sekeluarga!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak susah pun untuk buat kudapan yang sihat untuk anak-anak. Kadang yang simple itu buat anak lagi suka berbanding yang remeh untuk disiapkan. Anak-anak ni satu je kesukaannya, sama ada berasaskan coklat atau cheese.
Kali ni resipi kudapan ringkas untuk anak boleh dicuba iaitu Nestum Bar. Hanya guna dua bahan saja, gaul dan bentukkan siap-siap terus boleh makan. Memang tak rugi buat!
Nak mudah, buat banyak-banyak terus boleh simpan dalam botol. Bila-bila masa anak nak makan senang.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Nor Azlinda Linda. Sangat sedap dan nak dapatkan bahannya pun mudah.
NESTUM BAR
Bahan-bahan:
250 gram Coklat masak(saya guna Berlys Dark)
150 gram Nestum
Cara-caranya:
– Double boil coklat hingga cair.
– Sejukkan coklat pada suhu bilik.
– Masukkan nestum.
– Kacau sebati dan masuk dalam acuan(guna loyang pun boleh, potong ikut suka)
– Masuk peti sejuk 15 minit,pastu keluarkan dari acuan..siapppppp…
– Masuk dalam balang, letak kat luar pun ok..tak cair pun.
📌Resepi asal ada pada gambar last sekali.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!