Anak suka menulis terbalik? Terapis cara kerja kongsi 4 puncanya. Latihan sensori sejak awal & permainan yang melatih memori boleh membantu mengatasi masalah ini.
Mungkin ada ibu bapa yang risau apabila anak kerap menunjukkan masalah ini dalam menulis. Puan Mahfuzah Zainol, Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia berkongsi tentang perkara ini.
Sebenarnya ada banyak faktor yang menyumbang kepada tulisan terbalik. 4 faktor yang saya amati sebagai terapis carakerja adalah:
#1. VISUAL MEMORY
Kemahiran mengingat secara visual amat penting dalam menulis. Kalau mudah lupa memang sukar nak ingat bentuk huruf. Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah berikan mereka masa.
Latih kanak-kanak untuk mengingat dengan aktiviti berbentuk sensori semasa mengenal huruf dan nombor. Lakukan pergerakan huruf dan nombor.
Ads
#2. MOTOR PLANNING SKILLS
Motor planning skills pula berkaitan dengan kemahiran menulis secara betul. Adakalanya kanak-kanak mula menggerakkan pensel untuk menulis dari bawah ke atas, walau pun sepatutnya ia perlu bergerak dari atas ke bawah.
Masalah motor planning ini menyumbang kepada kanak-kanak tersebut mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan mudah seperti menyalin, mengeluarkan pensel, menyimpan barang ke dalam beg.
Ads
#3. ORIENTATION SKILLS
Orientation skills ialah bermaksud kekeliruan dalam menentukan kiri kanan, atas bawah dan turutan.
Ia juga termasuklah turutan nombor, hari, bulan dalam tahun dan lain-lain lagi yang ada konsep urutan atau‘sequencing.’
Kekeliruan aspek ini juga menyumbang kepada masalah motor planning skills. Hendak mula dari mana, boleh menyebabkan kanak-kanak keliru. Cenderung untuk tulis terbalik.
Ads
#4. AUDITORY MEMORY
Auditory memory pula merujuk kepada kemahiran mengingat secara auditori. Contohnya dengar dan ingat, dengar dan tulis, dengar dan sebut semula.
Kemahiran ini boleh diasah kepada anak-anak anda dengan permainan-permainan kecil melibatkan ahli keluarga.
Matematik antara subjek yang menguji tahap pemikiran anak-anak. Untuk membuatkan mereka mahir dan menguasainya, memerlukan kemahiran dan kesabaran. Ramai dalam kalangan kita menekankan tentang kepentingan membaca. Kerapkali kita didedah dengan pelbagai panduan bagaimana membantu anak membaca atau menulis. Bagaimanapun agak kurang tips yang membincangkan bagaimana memupuk minat pada subjek matematik dalam kalangan awal kanak kanak.
Paling merisaukan, subjek matematik ini yang penting di sekolah rendah tidak disukai oleh sesetengah murid. Ramai yang tidak menyedari bahawa subjek ini boleh merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak jika didik dengan cara yang betul. Paling penting ketika dalam usaha memupuk minat anak dalam subjek ini, ibu bapa harus bersabar dan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap anak.
1. Intergrasikan matematik dalam aktiviti harian
Cuba kenal pasti apakan permainan atau aktiviti yang disukai oleh anak anak kita dan masukkan elemen matematik dalam aktiviti atau permainan tersebut. Misalnya jika anak kecil suka membantu kita di dapur, minta dia membuat sukatan air atau gula atau tepung dalam sesuatu resepi. Selain itu, minta anak membilang cawan atau pinggan mengikut bilangan ahli keluarga.
Aktiviti tambah dan tolak misalnya boleh berlaku dalam situasi membuat telur dadar misalnya dengan bertanya kan soalan seperti “Ibu dah masukkan pecahkan dua biji telur, berapakah bilangan telur yang masih ada dalam mangkuk/bekas telur? Ibu boleh meminta si kecil mengelaskan baju mengikut saiz, warna dan sebagainya. Jangan jadikan matematik sesuatu yang terpisah dari aktiviti harian.
