Sehari tidak bertemu dengan anak pun terasa seksa, inikan pula terpaksa berjauhan selama 14 hari. Inilah yang kini sedang dilalui oleh isteri kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Menerusi instagramnya semalam, DS Shahida difahamkan terpaksa melakukan ujian calitan dan kini menjalani kuarantin di rumahnya selepas menjadi kontak rapat adik lelaki dan isterinya yang disahkan positif Covid-19.
Pastinya ia bukan satu tindakan yang mudah namun demi memastikan keselamatan kelima-lima anaknya, beliau kini terpaksa berjauhan seketika sehingga tempoh kuarantin selesai.
Menerusi satu entri berlainan hari ini, DS Shahida turut meluahkan rasa rindunya pada anak-anak, lebih-lebih lagi anak keempatnya, Yusuf Al-Qardawy yang sentiasa mahu berkepit dengan ibunya.
“Rindu sangat nak dukung anak, nak cium, nak gomol.
“Paling geram dengan Yusoff ni, siap curi-curi datang bilik saya nak masuk. Dia kata Yusoff takut, Yusoff takut. Alasan nak dekat dengan mama dia. Nak minta kek la, mama cantik la, baju mama ada bangau la. Macam-maca akal dia.
Ads
“Sabar ye anak-anak semua. Tak lama lagi dah habis kuarantin,” katanya berkongsi menerusi instagram.
Semalam menerusi instagramnya, DS Shahira berkongsi sebuah videonya ketika melakukan ujian calitan selepas menjadi kontak rapat kepada adik lelakinya. Susulan itu, Shahida terpaksa menjalani kuarantin diri.
Menurutnya, keputusan dua ujian yang dilakukan pada 30 November dan 3 Disember adalah negatif.
Ads
S
“Saya sekarang tengah menjalani kuarantin di rumah memandangkan adik dan isterinya positif Covid-19. Isterinya merupakan seorang jururawat. Dia juga mendapat jangkitan Covid-19 daripada pesakit yang dirawat.
“Alhamdulillah dah dua kali saya swab test iaitu pada 30/11 dan yang terbaru semalam 3/12 dan kedua-dua test PCR saya negatif.
“Hanya saya seorang saja yang dikuarantin kerana saya sahaja kontak rapat yang berjumpa dengan adik saya dan isterinya. Suami saya @aliffsyukriterlajaklaris dan anak-anak tidak berjumpa mereka.
Ads
“Sabtu 28/11 saya jumpa mereka dan 30/11 mereka telah disahkan positif. Saya sendiri telah mengambil inisiatif untuk kuarantin dan menjalankan swab test sementara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi saya sebagai kontak rapat,” tulisnya di Instagram (IG).
Terdahulu, DS Shahida mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman pada tahun 2007. Kini pasangan ini dikurniakan lima orang anak, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat mereka, Ameena.
Al Kauthar Eduqids (AKE) terus berusaha dalam memajukan bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan menjalinkan kerjasama bersama Cybernetics International College of Technology.
Menyedari akan pentingnya menjalinkan hubungan erat di antara satu sama lain kedua-duanya bersetuju untuk mengadakan suatu hubungan kerjasama akademik industri.
Objektif kerjasama ini adalah untuk saling meningkatkan kepakaran dan faedah bersama bagi menyumbang kepada negara untuk membentuk graduan yang kompeten melalui pendedahan kepada industri menerusi kemudahan-kemudahan yang ada.
Menurut Pengasas Al Kauthar Eduqids Dato Bakhtiar Aliff, kerjasama ini dilaksanakan dengan persetujuan kedua-dua pihak dan punya peranan masing-masing dalam memastikan objektifnya tercapai.
“Antara peranan utama Al Kauthar Eduqids ialah memberi peluang kepada Cybernetics menempatkan pelajar-pelajar atau lepasan pelajar sebagai pelatih industri dari Cybernetics International College of Technology atau memberi khidmat sokongan di Al Kauthar Eduqids (tertakluk kepada syarat kelayakan) bagi suatu tempoh yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Tidak hanya itu, Cybernetics juga berpeluang memanfaatkan khidmat nasihat Al Kauthar Eduqids dan menganjurkan ceramah teknikal kepada pelajar Kolej Cybernetics mengikut bidang perniagaan Al Kauthar Eduqids,” ulas beliau.
Tambah beliau lagi, selain daripada peranan Al Kauthar pihak Cybernetics juga akan memainkan peranan dalam menjayakan kerjasama ini. Antaranya ialah Cybernetics akan mengutamakan Al Kauthar Eduqids berbanding syarikat lain dalam memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar dan bekas pelajar dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh Al Kauthar Eduqids.
Seterusnya, dari segi promosi syarikat Al Kauthar Eduqids berpeluang untuk membuat penerangan atau seminar kerjaya bersama, mengiklankan kekosongan jawatan di Cybernetics dan mengadakan sesi temuduga dengan pelajar-pelajar Cybernetics bagi tujuan pemilihan dan pengambilan pekerja yang sesuai.