Jadikan pengajaran matematik pada ada anak anak kecil sesuatu yang berlaku secara tidak langsung dan menyeronokkan. Biar anak rasakan bawa dia bermain dan bukannya sedang belajar matematik. Make math a game– jadi ibubapa boleh menggunakan pelbagai peralatan eletronik yang berbentuk mainan matematik atau juga boleh menggunakan permainan digital dan juga boleh melayari pelbagai laman web sebagai satu permainan atau games. Terdapat juga pelbagai buku buku aktiviti yang menjadikan matematik sesuatu yang menyeronokkkan dan juga sesetengahnya boleh di muat turun secara percuma.
3.Jadikan pembelajaran awal matematik bermakna dan nyata
Jadikan aktiviti matematik sesuatu yang bermakna dalam dunia sebenar. Biasakan elemen matematik dalam kehidupan hariannya di mana sahaja dia berada. Misalnya apabila membawa anak anak ke kedai, minta dia membaca harga pada barang, minta dia buat perbandingan harga atau boleh juga minta dia membilang jumlah barangan ataubuah mislanya yang ingin di beli oleh ibubapa. Selain dari itu biasakan juga anak anak membaca resepi, mengira kupon/resit,dan sebagainya.
Bagi anak yang lebih besar mungkin ibu bapa boleh meminta anak tersebut membuat anggaran jumlah harga barang sebelum membuat bayaran di kaunter pembayaran. Dalam perjalanan pula, minta anak anak kecil membaca papan tanda yang mempunyai angka yang menunjukkan jarak sesuatu tempat.
4.Bacakan buku buku cerita yang bertemakan Matematik
Cuba dapatkan buku buku cerita kanak kanak dipasaran yang mempunyai elemen matematik. Antara buku buku cerita dalam Bahasa Inggeris yang sangat bagus untuk memupuk minat pada matematik pada anak anak kecil adalah Big Fat Hen by K. Baker (Buku temtang membilang serta operasi tambah, serta membuat perbandingan dan pengkelasan) , How Many Bugs in a Box by D.A. Carter (Buku tentang bagaimana membuat ukuran) dan banyak lagi buku buku yang boleh di dapati dipasaran tempatan
Cuba gunakan bahasa matematik dalam perbualan harian dengan si kecil. Gunakan sebagai bahasa pertuturan harian apabila anda bertujuan untuk mengajarnya konsep matematik pada waktu tersebut. Adakalanya kanak-kanak tidak berminat dengan matematik kerana tidak faham bahasa yang di gunakan oleh guru atau ibubapa. Memahami dan menggunakan perkataan seperti (“atas”, “bawah”, “tepi”; “sebelah”, “luar”, “dalam”, “kiri”, “kanan”, tambah, kurang , lebih dan sebagainya.) Gunalah bahasa yang mudah dan guru atau ibubapa juga menggunakan gambar sebagai peralatan tambahan kepada penggunaan bahasa matematik yang betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Pelik betullah dia ni. Dari tadi asyik buat perangai aje. Semua benda tak kena. Stres betul dibuatnya!”. Memang perkara normal bila tiba-tiba anak buat tantrum tanpa kita ketahui puncanya. Sebenarnya dia cuma nak melahirkan perasaannya, tapi tak tahu bagaimana. Sebelum marah-marah, eloklah kita ambil tahu mengapa mereka buat begitu.
Biasanya kita berhadapan dengan hal begini dengan memarahi anak-anak. Itu membuatkan emosi anak semakin terganggu dan mereka merasakan kita tidak sayangkan mereka. Menurut perkongsian dari Dr Luqman Bukhari, cara menangani anak yang sedang tantrum adalah dengan memeluk mereka.
Takutnya bila tengok ada parent yang tiba-tiba naik hantu sama bila anak meragam dan mengamuk tak tentu hala.
Bukan Nakal, Anak Cuma Mahukan Perhatian
Selalunya budak jadi macam tu bukan sebab dia orang nakal. Tapi hati mereka rasa kurang kasih sayang, tak dapat cukup perhatian. Cuma yang sedihnya dia tak pandai nak ekspresikan perasaan tu dalam bentuk perkataan.
Itu yang kita nampak kelakuan dia pelik-pelik. Semata-mata nak tarik balik perhatian parent pada dia.