Apa yang menarik lagi, bagi memberi peluang kepada pelajar Cybernetics merasai pengalaman sebenar Al Kauthar Eduqids akan memberikan kemudahan kepada aktiviti-aktiviti pelajar Kolej Cybernetics seperti lawatan ke persekitaran industri.
Al Kauthar Eduqids berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam. Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6000 orang pelajar di seluruh negara, maka tidak hairanlah AKE mendapat pengiktirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.
Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.
Gelagat pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia tidak pernah membosankan. Ada sahaja aksi pasangan ini yang mencuit hati ramai dengan gelagat mereka.
Datuk Fizz Fairuz yang terkenal dengan sifat lucu dan suka menyakat isteri kali ini turut membuatkan ramai yang ketawa berdekah.
Aksi dan celoteh Fizz yang merawat isterinya ketika sedang sakit buat ramai yang terhibur.
Baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang cyst serta kandungan luar rahimnya, Almy turut ketawa tanpa henti saat disakat suaminya yang tampil sebagai seorang doktor ketika merawatnya di rumah.
Tidak hanya membawa ubat-ubatan ketika merawat bahkan suami kepada empat orang cahaya mata ini tampil lengkap berpakaian ala doktor yang lengkap tertulis namanya sendiri.
“Saya masuk dulu, assalamualaikum. Jangan terkejut eh, kita cuma nak tahu mana urat,” seloroh Fizz yang hanya menggunakan peralatan berupa permainan anaknya.
Malah Fizz juga turut muncul dengan lengkap berpakaian sut PPE khusus buat isterinya.
Gurauan dan gelagat Fizz sudah semestinya dipuji wargamaya malah ramai yang menyifatkan Fizz sebagai seorang suami yang pandai mengambil hati dan menceriakan isteri yang sedang sakit.
Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Memahami impian itu, Dugro bukan sahaja menawarkan produk susu mereka bahkan turut menyokong ibu untuk membina nilai murni buat anak-anak. Bagi merealisasikan hasrat ini, Dugro telah melancarkan kempen ‘Jadilah Lebih Lagi’. Kempen ini bertujuan memupuk sikap positif si manja untuk membesar secara optimum.
Bagi membuktikan sokongan padu kepada ibu bapa dalam usaha membentuk nilai-nilai murni ini, Dugro memberikan lebih banyak tip melalui talian careline dan hubungan digital mereka serta aktiviti roadshow. Projek terbaharu mereka, kapsul muzikal untuk tontonan seisi keluarga berhibur sambil belajar.
Dugro mempersembahkan tiga episod muzikal kapsul yang berdurasi 60 saat untuk setiap episod. Dalam muzikal kapsul ini, mereka memperkenalkan lima watak Dugro Buddies. Kesemua karakter ini diilhamkan bersempena promosi mangkuk tingkat Dugro.
Untuk episod pertama yang diberi tajuk Berkongsi, ia menceritakan tentang sifat murni ini. Melalui muzik dan tarian, Dugro Buddies mengetengahkan kebaikan berkongsi. Dugro Buddies Dalam kapsul muzikal ini juga diselitkan lagu menarik yang membuatkan si manja menyanyi dan menari bersama. Selain itu, episod ini banyak memberi pengajaran kepada si manja untuk berkongsi bersama adik beradik, rakan-rakan serta mereka yang memerlukan. Berkongsi dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial si manja serta menjadikan mereka anak yang pemurah.
Episod seterusnya pula ialah Penyayangyang menceritakan bagaimana Dugro Buddies menunjukkan rasa sayang sesama mereka. Sikap saling menyayang antara satu sama lain haruslah diterapkan sejak awal bagi memupuk sikap simpati dalam diri mereka. Lebih baik, dalam episod ini juga mengajar si manja untuk menjadi lebih prihatin dan dapat membantu kawalan emosi si manja.
Dalam episod ketiga iaitu Jujurmenceritakan tentang bagaimana Dugro Buddies sentiasa berterus terang ketika melakukan sesuatu. Bagusnya episod ini kerana si manja diajar untuk bersikap jujur kerana ia membantu pembentukan tabiat berkata benar dalam diri si manja.
Jangan lupa saksikan semua episod kapsul muzikal ini dan kongsikan bersama keluarga serta rakan-rakan anda. Untuk menonton, anda boleh layari saluran Youtube dan Facebook Dumex Dugro.
Paling penting, jadikan si manja anda untuk jadi Lebih Lagi dengan bernyanyi, berhibur dan belajar bersama bersama Dugro Buddies. Anak-anak bukan sahaja lebih sihat bahkan dapat belajar banyak nilai-nilai murni!
Dapatkan segera tiga pek susu Dugro 900 gram dan anda layak mendapat sebuah tiffin bertingkat Dugro. Sebarang variasi tiffin tertakhluk kepada stok yang masih ada.
Penduduk di Sabak Bernam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang ditemui di dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani di sini pada tengah hari Ahad.