Nampak Anak Buat Hal, Terus PELUK Seikhlas Hati
Patutnya bila berlaku keadaan tu, kena segera rawat balik luka kat hati anak tu. Ubat paling efektif, kita cepat-cepat peluk dan cium anak seikhlas hati. Tunjukkan yang kita sebenarnya prihatin.
Dengan pelukan tu, bonding antara parent dan anak jadi menguat balik sebab masa tu badan akan keluarkan hormon oxytocin dan dopamine. Hormon-hormon ni lah yang rangsang kita semua kembali rasa tenang dan gembira.
Ada Ikatan Kuat, Anak Senang Dengar Kata
Dan yang paling best, biasanya anak yang ada ikatan kuat dengan parent mudah sangat nak dengar nasihat dan teguran. Sebab tu anak yang rapat dengan orang tuanya kita boleh nampak motivasi dalam diri mereka sangat hebat!
Saya selalu pesan pada isteri. Kita mesti biasakan tabiat peluk dan cium anak-anak masa mereka kecil lagi. Supaya anak-anak tak rasa janggal nak tunjukkan rasa sayang pada kita bila dia orang dah makin dewasa nanti.
Mudah-mudahan.
#notaDrALB
Sebenarnya anak-anak tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan mereka. Perasan atau tidak, kadang-kadang bila mereka ajak kita bersembang, kita pula sibuk dengan hal lain? Biasanya yang menjadi ‘musuh ketat’ anak adalah handphone! Sibuk sangat kita dengan handphone sehinggakan anak bercakap pun kita tak peduli. Bila anak tantrum tak dilayan, kita marahkan mereka.
Mungkin kita boleh adakan sesi khas untuk berborak dengan anak-anak setiap hari. Dalam sesi itu, tiada sebarang gangguan luar dibenarkan. Hanya kita dan anak-anak. Ambil tahu apa yang mereka mahu ketika itu. Dengan cara ini sebenarnya bonding akan menjadi lebih kuat dan kita dapat sama-sama berkongsi keinginan.
Bercuti bersama anak-anak memang mencabar sehingga membuatkan badan letih dan tertekan apabila tiada perancangan lengkap. Pelbagai keperluan anak-anak perlu disediakan supaya anak tidak mudah mengamuk, keletihan dan mudah diuruskan.
Begitulah sharing daripada Puan Ainul Malik yang memberi tip supaya mudah menguruskan anak-anak ketika pergi bercuti. Ikuti 10 panduan yang sering dipraktikkannya semasa pergi bercuti. Moga dapat membantu bagi ibu ayah yang pertama kali membawa anak-anak pergi bercuti
1. Sediakan makanan dan minuman siap-siap, beli bekalan yang cukup di tempat kita. Kalau naik flight, takperlulah angkut semua, bawa yang penting je, terutamanya botol air
2. Bawa pampers yang cukup
3. Sediakan stroller atau carrier mengikut keselesaan suami isteri
4. Bincang dahulu perjalanan sebelum keluar pagi
5. Fokuskan untuk berjalan satu tempat supaya lebih banyak masa terluang untuk anak-anak berehat.
6. Sediakan application handphone yang cukup seperti waze, waktu solat, arah kiblat, tempat makan sedap, google maps
7. Print out tempat tempat menarik dari rumah supaya tak kelam kabut bila sesat/apa2 delay/masalah berlaku
8. Cari tempat yang mesra kanak-kanak supaya mereka menghargai tempat itu : Saya ada kisah menarik tentang ini
Semasa Aiman baru berusia 2 tahun, pernah kami ke Taman Negara Kota Kinabalu (Kaki Gunung) kerana teringin benar explore tempat itu. Rupanya tempat itu hanya disukai oleh kami suami isteri, anak tak pandai nak appreciate lagi tempat tu selain sangat seronok berjumpa dengan lopak air di tengah hutan. Hihi kelakar kan, budak-budak ni?
9. Sediakan diri mental dan fizikal supaya sihat menguruskan anak-anak semasa berjalan.
10. Jangan letak expectation yang terlalu tinggi untuk dapat explore banyak tempat macam kembara single mingle dulu2 hihi